Friday, July 22, 2011

Air Kacang Soya

Bahan-bahan

1 cawan kacang soya
3 cawan air
6-9 cawan air
2-3 helai daun pandan
1 1/2 cawan gula pasir
secubit garam

Cara-caranya

1. Basuh kacang soya sehingga airnya jernih. Rendam kacang soya dengan 3 cawan air didalam sebuah bekas. Tutup bekas dan ketepikan selama 8 jam sahaja.
2. Kupas kulit kacang soya.
3. Kisar kacang sehingga halus bersama 3 cawan air. Tuang dan tapis ke dalam sebuah mangkuk. Tuang dan tapis sekali lagi air yang sama ke dalam periuk. Ambil hampas kacang soya dan kisar semula dengan 3 cawan air lagi dan ulang cara tapisan. Ulang dan kisar hampas yang sama sekali lagi dengan lebihan 3 cawan air dan ditapis seperti sebelumnya.
4. Didihkan air kacang soya bersama daun pandan di atas api yang sederhana besar sambil di kacau sehingga permukaannya berbuih - buih dan mengelegak. Masukkan gula dan secubit garam halus. Didih sehingga gula larut.

* kacau air soya semasa memasaknya supaya bahagian bawah tidak berkerak.
* guna periuk yang besar kerana ia akan membuak - buak apabila mendidih.
* guna penapis yang digunakan untuk menapis air teh tarik / kain untuk menapis kisaran kacang soya.

Tuesday, July 12, 2011

Kerabu Daun Selom

Bahan-bahan

1 ikat daun selom - diambil daun sahaja
1/2 biji kelapa - diambil isi putih sahaja
2-3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
garam, gula

Cara-caranya

1. Layurkan bawang merah bersama kulitnya diatas api. Buang kulit yang melecur dan ketepikan.
2. Tumbuk cili merah, bawang merah, garam dan gula sehingga lumat.
3. Tambah kelapa parut dan tumbuk sehingga halus.
4. Sangrai bahan-bahan yang ditumbuk bersama daun selom sehingga daun layu dan kelapa kering-kering basah.
5, Tuang jus limau kasturi, balik-balikkan dan rasa asam garamnya. Angkat.

* sambal kelapa ini boleh juga dimakan dengan daun selom tanpa disangrai terlebih dahulu.

Sambal Tempe

Bahan-bahan

2 keping tempe - didadu besar
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam halus
3 sudub cili kisar
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 keping asam keping
1/2 suduk garam halus
1/2 biji bawang besar - dihiris
minyak masak

Cara-caranya

1. Gaul tempe dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Keluarkan dan ketepikan.
3. Tinggalkan 3 sudu besar minyak gorengan dan tumis cili kisar sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan bawang besar cincang, bawang putih cincang, garam , gula dan asam keping. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan tempe goreng semula dan gaul rata dengan sambal. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat

* boleh ditambah ikan bilis goreng jika suka.

Ikan Masak Cuka

Bahan-bahan

3 ekor ikan
1 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam halus
1 biji bawang besar - dihiris
2 batang serai - dimemar
1 inci halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
1 suduk biji sawi
cuka
1 biji cili merah / hijau - dibelah dua memanjang
1-2 sudub gula
garam
minyak masak

Cara-caranya

1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit kepada ikan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Keluarkan dan ketepikan.
3. Tinggalkan 3 sudu besar minyak gorengan ikan dan masukkan bawang besar, serai, halia, bawang putih dan biji sawi. Tumis sehingga biji sawi meletup - letup.
4. Tambah gula, garam dan cuka sesuai rasa masamnya. Masukkan sedikit air jika terlalu kering atau ingin berkuah.
4. Masukkan ikan goreng dan cili. Balik-balikkan ikan supaya sebati dengan perencah.Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat.

Ikan Masin Goreng Asam

Bahan-bahan

3 keping ikan talang masin - dipotong kecil, direndam dan ditos
1 biji bawang besar - dihiris
1/4 cawan air asam jawa ( sederhana pekat )
2 biji cili merah - dihiris
3 sudub minyak masak
sedikit gula

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga tidak terlalu garing.
2. Masukkan air asam jawa dan sedikit gula.
3. Masukkan cili hiris dan bawang besar hiris. Kacau sebati dan masak sehingga cili dan bawang layu.
4. Rasa asam garamnya dan angkat.

Monday, July 11, 2011

Muffin Vico

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
2 suduk serbuk penaik
2/3 cawan Vico
2/3 cawan gula perang
1 biji telur
2/3 cawan susu segar
1/2 suduk garam halus
4 sudub mentega cair

Cara-caranya

1. Masukkan bahan kering kedalam mangkuk pembancuh. Gaul rata.
2. Campur telur, susu segar, mentega cair dan garam halus. Pukul sebentar sehingga sebati dan tuang ke dalam mangkuk yang berisi bahan- bahan kering. Gaul rata.
3. Bakar pada suhu 190C selama 25-30 minit.

Vadei

Bahan-bahan

1 1/2 cawan kacang dal - dicuci dan direndam semalaman
1/2 biji bawang besar - dicincang kasar
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji cili merah - dicincang
1 suduk serbuk kari
garam halus
2-3 sudub tepung gandum
daun kari - dihiris halus

Cara-caranya

1. Tos kacang dal dan bahagi kepada dua bahagian. Tiga perempat bahagian dikisar halus dengan pengisar kering dan selebihnya dibiarkan seadanya.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung gandum ke dalam mangkuk pembancuh. Gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng secara deep -fry.
5. Sapu sedikit minyak di tapak tangan/ plastik. Letak kira-kira dua sudu besar bahan yang digaul diatasnya, bulat-bulatkan dan leperkan sedikit. Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga keemasan.

* bagi yang tidak suka pedas, boleh diganti serbuk kari dan cili merah dengan serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.

Sunday, July 10, 2011

Nasi Lemak

Bahan-bahan

2 cawan beras - dicuci dan ditos
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 helai daun pandan - disiat dan disimpul
sedikit garam halus

Cara-caranya.

1. Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam periuk nasi elektrik.
2. Tanak sehingga masak.

Hidangan sampingan
telur rebus
kacang tanah goreng
kangkung celur
hirisan timun
daun salad

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis yang telah disiang
7 sudub cili kisar
2 biji bawang besar - 1 dikisar dan 1 dihiris
1 sudub asam jawa - diperah dengan 1 cawan air
garam
gula kerek/ gula pasir
minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan 1/2 cawan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga setengah garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan 4 sudub minyak lebihan gorengan dan tumis cili kisar sehingga garing.
3. Masukkan bawang kisar, air asam jawa, garam dan gula. Renihkan sehingga pekat dan naik minyak.
4. Masukkan semula ikan bilis. Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dihiris. Rasa asam garamnya dan angkat.

Sambal Ikan Tongkol/Aya

1 ekor ikan tongkol - disiang dan direbus dengan asam keping dan sedikit garam
7 sudub cili kisar
1 biji bawang besar - dikisar
2-3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudub asam jawa - diperah dengan 1 cawan air
garam, gula kerek
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
3. Tuang air asam jawa, garam dam gula kerek.Renih sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan rebus dan renih sehingga pekat. Rasa asam garamnya dan angkat.

* boleh dimasukkan sedikit sos tomato dan sos cili sebagai bahan memasak sambal.
* jika hendak sambal lebih pekat, kisar sejemput ikan bilis bersama bawang.

Kuih Sagu

Bahan-bahan

2 cawan sagu biji halus - rendam 1 jam dan toskan
2 cawan air
1 1/2 cawan gula
3 sudub perisa sirap ros
kelapa parut ( tanpa ari )
sedikit garam halus

Cara-caranya

1. Masukkan 2 cawan air di dalam periuk dan didihkan.
2. Apabila air sudah mendidih, masukkan gula dan perisa sirap ros. Masak sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tuang sagu dan masak diatas api yang perlahan sehingga sagu menjadi jernih, pekat dan berkilat.
4. Tuang ke dalam bekas yang telah digriskan. Potong apabila sudah sejuk.
5. Golekkan di dalam kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.

* ganti dengan pewarna makanan warna merah jika tiada perisa sirap ros.

Kentang Bersalut Telur

Bahan-bahan

5 biji kentang
2 sudub marjerin
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 suduk serbuk lada hitam
secubit garam halus
2 biji telur - dipukul
sedikit daun sup/ kucai

Cara-caranya

1. Rebus kentang sehingga empuk. Kupas kulitnya dan dadu kasar.
2. Panaskan 1 1/2 sudub marjerin dan tumis bawang besar sehingga layu.
3. Tabur serbuk lada hitam dan garam halus keatas bawang. Kacau rata.
4. Masukkan kentang , kacau rata dan goreng sehingga kentang agak garing sedikit.
5. Ketepikan kentang di dalam kuali. Masukkan 1/2 sudub marjerin dan tuang telur. Tunggu sehingga telur hampir mengering dan segera gaulkan telur dengan kentang. Angkat untuk dihidang.

Mi Hailam

Bahan-bahan

1 paket mi kuning
3 sudub minyak masak
3-4 ulas bawang putih - di kisar
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 cawan ayam
1 sudub serbuk lada hitam
3 sudub kicap pekat
2 sudub kicap manis
2 sudub sos tiram
2 keping fishcake - dihiris
6 biji fishball - dibelah dua
1-2 tangkai sawi - dipotong
gula , garam
2 sudub tepung jagung + sedikit air
4 cawan air panas

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis kedua-dua bawang sehingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
3. Apabila ayam sudah empuk , masukkan fishcake, fishball, batang sawi, serbuk lada hitam, sos tiram, kedua-dua kicap, gula dan secubit garam.
4. Masukkan mi kuning dan goreng sehingga mi masak dan bergaul rata dengan perencah.
5. Tambah ke dalam kuali daun sawi dan kacau rata.
6. Tuang air panas dan kacau rata.
7. Masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. Biarkan mendidih sebentar dan angkat untuk dihidang.

Mihun Tomyam

Bahan-bahan

1 bungkus mihun - direndam
4 sudub minyak masak
9 ulas bawang putih - dikisar
1 cawan udang / ayam
2 - 3 sudub pes tomyam
3 cawan air
1 batang serai - dimemar
3 helai daun limau purut - di siat
3 - 4 sudub sos tiram
1 cawan taugeh
daun kucai
garam, gula
5-6 biji cili api - dimemar
1 biji limau nipis - ambil jusnya/ 2 keping asam keping

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang atau ayam. Masak sehingga bertukar warna.
3. Masukkan pes tomyam dan air. Renih sehingga udang dan ayam empuk.
4. Masukkan serai, daun limau purut, garam , gula, jus limau/ asam keping, cili api dan sos tiram.
5. Tambah mihun dan kacau rata dengan perencah supaya bergaul rata.Goreng sehingga mihun masak.
6. Masukkan taugeh dan daun kucai. Masak sehingga taugeh layu.

* boleh ditambah lobak merah dan putik jagung jika suka.
* cili api boleh diganti dengan cili merah ( dihiris )

Tosei Segera

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk
1/2 cawan tepung beras
secubit garam halus
2 cawan air

Cara-caranya

1. Masukkan nasi sejuk dan air kedalam pengisar. Kisar sehingga nasi lumat.
2. Masukkan garam dan kedua-dua tepung. Kisar sehingga bercampur rata.
3. Rehatkan bater selama 15 minit.
4. Panaskan kuali leper. Sapu sedikit minyak dipermukaan kuali. Tuang 2 senduk bater dan leperkan bater menjadi nipis. Tutup kuali dan masak sehingga tepi tosei kering dan garing. Percikkan permukaannya dengan minyak dan terbalikkan. Masak sehingga permukaan bawah garing. Angkat dan hidangkan panas-panas.