Air Kacang Soya

Bahan-bahan

1 cawan kacang soya
3 cawan air
6-9 cawan air
2-3 helai daun pandan
1 1/2 cawan gula pasir
secubit garam

Cara-caranya

1. Basuh kacang soya sehingga airnya jernih. Rendam kacang soya dengan 3 cawan air didalam sebuah bekas. Tutup bekas dan ketepikan selama 8 jam sahaja.
2. Kupas kulit kacang soya.
3. Kisar kacang sehingga halus bersama 3 cawan air. Tuang dan tapis ke dalam sebuah mangkuk. Tuang dan tapis sekali lagi air yang sama ke dalam periuk. Ambil hampas kacang soya dan kisar semula dengan 3 cawan air lagi dan ulang cara tapisan. Ulang dan kisar hampas yang sama sekali lagi dengan lebihan 3 cawan air dan ditapis seperti sebelumnya.
4. Didihkan air kacang soya bersama daun pandan di atas api yang sederhana besar sambil di kacau sehingga permukaannya berbuih - buih dan mengelegak. Masukkan gula dan secubit garam halus. Didih sehingga gula larut.

* kacau air soya semasa memasaknya supaya bahagian bawah tidak berkerak.
* guna periuk yang besar kerana ia akan membuak - buak apabila mendidih.
* guna penapis yang digunakan untuk menapis air teh tarik / kain untuk menapis kisaran kacang soya.

Comments

Popular Posts