Tuesday, February 23, 2010

Roti Cair

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1-2 biji telur
2 1/2 - 2 3/4 cawan air
1/2 suduk garam
marjerin

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk.
2. Campurkan garam ke dalam air. Curahkan ke dalam tepung sedikit-sedikit sehingga mendapat bancuhan seperti membuat kuih dadar. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
3. Masukkan telur yang telah dipukul dahulu kedalam bancuhan tepung tadi.
4. Perap selama 30 minit.
5. Panaskan kuali leper. Griskan permukaan kuali dengan sedikit marjerin.
6. Masukkan 1-2 senduk ( bergantung kepada besar senduk dan besar diameter kuali ) bancuhan tepung dan ratakan dengan senduk supaya menjadi tipis.
7. Apabila permukaan roti cair kering dan masak, sapu rata sedikit marjerin diatas permukaannya dan disekelilingnya. Terbalikkan roti dan sapu rata juga permukaannya dengan marjerin.
8. Goreng sehingga permukaannya berwarna keemasan dan keluarkan dari kuali.

* Ketebalan roti bergantung kepada berapa banyak bancuhan tepung yang dicurahkan ke dalam kuali .

* jika mahu lebih gebu...boleh ditambah sedikit serbuk penaik (1/4 -1/2 sudut )
* untuk lebih pantas - masukkan semua bahan-bahan kecuali marjerin kedalam blender dan blend sehingga bercampur rata.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan

10-15 biji cili kering - dipotong dan dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 cawan ikan bilis - digoreng
sedikit belacan (jika suka)
air asam jawa
1 biji bawang besar - dihiris kasar
sedikit garam dan gula
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis lada kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan bawang-bawang kisar, belacan, air asam jawa, garam dan gula. Tumis sehingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang besar yang dihiris dan sedikit air jika terlalu kering. Masak sehingga hirisan bawang menjadi layu.

* jumlah lada kering mengikut kepedasan yang diingini.

Kuah Lodeh

Bahan-bahan

3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
2-3 biji lada merah - dibuang biji dan potong nipis
8-10 batang kacang panjang - dipotong 1 inci panjang
1/4 biji kobis bulat - dihiris kecil
1-2 biji lobak merah - dihiris nipis
1 cekak suun - direndam sehingga lembut
1-2 biji terung - dipotong kecil
2-3 sudub udang kering / ikan bilis
2-3 keping tauhu kering / basah
sedikit garam dan gula
1-2 sudut serbuk kunyit
santan

Cara-caranya

1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan cair sehingga menutupi bahan-bahan tadi dan sebanyak kuah yang dikehendaki.
3. Jerang sehingga sayuran empuk sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan santan pekat. Jerang sehingga kuah mendidih.

* banyak santan bergantung kepada berapa banyak kuah yang dikehendaki dan berapa pekat kuahnya. (lebih kurang 1 liter santan kotak dibahagi dijadikan santan cair dan santan pekat)

* hidang lodeh dengan kuah kacang, sambal ikan bilis atau sambal sotong kering, nasi impit, serunding kelapa dan rendang.

* kalau guna tauhu basah... ia hendaklah di potong dadu dan digoreng dahulu sebelum di masak bersama sayuran lain.
jika guna tauhu kering... ia perlu direndam dahulu sehingga lembut.