CALZONE TURKI

BAHAN-BAHAN

1 paket yis segera
1/2 suduk gula kastor
1/2 cawan air suam
3/4 cawan susu segar suam
2 sudub minyak atau mentega cair
3 cawan tepung gandum
1 suduk garam halus

CARA-CARA

1. Campurkan tepung, gula kastor dan yis di dalam mixer atau sebuah mangkuk besar.
2. Air, susu, minyak atau mentega cair dan garam di satukan di dalam bekas lain. Kacau sebati dan curahkan ke dalam campuran tepung.
3. Uli sehingga lembut dan elastik. Letak semula kedalam mangkuk. Tutup mangkuk dengan kain atau plastik.
4. Perap adunan sehingga naik 2X ganda.
5. Tumbuk - tumbuk sedikit untuk keluarkan angin. Uli sekejap.
6. Letak semula kedalam mangkuk. Tutup mangkuk dengan kain atau plastik. Rehatkan selama 10 minit.
7. Bahagikan adunan kepada 2. Canaikan setiap satu selebar tin pembakar yang digunakan. Letakkan satu lapisan kedalam tin pembakar yang telah di griskan. Tutupkan permukaan dengan isian yang telah di masak dan disejukkan terlebih dahulu. Tutup isian dengan sekeping doh lagi.
8. Oles permukaan dengan mentega cair. Tutup tin pembakar dengan plastik atau kain. Perap kira- kira 30 minit.
9. Bakar dalam oven kepanasan 175C selama 30 - 35 minit. Oles permukaan dengan mentega apabila dikeluarkan dari oven.

ISIAN :
3 sudub minyak
1 biji bawang besar - di dadu
1 lada cameron hijau - di dadu
2 sudub serbuk kari daging
1 cawan daging lembu atau ayam kisar
1 batang lobak merah - di dadu
1 biji kentang - kupas dan di dadu
1/2 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
garam , gula
2 sudub sos tomato
1 sudub tepung jagung + 1 sudub air

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan campuran halia, bawang putih dan serbuk kari. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan daging kisar, kentang dan lobak merah. Tambah sedikit air. Masak sehingga kesemuanya empuk.
4 Masukkan lada cameron, sos tomato, gula dan garam.
5. Tambah campuran tepung jagung dan air untuk memekatkannya.
6. Tutup api. Sejukkan.

* selepas diletakkan isian di atas permukaan lapisan doh bawah, saya letak sedikit sos cili untuk mendapatkan "rasa malaysia nya", baru di lapiskan dengan lapisan atas.

Comments

Popular Posts