Thursday, December 30, 2010

Kek Ubi Kayu Rebus

Bahan-bahan

1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
5 biji telur
1 suduk esen vanila
1 cawan ubi kayu - rebus dan lecek
2 cawan tepung naik sendiri
1 suduk serbuk penaik
2 sudub susu tepung
2 sudub susu cair

Cara-caranya

1. Pukul gula kastor bersama mentega sehingga gula larut dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati dan kembang.
3. Masukkan esen vanila dan ubi kayu lecek. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak dengan serbuk penaik dan susu tepung berselang seli dengan susu cair. Kaup balik biar rata.
5. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
6. Bakar pada suhu 150C selama 45 - 55 minit.

Mufin Pisang

Bahan-bahan

1 cawan pisang lecek
1/4 cawan kelapa kering
1/4 - 1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1/3 cawan minyak masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik
1 suduk soda bikarbonat
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis
1/2 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Pukul telur bersama minyak dan gula kastor sehingga gula hancur.
2. Masukkan pisang lecek dan kelapa kering. Gaul rata.
3. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat.
4. Campurkan pada tepung gandum serbuk kulit kayu manis dan garam halus. Kacau rata.
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran pisang. Gaul rata setakat bercampur sebati.
6. Isi kedalam acuan mufin 2/3 penuh.
7. Bakar pada suhu 175C selama 20 - 25 minit.

Monday, December 27, 2010

Roti Pisang

Bahan-bahan

2 biji telur
1/3 cawan susu masam
1/2 cawan minyak jagung
1 1/3 cawan pisang lecek
1 1/4 cawan gula pasir
1/2 suduk garam halus

2 cawan tepung gandum
1 1/2 suduk soda bikarbonat
1 suduk serbuk penaik
1 suduk serbuk kulit kayu manis

Cara-caranya

1. Masukkan telur, susu masam, pisang lecek, gula pasir dan garam halus ke dalam pengisar. Kisar sehingga gula larut dan adunan sebati.
2. Campurkan tepung gandum dengan serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk kulit kayu manis didalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
3. Tuang adunan pisang ke dalam campuran tepung. Kacau dan gaul setakat bercampur rata dan sebati.
4. Tuang adunan roti kedalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
5. Bakar pada suhu 165C selama 50-60 minit.

Martabak Manis

Bahan-bahan

1 2/3 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik
1 1/2 cawan + 2 sudub susu cair/segar
1/2 suduk garam halus
1 biji telur
2 sudub gula pasir
beberapa titik pewarna makanan warna kuning
1/2 suduk soda bikarbonat
marjerin

Isian

jagung krim ( cream corn )
kacang tanah kisar
gula
marjerin

1. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, susu, garam halus, telur, gula dan pewarna makanan ke dalam pengisar. Kisar sehingga adunan sebati dan gula larut.
2. Ketepikan sekurang-kurangnya selama 1 jam.
3. Bila hendak memasaknya, masukkan soda bikarbonat kedalam adunan. Kacau rata hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper ( saucepan ) kecil.Oles kuali leper dengan sedikit marjerin. Tuang 1-2 senduk adunan ( bergantung kepada lebar kuali ) dan ratakan. Tutup kuali dan masak adunan sehingga permukaannya kering.
5. Oles permukaan martabak dengan sedikit marjerin. Tabur isian. Lipat dua dan angkat.

Thursday, December 23, 2010

Sup Daging

Bahan-bahan

500 gm daging lembu - dihiris nipis
air
1 inci halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar kasar
1 inci lengkuas - dimemar / dihiris
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang
1 paket rempah sup bunjut
3 sudub serbuk rempah sup
1 suduk jintan manis - dicuci dan ditumbuk kasar
7- 10 biji cili api dimemar kasar
2 batang serai - dititik
1 sudub minyak masak
gula, garam
daun sup , daun bawang

Cara-caranya

1. Rebus hirisan daging bersama rempah sup bunjut , serai, lengkuas dan air ( sebanyak hendak dijadikan kuah sup dan mengempukkan daging ) sehingga daging empuk.
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili api. Tumis sehingga layu.
4. Tuang kedalam periuk berisi sup.
5. Tabur serbuk rempah sup kedalam sup. Kacau rata dan jerang sehingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit gula dan masak sehingga mendidih.
7. Angkat dan hidangkan. Tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

* boleh ditambah buah tomato dan sayuran seperti putik jagung dan lobak merah.

Jemput Nasi

Bahan-bahan

1 cawan nasi sejuk
1 cawan air suam
1/4 - 1/2 cawan ikan bilis
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 suduk serbuk penaik
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1- 11/2 suduk serbuk lada hitam
daun kucai
garam halus

Cara-caranya

1. Campur rata tepung gandum bersama serbuk penaik didalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
2. Masukkan daun kucai, hirisan bawang besar dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
3. Masukkan nasi, ikan bilis, garam dan air kedalam pengisar. Kisar sehingga nasi dikisar halus.
4. Tuang adunan ini kedalam mangkuk berisi tepung. Gaul sehingga sebati. Perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak dan ambil sesudu besar adunan. Masukkan kedalam minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

* boleh ditambah daun sup, daun bawang, hirisan cili merah atau serbuk kunyit.
serbuk penaik boleh diganti dengan soda bikarbonat

Tuesday, December 21, 2010

Kuih Kosui / Kaswi

Bahan-bahan

1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat-siat dan disimpul
1 suduk kapur sirih
sedikit air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
secubit garam halus
1/2 biji kelapa parut - bahagian putih sahaja
garam halus

Cara-caranya

1. Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 2 cawan air di dalam periuk. Rebus sehingga gula larut. Angkat, tapis dan ketepikan. Sejukkan.
2. Larutkan kapur sirih di dalam sedikit air. Ketepikan.
3. Ayak kedua-dua tepung dan secubit garam ke dalam sebuah mangkuk.
4. Tuang air gula sambil dikacau rata. Tambah air jika adunan terlalu pekat.
5. Masukkan air kapur. Kacau sebati.
6. Tapis adunan supaya tidak bergentel.
7. Tuang kedalam acuan yang telah digriskan.
8. Kukus sehingga masak. Angkat dan sejukkan.
9. Potong kecil dan golekkan di dalam kelapa parut yang telah digaul dengan garam.

* boleh diganti tepung ubi dengan tepung jagung.

Acar Timun Bertaucu

Bahan-bahan

1 biji timun - buang empulur dan dipotong 2 inci panjang.
4 biji cili hijau - dipotong 2 memanjang
4 ulas bawang putih - dibelah 2
5 biji bawang merah - dibelah 4
1 biji bawang besar - dibelah 4

3 sudub minyak masak
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 biji bawang merah - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris halus
1 sudub ikan bilis / udang kering - direndam dan ditumbuk kasar
1 1/2 sudub cuka
1 1/2 sudub taucu
3 sudub gula pasir
air
garam

Cara-caranya

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hiris, bawang merah hiris, halia dan ikan bilis / udang kering sehingga naik bau.
2. Masukkan timun, cili hijau, bawang putih belah, bawang besar, dan bawang merah belah. Tumis sehingga semuanya layu.
3. Masukkan cuka, taucu , gula pasir , garam dan air. Jerang sehingga mendidih. Rasa asam garamnya dan angkat.

* timun tidak perlu dibuang kulitnya.

Labu Kuning Masak Lemak

Bahan-bahan

1/2 biji labu kuning - dikupas dan dipotong
sedikit air
1/2 biji bawang besar - ditumbuk kasar
2 sudub ikan bilis - ditumbuk kasar
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 suduk serbuk lada hitam
1 suduk serbuk kunyit
1 biji cili merah - dihiris memanjang
garam , gula
1 helai daun kunyit


Cara-caranya

1. Masukkan labu kuning dan sedikit air. Tutup periuk dan rebus labu sehingga empuk.
2. Masukkan santan pekat, 1 1/2 cawan air, ikan bilis, bawang besar, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan cili merah. Kacau rata.
3. Jerang sehingga mendidih sambil dikacau selalu. Masukkan daun kunyit, gula dan garam secukup rasa.
4. Didihkan sekali lagi dan angkat untuk dihidang.

Ikan Bawal Percik

Bahan-bahan

2 ekor ikan bawal hitam - dicuci
1-2 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam halus.
1 inci halia - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 batang serai - dimemar
1 suduk serbuk kunyit
2 sudub cili kisar
3 keping asam keping
1 suduk halba
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 biji cili merah - dipotong 2 memanjang.
garam , gula
minyak

Cara-caranya

1. Gaul serbuk kunyit dan garam kepada ikan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan kira-kira 3 sudu besar minyak lebihan gorengan ikan di dalam kuali. Tumis bawang kisar , lengkuas kisar dan halia kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar. Goreng sehingga garing.
5. Masukkan santan dan air. Jerang sehingga mendidih.
6. Masukkan serbuk kunyit, asam keping, halba , gula dan ikan. Masak sehingga mendidih dan kuah hampir pekat.
7. Tambah garam secukup rasa dan cili merah . Masak sehingga mendidih dan cili layu.

Kek Epal

Bahan-bahan

1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
2 suduk esen vanila
3 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik
1 suduk soda bikarbonat
3/4 suduk garam halus
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis
3 biji epal hijau - dikupas, dicincang dadu sederhana besar

Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada suhu 165C.
2. Campur rata tepung gandum dengan serbuk penaik, soda bikarbonat, garam halus dan serbuk kulit kayu manis. Ketepikan.
3. Pukul minyak jagung bersama gula kastor sehingga gula larut dan adunan berwarna pucat.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji . Pukul sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
6. Masukkan campuran tepung. Kacau sebati.
7. Masukkan epal cincang. Kaup balik dengan spatula sehingga bercampur rata.
8. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditabur tepung.
9. Bakar selama 50 minit - 1 jam.

Daging Lembu Goreng Kunyit

Bahan-bahan

500 gm daging lembu - direbus sehingga empuk. Ketepikan.
2 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam halus
3 sudub minyak masak
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1/2 biji bawang besar - dikisar halus
1 biji bawang besar - dihiris bulat
6 biji cili api / 1 biji cili merah - dihiris
1 biji buah tomato - dipotong 6
gula , garam

Cara-caranya

1. Hiris nipis daging rebus.
2. Masukkan serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam kepada daging hiris. Gaul rata.
3. Panaskan minyak. Goreng daging sehingga hampir garing.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau rata dengan daging. Goreng selama 10 minit.
5. Masukkan bawang besar, cili api atau cili merah, potongan buah tomato, sedikit gula dan garam secukup rasa. Goreng sehingga bawang besar , buah tomato dan cili layu.
6. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, December 14, 2010

Ikan Aya Masak Singgang

Bahan-bahan

1 ekor ikan tongkol / aya - dipotong tebal. Cuci bersih.
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci lengkuas - dihiris nipis
1 inci kunyit hidup - dihiris nipis
2 keping asam keping
4 cawan air
garam
sedikit gula kerek
5-6 biji cili api/ 2 biji cili merah/hijau

Cara-caranya

1. Rebus air sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan, bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup dan asam keping. Didihkan sehingga ikan masak.
3. Masukkan garam, gula kerek dan cili. Renih sehingga mendidih , cili layu dan gula larut.
4. Rasa asam garamnya dan angkat untuk dihidang.

* boleh ditambah kacang bendi jika suka.
boleh diganti kunyit hidup dengan 1 suduk serbuk kunyit.
Boleh diganti bawang besar dengan 5 biji bawang merah.

Kari Daging Kisar ( Keema )

Bahan-bahan

4 biji bawang besar - dihiris halus
1 inci halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/4 cawan minyak masak
1 suduk serbuk kunyit
1 sudub cili kisar
1 suduk serbuk ketumbar
700 gm daging kisar
1/2 - 1 suduk garam halus
3 biji buah tomato
1 cawan kacang peas
2 sudub hirisan daun ketumbar

Cara-caranya

1. Rendam buah tomato didalam air panas, kupas kulitnya dan cincang. Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga bawang besar layu.
3. Masukkan serbuk kunyit, cili kisar dan serbuk ketumbar. Kacau sentiasa dan masak selama 3 minit.
4. Tambah daging kisar. Goreng daging kisar sehingga bertukar warna kecoklatan.
5. Masukkan garam dan tomato cincang. Kacau rata, perlahankan api dan tutup periuk. Renih sehingga daging empuk.
6. Buka tutup periuk. Masukkan kacang peas. Masak lagi sehingga kacang peas empuk.
7. Rasa asam garamnya dan angkat. Tabur daun ketumbar bila menghidang.

* toreh bawah buah tomato seperti ini ( + ) sebelum merendam didalam air panas supaya senang mengupas kulit buah tomato.

Sunday, December 12, 2010

Butter Rolls

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera
1 suduk serbuk penaik
1/2 cawan gula kastor
1 cawan air panas
3 sudub susu tepung
1/2 cawan mentega / marjerin
3/4 suduk garam halus
3 biji telur - dipukul sebentar
2 1/4 - 3 cawan tepung gandum
isian - chocolate rice
gula perang + serbuk kulit kayu manis

Cara-caranya

1. Masukkan 2 cawan tepung, yis segera, serbuk penaik dan gula kastor kedalam mangkuk mixer. Gaul rata.
2. Masukkan mentega, susu tepung dan garam kedalam air panas. Campur rata dan ketepikan sehingga suam-suam kuku.
3. Masukkan telur dan campuran air susu ( 2 ) ke dalam mangkuk mixer berisi tepung dan yis. Gaul rata dengan mengguna hook doh.
4. Tambah tepung 1/2 cawan - 1/2 cawan setiap kali sehingga mendapat doh yang tidak melekat kepada mengkuk mixer. Uli sehingga licin dan elastik ( kira-kira 10 minit ) dengan kelajuan mixer # 1. Bentukkan menjadi sebuah bebola besar.
5. Griskan permukaan dalam sebuah mangkuk besar dengan mentega. Masukkan doh dan golek-golekkan supaya permukaan doh bersalut gris. Tutup mangkuk dengan clingwrap / plastik. Ketepikan sehingga doh kembang 2X ganda.
6. Kempiskan doh perlahan-lahan. Keluarkan dan uli sebentar. Bentuk membola semula. Tutup dengan plastik. Ketepikan 10 minit.
7. Bahagi doh kepada 2 bahagian.
8. Ambil satu bahagian dan canai menjadi satu bulatan setebal 1/4 inci. Potong kepada 12 bahagian bersegi tiga ( wedges ). Oles mentega dipermukaannya. Tabur chocolate rice/ gula perang + serbuk kulit kayu manis/lain-lain isian yang disukai. Gulung satu segi tiga dari tepi yang panjang ke tepi tirus. Susunkan diatas tin pembakar yang telah digris. Tutup gulungan doh dengan plastik. Buat sehingga habis.
9. Perap sehingga naik 2X ganda.
10. Bakar pada suhu 200C selama 10 minit.
11. Keluarkan dari ketuhar dan terus oles permukaan roll dengan mentega.

* Doh boleh disimpan di dalan peti sejuk dengan memasukkan doh kedalam bekas besar ( bagi memberi ruang untuk ia mengembang ) yang bertutup rapat selama 8 jam / semalaman dan teruskan proses no. 5- 11 keesokan harinya.

Ayam Masak Merah Pedas

Bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil
serbuk kunyit
garam halus
1 biji bawang besar - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 batang serai - dititik
1 cawan cili kisar
1/2 cawan tomato sos
2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 suduk gula
minyak

Cara-caranya

1. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak lebihan menggoreng ayam. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan serai. Tumis sehingga semuanya layu.
4. Masukkan cili kisar. Goreng cili kisar sehingga garing dan naik minyak.
5. Masukkan tomato sos. Gaul sebati.
6. Masukkan ayam, garam , gula dan air ( separas ayam boleh terendam ). Renih sehingga ayam empuk.
7. Masukkan bawang hiris. Masak sehingga bawang layu.
8. Rasa asam garamnya dan angkat.

Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahan

4 cawan beras basmathi - direndam 30 minit. Toskan
4 sudub marjerin/ minyak sapi / minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dihiris nipis
2 helai daun pandan - disiat-siat dan disimpul
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 suduk garam
1-2 suduk pewarna makanan berwarna kuning
1-2 suduk pewarna makanan berwarna merah
1-2 suduk pewarna makanan berwarna hijau
bawang goreng
kismis - digoreng

Cara-caranya

1. Panaskan marjerin / minyak sapi didalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga layu. Tuang kesemuanya kedalam periuk nasi elektrik.
3. Masukkan air dan susu cair. Tutup periuk elektrik dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan beras dan garam. Gaul rata. Terus memasak nasi sehingga kering airnya dan nasi tanak.
5. Gembur-gemburkan nasi.
6. Titikkan pewarna makanan dipermukaan nasi. Tutup periuk dan memasak sebentar.
7. Sebelum menghidang, gembur-gemburkan nasi. Hidangkan. Tabur bawang goreng dan kismis sebagai hiasan.

* jumlah air bergantung pada beras.

Saturday, December 11, 2010

Daging Masak Gosht

Bahan-bahan

A.
1 kg daging lembu/ kambing - dipotong kecil
1/2 cawan minyak masak
1 suduk serbuk jintan manis
10 biji lada hitam
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 suduk serbuk ketumbar
4 suduk cili kisar
1/2 suduk serbuk kunyit
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 biji bawang besar - dihiris nipis
2 cawan air
3 biji buah tomato - didadu kasar

B.
1 suduk garam masala
1 suduk jintan manis biji
garam , gula

Cara-caranya

1. Masukkan kesemua bahan-bahan A termasuk daging kedalam periuk. Gaul rata rempah dan bahan-bahan lain kepada daging. Didihkan dan masak sehingga daging empuk. Tambah air ( jika perlu ) untuk mengempukkan daging.
2. Masukkan tomato cincang dan masak sehingga tomato hancur.
3. Masukkan garam masala, jintan manis biji, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
4. Rasa asam garamnya dan angkat.

Kek Tapai Ubi

Bahan-bahan

1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
6 biji telur saiz sederhana ( B )
1 suduk esen vanila
1 cawan tapai ubi yang telah dilecek dan dibuang urat
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
2 suduk serbuk penaik

Cara-caranya

1. Pukul gula kastor dan mentega sehingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul sehingga kembang dan sebati.
3. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
4. Masukkan tapai ubi dan kacau sehingga bercampur rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik berselang seli dengan susu cair. Kacau rata.
6. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digriskan dan ditaburi tepung.
7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 175C selama 45 - 60 minit.

Bayam Masak Lemak

Bahan-bahan

1 cekak sayur bayam hijau/ merah - dipotong pendek
1 biji bawang besar - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 suduk serbuk lada hitam
1 biji cili merah - dihiris nipis
sejemput ikan bilis / udang kering - direndam
2 ketul ubi keledek oren - dikupas kulit dan didadu besar
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
garam , gula

Cara-caranya

1. Masukkan ubi keledek di dalam sebuah periuk. Tuang air setakat paras ubi keledek. Tutup periuk dan rebus sehingga ubi keledek empuk.
2. Tambah 2 cawan air, sayur bayam, ikan bilis, serbuk lada hitam, bawang besar, bawang putih dan sedikit gula. Didih sehingga bayam layu.
3. Masukkan santan pekat, cili merah dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Tutup api dan angkat untuk dihidang.

* rendam sayur bayam didalam air bergaram selama 10 minit sebelum dimasak dan toskan.
* cili merah boleh diganti dengan cili api.
* pastikan keledek didadu bersaiz sama supaya akan empuk pada masa yang sama.

Thursday, December 9, 2010

Kek Kastad

Bahan-bahan

1 cawan mentega
2 cawan gula kastor
4 biji telur
2 suduk esen vanila
2 cawan tepung gandum
2 suduk serbuk penaik
3/4 cawan tepung kastad
1 cawan susu segar/UHT

Cara-caranya

1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji sehingga bercampur rata. Pukul adunan sehingga kembang.
3. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
4. Ayak kedua-dua jenis tepung bersama serbuk penaik. Masukkan tepung kedalam adunan telur berselang - seli dengan susu segar ( dimulai dan dengan diakhiri dengan tepung ) sehingga habis.
5. Tuang ke dalam acuan yang telah digris dan ditaburi tepung.
6. Bakar pada suhu 175C selama 1 jam.

* Letak sekeping aluminium foil dibahagian atas acuan bagi menghalang permukaan kek hangus.

Apam Madu

Bahan-bahan

1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak/ minyak jagung
1 suduk soda bikarbonat
1 suduk serbuk penaik
1 cawan air
1/2 suduk esen vanila
1/4 - 1/2 cawan serbuk koko

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga gula larut dan adunan bercampur rata.
2. Tuang adunan kedalam acuan yang telah digris dengan minyak.
3. Kukus adunan sehingga masak.
4. Buka penutup kukusan dan terus mengukus apam sebentar ( ini untuk mendapatkan permukaan apam yang berkilat )
5. Angkat dan sejukkan apam. Potong dan hidangkan.

Pajeri Nenas

Bahan-bahan

1 biji nenas
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
15 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
8 biji cili merah - dikisar
2 suduk serbuk kunyit
3 sudub gula pasir
garam
3 sudub minyak masak
air

Cara-caranya

1. Nenas dipotong empat memanjang dan dibuang empulur. Hiris nenas 1 cm tebal.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawabg putih dan halia sehingga layu.
3. Masukkan cili merah kisar sehingga garing dan naik minyak. Tambah 1 cawan air jika terlalu kering.
4. Masukkan gula, garam dan serbuk kunyit. Kacau rata.
5. Masukkan nenas dan didihkan sehingga nenas layu. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.

Pengat Ubi Kayu

Bahan-bahan

2 cawan ubi kayu yang sudah dikupas kulit dan didadu kasar
air
1/2 cawan pati santan
2 cawan air
2 helai daun pandan - disiat-siat dan disimpul
1/2 cawan gula pasir
3 - 4 sudub sagu biji warna merah atau hijau - direndam sehingga kembang
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Masukkan ubi kayu kedalam periuk. Tuang air separas menutupi ubi kayu. Tutup periuk dan rebus sehingga empuk. Toskan dan buang lebihan air rebusan. Masukkan semula ubi rebus kedalam periuk.
2. Masukkan 2 cawan air, pati santan, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan sagu biji dan secubit garam. Didih perlahan sehingga sagu bertukar jernih dan santan mendidih.

Wednesday, December 8, 2010

Ayam Masak Kurma Murgh

Bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil
3 biji lada hijau dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 sudub cili kisar
1 sudub serbuk lada hitam
1 suduk serbuk kunyit
1/2 sudub garam masala
1 biji bawang besar - dicincang halus
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah tomato masak - dicincang halus
1/2 cawan susu masam
6 sudub kelapa parut - dikisar halus
1-2 keping asam keping
3- 5 sudub minyak
garam

Cara-caranya

1. Campur rata lada hijau, halia, bawang putih, cili kisar, serbuk lada hitam , garam masala dan serbuk kunyit.
2. Masukkan ayam kedalam campuran diatas dan gaul rata. Perap sebentar.
3. Panaskan minyak dan tumis rempah tumisan ( kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga ) sehingga naik bau.
4. Masukkan bawang cincang dan goreng sehingga layu.
5. Masukkan ayam bersama bahan perapan. Renihkan ayam sehingga ayam empuk.
6. Masukkan tomato cincang. Renih lagi sehingga tomato hancur.
7. Masukkan susu masam , asam keping dan kelapa kisar. Renih sehingga kuah agak pekat.
8. Tambah garam, didihkan sebentar dan angkat.

Nasi Minyak Sapi

Bahan-bahan

2 cawan beras basmathi - direndam selama 30 minit. Toskan.
2 sudub minyak sapi
3 sudub jintan manis biji
1 sudub lada hitam
1 sudub buah pelaga
2 sudub bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
4 cawan air panas
3 helai daun salam kering
garam

Cara-caranya

1. Panaskan minyak sapi , masukkan semua rempah dan goreng sehingga jintan manis meletup-letup.
2. Masukkan beras dan goreng sebentar.
3. Masukkan air panas, daun salam dan garam. Kacau rata dan didihkan sehingga nasi tanak.
4. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Monday, December 6, 2010

Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil.
10 - 12 ulas bawang putih - dikisar halus
1 1/2 suduk garam halus
1 1/2 suduk gula pasir
1 - 2 sudub serbuk lada hitam
2 suduk serbuk kunyit
3 sudub minyak masak
air

Cara-caranya

1. Campur rata bawang putih kisar, garam halus, gula pasir, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit di dalam sebuah bekas.
2. Masukkan ayam kedalam campuran itu. Gaul rata supaya bersalut dengan ayam.
3. Panaskan minyak dan masukkan ayam. Goreng ayam dan perapan sehingga daging ayam pejal.
4. Tuang air separas menutupi ayam. Tutup periuk dan renih sehingga ayam empuk dan kuah agak-agak pekat dan naik minyak.
5. Rasa garam secukup rasa dan tutup api.

* ayam boleh diganti dengan 500 gm daging lembu/kambing
Boleh ditambah bawang besar dihiris bulat sebelum diangkat.

Sunday, December 5, 2010

Jenganan

Bahan-bahan

Sayuran
5 keping tauhu - digoreng dan dihiris
5 keping tempe - dihiris dan digoreng
10 urat kacang panjang - dipotong 1 inci panjang dan dicelur
1 mangkuk tauge - dibuang ekor dan di celur
10 batang kangkung - dipotong 1 inci panjang dan dicelur
3 biji telur direbus keras dan dipotong 2 atau 4

Kuah
15 biji cili kering - dipotong, direndam dan dikisar.
2 cawan kacang tanah - digoreng dan dikisar
air asam jawa
gula
sedikit belacan ( jika suka )
minyak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, gula, garam, belacan ( jika Guna ) dan kacang tanah kisar. Masak sehingga pekat. Rasa asam garamnya secukup rasa, angkat dan sejukkan.
3. Atur sayur-sayuran didalam piring besar dan tuang kuah kacang keatasnya.

Bingka Gandum

Bahan-bahan

1 cawan susu cair
2 cawan air
4 biji telur - saiz sederhana
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan tepung gandum
secubit garam halus
beberapa titik esen pandan
beberapa titik pewarna kuning
2 sudub marjerin

Cara-caranya

1. Letak marjerin di dalam tin pembakar dan panaskan di dalam ketuhar ( suhu 175C ).
2. Masukkan kesemua bahan - bahan lain ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga gula larut.
3. Keluarkan tin pembakar dari ketuhar dan lenggangkan marjerin cair supaya menutupi bahagian bawah dan tepi tin pembakar.
4. Tuang adunan yang dikisar ke dalam tin pembakar.
5. Bakar selama 45- 55 minit.

Roti Saj

Bahan-bahan

3 1/2 - 4 cawan tepung gandum
1/2 suduk garam halus
2 sudub susu tepung
2 sudub gula kastor
1 paket yis segera
1 1/2 cawan air suam

Cara-caranya

1. Campur rata 2 cawan tepung gandum, garam halus , gula kastor dan susu tepung di dalam mangkuk mixer.
2. Campur air suam dan yis segera di dalam mangkuk lain. Tutup mangkuk itu dan ketepikan bancuhan yis sehingga ia berbuih ( kira-kira 10 minit )
3. Tuang bancuhan yis ke dalam campuran tepung. Gaul rata dan tambah tepung sedikit-sedikit (1/2 cawan setiap kali ) sehingga menjadi doh yang tidak melekit di tepi mangkuk mixer. Uli sehingga licin dan elastik.
4. Griskan sebuah mangkuk besar dan golekkan doh diatas permukaan bergris itu. Tutup mangkuk dengan clingwrap/plastik. Perap sehingga naik 2X ganda.
5. Keluarkan doh dan uli sekejap. Rehatkan doh 10 minit.
6. Bahagikan doh kepada 8 - 10 bahagian.
7. Panaskan kuali leper. Ambil seketul doh, leper nipis dengan jari dan tepekkan di dalam kuali yang tidak digriskan. Tunggu sehingga permukaan roti mula mengelembung kecil dan balikkan ( 3-4 minit setiap kali ).
8. Hidang dengan kuah kari ayam / daging.

Friday, December 3, 2010

Hati Lembu dan Kacang Panjang Goreng

Bahan-bahan

5oogm hati lembu - dipotong kecil
10 - 12 urat kacang panjang - dipotong 1 inci panjang
2 sudub minyak
4 ulas bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
3 sudub serbuk kari daging
1 sudut serbuk kulit kayu manis
1 1/2 cawan santan pekat
sedikit air asam jawa
4 biji cili merah - dipotong serong
garam , gula

Cara-caranya

1. Gaul hati lembu bersama bahan-bahan kisar , serbuk kari dan serbuk kayu manis.
2. Panaskan minyak dan masukkan hati dan rempah. Kacau rata dan masak sebentar sehingga rempah garing.
3. Masukkan kacang panjang. Gaul rata.
4. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan hati empuk.
5. Tambah cili merah, air asam jawa , gula dan garam secukup rasa. Angkat dan hidang.

* hati lembu boleh diganti dengan hati ayam.

Popia Mini Pedas

Bahan-bahan

1 bungkus kulit popia ( saiz besar)
3 ulas bawang putih -dikisar
3 sudub cili kisar
6 sudub gula pasir
garam
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Ambil sekeping kulit popia dan sebatang lidi. Dengan menggunakan lidi, gulung kulit popia secara menyerong sehingga hampir hujungnya , oles sedikit telur putih ditepi kulit popia dan gulung sehingga hujungnya. Keluarkan lidi dari gulungan dan ketepikan gulungan kulit popia. Tutup gulungan itu dengan kain lembab supaya ia tidak kering. Ulang cara yang sama sehingga semua kulit popia habis digulung.
2. Panaskan minyak.
3. Sementara minyak panas, potong gulungan kulit popia sepanjang 1 - 2 inci. Goreng kulit popia secara deep-fry sehingga kekuningan dan garing . Angkat, toskan dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan 3 sudub minyak sahaja dan panaskan minyak semula.
5. Tumis bahan-bahan kisar dan gula pasir sehingga berbuih dan pekat.
6. Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
7. Masukkan gulungan kulit popia dan gaul rata sosnya pada kulit popia. Angkat dan sejukkan.
8. Simpan dalam bekas kedap udara.

Gulai Kawah

Bahan-bahan

1/2 kg daging lembu - dipotong dadu
5 sudub minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 sudub bumbung cili kisar
1 sudub serbuk kari daging
2 sudub serbuk rempah gulai cap bunga ros
1 sudub serbuk rempah masak cap bunga ros
3 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudub kerisik
1 keping gula kerek/ 2 sudub gula merah
2 keping asam keping
garam

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan- bahan yang dikisar yang telah dicampur rata dengan cili kisar dan ketiga-tiga rempah serbuk. Tumis sehingga garing dan naik minyak .
3. Masukkan daging dan gaul sebati dengan rempah. Masak sehingga naik minyak lagi.
4. Masukkan santan, air, kerisik , asam keping dan gula kerek. Jerang sehingga daging empuk.
5. Masukkan garam secukup rasa dan didihkan sekali lagi. Teruskan memasak sehingga kuah pekat dan naik minyak.