Monday, November 29, 2010

Kek Snek Kelapa

Bahan-bahan

2/3 cawan mentega
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 suduk esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 suduk soda bikarbonat
1 suduk serbuk kulit kayu manis
1/2 suduk garam halus
1 cawan susu masam

Topping

1 cawan kelapa kering
1 cawan gula
1 suduk serbuk kayu manis
1/4 cawan susu cair

Cara-caranya

1. Putar mentega bersama gula perang sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar sehingga kembang dan sebati.
3. Masukkan esen vanila dan gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat , garam halus dan serbuk penaik kedalam adunan telur berselang - seli dengan susu masam sehingga habis.
5. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditabur tepung.
6. Campur rata kelapa kering, gula dan serbuk kulit kayu manis. Tuang susu cair dan gaul rata dengan menggunakan garfu.
7. Tabur adunan topping ke serata permukaan adunan kek didalam tin pembakar.
8. Bakar pada suhu 175C selama 35-45 minit.

Chocolate Drop Cookies

Bahan-bahan

1 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1 biji telur
1 suduk esen vanila
1/2 cawan air susu
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 suduk soda bikarbonat
6 sudub serbuk koko

Cara-caranya

1. Putar gula perang bersama mentega sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan putar sehingga kembang.
3. Masukkan esen vanila dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko.
5. Tuang air susu dan gaul sebati.
6. Ambil 1 suduk penuh adunan dan letakkan diatas tin pembakar yang dialas kertas pembakar dengan jarak 1 inci antara satu sama lain.
7. Bakar pada suhu 165C selama 10-12 minit.

Sos Coney

Bahan-bahan

1/2 cawan minyak masak
1 biji bawang besar - dipotong dadu
750gm daging cincang
2 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
1 sudub cili kisar
1 sudub gula perang
2 sudub cuka
1 biji lada benggala hijau
1 suduk garam halus
1/2 suduk serbuk lada hitam

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga empuk.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, garam halus, serbuk lada hitam, cuka dan gula perang. Kacau sebati dan didihkan sebentar.
5. Tambah lada benggala dan masak sehingga lada benggala empuk. Angkat dan sejukkan.
6. Hidang bersama roti hotdog.

Sate Daging

Bahan-bahan

1 1/2 kg daging - dihiris dadu nipis
1 sudub ketumbar biji - direndam
1 sudub jintan putih biji - direndam
4 batang serai
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1inci lengkuas
1 inci halia
1 sudub serbuk kunyit
4 sudub gula perang
2 sudub minyak masak
1 1/2 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Kisar ketumbar, jintan putih, serai, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia sehingga halus. Tuang kedalam bekas besar.
2. Tambahkan serbuk kunyit,gula perang dan garam halus. Gaul sehingga rata.
3. Masukkan kepingan daging dan gaul rata. Tutup bekas tersebut dan perap selama beberapa jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan bekas daging dan masukkan minyak masak. Gaul sehingga sebati dan rata.
5. Cucukkan pada lidi dan panggang sehingga masak.

Kek Kelapa

Bahan-bahan

1 cawan mentega
2 cawan gula kastor
5 biji telur
1 sudut esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudut soda bikarbonat
1 1/2 cawan susu masam
1 cawan kelapa kering

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat dan ketepikan.
2. Putar gula kastor dan mentega sehingga gebu dan kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji sehingga sebati dan adunan kembang.
4. Masukkan esen vanila dan putar rata.
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu masam ke dalam adunan telur dengan diakhiri dengan tepung. Gaul sehingga sebati.
6. Tambahkan kelapa kering dan kaup balik sehingga rata.
7. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
8. Bakar adunan pada suhu 180C selama 40-45 minit.

Makaroni Goreng

Bahan-bahan 1 bungkus makaroni
1 suduk jintan manis - direndam sebentar
10-15 biji cili kering - direndam di dalam air panas
2 biji bawang besar - dikisar halus
1 cawan sos tomato
250gm daging cincang
2 batang lobak merah - didadu kecil
garam , gula

Bahan hiasan

telur rebus - dihiris membulat
daun salad
buah tomato - dihiris membulat
cili merah - dihiris bulat
daun bawang - dipotong 1" panjang
bawang goreng
daun sadri - dipotong 1" panjang

Cara-caranya

1. Rebus makaroni mengikut arahan di paket selama 10 minit. Angkat dan toskan.
2. Kisar halus jintan manis dan cili kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, jintan manis dan cili kering sehingga garing.
4. Masukkan daging cincang, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan lobak merah dan sos tomato. Masak sehingga lobak empuk dan sebati dengan daging.
6. Masukkan makaroni dan gaul rata dan sebati. Goreng sehingga masak.
7. Angkat dan hidang dengan menabur bahan-bahan hiasan diatas nya.