Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan

2 cawan ubi keledek yang sudah direbus dan dilecek
1- 1 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam halus


Cara-caranya

1. Campur keledek lecek, satu cawan tepung dan garam. Gaul rata dan jika perlu, tambah tepung sedikit-sedikit untuk mendapat doh yang boleh dibentuk ( tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut kerana ia bergantung kepada jenis keledek yang diguna )
2. Ambil sejemput doh, bulat-bulatkan ditapak tangan yang dilumuri tepung , leperkan dan isi inti. Tutup inti dan bulat-bulatkan semula. Leperkan sedikit dan ulang - buat sehingga habis doh.
3. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan.

Inti
1/2 biji kelapa parut - diambil bahagian putih sahaja
1/2 cawan udang kering - direndam dan ditos
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai - dihiris
3 sudub cili kisar
1 suduk ketumbar - direndam
1 suduk jintan manis - direndam
1/2 suduk serbuk kunyit
2 cawan air
sedikit air asam jawa
2-3 sudub gula pasir
garam halus
2 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, serbuk kunyit dan udang kering dengan sedikit air sehingga halus. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa, lalu tuang dua cawan air dan sedikit air asam jawa. Renihkan sehingga ia kering.
6. Angkat dan sejukkan sebelum diguna.

Comments

Popular Posts