Pide

Bahan-bahan

Doh
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam halus
1 1/4 sudu kecil yis segera
1 1/4 cawan air suam
1 sudu besar marjerin

Cara-caranya

1. Campur tepung gandum , gula pasir dan yis segera di dalam mangkuk mixer. Gaul sehingga bercampur rata.
2. Campur rata air suam dan garam halus dan tuang 1 cawan air suam ke dalam tepung. Gaul sebati dan tuang lebihan air sedikit-sedikit sehingga uli doh membola dan tidak melekat di mangkuk mixer. Masukkan marjerin dan uli sehingga marjerin bergaul rata dengan doh. Uli sehingga elastik dan lembut.
3. Keluarkan doh dari mangkuk mixer dan gris mangkuk. Golek-golekkan doh di permukaan yang bergris. Tutup mangkuk dengan plastik dan perap sehingga naik 2X ganda.
4. Keluarkan doh dan uli sekejap diatas permukaan yang ditaburi tepung. Rehatkan doh 10 minit.
5. Bahagi doh kepada dua bahagian. Canai bujur setiap satu setebal 1 cm . Tepekkan topping diatas doh setakat 1 cm dari keliling tepi doh dan pintal kedua-dua hujung doh supaya berupa seperti sebuah bot. Perap sehingga kembang.
6. Oles permukaan doh dengan telur dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.

Topping
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan daging cincang
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 biji lada benggala - didadu kasar
1 biji buah tomato - didadu kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsley kering
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
garam halus

Cara

1. Panaskan minyak dan masukkan daging cincang. Goreng daging sehingga bertukar warna dan agak kering.
2. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga bawang layu.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, serbuk kayu manis dan garam halus. Kacau rata dan masak sebentar.
4. Masukkan tomato dadu, lada benggala dadu dan daun parsley kering. Gaul rata dan masak selama 5 minit. Angkat dan sejukkan

Comments

Popular Posts