Friday, November 25, 2011

Bebola Epal

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 1/2 suduk serbuk penaik
3 sudub gula kastor
1/4 suduk garam halus
3 biji epal hijau - dikupas dan disagat / didadu halus
2 biji telur - dipukul kembang
3/4 cawan susu segar
1 suduk esen vanila
2 sudub minyak masak
minyak untuk menggoreng secara deep-fry
gula pasir - dikisar halus

Cara-caranya

1. Campur rata tepung gandum, serbuk penaik, garam halus dan gula kastor di dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan epal dan gaul rata.
3. Tuang susu segar, esen vanila dan minyak masak ke dalam telur. Kacau rata dan tuang ke dalam tepung. Gaul rata setakat membasahkan kesemua tepung.
4. Panaskan minyak masak. Tuang 1 sudu besar bater dan goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan. Tabur gula kisar sebelum dihidang.

Thursday, November 10, 2011

Sos Lada Hitam

Bahan-bahan

2 sudub mentega
2 sudub tepung gandum
1 biji bawang besar - dicincang halus
1 biji tomato - dicincang halus
1 keping kiub stok ayam
2 cawan air
2 sudub kicap pekat
3 sudub sos cili
garam
1 - 2 sudub gula perang
1 - 2 sudub serbuk lada hitam
sedikit tepung jagung

Cara-caranya

1. Panaskan periuk dan cairkan mentega.
2. Masukkan tepung dan kacau tepung sehingga berwarna coklat muda dan tidak bergentel.
3. Masukkan bawang cincang dan tomato. Goreng sehingga layu.
4. Masukkan air,kiub stok ayam, kicap pekat, sos cili,gula perang dan lada hitam. Kacau rata dan didihkan.
5. Tambah tepung jagung jika kuah terlalu cair dan tambah kicap sedikit- sedikit jika terlalu pucat. Didihkan dan angkat untuk dihidang dengan ayam / daging BBQ.

* Kisar sos untuk mendapat sos yang lebih halus dan didihkan semula sebelum dihidang.

Biskut Oat Instant

Bahan-bahan

3 cawan oat instant
1 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik
1 cawan kismis / kurma ( dicincang halus ) - digaul dengan sedikit tepung
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 cawan mentega
2 suduk esen vanila

Cara-caranya

1. Pukul mentega bersama kedua-dua jenis gula dan esen vanila sehingga sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik, oat instant dan kismis / kurma cincang. Gaul sehingga rata.
3. Cubit doh sebesar guli dan bulat-bulatkan. Letak diatas dulang pembakar yang di alas dengan kertas bergris. Jarakkan sebanyak 2 inci antara satu sama lain.
4. Bakar pada suhu 180C selama 10 - 12 minit.

Biskut Crispy Chewy

Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 suduk esen vanila
3 cawan tepung berserbuk penaik
1/4 cawan tepung jagung
1 -2 cawan coklat masakan - diparut kasar / dicincang ( digaul dengan sedikit tepung )

Cara-caranya

1. Pukul mentega bersama kedua-dua jenis gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan esen vanila lalu di pukul sehingga bercampur rata dan berkrim.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Tabur coklat keatas doh dan kacau rata.
5. Bungkus doh dengan plastik dan sejukkan selama 30 minit.
6. Bentukkan biskut dengan menyudukan 1 sudu besar doh ke atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan kertas bergris. Jarakkan sebanyak 2 inci antara satu sama lain.
7. Bakar pada suhu 180C selama 10 - 12 minit.

* sudukan 1 sudu kecil doh jika mahu biskut yang lebih kecil

Biskut Kastad

Bahan-bahan

3 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan tepung jagung
2 cawan gula kastor
1 cawan tepung kastad
1 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 suduk esen vanila
kacang gajus
mangkuk kertas

Cara-caranya

1. Campur rata ketiga-tiga jenis tepung dengan gula kastor. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan minyak jagung dan esen vanila dengan menggunakan garfu sehingga sebati.
3. Tuang campuran telur dan minyak kedalam tepung. Gaul sehingga rata sehingga menjadi doh. Uli sekejap dan bungkus dengan plastik. Sejukkan selama 30 minit.
4. Cubit sebesar guli, bulat-bulatkan dan letak di dalam mangkuk kertas. Hias dengan meletak kepingan kacang gajus.
5. Bakar selama 15- 25 minit pada suhu 160C.

Thursday, October 27, 2011

Pilaf Uzbek

Bahan-bahan

4 sudub minyak masak
1 biji bawang besar - didadu halus
1 -2 batang lobak merah - disagat kasar
2 1/2 cawan beras - dicuci dan ditos
1 - 2 suduk jintan manis
1 - 2 suduk garam halus
5 - 6 ulas bawang putih - dikupas tapi dibiarkan seulas-seulas
1 suduk serbuk cili
4 cawan air panas mendidih

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu dan kekuningan.
2. Masukkan lobak merah dan goreng sehingga lobak merah layu.
3. Masukkan jintan manis,garam halus, serbuk cili dan beras. Gaul sehingga beras bersalut dengan semua bahan di dalam periuk dan goreng sekejap.
4. Cucuk bawang putih sedikit ke dalam beras.
5. Tuang air mendidih perlahan ke atas beras dan masak sehingga nasi tanak.
6. Gemburkan nasi dan hidang dengan menabur bawang goreng dan daun sup.

* Cara yang saya buat ialah dengan menumis bawang besar, lobak merah , jintan manis, serbuk cili dan garam ( seperti 1 - 3 ) tetapi tidak termasuk beras. Kemudian tuang air mendidih dan kacau rata. Secara perlahan-lahan tabur beras rata-rata kedalam air. JANGAN DIKACAU BERAS. Cucuk bawang putih ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan masak sehingga tanak.

Donat Kentang

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
3 sudub susu tepung
1 paket yis segera
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan marjerin
1 biji kentang ( saiz besar ) - direbus
1 biji telur ( saiz besar )
1 cawan air
1 suduk garam halus
1/2 cawan air suam
minyak untuk menggoreng
gula pasir - dikisar halus

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, susu tepung, yis segera dan gula pasir kedalam mangkuk mixer. Gaul rata.
2. Masukkan marjerin dan campur rata marjerin he dalam tepung.
3. Kisar kentang, garam halus dan telur bersama 1 cawan air sehingga halus. Tuang ke dalam tepung sambil terus di gaul. Tuang air suam sedikit-sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekat pada mangkuk mixer. Uli sehingga doh licin dan elastik.
4. Griskan mangkuk dengan marjerin dan golek-golekkan permukaan doh supaya permukaan doh bersalut dengan dengan marjerin. Tutup mangkuk dengan plastik dan perap sehingga doh naik kembang 2X ganda.
5. Keluarkan doh, kempiskan perlahan-lahan dan uli sekejap. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan doh selama 10 -15 minit.
6. Canai doh dan terap dengan acuan donat. Letak doh yang diterap di atas dulang yang telah ditaburi tepung. Tutup dengan plastik dan perap sehingga kembang.
7. Apabila doh sudah kembang panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana besar sehingga keemasan. Keluarkan dan tos. Sejukkan dan tabur gula pasir kisar atau salut dengan topping yang disukai.

* ketebalan doh yang di canai dan untuk diterap hendaklah mengikut saiz acuan donat
saiz kecil - 1/8 inci tebal
saiz sederhana - 1/4 inci tebal
saiz besar - 1/2 inci tebal

*tidak perlu masukkan susu tepung jika guna air susu. Gantikan 1 cawan air susu bagi 1 cawan air.

Friday, October 21, 2011

Parotta

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1/2 suduk serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
2 sudub minyak masak / marjerin cair
1 cawan air suam

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam halus ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata kesemua bahan.
2. Tuang minyak / marjerin cair ke dalam tepung. Gaul rata.
3. Tuang air suam sambil digaul dengan tepung sehingga mendapat seketul doh yang tidak melekit ditangan. Uli sehingga lembut dan licin.
4. Perap doh di dalam mangkuk yang bergris. Oles permukaan doh dengan marjerin dan tutup mangkuk dengan kain lembap sekurang-kurangnya 1 jam.
5. Keluarkan doh dan uli sekejap. Bahagikan kepada 8 bahagian. Bulat-bulatkan setiap ketul dan tutup dengan kain lembap.
6. Ambil seketul doh dan canai bulat senipis boleh. Oles minyak / marjerin cair diatas permukaan doh. Buat satu jalur keratan dari tengah hingga ditepi bulatan doh. Gulung doh sehingga berbentuk piramid/ cone. Dirikan doh yang digulung dengan bahagian hujung yang bermuncung dibahagian atas. Leperkan sedikit, oles sedikit minyak / marjerin diatasnya dan ketepikan. Perap. Ulang proses yang sama untuk ketul-ketul doh yang lain sehingga habis.
7. Panaskan kuali. Renjiskan sedikit marjerin dan masukkan doh parotta yang sudah dileper nipis. Goreng sehingga kekuningan / garing kedua-dua belah permukaan sambil sesekali direnjis marjerin cair.
8. Angkat dan makan dengan kuah yang disukai

* semakin lama doh diperap, semakin senang untuk diolah.
* tidak perlu diperap didalam peti sejuk jika ingin perap dari pagi hingga kepetang / malam.

Wednesday, October 19, 2011

Bamia Ayam Saudi

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1/4 cawan minyak masak
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 suduk serbuk lada hitam
1 suduk jintan manis - dikisar
3 suduk ketumbar - dikisar
2 sudub pes tomato/ sos tomato
2 cawan buah tomato yang dikisar
2 cawan air
500 gm bendi - digoreng sekejap
1/4 cawan daun ketumbar
1 biji limau nipis - ambil jusnya.
garam

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris sehingga layu.
2. Masukkan bawang-bawang yang dikisar dan tumis sehingga kekuningan.
3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. Goreng sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan gaul rata dengan rempah- rempah di dalam periuk. Goreng selama 7 - 10 minit.
5. Tuang tomato kisar dan pes tomato / sos tomato. Gaul rata dan tuang air. Didih sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Tambah lagi air jika terlalu kering.
6. Masukkan bendi, garam halus, daun ketumbar dan jus limau nipis. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat.

Mufin Jagung Manis

Bahan-bahan

1 tongkol jagung manis - dikukus sehingga empuk. Sejukkan.
2 cawan tepung gandum
2 1/2 suduk serbuk penaik
secubit garam halus
1/2 cawan gula pasir ( kisar halus ) / kastor

1 biji telur ( A )
1/4 cawan minyak jagung
3 sudub susu tepung
1/2 cawan air panas
1/2 cawan air masak
1 suduk esen vanila

Cara-caranya

1. Campur susu tepung dengan air panas. Kacau rata sehingga susu tepung larut dan tuang air masak ke dalamnya. Kacau rata dan ketepikan sehingga ia sejuk.
2. Pecahkan telur ke dalam susu dan pukul dengan garfu sehingga bercampur rata dengan susu.
3. Tuang minyak jagung dan esen vanila dan kacau rata, Ketepikan.
4. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam halus ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
5. Sisir butiran jagung kedalam tepung. Kacau supaya bercampur rata.
6. Tuang campuran telur ke dalam tepung dan gaul setakat membasahkan tepung sahaja.
7. Masukkan bater kedalam cawan kertas dan bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit.

Monday, October 17, 2011

Kuih Ketayap

Bahan-bahan

Dadar :
2 cawan tepung gandum
3 sudub tepung jagung
4 sudub susu tepung
2 sudub minyak masak
2 1/2 cawan air
2-3 helai daun pandan
1/2 suduk garam halus

Inti
1 keping gula kerek ( saiz besar ) - diparut
1/2 cawan air
100gm kelapa kering
1-2 cawan air panas
2 sudub gula pasir
2 sudub tepung jagung

Cara-caranya

1. Masukkan kesemua bahan untuk bater ke dalam pengisar. Kisar sehingga daun pandan hancur dan tapis ke dalam mangkuk.
2. Tutup mangkuk dan ketepikan selama 15 - 30 minit.
3. Panaskan kuali leper, percikkan/ oles sedikit minyak masak.
4. Tuang 1/2 cawan bater dan lenggangkan menjadi nipis / guna senduk dan leper-tipiskan bater. Masak sehingga permukaan atas kering.
5. Angkat dan letak di dalam pinggan.Letak inti dan gulung.

Cara masak inti.

1. Masukkan kelapa kering ke dalam mangkuk dan tuang air panas ke atasnya. Gaul rata , tutup mangkuk dan ketepikan sehingga kelapa menyerap kesemua air itu.
2. Didihkan gula kerek parut di dalam 1/2 cawan air sehingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut ( tidak perlu ditos ) ke dalam air gula dan gaul rata. Kacau dan masak sehingga agak pekat.
4. Tabur tepung jagung ke atas kelapa dan gaul rata. Masak sehingga inti pekat.
5. Angkat dan sejukkan sebelum diguna.

* dadar untuk kuih ini hanya perlu di masak sebelah permukaan sahaja. Oleh itu tidak perlu diterbalikkan, terus keluarkan dari kuali dan isi inti.

Friday, October 14, 2011

Paratha Isi Kentang

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 suduk garam halus
1 sudub marjerin
1 cawan air suam

Inti
3 biji kentang - dikupas, didadu kasar, direbus dan dilecek.
1 sudub minyak
1 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudub serbuk kari
1 suduk serbuk lada hitam
1 biji tomato - didadu kecil
daun sup
1 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Campur garam dan tepung sehingga rata di dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan marjerin dan gaul dengan tepung sehingga berderai.
3. Tuang air sedikit- sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di permukaan mangkuk. Uli sehingga lembut dan elastik. Oles permukaan doh dengan marjerin dan perap selama 30 minit dengan menutup dengan kain lembap / plastik.
4. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
5. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga agak garing.
6. Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak.
7. Tambahkan ke dalamnya garam dan serbuk lada hitam.
8. Angkat dan masukkan kentang yang sudah dilecek serta tomato. Gaul rata dan masukkan daun sup. Sejukkan.
9. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 8 bahagian. Ambil seketul doh dan bulat-bulatkan. Canai sederhana nipis doh diatas permukaan yang ditaburi sedikit tepung.
10.Letak 2 sudu besar inti diatas doh itu dan bungkus inti dengan doh. Bulat-bulatkan doh itu semula. Buat sehingga habis kesemua 8 bahagian.
11. Ambil seketul bebola doh yang sudah diisi inti dan canai senipis mungkin tanpa inti terpecah keluar.
12. Panaskan kuali. Percik sedikit minyak dan letak doh yang sudah dicanai nipis tadi. Goreng kedua-dua belah permukaan sehingga kecoklatan. Angkat dan hidang panas-panas dengan kuah kari atau kurma.

* tutup doh dengan kain lembap / plastik ketika proses mengisi inti supaya doh tidak mengering.
* boleh ditambah hirisan cili hijau di dalam inti.

Nasi Beriani Tomato

Bahan-bahan

3 cawan beras beriani
3 sudub minyak sapi/ marjerin
1 suduk jintan manis
1 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dikisar halus
2 helai daun pandan - disiat dan disimpul
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
3 biji buah tomato - didadu kasar
3 batang lada hijau - dihiris membulat 1 cm tebal
1-2 suduk serbuk cili
1 suduk serbuk kunyit
2 sudub serbuk kari daging
4 1/2 cawan air mendidih
garam halus

Cara-caranya

1. Cuci beras dan rendam selama 30 - 1 jam. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan masukkan jintan manis. Kacau sehingga jintan meletup-letup dan masukkan bawang besar. Tumis bawang sehingga layu.
3. Masukkan daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Goreng sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing.
5. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan serbuk kari. Kacau rata dan tumis garing.
6. Masukkan tomato dan lada hijau. Tumis sehingga layu.
7. Tuang beras dan goreng sebentar sambil dikacau supaya beras tidak berkerak dan bergaul rata dengan rempah di dalam periuk.
8. Tuang air dan letak garam secukup rasa. Kacau rata dan masak nasi sehingga tanak.

Wednesday, October 5, 2011

Sandwich Goreng

Bahan-bahan

10 keping roti sandwich
1 biji telur - dipukul
serbuk roti

Inti
3 biji telur - dipukul
3 sudu besar marjerin
1 biji bawang besar - didadu halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji buah tomato - didadu kasar
1/4 biji lada benggala - didadu kasar

Cara-caranya

1. Panaskan marjerin dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Tabur serbuk lada hitam ke atas bawang besar dan gaul rata.
3. Tuang telur keatas bawang dan biar sehingga telur mula mengeras. Cepat-cepat kacau dan hancurkan menjadi cebisan - cebisan kecil.
4. Masukkan tomato dan lada benggala, gaul rata dan angkat. Sejukkan.
5. Ambil sekeping roti , potong tepi roti dan gelek nipis. Letak inti diseparuh bahagian roti. Oles keliling tepi roti dengan telur. Tutup inti dengan menangkup separuh bahagian roti lagi keatasnya. Tekan keliling tepi roti dengan garfu.
6. Panaskan minyak untuk menggoreng.
7. Celup sandwich ke dalam telur, golek-golekkan di dalam serbuk roti dan masukkan ke dalam minyak panas. Goreng sehingga keemasan dan angkat.

* serbuk roti boleh diganti dengan emping jagung ( cornflakes ) kisar
* boleh menukar inti dan guna inti yang disukai

Mufin Cip Coklat

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan gula kastor

1 biji telur
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila

1/4 cawan / 50gm cip coklat

Cara-caranya

1. Campur rata tepung gandum bersama serbuk penaik dan gula kastor. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan garfu sekejap dan tuang minyak masak, air, susu cair dan esen vanila kedalam telur. Campur rata.
3. Buat lubang ditengah - tengah tepung dan tuang campuran telur ke dalamnya. Gaul bahan itu dengan menggunakan garfu setakat membasahkannya.
4. Masukkan cip coklat dan gaul rata.
5. Letak bater kedalam mangkuk kertas setakat 2/3 penuh dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C.

* cip coklat boleh diganti dengan buah-buahan kering / segar.

Pide

Bahan-bahan

Doh
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam halus
1 1/4 sudu kecil yis segera
1 1/4 cawan air suam
1 sudu besar marjerin

Cara-caranya

1. Campur tepung gandum , gula pasir dan yis segera di dalam mangkuk mixer. Gaul sehingga bercampur rata.
2. Campur rata air suam dan garam halus dan tuang 1 cawan air suam ke dalam tepung. Gaul sebati dan tuang lebihan air sedikit-sedikit sehingga uli doh membola dan tidak melekat di mangkuk mixer. Masukkan marjerin dan uli sehingga marjerin bergaul rata dengan doh. Uli sehingga elastik dan lembut.
3. Keluarkan doh dari mangkuk mixer dan gris mangkuk. Golek-golekkan doh di permukaan yang bergris. Tutup mangkuk dengan plastik dan perap sehingga naik 2X ganda.
4. Keluarkan doh dan uli sekejap diatas permukaan yang ditaburi tepung. Rehatkan doh 10 minit.
5. Bahagi doh kepada dua bahagian. Canai bujur setiap satu setebal 1 cm . Tepekkan topping diatas doh setakat 1 cm dari keliling tepi doh dan pintal kedua-dua hujung doh supaya berupa seperti sebuah bot. Perap sehingga kembang.
6. Oles permukaan doh dengan telur dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.

Topping
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan daging cincang
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 biji lada benggala - didadu kasar
1 biji buah tomato - didadu kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsley kering
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
garam halus

Cara

1. Panaskan minyak dan masukkan daging cincang. Goreng daging sehingga bertukar warna dan agak kering.
2. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga bawang layu.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, serbuk kayu manis dan garam halus. Kacau rata dan masak sebentar.
4. Masukkan tomato dadu, lada benggala dadu dan daun parsley kering. Gaul rata dan masak selama 5 minit. Angkat dan sejukkan

Wednesday, September 21, 2011

Ayam Cili Hijau

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam halus
10 biji cili hijau - dikisar
3 biji cili api hijau - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris membulat
sedikit garam dan gula pasir
air
minyak masak

Cara-caranya

1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Keluarkan dan ketepikan.
3. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak lebihan gorengan ayam dan tumis semua bahan-bahan yang dikisar sehingga agak garing dan naik minyak.
4. Masukkan ayam dan gaul rata dengan bahan-bahan yang ditumis.
5. Tuang satu cawan air atau lebih, garam dan gula dan masak sehingga ayam empuk.
6. Apabila kuah agak memekat sedikit, masukkan bawang besar yang dihiris membulat. Masak sehingga bawang layu sedikit dan tutup api.

* cili api boleh ditiadakan jika tidak suka rasa pedas / dilebihkan jika sebaliknya.

Monday, September 19, 2011

Kek Suji

Bahan-bahan

2/3 cawan suji
150 ml - 200 ml susu segar
1 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur saiz besar
2 suduk esen vanila
1 2/3 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik

Cara-caranya

1. Rendam suji di dalam susu segar selama sekurang-kurangnya 1 jam. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik dan ketepikan.
3. Selepas satu jam suji direndam, pukul mentega bersama gula kastor sehingga pucat dan kembang.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji satu-persatu dan pukul sehingga kembang dan sebati.
5. Masukkan esen vanila dan suji. Gaul sebati.
6. Masukkan tepung dan kaup balik sehingga bercampur rata.
7. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
8. Bakar pada suhu 16o-175C selama 45 - 60 minit.

Wednesday, September 7, 2011

Puding Laici

Bahan-bahan

28 gm agar-agar tali - direndam
6 cawan air
1 1/4 - 1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 tin laici

Cara-caranya

1. Kisar halus separuh daripada buah laici bersama kesemua air laici. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama enam cawan air sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
3. Masukkan gula pasir dan didihkan sehingga gula hancur dan mendidih.
4. Tuang susu cair dan laici yang dikisar kedalam agar-agar. Kacau rata dan didih sehingga naik wap sahaja.
5. Tuang ke dalam acuan yang disukai. Tabur separuh lagi laici di atas puding.
6. Sejukkan dam dinginkan sebelum dihidang.

* boleh diganti 28 gm agar-agar tali dengan 10 gm serbuk agar-agar dan guna 5 cawan air sahaja.

Sunday, September 4, 2011

Biskut Cip Coklat

Bahan-bahan

1/2 cawan + 2 sudub mentega - dicairkan dan disejukkan
3/4 cawan gula perang
6 sudub gula kastor
1 biji telur A
1 biji telur merah
1 sudub esen vanila
1 3/4 - 2 cawan tepung gandum
1/2 suduk soda bikarbonat
1 suduk garam halus
200 gm cip coklat

Cara-caranya

1. Campur tepung gandum, soda bikarbonat dan garam. Ayak dan ketepikan.
2. Pukul mentega dengan kedua-dua jenis gula sehingga gula larut.
3. Masukkan telur dan telur merah. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
5. Masukkan campuran tepung tadi dan kacau sebati.
6. Masukkan cip coklat dan gaul rata.
7. Sejukkan adunan biskut di dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga ia mengeras sedikit.
8. Panaskan ketuhar pada suhu 190C.
9. Keluarkan adunan biskut dari peti sejuk. Cedok adunan dengan mengguna dua sudu besar atau pencedok ais krim dan letakkan di atas tin pembakar yang telah digris.
10. Bakar selama 9-10 minit sahaja walaupun biskut masih lembut lagi kerana ia akan makin mengeras apabila ia sejuk nanti.

Pasta Carbonara

Bahan-bahan

!/2 paket sphageti
air
garam halus
minyak masak
3 sudubmentega
1 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sos pasta putih
1/2 tin air
1 cawan isi ayam - didadu kecil
6 biji cendawan butang - dihiris nipis
1 batang celery - dipotong
sedikit serbuk lada sulah / lada hitam

Cara-caranya

1. Jerang air sehingga mendidih, masukkan sedikit garam halus dan sphageti. Rebus mengikut arahan di paket dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
3. Masukkan sos putih dan air. Kacau sos sentiasa sambil memasaknya sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam, celery dan cendawan butang. Masak sehingga ayam empuk dan batang celery layu.
5. Masukkan sphageti dan kacau supaya bercampur rata dengan sos.
6. Tabur sedikit serbuk lada sulah / lada hitam dan masak sehingga agak kering.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Beriani Ayam

Bahan-bahan

Lauk :
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan susu cair
2 sudub jus limau nipis / cuka

1/4 cawan minyak masak
6 sudub minyak sapi
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
4 biji bawang besar - dicincang halus
2 helai daun salam

Pes - dikisar halus
10 biji bawang merah
3 biji lada hijau
1 inci halia
3 ulas bawang putih
secekak daun ketumbar

Serbuk masala :
1 sudub serbuk cili
2 suduk serbuk ketumbar
2 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam masala

2 biji buah tomato - dicincang dadu
garam halus



Nasi :
4 cawan beras beriani - direndam 15 minit. Toskan.
2 sudub minyak sapi
2 helai daun salam
6 biji bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
garam halus

Cara-caranya

1. Tuang jus limau nipis / cuka ke dalam 1 cawan susu cair. Ketepikan sehingga ia memekat seperti dadih. Tuang ke atas ayam , gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumis bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
3. Masukkan pes dan goreng hingga naik minyak.
4. Masukkan bawang besar cincang dan daun salam. Goreng sehingga bawang layu.
5. Masukkan serbuk masala.Masak sehingga garing.
6. Masukkan tomato , garam dan ayam beserta dengan perapannya sekali. Gaul rata dan masak sehingga ayam empuk, kuahnya agak pekat dan naik minyak.
7. Sementara menunggu kuah memekat, masak nasi dengan memanaskan 2 sudu besar minyak sapi dan tumis daun salam,bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
8. Tuang kedalam beras yang sudah diletakkan di dalam periuk nasi elektrik.
9. Tuang air dan susu cair. Masukkan garam dan gaul rata. Masak beras sehingga tanak.
10.Buatkan beberapa lubang pada nasi yang sudah tanak. Ambil minyak di dalam kuah beserta sedikit kuah dan tuang ke dalam lubang pada nasi. Tutup lubang dengan nasi dan tekan suis periuk nasi. Masak selama 10 minit.
11. Gembur-gemburkan nasi sebelum menghidang. Hidangkan dengan lauk ayam tadi dan acar nenas dan timun.


Friday, September 2, 2011

Biskut Seri


Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur merah
1 suduk esen vanila
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastad
tepung gandum secukupnya
ceri / hiasan kuih / kekacang

Cara-caranya

1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur merah dan esen vanila. Kacau sehingga rata dan sebati.
3. Campur kedua-dua tepung jagung dan kastad. Masukkan kedalam adunan mentega. Gaul rata.
4. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak melekit di tangan. Uli sebentar.
5. Canai doh setebal 1/4 inci di antara dua helai plastik. Terap dengan acuan biskut yang disukai dan letak di atas tin pembakar yang telah digris.
6. Oles permukaan biskut dengan telur putih dan hias dengan ceri/hiasan kuih / kekacang. Bakar pada suhu 160C selama 15 - 20 minit.

Biskut Pasir Keladi

Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
2 biji telur merah
2 suduk esen vanila
1/2 cawan tepung jagung
3 - 3 1/2 cawan tepung gandum
pewarna ungu
perisa keladi

Cara-caranya

1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur merah satu persatu sehingga bercampur rata.
3. Tuang esen vanila dan kacau rata sehingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung dan gaul rata.
5. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan.
6. Bahagi doh kepada dua bahagian - salah satu bahagian dititis beberapa titik pewarna ungu dan perisa keladi.
7. Bentuk kedua-dua bahagian doh menjadi seperti bentuk silinder. Lekatkan kedua-duanya memanjang dan golek-golekkan supaya melekat antara keduanya.
8. Hiris 1/4 inci tebal dan bakar pada suhu 160C selama 15 - 20 minit.

Sunday, August 28, 2011

Karipap Pusing

Bahan-bahan

Doh A
1 cawan tepung gandum
6 - 7 sudub marjerin

Doh B
2 cawan tepung gandum
secubit garam halus
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Cara-caranya

1. Doh A - gaul marjerin ke dalam tepung gandum sehingga bercampur rata dan boleh dikepal. Tutup dan ketepikan. Bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan.
Doh B - campur rata tepung gandum dan garam halus. Tuang minyak masak ke dalam tepung gandum dan gaul agar bercampur rata dan seperti serbuk roti. Tuang air suam sedikit-sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekit di tangan. Uli sekejap sehingga ia lembut dan licin. Tutup doh dan ketepikan selama 30 minit. Bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan.
2. Ambil satu doh B dan leperkan. Ambil satu bebola doh A , letakkan diatas doh B tadi dan bungkus doh A. Ulang-buat sehingga habis semua doh A dibungkus doh B.
3. Ambil satu bebola doh yang sudah dibungkus dan canai nipis kepada bentuk empat persegi memanjang.
4. Gulung doh kemas-kemas.
5. Pusingkan gulungan doh sebanyak 90 darjah dan canai nipis semula.
6. Gulung sekali lagi dan letakkan sedikit air dihujung gulungan supaya hujungnya tidak terbuka.
7. Hiris doh yang digulung kepada beberapa kepingan.
8. Ambil satu hirisan doh, letakkan permukaan yang dihiris memandang keatas dan canai nipis membulat.
9. Letak inti ditengah dan lipat dua. Kelimkan tepinya.
10. Ulang-buat kesemuanya sehingga habis. Goreng sehingga keemasan dengan api yang kecil. Angkat dan toskan minyaknya.



Inti

1 biji keledek yang besar - dikupas dan didadu kecil
1 biji bawang besar - dicincang kasar
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/4 - 1/2 cawan udang kering - direndam dan dikisar
1 sudub cili kisar
3 sudub serbuk kari daging/ ikan/ campuran kedua-duanya
2-3 cawan air
garam dan gula
sedikit daun sadri
2 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis cili kisar sehingga garing.
2. Masukkan bahan- bahan yang dikisar dan serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan keledek dadu, garam, gula dan air. Kacau rata dan tutup kuali. Masak sehingga keledek empuk dan inti hampir kering.
4. Masukkan bawang besar cincang dan daun sadri. Masak sehingga bawang layu.Angkat dan sejukkan.

Saturday, August 20, 2011

Roti Bom

Bahan-bahan

2 1/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sudub marjerin - dicairkan
3/4 suduk garam halus
1 1/2 sudub susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan air
marjerin

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, garam halus kedalam mangkuk mixer.
2. Campur rata marjerin cair, telur, susu pekat manis dan air. Tuang kedalam tepung dan gaul rata. Gaul sehingga doh membola dan tidak melekat dipermukaan mangkuk mixer. Uli sehingga doh lembut.
3. Bahagikan doh kepada sepuluh bahagian dan bulat-bulatkan. Lengserkan bebola doh dengan marjerin dan atur didalam bekas. Tutup bekas dan perap doh beberapa jam.
4. Leperkan dan tarik doh sehingga nipis diatas permukaan yang bergris. Letakkan beberapa tompokan marjerin diserata bahagian tengah permukaan doh dan lipat dari dua tepi bertentangan sehingga bertemu ditengah. Gulung dari dua hujung serentak sehingga bertemu dan letakkan salah satu daripada dua gulungan diatas yang satu lagi. Leperkan sedikit dan ulang-buat sehingga habis.
5. Panaskan kuali leper, letak sedikit marjerin.
6. Ambil sebiji bebola doh yang sudah diproses tadi, leperkan sedikit dan goreng sehingga garing kedua-dua belah permukaan doh. Angkat dan hidang dengan kuah yang disukai.

Pizza

Bahan-bahan

2 - 2 1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera
3 sudub minyak zaiton
1 suduk gula pasir
1/2 cawan air suam
1 suduk garam halus

tomato - dihiris bulat
lada benggala hijau - dihiris
kepingan nenas dalam tin - didadu
1 keping dada ayam - dihiris nipis dan ditumis sehingga kering dengan perencah yang disukai
keju

Cara-caranya

1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, yis segera, gula pasir dan minyak zaiton kedalam mangkuk mixer. Campur rata.
2. Tuang campuran air suam dan garam halus kedalam campuran tepung sambil terus digaul rata. Gaul sehingga doh membola dan tidak melekat pada mangkuk mixer. Tambah tepung sedikit-sedikit jika doh terlalu lembik. Uli doh sehingga lembut dan elastik. Letak doh didalam bekas yang telah digriskan dan golek-golekkan doh dipermukaan bekas yang bergris. Tutup bekas dan perap sehingga doh naik 2X ganda.
3. Kempis doh dengan lembut dan uli sebentar. Tutup doh dan perap semula 10 minit.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian . Ambil setiap satu dan leperkan didalam dua dulang pembakar yang sudah digriskan. Oles sos pizza dan atur hirisan tomato, hirisan lada benggala, nenas dadu dan hirisan ayam. Tabur keju, tutup doh pizza dan perap sehingga naik/ terus bakar.
5. Bakar pada suhu 175C selama 25-30 minit.

Sos Pizza

Bahan-bahan

2 sudub minyak masak
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - didadu halus
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
sedikit gula dan garam

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan kedua-dua sos beserta gula dan garam. Masak sehingga mendidih. Sejukkan.


Laksam


Bahan-bahan

3 cawan tepung beras
6-8 sudub tepung jagung
6 cawan air
1/2 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Campur semua bahan-bahan sehingga rata dan tidak berketul.
2. Tutup adunan dan ketepikan selama 30 minit.
3. Jerang air didalam kukusan sehingga mendidih.
4. Ambil sekeping tudung periuk, oles permukaannya dengan sedikit minyak masak dan letakkan didalam kukusan.
5. Panaskan tudung periuk dan tuang lebih kurang sesenduk ( bergantung kepada luas permukaan tudung periuk ) adunan laksam diatas permukaan yang sudah dioles minyak. Kukus sehingga adunan itu mengelembung.
6. Angkat keluar dan sejukkan sebentar sahaja. Gulung laksam dan letak diatas pinggan. Ulang buat adunan sehingga habis.

* oles minyak pada tudung periuk setiap kali sebelum menuang bater laksam yang baru.

Kuah

Bahan-bahan

5-6 ekor ikan selayang - direbus.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas - dimemar
2 sudub kerisik
1 sudub serbuk lada hitam
2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 1/2 - 2 cawan air
sedikit gula dan garam halus

Cara-caranya

1. Ambil isi ikan dan air rebusannya. Masukkan kedalam pengisar.
2. Tambah kedalam pengisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan sedikit air. Kisar kesemuanya sehingga halus.
3. Tuang kedalam periuk dan tambah lengkuas, air, santan pekat. serbuk lada hitam dan asam keping. Jerang sambil dikacau selalu sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kerisik. Didihkan sekali lagi dan angkat.

Ulam-ulaman
taugeh
timun
kacang panjang
daun kesum
kobis bulat
sambal belacan
limau nipis

Cara menghidang
Ambil sebatang laksam, gunting atau hiris 1/2 inci tebal dan letak kedalam pinggan. Tuang kuah diatasnya dan tabur ulam-ulaman beserta sambal belacan.




Onde- Onde Keledek


Bahan-bahan

2 cawan ubi keledek yang sudah direbus dan dilecek
3/4 cawan tepung pulut
secubit garam halus
gula kerek / gula melaka - didadu kecil
1/2 biji kelapa - parutan putih sahaja
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Campur rata kelapa parut putih bersama secubit garam dan ketepikan.
2. Campur rata ubi keledek lecek bersama tepung pulut sehingga mendapat doh yang boleh dibentuk. Tambah lebih tepung pulut sedikit-sedikit jika masih lembik.
3. Ambil sejemput doh, leperkan dan letak seketul dadu gula kerek ditengahnya. Bungkus dadu gula dan ulang- buat sehingga habis doh.
4. Jerang air sehingga mendidih dan masukkan beberapa biji doh yang dibentuk tadi dan rebus sehingga ia terapung kepermukaan air. Keluarkan sambil ditos airnya dan terus letakkan diatas kelapa parut. Golek-golekkan didalam kelapa parut sehingga ia bersalut rata dengan kelapa parut. Ulang buat sehingga habis.
5. Keluarkan dan susun didalam piring.

Puding Jagung

Bahan-bahan

1 cawan tepung kastad
3 cawan air
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
1 tin jagung krim
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Campur rata semua bahan-bahan di dalam sebuah periuk.
2. Masak diatas api yang kecil dan kacau sehingga adunan menjadi pekat, meletup-letuo dan berkilat.
3. Angkat dan tuang ke dalam acuan yang disukai. Sejukkan dahulu sebelum didinginkan didalam peti sejuk.

Monday, August 15, 2011

Kuih Belimbing


Bahan-bahan

1 cawan air
1 sudub gula pasir
1/2 suduk esen vanila
1 1/2 sudub marjerin
1 cawan tepung gandum
1 biji telur saiz besar - dipukul sedikit
minyak - untuk menggoreng
gula pasir - dikisar untuk salutan

Cara-caranya

1. Masukkan air, gula pasir, esen vanila dan marjerin di dalam periuk. Jerang di atas api sehingga gula dan marjerin larut serta air mendidih.
2. Tuang kesemua tepung dengan segera dan kacau dengan mengguna sudip kayu tanpa henti sehingga doh membola dan tidak melekat pada periuk.
3. Angkat periuk dari api dan sejukkan selama 5 minit.
4. Tuang telur ke dalam periuk tersebut dan gaulkan telur dengan doh sehingga telur rata menyerap didalam doh. Kacau doh selama 10 minit lagi dan sejukkan doh.
5. Masukkan doh kedalam acuan biskut dahlia dan tekan keluar doh sepanjang 2-3 inci. Letak diatas bekas yang ditaburi sedikit tepung dan buat sehingga habis doh.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat keluar dan sejukkan.
7. Tabur gula kisar sebelum menghidang.

* jika adunan ini digandakan, telur hendaklah dimasukkan sebiji- sebiji , kacau hingga sebiji telur menyerap sebati dengan adunan tepung dahulu baru dimasukkan telur yang seterusnya.

Wednesday, August 10, 2011

Laksa

Bahan-bahan

1 paket sphageti
air
salt
minyak masak

Cara-caranya

1. Rebus air sehingga mendidih.
2. Masukkan sedikit garam, minyak masak dan sphageti. Rebus sehingga ia terapung dan lebih lembut sedikit dari al dente
3. Angkat dan toskan.

Kuah

Bahan-bahan

6 ekor ikan selayang - direbus dan diambil isinya dan air rebusan
2 biji bawang besar
1-2 sudub serbuk lada hitam
2-3 keping asam keping
1 1/2 cawan santan pekat
2- 3 cawan air
garam halus

Cara-caranya

1. Kisar isi ikan dan bawang besar sehingga halus dengan air rebusan ikan.. Tuang kedalam periuk.
2. Tambah santan pekat, air, serbuk lada hitam dan asam keping.
3. Jerang diatas api dan kacau sentiasa sehingga mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa dan didihkan sebentar.
5. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.Hidangkan bersama sphageti dan ulam-ulaman.

Ulam-ulaman
kacang panjang
kobis bulat
timun
daun kesum
daun selasih
taugeh
limau nipis
sambal belacan

*sphageti boleh diganti dengan 1 paket laksa kering.

Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan

2 cawan ubi keledek yang sudah direbus dan dilecek
1- 1 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam halus


Cara-caranya

1. Campur keledek lecek, satu cawan tepung dan garam. Gaul rata dan jika perlu, tambah tepung sedikit-sedikit untuk mendapat doh yang boleh dibentuk ( tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut kerana ia bergantung kepada jenis keledek yang diguna )
2. Ambil sejemput doh, bulat-bulatkan ditapak tangan yang dilumuri tepung , leperkan dan isi inti. Tutup inti dan bulat-bulatkan semula. Leperkan sedikit dan ulang - buat sehingga habis doh.
3. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan.

Inti
1/2 biji kelapa parut - diambil bahagian putih sahaja
1/2 cawan udang kering - direndam dan ditos
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai - dihiris
3 sudub cili kisar
1 suduk ketumbar - direndam
1 suduk jintan manis - direndam
1/2 suduk serbuk kunyit
2 cawan air
sedikit air asam jawa
2-3 sudub gula pasir
garam halus
2 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, serbuk kunyit dan udang kering dengan sedikit air sehingga halus. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa, lalu tuang dua cawan air dan sedikit air asam jawa. Renihkan sehingga ia kering.
6. Angkat dan sejukkan sebelum diguna.

Kuih Ropa

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
secubit garam halus
2 3/4 cawan air
1 sudub minyak masak
3 sudub susu cair

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga bercampur rata.
2. Tuang kedalam mangkuk dan ketepikan selama 15-30 minit.
3. Panaskan kuali leper dan oleskan dengan minyak. Tuang satu senduk bater dan leperkan nipis membulat. Masak sehingga permukaannya kering dan menggelembung.
4. Telangkupkan kulit dadar kedalam pinggan.
5. Letak 2-3 sudu besar inti diatas dadar, ratakan menjadi empat segi panjang dan lipat untuk membungkus inti.
6. Kuih boleh terus dihidang atau dicelup telur dan digoreng dengan sedikit minyak terlebih dahulu.

Inti ( 1 )

3 biji ubi kentang - dikupas dan didadu
1 cawan daging cincang
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
3 sudub serbuk kari daging
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit daun sadri
gula , garam halus
air
2 sudub minyak masak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar yang telah dicampur bersama serbuk kari sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan daging cincang, gaul rata dan masak sehingga kecut dagingnya.
3. Masukkan ubi kentang dan air. Gaul rata dan tutup kuali. Renih sehingga kentang dan daging empuk.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.
5. Tabur bawang besar dan daun sadri. Kacau rata dan masak sehingga bawang layu sedikit.
6. Angkat dan sejukkan

Inti ( 2 )
1 cawan daging cincang
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudub kicap
1-2 sudub serbuk lada hitam
sedikit garam
1 biji bawang besar - dihiris
2 sudub minyak masak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Tutup kuali dan renih sehingga daging empuk dan airnya kering.
3. Masukkan kicap, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Kacau rata.
4. Tabur bawang besar hiris dan masak sehingga bawang kayu.
5. Angkat dan sejukkan.

Inti ( 3 )

4 biji ubi keledek - dikupas dan didadu
2 ekor ikan selayang - direbus
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudub serbuk lada hitam
1/2 cawan santan pekat
air
gula , garam
2 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris

Cara-caranya
1. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Ketepikan
2. Masukkan air dan keledek kedalam kuali dan rebus sehingga keledek empuk.
3. Masukkan bahan-bahan kisar, serbuk lada hitam, isi ikan, gula, garam dan santan pekat. Gaul rata dan masak sehingga kering.
4. Tabur bawang hiris dan cili hiris dan kacau rata. Masak sehingga bawang dan cili layu.
5. Angkat dan sejukkan.

Tuesday, August 9, 2011

Jeli Kelapa

Bahan-bahan

2 biji kelapa muda
27 gm agar-agar tali - direndam sebentar
6 cawan air biasa
1 1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disiat dan disimpul

Cara-caranya

1. Kopek kelapa dan ambil airnya sebanyak 6 cawan. Korek isinya dan cincang sederhana halus dan ketepikan.
2. Masak air biasa bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
3. Masukkan gula pasir dan daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dan mendidih.
4. Tuang air kelapa berserta isi kelapa kedalam agar-agar. Kacau rata dan tutup api.
5. Tuang kedalam bekas yang disukai dan sejukkan. Dinginkan didalam peti sejuk sebelum dihidang.

* sukatan air biasa dan air kelapa hendaklah sama banyak.

Sunday, August 7, 2011

Taufufa

Bahan-bahan

2 cawan kacang soya - direndam selama 8 jam
8 cawan air
3 helai daun pandan - disiat-siat dan disimpul
2 cawan air
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir

Cara-caranya

1. Tos kacang soya dan buang kulitnya.
2. Kisar dengan 8 cawan air dan dapatkan sukatan sebanyak 8 cawan air soya. Ketepikan.
3. Panaskan 2 cawan air dan larutkan serbuk agar-agar sehingga benar-benar larut.
4. Masukkan gula pasir dan kacau sehingga gula larut.
5. Tuang air kacang soya dan masukkan daun pandan. Jerang selama 5-6 minit.
6. Tuang kedalam bekas yang disukai dan sejukkan. Dinginkan didalam peti sejuk sebelum dihidang.
7. Hidang bersama air gula putih atau air gula merah.

Air Gula

Air Gula Putih
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk dan masak sehungga gula larut.

Air Gula Merah
2 ketul gula melaka - dhiris halus
2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk dan masak sehingga gula larut.

* boleh diguna air soya sedia-siap didalam kotak dengan sukatan yang sama tetapi tidak perlu memasukkan 1/2 cawan gula itu.
* 10gm serbuk agar-agar boleh diganti dengan 20gm agar-agar tali.
* hampas kacang soya selepas membuat taufufa masih boleh digunakan untuk membuat air kacang soya .

Wednesday, August 3, 2011

Air Nenas

Bahan-bahan

1 biji nenas
1 cawan gula pasir
1 cawan air
3-4 biji bunga cengkih
pewarna makanan warna kuning

Cara-caranya

1. Kupas nenas dan buang empulur tengah. Racik nipis dan ketepikan.
2. Jerang air, gula dan bunga cengkih sehingga gula larut.
3. Masukkan nenas, tutup periuk dan masak sehingga nenas layu.
4. Titiskan beberapa titis pewarna makanan dan didihkan sekejap.
5. Angkat dan sejukkan. Untuk menghidang, tambah air dan air batu secukupnya sesuai rasa.

Tuesday, August 2, 2011

Puding Kastad

Bahan-bahan

Puding :

1 cawan tepung kastad
5 cawan air
3 sudub gula pasir

Cara-caranya

1. Campur ketiga-tiga bahan di dalam periuk. Kacau sehingga bercampur rata dan tidak berketul-ketul.
2. Tenggek periuk di atas api dan masak sehingga kastad meletup-letup, menjadi pekat dan berkilat.
3. Masukkan buah-buahan cocktail dan gaul rata.
4. Tuang kedalam acuan atau bekas yang disukai. Sejukkan dan dinginkan di dalam peti sejuk.

Sos

1 tin buah-buahan dalam tin ( fruit cocktail ) - airnya sahaja
1 tin susu cair
1/2 cawan air
1 sudub tepung kastad
4 sudu penuh gula pasir
1 suduk esen vanila

Cara-caranya

1. Campur air dan tepung kastad. Kacau rata supaya tidak berketul.
2. Masukkan bahan-bahan lain kecuali esen vanila. Kacau rata dan masak sehingga gula larut dan sos naik wap sahaja.
3. Masukkan esen vanila.
4. Sejukkan dan dinginkan di dalam peti sejuk.

Monday, August 1, 2011

Acar Nenas

Bahan-bahan

1 biji nenas - dikupas dan dipotong nipis
2 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji bawang besar - dihiris lapan
1 inci halia - dihiris nipis
4 biji cili hijau - dibelah 2 tidak putus
4 biji cili merah - dibelah 2 tidak putus
2 sudub udang kering
2 sudub gula pasir
3/4 cawan cuka
garam halus
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Rendam udang kering, toskan dan kisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar , udang kering dan halia sehingga bawang layu.
3. Tuang cuka, gula dan garam halus. Kacau rata. Tuang sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan kepingan nenas, cili hijau dan cili merah. Campur rata dan masak sehingga nenas dan cili-cili layu. Angkat dan hidangkan.

Acar Tumis

Bahan-bahan

1 batang lobak merah - dihiris nipis
1 batang timun - dibuang empulur dan dihiris nipis
3 biji cili merah - dibuang biji dan dihiris halus
1 biji bawang besar - dibelah lapan
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar2 sudub cili kisar
1 sudub biji sawi
2-3 sudub gula pasir
1/4 cawan cuka
1/4 cawan air
garam halus
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar sehingga garing.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar berserta biji sawi dan tumis sehingga biji sawi meletup-letup.
3. Tuang air dan cuka. Kacau rata.
4. Masukkan gula pasir, garam halus , cili merah dan semua sayuran. Masak sehingga sayur-sayuran layu dan bercampur rata dengan kuah. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat.

Kari Ikan Tanpa Santan

Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1-2 sudub cili kisar
3-4 sudub serbuk kari daging / ikan
1 sudub penuh asam jawa
2 cawan air
1 biji buah tomato masak ranum - dicincang kasar
gula , garam
daun kari
1 suduk halba campur
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Campur rata bawang-bawang kisar, cili kisar dan serbuk kari untuk dijadikan pes. Ketepikan. Campurkan asam jawa bersama air untuk dijadikan jus asam jawa dan ketepikan juga.
2. Panaskan minyak dan tumis pes tadi, halba campur dan daun kari sehingga naik minyak.
3. Masukkan jus asam jawa dan buah tomato. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan, gula dan garam. Jerang sehingga ikan masak dan buah tomato hancur. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat

Friday, July 22, 2011

Air Kacang Soya

Bahan-bahan

1 cawan kacang soya
3 cawan air
6-9 cawan air
2-3 helai daun pandan
1 1/2 cawan gula pasir
secubit garam

Cara-caranya

1. Basuh kacang soya sehingga airnya jernih. Rendam kacang soya dengan 3 cawan air didalam sebuah bekas. Tutup bekas dan ketepikan selama 8 jam sahaja.
2. Kupas kulit kacang soya.
3. Kisar kacang sehingga halus bersama 3 cawan air. Tuang dan tapis ke dalam sebuah mangkuk. Tuang dan tapis sekali lagi air yang sama ke dalam periuk. Ambil hampas kacang soya dan kisar semula dengan 3 cawan air lagi dan ulang cara tapisan. Ulang dan kisar hampas yang sama sekali lagi dengan lebihan 3 cawan air dan ditapis seperti sebelumnya.
4. Didihkan air kacang soya bersama daun pandan di atas api yang sederhana besar sambil di kacau sehingga permukaannya berbuih - buih dan mengelegak. Masukkan gula dan secubit garam halus. Didih sehingga gula larut.

* kacau air soya semasa memasaknya supaya bahagian bawah tidak berkerak.
* guna periuk yang besar kerana ia akan membuak - buak apabila mendidih.
* guna penapis yang digunakan untuk menapis air teh tarik / kain untuk menapis kisaran kacang soya.

Tuesday, July 12, 2011

Kerabu Daun Selom

Bahan-bahan

1 ikat daun selom - diambil daun sahaja
1/2 biji kelapa - diambil isi putih sahaja
2-3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
garam, gula

Cara-caranya

1. Layurkan bawang merah bersama kulitnya diatas api. Buang kulit yang melecur dan ketepikan.
2. Tumbuk cili merah, bawang merah, garam dan gula sehingga lumat.
3. Tambah kelapa parut dan tumbuk sehingga halus.
4. Sangrai bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun selom sehingga daun layu dan kelapa kering-kering basah.
5, Tuang jus limau kasturi, balik-balikkan dan rasa asam garamnya. Angkat.

* sambal kelapa ini boleh juga dimakan dengan daun selom tanpa disangrai terlebih dahulu.

Sambal Tempe

Bahan-bahan

2 keping tempe - didadu besar
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam halus
3 sudub cili kisar
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 keping asam keping
1/2 suduk garam halus
1/2 biji bawang besar - dihiris
minyak masak

Cara-caranya

1. Gaul tempe dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Keluarkan dan ketepikan.
3. Tinggalkan 3 sudu besar minyak gorengan dan tumis cili kisar sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan bawang besar cincang, bawang putih cincang, garam , gula dan asam keping. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan tempe goreng semula dan gaul rata dengan sambal. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat

* boleh ditambah ikan bilis goreng jika suka.

Ikan Masak Cuka

Bahan-bahan

3 ekor ikan
1 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam halus
1 biji bawang besar - dihiris
2 batang serai - dimemar
1 inci halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
1 suduk biji sawi
cuka
1 biji cili merah / hijau - dibelah dua memanjang
1-2 sudub gula
garam
minyak masak

Cara-caranya

1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit kepada ikan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Keluarkan dan ketepikan.
3. Tinggalkan 3 sudu besar minyak gorengan ikan dan masukkan bawang besar, serai, halia, bawang putih dan biji sawi. Tumis sehingga biji sawi meletup - letup.
4. Tambah gula, garam dan cuka sesuai rasa masamnya. Masukkan sedikit air jika terlalu kering atau ingin berkuah.
4. Masukkan ikan goreng dan cili. Balik-balikkan ikan supaya sebati dengan perencah.Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat.

Ikan Masin Goreng Asam

Bahan-bahan

3 keping ikan talang masin - dipotong kecil, direndam dan ditos
1 biji bawang besar - dihiris
1/4 cawan air asam jawa ( sederhana pekat )
2 biji cili merah - dihiris
3 sudub minyak masak
sedikit gula

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga tidak terlalu garing.
2. Masukkan air asam jawa dan sedikit gula.
3. Masukkan cili hiris dan bawang besar hiris. Kacau sebati dan masak sehingga cili dan bawang layu.
4. Rasa asam garamnya dan angkat.

Monday, July 11, 2011

Muffin Vico

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
2 suduk serbuk penaik
2/3 cawan Vico
2/3 cawan gula perang
1 biji telur
2/3 cawan susu segar
1/2 suduk garam halus
4 sudub mentega cair

Cara-caranya

1. Masukkan bahan kering kedalam mangkuk pembancuh. Gaul rata.
2. Campur telur, susu segar, mentega cair dan garam halus. Pukul sebentar sehingga sebati dan tuang ke dalam mangkuk yang berisi bahan- bahan kering. Gaul rata.
3. Bakar pada suhu 190C selama 25-30 minit.

Vadei

Bahan-bahan

1 1/2 cawan kacang dal - dicuci dan direndam semalaman
1/2 biji bawang besar - dicincang kasar
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji cili merah - dicincang
1 suduk serbuk kari
garam halus
2-3 sudub tepung gandum
daun kari - dihiris halus

Cara-caranya

1. Tos kacang dal dan bahagi kepada dua bahagian. Tiga perempat bahagian dikisar halus dengan pengisar kering dan selebihnya dibiarkan seadanya.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung gandum ke dalam mangkuk pembancuh. Gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng secara deep -fry.
5. Sapu sedikit minyak di tapak tangan/ plastik. Letak kira-kira dua sudu besar bahan yang digaul diatasnya, bulat-bulatkan dan leperkan sedikit. Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga keemasan.

* bagi yang tidak suka pedas, boleh diganti serbuk kari dan cili merah dengan serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.

Sunday, July 10, 2011

Nasi Lemak

Bahan-bahan

2 cawan beras - dicuci dan ditos
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 helai daun pandan - disiat dan disimpul
sedikit garam halus

Cara-caranya.

1. Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam periuk nasi elektrik.
2. Tanak sehingga masak.

Hidangan sampingan
telur rebus
kacang tanah goreng
kangkung celur
hirisan timun
daun salad

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis yang telah disiang
7 sudub cili kisar
2 biji bawang besar - 1 dikisar dan 1 dihiris
1 sudub asam jawa - diperah dengan 1 cawan air
garam
gula kerek/ gula pasir
minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan 1/2 cawan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga setengah garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan 4 sudub minyak lebihan gorengan dan tumis cili kisar sehingga garing.
3. Masukkan bawang kisar, air asam jawa, garam dan gula. Renihkan sehingga pekat dan naik minyak.
4. Masukkan semula ikan bilis. Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dihiris. Rasa asam garamnya dan angkat.

Sambal Ikan Tongkol/Aya

1 ekor ikan tongkol - disiang dan direbus dengan asam keping dan sedikit garam
7 sudub cili kisar
1 biji bawang besar - dikisar
2-3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudub asam jawa - diperah dengan 1 cawan air
garam, gula kerek
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
3. Tuang air asam jawa, garam dam gula kerek.Renih sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan rebus dan renih sehingga pekat. Rasa asam garamnya dan angkat.

* boleh dimasukkan sedikit sos tomato dan sos cili sebagai bahan memasak sambal.
* jika hendak sambal lebih pekat, kisar sejemput ikan bilis bersama bawang.

Kuih Sagu

Bahan-bahan

2 cawan sagu biji halus - rendam 1 jam dan toskan
2 cawan air
1 1/2 cawan gula
3 sudub perisa sirap ros
kelapa parut ( tanpa ari )
sedikit garam halus

Cara-caranya

1. Masukkan 2 cawan air di dalam periuk dan didihkan.
2. Apabila air sudah mendidih, masukkan gula dan perisa sirap ros. Masak sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tuang sagu dan masak diatas api yang perlahan sehingga sagu menjadi jernih, pekat dan berkilat.
4. Tuang ke dalam bekas yang telah digriskan. Potong apabila sudah sejuk.
5. Golekkan di dalam kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.

* ganti dengan pewarna makanan warna merah jika tiada perisa sirap ros.

Kentang Bersalut Telur

Bahan-bahan

5 biji kentang
2 sudub marjerin
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 suduk serbuk lada hitam
secubit garam halus
2 biji telur - dipukul
sedikit daun sup/ kucai

Cara-caranya

1. Rebus kentang sehingga empuk. Kupas kulitnya dan dadu kasar.
2. Panaskan 1 1/2 sudub marjerin dan tumis bawang besar sehingga layu.
3. Tabur serbuk lada hitam dan garam halus keatas bawang. Kacau rata.
4. Masukkan kentang , kacau rata dan goreng sehingga kentang agak garing sedikit.
5. Ketepikan kentang di dalam kuali. Masukkan 1/2 sudub marjerin dan tuang telur. Tunggu sehingga telur hampir mengering dan segera gaulkan telur dengan kentang. Angkat untuk dihidang.

Mi Hailam

Bahan-bahan

1 paket mi kuning
3 sudub minyak masak
3-4 ulas bawang putih - di kisar
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 cawan ayam
1 sudub serbuk lada hitam
3 sudub kicap pekat
2 sudub kicap manis
2 sudub sos tiram
2 keping fishcake - dihiris
6 biji fishball - dibelah dua
1-2 tangkai sawi - dipotong
gula , garam
2 sudub tepung jagung + sedikit air
4 cawan air panas

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis kedua-dua bawang sehingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
3. Apabila ayam sudah empuk , masukkan fishcake, fishball, batang sawi, serbuk lada hitam, sos tiram, kedua-dua kicap, gula dan secubit garam.
4. Masukkan mi kuning dan goreng sehingga mi masak dan bergaul rata dengan perencah.
5. Tambah ke dalam kuali daun sawi dan kacau rata.
6. Tuang air panas dan kacau rata.
7. Masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. Biarkan mendidih sebentar dan angkat untuk dihidang.

Mihun Tomyam

Bahan-bahan

1 bungkus mihun - direndam
4 sudub minyak masak
9 ulas bawang putih - dikisar
1 cawan udang / ayam
2 - 3 sudub pes tomyam
3 cawan air
1 batang serai - dimemar
3 helai daun limau purut - di siat
3 - 4 sudub sos tiram
1 cawan taugeh
daun kucai
garam, gula
5-6 biji cili api - dimemar
1 biji limau nipis - ambil jusnya/ 2 keping asam keping

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang atau ayam. Masak sehingga bertukar warna.
3. Masukkan pes tomyam dan air. Renih sehingga udang dan ayam empuk.
4. Masukkan serai, daun limau purut, garam , gula, jus limau/ asam keping, cili api dan sos tiram.
5. Tambah mihun dan kacau rata dengan perencah supaya bergaul rata.Goreng sehingga mihun masak.
6. Masukkan taugeh dan daun kucai. Masak sehingga taugeh layu.

* boleh ditambah lobak merah dan putik jagung jika suka.
* cili api boleh diganti dengan cili merah ( dihiris )

Tosei Segera

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk
1/2 cawan tepung beras
secubit garam halus
2 cawan air

Cara-caranya

1. Masukkan nasi sejuk dan air kedalam pengisar. Kisar sehingga nasi lumat.
2. Masukkan garam dan kedua-dua tepung. Kisar sehingga bercampur rata.
3. Rehatkan bater selama 15 minit.
4. Panaskan kuali leper. Sapu sedikit minyak dipermukaan kuali. Tuang 2 senduk bater dan leperkan bater menjadi nipis. Tutup kuali dan masak sehingga tepi tosei kering dan garing. Percikkan permukaannya dengan minyak dan terbalikkan. Masak sehingga permukaan bawah garing. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Monday, May 9, 2011

Puding Mangga

Bahan-bahan

20 gm agar-agar tali - rendam terlebih dahulu
3 1/2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 1/2 - 2 cawan isi mangga
3 sudub susu cair
1 biji telur
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Kisar isi mangga bersama susu cair , garam halus dan telur sehingga halus. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama 3 1/2 cawan air sehingga agar-agar benar-benar larut.
3. Masukkan gula dan jerang sehingga gula larut.
4. Kecilkan api sedikit dan tuang bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau rata sentiasa sehingga adunan mengelegak dan tutup api.
5. Tuang adunan puding kedalam acuan yang disukai. Ketepikan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidang.

* basahkan permukaan dalam acuan terlebih dahulu sebelum dituang adunan puding kedalamnya untuk mengelak dari melekat.

Skon

Bahan-bahan

2 cawan tepung
1/4 cawan gula kastor
1 sudut serbuk penaik
1/4 sudut soda bikarbonat
1/4 sudut garam halus
1/2 cawan mentega sejuk
2/3 cawan air susu / susu cair
2 sudut jus limau nipis / cuka

Olesan
1 biji telur
1 sudub air susu

Cara-caranya

1. Tuang air susu/ susu cair ke dalam bekas. Tuang rata diatasnya jus limau nipis/ cuka. Tutup dan biarkan selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Masukkan tepung gandum, gula kastor, garam halus, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam sebuah mangkuk.
3. Parut kasar mentega sejuk kedalam campuran tepung. Gaul rata dengan hujung jari sehingga merupai seperti serbuk roti.
4. Tuang susu dan gaul rata dengan garfu. Uli secara lembut sekejap dan bahagi kepada dua. Leperkan setiap satu bahagian sehingga setebal 1 1/2 inci dan selebar bulatan 7 inci. Potong setiap satu kepada 6 bahagian. Letakkan diatas tin pembakar yang bergris atau dialas kertas minyak.
5. Oles permukaan skon dengan olesan ( campuran telur dan air susu ). Bakar pada suhu 190C selama 15 minit.
6. Keluarkan dan hidangkan dengan jem.

Lempeng Nasi

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudut garam halus
2 1/4 - 2 1/2 cawan air
1 cawan nasi
mentega

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, telur, garam halus dan air ke dalam bekas pengisar. Kisar bahan-bahan sehingga bercampur rata.
2. Masukkan nasi dan kisar sehingga halus.
3. Ketepikan campuran yang dikisar selama 15 - 30 minit.
4. Panaskan kuali leper. Tuang satu senduk adunan dan leperkan menjadi nipis. Sapu permukaannya dengan mentega apabila permukaannya kering. Balikkan dan masak sehingga permukaan dibawah kering dan kekuningan.
5. Angkat dan boleh dimakan dengan apa-apa yang disukai seperti kuah kari, sambal ikan bilis. sambal telur , gula atau susu pekat manis.

Friday, April 29, 2011

Hati Lembu Lada Hitam

Bahan-bahan

500gm hati lembu - dicuci dan hiris nipis
8 ulas bawang putih - dikisar halus
1 sudub serbuk lada hitam
1 sudut serbuk kunyit
1-2 sudub cuka
1 biji bawang besar - dihiris membulat
1 biji lada merah - dihiris
garam . gula
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Gaul hirisan hati lembu bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam , gula dan bawang putih sehingga bersalut rata.
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan hati bersekali dengan perapan dan goreng sehingga hati masak. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan cuka dan garam dan goreng sehingga hati empuk.
5. Masukkan hirisan bawang dan lada dan goreng sehingga layu sebelum diangkat.

Kek Pisang Brazil

Bahan-bahan

1/2 cawan minyak masak
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan pisang lecek
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudub serbuk penaik

Cara-caranya

1. Masukkan telur, minyak masak dan pisang kedalam pengisar. Kisar kesemuanya sehingga bercampur rata.
2. Masukkan gula pula. Kisar sehingga gula larut.
3. Campur tepung dan serbuk penaik sehingga rata didalam mangkuk.
4 Tuang bahan-bahan yang dikisar kedalam tepung. Kacau rata.
5. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris.
6. Bakar pada suhu 175C selama 45 minit.

Wedges Kentang

Bahan-bahan

6 biji kentang saiz besar
2 sudub tepung gandum
3 sudub minyak masak
1 sudub serbuk lada hitam
1 sudub serbuk kari daging
1 sudub serbuk cili
1 blok kiub stok ayam

Cara-caranya

1. Basuh kulit kentang sehingga bersih dari kekotoran. Rebus didalam air bergaram selama 5-8 minit. Tos dan potong kentang rebus berbentung wedges.
2. Campur semua bahan-bahan lain sehingga bercampur rata di dalam mangkuk.
3. Tuang kentang keatas campuran itu dan gaul rata sehingga bersalut rata.
4. Griskan tin pembakar. Atur kentang didalam tin pembakar setakat selapis sahaja.
5. Tuang sedikit minyak diatas kentang dan bakar pada suhu 175C sehingga tepi kentang garing.

* kalau guna kentang russet - tak perlu direbus dahulu.

Ayam BBQ

Bahan-bahan

1 biji bawang besar- dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudub serbuk cili
2 sudub minyak masak
2 sudub cuka
2 sudub air asam jawa pekat
4 sudub gula perang
1 sudub gula pasir / madu
1 cawan sos tomato
3 sudub sos cili
3 sudub sos tiram
garam
1 ekor ayam - dipotong kecil

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk cili dan goreng sehingga garing.
3. masukkan kesemua bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat. Sejukkan.
4. Perap ayam didalam sos ini selama beberapa jam atau semalaman.
5. Panggang didalam ketuhar atau diatas dapur.

Pizza

Doh Kulit Nipis

2 1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera
2 sudut gula pasir
1/4 sudut garam halus
1 cawan air suam
1 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum dan yis segera ke dalam mangkuk mixer. Gaul rata.
2. Campurkan gula, garam halus, minyak masak dan air suam. Kacau sehingga gula dan garam halus larut. Tuang ke dalam campuran tepung sambil di gaul rata dengan tepung.
3. Uli doh sehingga elastik.
4. Letak doh didalam mangkuk yang bergris. Tutup dan perap sehingga naik 2x ganda.
5. Kempis doh secara perlahan-lahan dan uli sekejap. Tutup doh dan rehatkan selama 10 minit.
6. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan leperkan didalan tin pembakar saiz 11x 8 inci. Sapu sos tomato/ sos sphagetti, tabur kepingan keju, tabur topping yang disukai dan tabur kepingan keju sekali lagi.
7. Terus masukkan kedalam ketuhar bersuhu 200C. Bakar sehingga kulit berwarna keemasan ( 30 - 40 minit.

Doh Kulit Tebal

3 cawan tepung gandum
1 paket yis segera
2 sudub minyak masak
1 sudut garam halus
3 sudut gula pasir
1 cawan air suam

* cara proses pembuatan sama seperti untuk doh kulit nipis tetapi selepas proses no.6 doh yang telah di tabur topping perlu diperap sehingga naik 2x ganda sebelum dibakar.

Topping

1 tin spagetti sauce tradisi
keju
lada benggala - dihiris membulat
hotdog - dihiris membulat
500 gm daging cincang - digoreng sehingga masak ( boleh di perap dengan perapan yang disukai dahulu sebelum digoreng sehingga kering )
bawang besar - dihiris nipis
nenas
cendawan butang - dihiris nipis
tomato - dihiris mambulat

Saturday, March 12, 2011

Brownies Marie

Bahan-bahan

1/2 cawan mentega - dicairkan dan disejukkan
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 suduk esen vanila
2/3 cawan serbuk biskut Marie
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk koko
1/4 suduk serbuk penaik
1/4 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga gula larut.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan esen vanila. Pukul sehingga kembang.
3. Campur rata serbuk biskut, tepung gandum, garam halus, serbuk penaik dan serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan telur. Gaul rata.
4. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
5. Bakar pada suhu 350F selama 20 - 25 minit
6. Sejukkan dan sapu topping.

Topping ( jika suka )

1 cawan gula aising
3 sudub serbuk koko
1/2 suduk esen vanila
3 sudub mentega
1 sudub susu cair

Campur dan kacau sehingga bergaul rata dan boleh disapu di atas brownies.

Jeruk Lada

Bahan-bahan

7 biji lada hijau - dihiris membulat
1 cawan air
1 cawan cuka
11/2 sudub gula pasir

Cara-caranya

1. Masukkan air, gula pasir dan cuka ke dalam periuk dan rebus sehingga gula larut.
2. Masukkan hirisan lada ke dalam botol. Tuang air cuka kedalam botol itu.
3. Tutup botol. Ketepikan sehingga sejuk.

* Cili hijau boleh diganti dengan cili api.

Asam Pedas Daging

Bahan-bahan

500 gm daging lembu - dihiris kecil dan dicuci.
2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudub cili kisar
1-2 batang serai - dimemar
asam jawa
2-3 keping daun limau purut - disiat-siat
garam . gula
3 sudub minyak masak
air

Cara-caranya

1. Campur air dan asam jawa untuk dijadikan jus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan daging dan serai. Goreng sehingga daging kecut dan bertukar warna.
5. Tuang jus asam jawa dan air sebanyak kuah yang dikehendaki / menutupi daging. Jerang sehingga daging empuk.
6. Masukkan garam, gula dan daun limau purut. Tambah air jika perlu dan masak sehingga kuah mendidih. Rasa asam garam sesuai rasa dan angkat.

Donut Tanpa Telur

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
3/4 suduk serbuk penaik
1 paket yis segera
1/4 cawan mentega
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air susu
3/4 suduk garam halus
1/4 cawan air suam

Cara-caranya

1. Masukkan 2 cawan tepung gandumm, serbuk penaik, yis dan gula pasir ke dalam mangkuk mixer. Gaul sehingga rata.
2. Tuang air suam, garam halus dan air susu ke dalam campuran tepung. Kacau rata sambil ditambah lebihan tepung sedikit-sedikit sehingga mendapat adunan yang elastik.
3. Lengserkan minyak didalam mangkuk dan perap adunan sehingga naik 2X ganda.
4. Kempiskan doh perlahan-lahan dan uli sebentar.
5. Rehatkan doh 10 minit.
6. Canai doh setebal 1/2 inci dan terap. Letakkan di atas dulang yang ditabur tepung.
7. Tutup doh dan perap sehingga naik hampir 2X ganda.
8. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.
9. Glaze atau tabur gula kisar di atasnya.

Glaze Coklat

1 cawan gula aising
4 sudub serbuk koko
2 sudub susu cair

Kacau sehingga rata.

Glaze Vanila

1 cawan gula aising
2 sudub susu cair
1 suduk esen vanila

Kacau sehingga rata.

Saturday, February 19, 2011

Serunding Ikan

Bahan-bahan

500-750 gm ikan selayang / ikan kembung
1 1/2 cawan santan pekat
15 biji cili kering - dibuang biji dan direndam air panas
2 inci halia
2 batang serai
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping
2 suduk garam halus
2 suduk gula pasir

Cara-caranya

1. Ikan disiang, dicuci dan direbus sehingga masak. Sejukkan. Ambil isinya dan air rebusan.
2. Kisar cili kering, serai, bawang besar, bawang putih, halia bersama air rebusan ikan sehingga halus.
3. Masukkan isi ikan dan kisar halus.
4. Tuang bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali.
5. Tuang santan dan masukkan garam , asam keping dan gula. Kacau rata dan masak sehingga kering sambil selalu dikacau.

Kek Lobak Merah Brazil

Bahan-bahan

3 batang lobak merah ( sederhana besar ) - dihiris nipis
1/2 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 1/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 sudub serbuk penaik
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis

Topping
4 sudub susu cair
2 sudub marjerin
3 sudub gula pasir
2 sudub koko / 4 sudub Milo
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Masukkan lobak merah, minyak jagung, telur dan gula pasir ke dalam pengisar. Kisar sehingga gula larut dan lobak dikisar halus.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis ke dalam mangkuk.
3. Tuang bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung. Kacau sehingga bercampur rata.
4. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
5. Bakar pada suhu 175C selama 45-50 minit.
6. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan sebentar.
7. Masukkan kesemua bahan-bahan topping ke dalam periuk dan didih sehingga agak pekat dan boleh dituang. Tuang ke atas kek.

Roti Pisang Marble

Bahan-bahan

1 cawan pisang lecek
1/4 cawan susu masam
1 suduk esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 suduk soda bikarbonat
1 suduk serbuk penaik
3/4 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1/4 suduk garam halus
2 sudub serbuk koko
3 sudub air panas

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Masukkan garam halus dan campur rata. Ketepikan.
2. Campur rata serbuk koko bersama air panas. Ketepikan.
3. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga gula larut.
4. Masukkan telur sebiji - sebiji dan esen vanila, lalu pukul sehingga kembang.
5. Masukkan tepung dan kacau setakat adunan bercampur rata.
6. Ambil 1 cawan adunan. Tuang campuran koko- air panas ke dalamnya dan kacau sehingga rata.
7. Tuang adunan biasa kedalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
8. Tuang pula adunan koko keatas adunan biasa samada di tengah sahaja atau ditompok-tompokkan diatas adunan biasa. Ambil pisau dan lorekkan supaya menjadi seperti marble.
9. Bakar pada suhu 175C selama 45-50 minit.

Sunday, February 6, 2011

Pai Kastad Telur

Bahan-bahan

Doh
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 suduk serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
1/3 cawan mentega - didadu kecil dan disejukkan
1/4 cawan air ais

1. Campur rata tepung bersama garam dan serbuk penaik didalam mangkuk.
2. Masukkan mentega dan gaul dengan menggunakan hujung jari sahaja sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Tuang air ais sedikit-sedikit sehingga menjadi doh. Gumpalkan menjadi bebola dan leperkan. Bungkus dengan plastik dan sejukkan didalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan dan canai nipis sebesar dapat dimuatkan kedalan tin pembakar pai.
5. Letakkan dan muatkan ke dalam tin pai.
6. Masukkan doh yang didalam tin pai ke dalam peti sejuk sambil menyediakan adunan kastad.

Kastad
1 1/2 cawan air
1 1/4 - 1 1/2 cawan gula pasir
5 biji telur
1/4 cawan susu cair
1/2 suduk esen vanila

1. Masak air dan gula sehingga mendidih dan gula pasir larut. Sejukkan.
2. Pukul telur dengan garfu sehingga setakat bercampur rata putih dan kuningnya.
3. Masukkan susu cair, esen vanila dan air gula. Kacau sehingga rata.
4. Keluarkan doh dari peti sejuk. Tuang adunan kastad kedalam tin pai yang telah digriskan sehingga 3/4 penuh.
5. Bakar pada suhu 175C selama 40-50 minit.

Kek Biskut Marie

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk biskut marie
1 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor
1/2 suduk garam halus
1 suduk serbuk penaik
1 suduk soda bikarbonat
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis
1 cawan mentega
1 cawan jus oren
3 biji telur

Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga rata dan sebati.
3. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
4. Bakar selama 45-50 minit.

* boleh ditambah dengan kekacang / chocolate chips.

Masak Lemak Cili Api Telur Masin

Bahan-bahan

4 biji telur masin
1 biji bawang besar
10 biji cili api
1/4 biji nenas - dikupas dan dihiris nipis
1-2 batang serai - dimemar
1 suduk serbuk kunyit
3/4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
garam , gula pasir
1 keping asam keping - jika perlu

Cara-caranya

1. Kisar bawang besar dan cili api sehingga halus.
2. Masukkan air dan nenas kedalam periuk. Jerang sehingga mendidih dan nenas layu.
3. Masukkan santan, bahan-bahan yang dikisar, serbuk kunyit,serai dan asam keping ( jika kuah kurang masam ). Kacau rata dan jerang sehingga mendidih sambil dikacau selalu.
4. Apabila kuah sedang mendidih, pecahkan telur masin satu persatu ke dalam kuah. Jangan dikacau dan masak sehingga telur mengeras.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih sekali lagi dan tutup api.

Roti Epal

Bahan-bahan

1/2 cawan minyak masak
1/2 - 3/4 cawan gula pasir
1 suduk esen vanila
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis
2 suduk serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
1/4 cawan susu segar
2 biji epal hijau
1/4 cawan chocolate rice / kismis - dicincang halus

Cara-caranya

1. Buah epal dikupas, dihiris dan didadukan sederhana besar. Perah sedikit jus limau nipis keatasnya, gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul minyak jagung, gula pasir, telur dan esen vanila sehingga kembang dan pucat.
3. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Campurkan garam dan serbuk kulit kayu manis ke dalam tepung gandum. Campur rata dan masukkan ke dalam bancuhan telur. Kacau rata.
4. Masukkan epal cincang dan chocolate rice/ kismis dan kaup balik adunan supaya bercampur rata.
5. Tuang susu segar dan kaup balik sehingga rata.
6. Tuang adunan roti kedalam tin pembakar 'loaf ' yang telah digris dan ditaburi tepung.
7. Bakar pada suhu 175C selama 55-60 minit.

* boleh diganti gula pasir dengan gula perang.

Thursday, January 20, 2011

Kari Daging

Bahan-bahan

500 gm daging - direbus sehingga empuk
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudub serbuk kari daging
3 sudub serbuk rempah masak Cap Bunga Rose
2 sudub sos tomato
1 cawan kelapa parut
2 cawan air
garam
1/2 keping gula kerek ( kepingan kecil )
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Hiris nipis daging yang telah direbus empuk. Ketepikan.
2. Campur rata bahan-bahan yang dikisar bersama kedua-dua serbuk rempah . Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
5. Kisar halus kelapa parut bersama air. Tuang kedalam bahan-bahan yang ditumis. Jerang sehingga mendidih
6. Masukkan hirisan daging, sos tomato, garam dan gula. Gaul rata dan jerang sehingga mendidih dan kuah memekat.
7. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.

Ayam Masak Merah Madu

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
2 suduk serbuk kunyit
1-2 suduk garam halus
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
10 batang cili kering - direndan air panas dan dikisar
1 inci halia - dikisar
2 batang serai - dititik
2 sudub tomato sos
5 sudub madu
garam , gula
minyak masak

Cara-caranya

1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak.Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan 3 sudub minyak gorengan ayam dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
4. Masukkan serai, tomato sos, madu , garam dan gula. Tumis sebentar.
5. Masukkan sedikit air dan masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
6. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.

* boleh ditambah bawang besar yang dihiris bulat dan lada bengala selepas ayam empuk.

Kek Cawan Tapai Ubi

Bahan-bahan

3/4 cawan mentega
3/4 cawan gula kaster
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur (B) / 2 biji (A)
1/2 suduk esen vanila
3/4 cawan tapai ubi - lecek dan buang urat
1 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik

Cara-caranya

1. Putar mentega dan susu pekat manis bersama gula kaster sehingga gula larut dan adunan berwarna pucat.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul sehingga gebu.
3. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
4. Masukkan tapai ubi lecek. Gaul sebati.
5. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup-balik sehingga rata.
6. Tuang kedalam tin pembakar yang bergris dan ditaburi tepung.
7. Bakar pada suhu 165C selama 25 - 30 minit.

Ikan Gulai Tempoyak

Bahan-bahan

4 ekor ikan kembong - disiang dan dicuci
7-8 biji cili api
1 suduk serbuk kunyit
5 biji bawang merah
5 sudub tempoyak
1 cekak daun kesum
1 batang serai - dititik
3 cawan air
gula , garam

Cara-caranya

1. Kisar cili api, bawang merah, tempoyak bersama air sehingga halus.
2. Tuang ke dalam sebuah periuk. Masukkan serbuk kunyit dan serai.
3. Jerang sehingga mendidih. Masukkan ikan dan daun kesum.
4. Masak sehingga mendidih dan ikan masak.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

Sambal Terung

Bahan-bahan

2 biji terung - dipotong dan direndam didalam air bergaram. Toskan
3 sudub minyak masak
3 biji cili merah - dikisar
2 biji cili api - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 biji bawang besar - dikisar
sedikit air asam jawa
1 suduk gula pasir
garam

Cara-caranya

1. Panaskan minyak. Goreng kepingan terung sehingga agak layu. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga layu.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan semula terung. Gaul rata dengan bahan-bahan yang ditumis. Goreng sebentar sehingga ianya sebati .
5. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.

Sunday, January 9, 2011

Telur Masak Lemak Kuning

Bahan-bahan

5 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 biji bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 suduk cili kisar
1 suduk serbuk kunyit
1 batang serai - dimemar
1 keping asam keping
garam , gula

Cara-caranya

1. Masukkan santan pekat, air, bawang-bawang kisar, cili kisar, serai, serbuk kunyit dan asam keping kedalam periuk. Gaul rata.
2. Jerang diatas dapur sehingga mendidih.
3. Pecahkan telur sebiji- sebiji ke dalam kuah itu. Biarkan telur mengeras baru dikacau kuah.
4. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.

Puding Roti Coklat

Bahan-bahan

8 keping roti sandwich - dibuang tepi
1/2 cawan Milo/ Vico
6-8 sudub gula pasir
2 biji telur - dipukul sedikit
2 suduk esen vanilla
11/4 cawan susu
secubit garam halus
sedikit mentega

Cara-caranya

1. Roti dipotong dadu atau dicarik-carik kecil. Aturkan roti ke dalam tin pembakar yang telah digriskan.
2. Campur telur, Milo/Vico, gula pasir, esen vanilla dan susu didalam sebuah pengisar. Kisar sehingga gula larut dan adunan bercampur rata. Tuang adunan telur keatas roti. Tekan-tekan perlahan roti supaya cebisan roti terendam didalam adunan telur. Ketepikan sehingga roti meresap adunan telur tersebut.
3. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 165C.

Bebola Donut Pisang

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 suduk serbuk penaik
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudub minyak masak
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan air
1 cawan pisang yang sudah dilecek
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Campur rata tepung gandum, serbuk penaik dan gula pasir di dalam sebuah mangkuk.
2. Campur telur, minyak masak, susu cair, air dan pisang lecek di dalam bekas lain. Kacau sebati.
3. Tuang ke dalam campuran tepung. Kacau rata dan sebati. Ketepikan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng secara deep-fry. Masukkan sesudu penuh adunan ke dalam minyak dan goreng sehingga berwarna kecoklatan . Angkat dan toskan minyak.