Tuesday, October 26, 2010

Donut Dengan Topping Coklat

Bahan-bahan

2 1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudut garam
2 sudut yis segera
2 sudub gula kastor
1/2 cawan + 2 sudub susu panas
2 sudub mentega
1 biji telur (A) - dipukul sebati putih dan kuningnya.

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, yis segera dan gula kastor kedalam mangkuk. Campur rata.
2. Campur susu panas, mentega , telur dan garam sehingga garam larut dan mentega cair dan kesemuanya sebati. SEjukkan sehingga suam-suam kuku.
3. Tuang campuran susu suam ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul rata.
4. Uli doh sehingga licin dan elastik. Letak doh kedalam mangkuk yang digris permukaan dalamnya. Golek-golekkan doh dipermukaan itu dan tutup mangkuk dengan plastik. Ketepikan sehingga doh kembang 2X.
5. Kempiskan doh dengan lembut. Uli sebentar dan ketepikan selama 10 minit.
6. Keluarkan doh dan canai dan terap dengan acuan donut.
7. Letakkan diatas dulang yang telah ditaburi tepung dan tutup dengan plastik. Ketepikan sehingga kembang 2X.
8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sejukkan.

Topping coklat

4 sudub serbuk koko
6 sudub susu pekat manis
1 sudub tepung jagung
1/4 cawan air
1 sudub marjerin

Cara-caranya

1. Campur rata serbuk koko, susu pekat manis, tepung jagung dan air didalam periuk. Pastikan ianya tidak berketul-ketul.
2. Jerang diatas api kecil dan didihkan sehingga pekat.
3. Masukkan marjerin dan angkat. Sejukkan .

Gulai Lemak Ikan Masin Dan Nenas

Bahan-bahan

1/2 biji nenas - dikupas,buang empulur dan dihiris
4 keping tulang dan isi ikan talang masin
1 biji kelapa - diambil 2 cawan santan
5 biji lada merah - dikisar halus
2-3 biji bawang merah - dikisar halus
1 batang serai - dititik
garam, gula

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan kedalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan nenas layu.
3. Hidang bersama nasi putih dan sambal belacan.

Roti Canai Air Panas

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
2 sudut gula pasir
1/2-1 sudut garam
1- 1 1/2 cawan air mendidih

Cara-caranya

1. Letak tepung gandum didalam mangkuk.
2. Masukkan marjerin ke dalam tepung . Gaul rata marjerin dengan hujung jari sehingga seperti serbuk roti.
3. Campur rata gula dan garam didalam air mendidih. Tuangkan sedikit-sedikit sambil digaul sebati dengan senduk atau garfu sehingga mendapat doh yang boleh dibentuk dan yang tidak melekit ditepi mangkuk. Tutup mangkuk dan ketepikan sehingga doh sejuk.
4. Buat proses seperti roti canai biasa dan goreng.

Cik Mek Molek

Bahan-bahan

2 cawan ubi keledek yang telah direbus dan dilecek halus
3/4 - 1 cawan teping gandum
1 sudut serbuk penaik
gula pasir
minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Masukkan keledek lecek kedalam mangkuk.
2. Ayakkan 1/2 cawan tepung gandum dan serbuk penaik kedalam mangkuk yang berisi keledek. Gaul rata dan tambah tepung yang berlebihan sedikit-sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak melekit ditangan tetapi lembut.
3. Cubit doh sedikit dan bulat-bulatkan menjadi bebola.
4. Leperkan doh dengan tangan dan letak ditengahnya sedikit gula. Bentukkan doh menjadi bujur bagi menutupi gula dan runcingkan dikedua-dua tepi doh itu. Buat sehingga habis adunan.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.

Paru Goreng

Bahan-bahan

300g paru - dicuci
1 sudut jintan manis -ditumbuk kasar
1 sudut jintan putih - ditumbuk kasar
1 sudub ketumbar biji - ditumbuk kasar
2 inci halia - ditumbuk halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudub asam jawa
air
garam
1-2 sudut serbuk kunyit
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Rebus paru bersama rempah-rempah yang ditumbuk kasar didalam air yang secukupnya sehingga empuk.
Sejukkan dan apabila sudah sejuk, hiris nipis-nipis. Ketepikan.
2. Gaul sebati halia, bawang putih ,air asam jawa, garam dan serbuk kunyit.
3. Lumur campuran bawang putih ini pada paru sehingga rata. Perap sekejap.
4. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga agak kering.

Acar Awak

Bahan-bahan

1/2 biji kobis bulat - dihiris pendek-pendek
2 batang lobak merah - dipotong 1 inci panjang dan dihiris nipis
6 batang kacang panjang - dipotong 1 inci panjang
2 biji timun - dipotong 1 inci panjang dan dihiris nipis
1 biji nenas - dikupas,dipotong 1 inci panjang dan dihiris nipis
3 biji lada merah - dihiris halus

1/2 cawan kacang tanah - digoreng dan ditumbuk halus
4 biji lada merah - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sudub bijan
1 sudub rempah kari daging
gula, garam
cuka
minyak masak

Cara-caranya

1. Celur kobis, kacang panjang, lobak merah, timun dan nenas di dalam air garam sebentar. Toskan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan rempah kari sehingga garing.
3. Masukkan sayuran yang dicelur dan lada merah hiris.
4. Tambah kedalamnya gula , garam dan cuka secukup rasa. Didih sehingga sayur agak empuk.
5. Sejukkan dan masukkan bijan dan kacang tanah. Gaul rata dan hidangkan.

Monday, October 25, 2010

Bihun Sup

Bahan-bahan

1 kg daging /ayam - dipotong kecil. Cuci
3 sudub minyak masak
10 ulas bawang merah - dikisar kasar
3 ulas bawang putih - dikisar kasar
1 inci halia - dikisar kasar
air secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
1 peket rempah sup
garam
1 bungkus bihun
bawang goreng
taugeh - dicelur
timun - dihiris nipis
daun sup , daun bawang
sos kicap

Cara-caranya

1. Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bahan-bahan yang dikisar kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging/ayam dan goreng sehingga daging/ayam bertukar warna.
3. Masukkan air sebanyak kuah sup yang dikehendaki. Jerang sehingga mendidih.
4. Tambah rempah sup, sup bunjut dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih lagi.
5. Sementara menunggu sup masak. rendam bihun didalam air panas sehingga bihun lembut.
Keluarkan dan siram dengan air paip dan toskan.

Sos Kicap

cili api - mengikut kepedasan
2 cawan air
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1 cawan kicap manis
gula , garam

Cara-caranya

1. Kisar cili api, dan bawang putih bersama air sehingga halus.
2. Tuang kedalam periuk dan tambah asam keping. Didihkan sehingga agak pekat.
3. Masukkan kicap manis, gula dan secubit garam. Didihkan sekejap dan angkat. Sejukkan

Cara menghidang
Letak bihun celur didalam pinggan. Tuang kuah sup. Tabur taugeh, timun, bawang goreng, daun sup, daun bawang . Letak sesudu kecil sos kicap.

Jus Tembikai Laici

Bahan-bahan

1/2 biji tembikai merah - dikupas dan didadu kecil
4 cawan air masak
gula ikut rasa
1 tin laici

Cara-caranya

1. Masukkan tembikai, air dan gula kedalam blender. Kisar sehingga sebati .
2. Tuang kedalam jag dan tambah buah laici beserta airnya.
3. Rasa kemanisannya dan tambah air batu.

Kuah Beriani Daging

Bahan-bahan

1 kg daging lembu/kambing - dipotong sederhana besar dan dicuci. Tos.
1 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas - ditumbuk
2 batang serai - dikisar
3 sudub cili kisar
2 sudub rempah beriani
2 sudub serbuk rempah kurma
2 sudub serbuk kari daging
garam, gula
3 sudub minyak sapi/ minyak masak
3 sudub tomato puri

Cara-caranya

1. Masukkan daging ke dalam sebuah periuk.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain kecuali tomato puri kedalam periuk. Gaul rata dan sebati.
3. Perap selama 1 jam.
4. Letakkan periuk atas dapur dan masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan tomato puri dan masak sehingga mendidih.

Nasi Beriani Johor

Bahan-bahan

4 cawan beras basmathi - dicuci, direndam dan ditos
1 sudub minyak masak
1 sudub minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar - dimayang
1 inci halia - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1/2 tin susu cair
2 sudub tomato sos
2 sudub kordial oren sunquick
air panas
garam
Daun sup
bawang goreng
kismis goreng

Cara-caranya

1. Panaskan kedua-dua minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar , halia dan bawang putih. Tumis sehingga bawang layu dan kekuningan.
3. Masukkan susu cair. tomato sos dan kordial oren. Didihkan sebentar.
4. Masukkan beras dan gaul rata bersama bahan -bahan lain di dalam periuk.
5. Masukkan air secukup untuk menanak nasi dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih dan masak beras sehingga tanak.

Thursday, October 21, 2010

Nasi Istanbul

Bahan-bahannya

2 sudub minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris dan didadu halus
1 cawan udang hidup - dibuang kepala dan ekor dan dicuci
1 biji lada benggala hijau - didadu kasar
1 biji lada benggala kuning - didadu kasar
1 biji lada benggala merah - didadu kasar
1 batang lobak merah - dihiris bulat
1/2 cawan kacang pea
2 helai daun salam
3 1/2 cawan air rebusan ayam
1 sudut garam
2 cawan beras - dicuci dan ditoskan

Cara-caranya

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang sehingga layu.
2. Masukkan udang dan goreng sehingga kulit udang bertukar warna.
3. Masukkan pula ketiga-tiga lada benggala dan lobak merah.
4. Kemudian masukkan kacang pea,daun salam ,garam dan air rebusan ayam. Jerang sehingga mendidih.
5. Masukkan beras, gaul rata dan tanak sehingga nasi kering dan masak.

Bubur Merah Bubur Putih

Bahan-bahannya

1/2 cawan beras pulut - dicuci dan ditoskan )
2 cawan santan cair
1/2 sudut garam
1 helai daun pandan - disiat-siat dan diikat
1/2 cawan santan pekat
1/4- 1/2 cawan gula merah - dimasak bersama air dan ditapis.
sedikit air

Cara-caranya

1. Masukkan pulut, santan cair, garam dan daun pandan kedalam periuk. Masak beras pulut sehingga menjadi bubur ( tambah air jika perlu ).
2. Tuang santan pekat . Masak lagi sehingga mendidih.
3. Bahagikan bubur kepada dua bahagian. Satu bahagian dituang kedalam sebuah mangkuk dan dibiarkan putih.
4. Bahagian bubur yang didalam periuk pula hendaklah ditambah air gula merah. Jerang diatas dapur kembali sehingga bubur mendidih.
5. Letak bubur putih didalam mangkuk hidang dan letak bubur merah ditengah-tengah bubur putih.

Chop Kambing Berhalia

Bahan-bahan

3-4 sudub lada hitam - dikisar
1 sudut garam
3 sudub kicap pekat
9 sudub air perahan halia
1 sudut gula pasir
3 sudub minyak masak
6 keping daging batang pinang/ daging rusuk
2 sudub minyak masak.

Cara-caranya

1. Campur kesemua bahan-bahan kecuali daging sehingga sebati.
2. Letak daging di dalam mangkuk dan tuang campuran tadi keatasnya. Tutup mangkuk dan perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya selama 1 jam. Balik-balikkan daging sekali sekala.
3. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Masukkan daging bersama jusnya dan goreng sehingga empuk dan kuahnya pekat.

* Sedap dimakan dengan kentang goreng dan coleslaw.

Kek Oren Tanpa Telur

Bahan-bahan

1 (397g ) tin susu pekat manis
1/2 cawan + 2 sudub mentega
2 sudub gula kastor
secubit garam
1/2 sudut esen vanila
1/4 cawan jus oren
1/2 cawan air
1 2/3 cawan tepung naik sendiri
1 sudut serbuk penaik
1/2 sudut soda bokarbonat

Cara-caranya

1. Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Campur kan air kepada jus oren. Ketepikan.
3. Griskan tepi tin pembakar dan alaskan permukaan dalamnya.
4. Masukkan susu pekat manis, mentega, gula, garam, esen vanila, air jus oren kedalam periuk. Kacau di atas api yang perlahan sehingga gula dan mentega larut tetapi tidak sampai ianya mendidih. Ketepikan dan sejukkan.
5. Apabila sudah sejuk, masukkan tepung. Pukul sehingga rata dan sebati.
6. Tuang kedalam tin pembakar dan bakar pada suhu 175C selama 35 minit/ kekuningan.
7. Sejukkan dalam tin pembakar 10 minit sebelum disejukkan diatas redai.

* boleh ditambah esen oren.
jus oren boleh diganti dengan kordial oren sunquick

Gulab Jamun

Bahan-bahan

Sirap
4 cawan air
2 1/4 cawan gula pasir
1/2 sudut esen ros.

1. Masukkan gula dan air kedalam periuk dan didihkan sehingga gula larut.
2. Didihkan selama 5 minit dan masukkan esen ros.
3. Sejukkan.

Gulab
2 cawan susu tepung
1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudub minyak sapi/ mentega
1/2 cawan susu cair /susu UHT

minyak untuk deep fry

1. Campurkan susu tepung bersama tepung naik sendiri didalam mangkuk.
2. Tambahkan minyak sapi/mentega dan gaul sehingga seperti serbuk roti.
3. Tuang susu cair/susu UHT perlahan-lahan.
4. Uli lembut doh sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk. Bahagikan kepada 20 bahagian dan
bentukkan kepada bebola kecil.
5. Panaskan minyak masak sehingga panas.
6. Kurangkan kepanasan api kepada kepanasan sederhana. Goreng bebola doh berperingkat peringkat ( 6 -7 biji ) sehingga kekuningan. Keluarkan dan toskan.
7. Masukkan bebola- bebola itu ke dalam air sirap suam.
8. Sejukkan sepenuhnya dan hidang pada suhu ruang atau selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Bater Tempura

Bahan-bahan

1 biji telur
1 cawan air ais
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 sudub serbuk penaik
1 cawan air krim soda - didejukkan

Cara-caranya

1. Telur dipukul sedikit setakat untuk sebatikan telur putih dan telur kuning.
2. Tuang air ais dan campur rata.
3. Masukkan kedua-dua tepung sekali gus.
4. Tuang air krim soda dan gaul perlahan-lahan setakat untuk mencampurkannya ( tidak mengapa walaupun
adunan tidak betul-betul bercampur rata )

* sentiasa tentukan bater bersuhu sejuk dengan meletakkan mangkuk bater didalam mangkuk lain yang berisi ais didalamnya.
Bater hendaklah cair.
Minyak hendaklah minyak yang panas.
Goreng gorengan sehingga kekuningan sahaja.

Tuesday, October 19, 2010

Kerutup Daging

Bahan-bahan

1 kg daging - dipotong besar dan dicuci
5 sudub minyak masak

disangrai dan dikisar :
4 sudub ketumbar biji
1 sudub jintan manis
1 sudub jintan putih
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

6 batang cili kering - dipotong pendek dan direndam dalam air panas. Toskan. Kisar
10 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
5 cawan santan sederhana pekat
4 sudub kelapa parut - disangrai dan tumbuk
1 keping asam keping
garam , gula

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Campur semua bahan-bahan yang dikisar dengan sedikit air dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau selama beberapa minit.
4. Tuang santan, kerisik, asam keping, garam dan gula. Didihkan sehingga daging empuk dan kuahnya pecah minyak.

Ayam Percik

Bahan-bahan

1 ekor ayam - dicuci dan dibelah empat
3 sudub minyak masak
3 batang serai - dikisar
2 inci halia - dikisar
3biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
6 sudub cili kisar
2 sudub asam jawa
1 1/2 cawan air
4 sudub gula pasir
1 1/2 sudut garam
1 cawan santan pekat

Cara-caranya

1. Campur asam jawa dan air untuk dapatkan jus asam jawa. Ketepikan.
2 Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Tumis cili kering dan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
5. Masukkan ayam dan masak sehingga mendidih.
6. Masukkan santan pekat dan didihkan sehingga ayam masak.
7. Keluarkan ayam dan letak atas aluminium foil yang telah digriskan permukaannya.
8. Panggang di dalam ketuhar bersuhu 175C ( api atas dan bawah ) sehingga permukaan ayam agak garing sedikit.
9. Sementara itu , didih lebihan kuah ayam sehingga agak pekat sedikit dan curah ke atas ayam apabila dikeluarkan dari ketuhar.

Bluder Menado

Bahan-bahan

2 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung
1 1/4 sudut yis kering
3 biji telur - dipukul kembang
1 cawan air suam
3 1/2 sudub mentega - dicairkan

Cara-caranya

1. Campur rata bahan-bahan kering di dalam mangkuk mixer.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Tuang air sedikit- sedikit dan campur sebati.
4. Tuang mentege cair . Gaul sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditabur tepung.
6. Tutup tin pembakar dengan plastik dan perap selama 30 minit sehingga naik hampir 2X ganda.
7. Bakar dalam ketuhar pada darjah 175C selama 35- 45 minit.

Kek Cawan Red Velvet

Bahan-bahan

3/4 cawan mentega
1 1/4 cawan gula kastor
1/4 cawan serbuk koko
1 sudut soda bikarbonat
1 sudut garam halus
1 sudut esen vanila
2 biji telur
1 cawan susu masam
2 sudub pewarna merah makanan
2 sudut cuka
2 1/2 cawan tepung kek

Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada darjah 175C/ 350F.
2. Pukul mentega, gula kastor, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan esen vanila bersama selama 2 minit sehingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sehingga rata dan kembang.
4. Campur dan gaul rata susu masam, pewarna merah makanan dan cuka . Masukkan kedalam adunan telur. Campur sehingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit - sedikit sambil dicampur rata dan sebati.
6. Sudukan ke dalam paper cups 1/2 penuh jika mahu letak frosting / 3/4 penuh jika tanpa frosting.
7. Bakar selama 20 - 25 minit. Keluarkan dan sejukkan di rak.

* boleh diletak cream cheese frosting / butter cream frosting.

Biskut Jakarta

Bahan-bahan

Pastry
1 cawan mentega
1 cawan gula aising
1 biji telur merah
1 1/2 cawan tepung ubi
3 1/2 cawan tepung gandum
1 sudub shortening
1 sudut esen vanila

Inti
1 biji telur putih
1 cawan gula aising
1 cawan kelapa kering
1 sudub tepung gandum
1 cawan buah-buahan kering campuran
ceri merah dan hijau - dipotong kecil untuk hiasan

Cara-caranya

1. Buat inti dahulu -
Pukul telur putih bersama gula aising sehingga sebati.
Masukkan kelapa kering, tepung dan buah-buahan campuran.
Tutup dan ketepikan.
2. Buat pastry pula -
Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati.
Masukkan telur merah. Pukul sebati.
Masukkan shortening dan esen vanila dan campur sebati.
Masukkan kedua-dua tepung sedikit-sedikit sehingga mendapat doh yang lembut tetapi boleh di
bentuk.
Tutup doh dengan plastik dan ketepikan selama 15 minit.
Alas tin patty dengan papercup kecil.
Canai nipis adunan doh dan letakkan dipapercup.
Ambil 1 sudut inti dan isikan pada pastry.
Hias diatasnya dengan ceri.
Bakar biskut pada kepanasan 175C sehingga bawahnya perang.

Kek Kurma

Bahan-bahan

1 cawan kurma yang sudah dibuang bijinya
1 cawan air mendidih
2 1/2 sudub susu tepung
1/2 cawan minyak masak/jagung
3/4 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudut esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 sudut soda bikarbonat

Cara-caranya

1. Rendam kurma didalam air mendidih selama 15 minit.
2. Tuang adunan kurma ke dalam pengisar dan kisar bersama susu tepung. Ketepikan
3. Pukul minyak dan gula perang sehingga gula larut dan adunan kembang.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi sehingga kembang.
5. Masukkan vanila dan pukul agar sebati.
5. Masukkan campuran tepung dan soda bikarbonat berselang seli dengan kurma. Pukul sebentar supaya sebati.
6. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digriskan dan ditabur tepung.
7. Bakar didalam ketuhar berdarjah 175C selama 45-50 minit.

* bagi mendapat kek koko kurma - tambah 2 sudub serbuk koko dan ayak bersama tepung dan soda bikarbonat.
gula perang boleh diganti dengan gula kastor.

Pulut Pagi

Bahan-bahan

1 1/2 cawan beras pulut
air
2 keping gula kerek
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
kelapa parut yang dibuang kulit ari
sedikit garam

Cara-caranya

1. Rendam beras pulut semalaman.
2. Keesokan paginya, letak beras pulut kedalam periuk nasi elektrik dan tuang air setakat paras beras pulut. Masak sehingga beras pulut masak.
3. Sementara itu, didih gula kerek , sedikit air dan daun pandan untuk dijadikan sirap gula yang pekat. Apabila mendidih, tapis air gula itu keatas pulut yang ditanak tadi. Gaul rata dan tanak semula sehingga sebati.
4. Hidang pulut bersama kelapa parut yang telah digaul dengan garam

* gula kerek boleh diganti dengan gula melaka.

Monday, October 18, 2010

Puding Roti

Bahan-bahan

5 - 8 keping roti
2 cawan air susu
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
4 sudub marjerin - dicairkan
1 sudub tepung jagung
1 sudut vanila
sedikit kismis - jika suka

Cara-caranya

1. Siat-siat kecil roti. Letakkan ke dalam tin pembakar.
2. Tuang susu keatas kepingan roti dan tekan-tekankan supaya susu diserap oleh roti. Ketepikan
sehingga roti benar-benar menyerap susu.
3. Sementara itu, pukul telur bersama gula dan marjerin cair sehingga gula larut.
4. Masukkan tepung jagung dan vanila kedalam adunan telur. Pukul rata dan tuang rata -rata
adunan ini di atas roti.
5. Tabur kismis jika guna.
6. Bakar di dalam ketuhar berdarjah 175C selama 30 minit.

Ayam BBQ

Bahan-bahan

1 ekor ayam / 16 keping kepak ayam
1 sudut garam

4 sudub sos tomato
2 sudub sos tiram
1 sudub gula perang
1 sudub cuka
1/2 sudub kicap
1/2 sudut garam
1 sudut cili kisar

Cara-caranya

1. Ratakan garam dengan ayam. Perap selama 15 minit.
2. Masukkan ke dalam periuk dan tambah air( setakat menutupi ayam ) dan didih dengan api perlahan selama 10 - 12 minit.
3. Keluarkan dan toskan.
4. Campur sebati tomato sos, sos tiram, gula perang, cuka, kicap, garam dan cili kisar. Tuangkan
keatas ayam tadi dan gaul rata. Perap selama 1 - 2 jam.
5. Panggang ayam selama 20 - 30 minit sambil direnjis minyak sehingga garing.

* cili kisar boleh ditambah jika mahu lebih pedas.
cuka boleh ditiadakan jika sos terlalu bercuka.

Nasi Minyak Kelantan

Bahan-bahan

5 sudub minyak sapi
2 biji bawang besar - dihiris dan didadu halus
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dikisar
5 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun pandan
6-8 sudub sos tomato

air
gula , garam
4 cawan beras - dicuci dan ditoskan
2 sudub kismis - dogoreng sedikit
2 sudub bawang goreng

Cara-caranya

1. Cairkan minyak sapi dan tumis bawang besar, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga
dan kulit kayu manis sehingga bawang kekuningan.
2. Masukkan sos tomato, air secukup untuk menanak nasi,gula, garam dan daun pandan. Jerang
sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan tanak sehingga nasi masak.
4. Tabur bawang goreng dan kismis bila menghidang.

Jus Pegaga

Bahan-bahan

1 ikat daun pegaga - diambil daun sahaja
4 cawan air masak
6 sudub madu
sedikit jus lemon/limau nipis/limau kasturi

Cara-caranya

1. kisar pegaga, air masak dan madu.
2. Masukkan jus lemon.
3. Tapis dan sejukkan.

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan

1 ekor ikan patin - disiang dan dipotong
4 sudub tempoyak
6 biji cili merah - ditumbuk kasar
2 cawan air
1 batang bunga kantan - dihiris
3 batang serai - dititik
5 tangkai daun kesum
sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup
garam , gula
air

Cara-caranya

1. Masukkan ikan ke dalam periuk.
2. Tambah tempoyak ke dalam periuk dan gaulkan dengan ikan.
3. Masukkan cili pula , gaul rata dan perap selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, tenggekkan periuk ke atas dapur dan tuang air.
5. Masukkan bunga kantan, serai dan daun kesum. Jerang sehingga mendidih.
6. Masukkan serbuk kunyit,garam dan gula secukup rasa. Didihkan sekali lagi dan angkat apabila
ikan sudah masak.

* cara cuci ikan patin :

jika guna ikan patin sangkar - rendam dalam air asam jawa selama 1/2 jam
jika guna ikan patin sungai - tak perlu cuci dengan air asam jawa.

Mi Bandung

Bahan-bahan

3 sudub minyak
7 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
5 sudub udang kering - direndam sebentar dan ditoskan
1 cawan cili kisar
4 sudub sos tomato
5 sudub sos cili
1 cawan daging lembu - yang sudah direbus dan dihiris nipis
air rebusan daging
1 cawan kacang tanah - digoreng dan dikisar
2 keping tauhu - digoreng dan didadu
1 pokok sawi - dipotong
garam dan sedikit gula
3 biji telur
1 bungkus mi kuning - dicelur
bawang goreng

Cara-caranya

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan udang kering.
2. Panaskan minyak di dalam kuali besar dan tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar sehingga
garing .
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan daging hiris. Goreng sebentar dan masukkan air rebusan
daging dan kacang tanah. Masak sehingga mendidih.
4. Apabila kuahnya mendidih masukkan tauhu ,garam, gula dan sawi. Didihkan sekali lagi.
5. Pecahkan telur sebiji-sebiji kedalam kuah mi. Masak sehingga telur mengeras dan kuah mendidih.
6. Tuang kuah ke atas mi dan tabur bawang goreng di atasnya.

* mi boleh juga di masukkan terus kedalam kuah selepas telur sudah mengeras jika mi akan dihidang
serta-merta.

Stew Daging

Bahan-bahan

3 sudub minyak sapi/minyak masak
3 biji bawang besar - didadu kecil
1 kg daging lembu/kambing - dipotong kecil
450gm buah tomato ranum - dicincang kasar
1 sudut garam
1 sudut serbuk lada hitam
1 sudut serbuk cili/ cili kisar
1 sudub serbuk ketumbar
air - jika perlu

Cara-caranya

1. Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi/minyak masak. Masukkan bawang besar dan tumis
sehingga kekuningan.
2. Masukkan daging dan goreng sehingga daging bertukar warna .
3. Tambah ke dalamnya buah tomato, garam, serbuk lada hitam, serbuk cili dan serbuk ketumbar.
Kacau rata dengan daging dan jerang sehingga mendidih. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Perlahankan api,tutup periuk dan masak sehingga daging empuk. Kacau sekali-sekala supaya
tidak hangit dan tambah air sedikit air lagi, jika perlu, untuk mengempukkan daging.
5. Apabila sudah empuk dan kuahnya sedikit pekat bolehlah dihidang bersama nasi atau roti.

*boleh ditabur daun sup bila menghidang.

Sunday, October 17, 2010

Sambal Goreng Jawa

Bahan-bahan

10 ulas bawang merah - di mayang
10 ulas bawang putih - di mayang
5 tangkai cili merah - dihiris
5 tangkai cili hijau - dihiris
4oogm hati ayam / lembu - dipotong kecil
1 sudut gula
1 sudut garam
1 cawan santan pekat
4 keping tauhu - potong kecil dan goreng
4 keping tempe - potong kecil dan goreng
2 sudub minyak untuk menumis

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga garing.
2. Masukkan hati dan goreng sehingga masak.
3. Tambah gula , garam dan santan. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan tauhu dan tempe. Goreng sehingga sebati dan masak.

Nasi Biryani Kambing

Bahan-bahan

Lauk

A:
1 kg daging kambing - dipotong besar
2 cawan dadih/susu masam

B:
7 biji lada hijau
2 inci halia
7 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis (1inci panjang )
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang putih
5 biji bawang besar - dihiris

3/4 cawan minyak sapi

Nasi

1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
5 biji bawang besar - dihiris dan didadu nipis
4 cawan beras basmathi - dicuci, direndam sebentar dan ditoskan.
6 cawan air mendidih
1 sudut serbuk kunyit
2-3 sudut garam halus
3/4 cawan minyak sapi

Cara-caranya

1. Basuh daging , masukkan kedalam periuk dan salutkan dengan dadih dan ketepikan.
2. Kisar halus bahan B dan campurkan kedalam periuk berisi daging tadi dan campur rata.
3. Masukkan 3/4 cawan minyak sapi. Letakkan periuk ke atas dapur dan masak dengan api yang perlahan sehingga daging empuk.
(Tambah air jika kering tetapi daging belum empuk.)
4. Panaskan 3/4 cawan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga
naik bau. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga keemasan.
5. Masukkan beras dan goreng selama 5 minit.
6. Tuang air mendidih, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Tanak sehingga nasi tiga suku masak.
7. Ambil lauk daging yang dimasak tadi dan letakkan di atas nasi. Tutup periuk ketat-ketat dan masak selama 15 - 20 minit lagi sehingga nasi benar-benar tanak.
8. Sebelum menghidang, campur rata nasi dan lauk terlebih dahulu.

Kek Kacang Merah

Bahan-bahan

1 cawan kacang merah yang telah direbus empuk.
1/2 cawan air susu
1 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula kaster
3 biji telur
1 sudut esen vanila
11/4 cawan tepung gandum
1 sudut serbuk penaik

Cara-caranya

1. Kisar kacang merah bersama air susu. Ketepikan.
2. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga gebu.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga rata.
5. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan berselang seli dengan campuran kacang merah-susu kedalam adunan telur. Campur sehingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditabur tepung permukaannya.
7. Bakar di dalam ketuhar berdarjah 175C selama 45 - 55 minit.

Chinese Sweet Bun

Bahan-bahan

1/2 cawan gula pasir
1 cawan air susu suam
1 pkt yis segera
4 cawan tepung gandum
1 sudut serbuk penaik
2 biji telur - dipukul sedikit
6 sudub minyak masak
1 sudut garam

Cara-caranya

1. Larutkan gula pasir di dalam air susu suam sehingga benar-benar larut.
2. Masukkan yis kedalam larutan gula dan air susu.
3. Perapkan selama 10 minit/berbuih.
4. Masukkan 2 cawan tepung kedalam adunan yis dan campur rata.
5. Masukkan campuran telur,minyak dan garam . Gaul rata.
6. Masukkan 2 cawan tepung lagi sedikit-sedikit (1/2 cawan setiap kali ) sehingga mendapat doh yang
tidak melekat ke permukaan mangkuk.
7. Uli sehingga doh menjadi elastik dan lembut. Letakkan doh ke dalam mangkuk yang telah digriskan
permukaan dalamnya dan tutup mulut mangkuk dengan plastik.
8. Ketepikan sehingga doh mengembang sebanyak dua kali.
9. Keluarkan dari mangkuk dan uli secara lembut sekejap. Ketepikan sekali lagi selama 10 minit.
10. Uli sekejap dan bahagi dan bentukkan kepada beberapa bebola kecil.
11. Letakkan ke dalam tin pembakar yang telah digriskan dan perap secara bertutup sehingga mengembang
hampir sebanyak dua kali.
12. Bakar di dalam ketuhar 175C selama 20 minit/kekuningan .


* boleh diisi inti.

Jemput Pisang

Bahan-bahan

10 biji pisang emas - dikupas kulit dan dilecek halus
11/2 - 2 cawan tepung gandum
1/2 sudut soda bikarbonat
4 sudub gula perang
secubit garam halus
minyak untuk menggoreng secara deep fry

Cara-caranya

1. Campurkan pisang lecek bersama gula perang dan garam di dalam sebuah bekas.
2. Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat kedalam adunan pisang. Campur rata. Ketepikan
selama 30 minit.
3. Panaskan minyak yang banyak dan masukkan sesudu adunan jemput kedalamnya. Goreng sehingga
kecoklatan warnanya. Angkat dan toskan minyak.

* gula perang digunakan bagi memberi rasa manis dan lemak kepada adunan.

Biskut Kacang Tanah CNY


Bahan-bahan

2 cawan kacang tanah - digoreng dan dikisar halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula icing/gula kastor
secubit garam halus
1 cawan minyak jagung
1 biji kuning telur - dipukul dengan sedikit air

Cara-caranya

1. Campurkan serbuk kacang tanah,tepung gandum, gula icing/kastor dan garam.
2. Tuangkan minyak sedikit-sedikit sehingga mendapat adunan doh yang boleh dibentuk.
3. Ambil secubit adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan keatas bekas pembakar yang telah di alas dengan kertas dalam jarak 1 inci antaranya.
5. Calitkan sedikit kuning telur di tengah-tengah bebola doh.
6. Bakar pada suhu 160 - 170C selama 15-20 minit.

Kuih Keria

Bahan-bahan

2 cawan ubi keledek yang telah direbus dan dilecek
1 cawan tepung naik sendiri
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Untuk air gula

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Campurkan ketiga-tiga bahan dan uli rata. Ketepikan adunan selama 30 minit.
2. Letak sedikit tepung pada tapak tangan dan ambil sejemput adunan. Bentukkan menjadi bebola dan
lubangkan ditengah-tengahnya seperti donut. Buat sebegitu sehingga habis adunan.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
4. Masukkan gula dan air ke dalam kuali lain. Didihkannya sehingga menjadi air gula yang pekat.
5. Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi ke dalam air gula dan goreng sehingga kuih disaluti
dengan air gula yang bertukar menjadi gula semula.

* Segera keluarkan kuih-kuih yang telah disaluti dengan gula dari dalam kuali supaya kuih tidak melekat
kepada kuali.
Jika tiada tepung naik sendiri, guna 1 cawan tepung dan 1 sudut serbuk penaik.

Sloppy Joe

Bahan-bahan

1 biji bawang besar - dihiris dadu nipis
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudub cili kisar
1 biji buah tomato -didadu kecil
500 gm daging /ayam cincang
3 sudub cili sos
3 sudub tomato sos
1 sudub serbuk lada hitam
1 sudut garam
1 sudub gula perang
2 sudub minyak

cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang sehingga layu.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan daging/ayam cincang. Goreng sehingga daging/ayam bertukar warna.
4. Masukkan buah tomato,sos cili, sos tomato, gula perang, serbuk lada hitam dan garam. Campur rata bahan-bahan tersebut dan jerang sehingga daging empuk , tomato benar-benar layu dan kuahnya pekat.

* sedap dimakan dengan roti hotdog.
boleh ditambah lada benggala dadu jika suka.(iaitu pada masa masukkan sos dan lain-lain bahan )