Tuesday, December 4, 2012

Roti Koko

Bahan - Bahannya

1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan gula pasir
1/2 suduk garam halus
1 cawan susu segar suam
3 sudub mentega
1/4 cawan air suam
3 1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera

Cara - Caranya

1)  Masukkan 2 cawan tepung gandum, yis segera, serbuk koko, dan gula pasir kedalam mangkuk mixer.
2)  Tuang susu segar suam dan air suam ke dalam tepung dan gaul rata.
3)  Masukkan mentega dan garam halus sambil doh diuli.
4)  Masukkan tepung secara sedikit - sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan. Uli doh sehingga elastik.
5)  Perap doh di dalam bekas yang besar dan yang telah digris sehingga naik 2X ganda.
6)  Kempiskan doh secara perlahan dan uli sekejap. Tutup dan ketepikan selama 10 minit.
7)  Bentukkan doh menjadi bebola kecil dan atur di dalam tin pembakar. Tutup doh dengan plastik dan ketepikan sehingga naik hampir 2X ganda.
8)  Bakar dalam suhu 175 C selama lebih kurang  45 - 60 minit.

* digalakkan untuk mengurangkan serbuk koko dan menambah gula pasir kerana adunan ini menghasilkan roti yang agak pahit dan kurang manis.

*  Walaubagaimanapun roti ini sangat sesuai untuk digunakan untuk membuat Puding Roti Coklat.yang di pos di dalam blog ini.

Brownies

Bahan - Bahannya

1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1/2 cawan tepung berserbuk penaik
1/3 cawan serbuk koko
1/4 suduk garam halus
1 suduk esen vanila

Cara - Caranya

1)  Pukul mentega dan gula kastor sehingga sebati.
2)  Masukkan telur sebiji-sebiji dan esen vanila. Pukul sehingga telur sebati dengan adunan mentega.
3)  Masukkan tepung nerserbuk penaik yang telah diayak bersama serbuk koko berserta garam halus. Kaup balik sehingga bercampur rata.
4)  Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan di taburi tepung / dialas dengan kertas.
5)  Bakar hanya  selama 25 - 30 minit / sehingga tepi brownies lekang dari tepi tin pembakar.

Puding Roti Coklat

Bahan - Bahan

4 - 4 1/2 cawan kepingan roti coklat ( yang telah disiat-siat )
2 -  2 1/2 cawan susu segar
2 biji telur - dipukul dengan garfu
3/4 cawan gula pasir
4 sudub mentega cair
1 suduk esen vanila
1 sudub tepung jagung
sedikit air ( untuk melarutkan tepung jagung )
secubit garam halus

Cara - Caranya

1)  Rendam kepingan roti didalam susu segar. Tekan - tekankan roti dan ketepikan sehingga ia menyerap susu segar.
2)  Sementara itu, campurkan telur dengan gula pasir, mentega cair, esen vanila, garam halus dan tepung jagung.Pukul hingga sebati.
3)  Tuang bancuhan telur ke dalam roti dan kaup balik adunan sehingga bercampur rata.
4)  Tuang adunan puding ke dalam tin pembakar tang telah digris.
5)  Bakar pada suhu 175C selama 30 minit.