Bayam Masak Lemak

Bahan-bahan

1 cekak sayur bayam hijau/ merah - dipotong pendek
1 biji bawang besar - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 suduk serbuk lada hitam
1 biji cili merah - dihiris nipis
sejemput ikan bilis / udang kering - direndam
2 ketul ubi keledek oren - dikupas kulit dan didadu besar
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
garam , gula

Cara-caranya

1. Masukkan ubi keledek di dalam sebuah periuk. Tuang air setakat paras ubi keledek. Tutup periuk dan rebus sehingga ubi keledek empuk.
2. Tambah 2 cawan air, sayur bayam, ikan bilis, serbuk lada hitam, bawang besar, bawang putih dan sedikit gula. Didih sehingga bayam layu.
3. Masukkan santan pekat, cili merah dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Tutup api dan angkat untuk dihidang.

* rendam sayur bayam didalam air bergaram selama 10 minit sebelum dimasak dan toskan.
* cili merah boleh diganti dengan cili api.
* pastikan keledek didadu bersaiz sama supaya akan empuk pada masa yang sama.

Comments

Popular Posts