Laksam


Bahan-bahan

3 cawan tepung beras
6-8 sudub tepung jagung
6 cawan air
1/2 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Campur semua bahan-bahan sehingga rata dan tidak berketul.
2. Tutup adunan dan ketepikan selama 30 minit.
3. Jerang air didalam kukusan sehingga mendidih.
4. Ambil sekeping tudung periuk, oles permukaannya dengan sedikit minyak masak dan letakkan didalam kukusan.
5. Panaskan tudung periuk dan tuang lebih kurang sesenduk ( bergantung kepada luas permukaan tudung periuk ) adunan laksam diatas permukaan yang sudah dioles minyak. Kukus sehingga adunan itu mengelembung.
6. Angkat keluar dan sejukkan sebentar sahaja. Gulung laksam dan letak diatas pinggan. Ulang buat adunan sehingga habis.

* oles minyak pada tudung periuk setiap kali sebelum menuang bater laksam yang baru.

Kuah

Bahan-bahan

5-6 ekor ikan selayang - direbus.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas - dimemar
2 sudub kerisik
1 sudub serbuk lada hitam
2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 1/2 - 2 cawan air
sedikit gula dan garam halus

Cara-caranya

1. Ambil isi ikan dan air rebusannya. Masukkan kedalam pengisar.
2. Tambah kedalam pengisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan sedikit air. Kisar kesemuanya sehingga halus.
3. Tuang kedalam periuk dan tambah lengkuas, air, santan pekat. serbuk lada hitam dan asam keping. Jerang sambil dikacau selalu sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kerisik. Didihkan sekali lagi dan angkat.

Ulam-ulaman
taugeh
timun
kacang panjang
daun kesum
kobis bulat
sambal belacan
limau nipis

Cara menghidang
Ambil sebatang laksam, gunting atau hiris 1/2 inci tebal dan letak kedalam pinggan. Tuang kuah diatasnya dan tabur ulam-ulaman beserta sambal belacan.




Comments

Popular Posts