Thursday, January 20, 2011

Kari Daging

Bahan-bahan

500 gm daging - direbus sehingga empuk
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudub serbuk kari daging
3 sudub serbuk rempah masak Cap Bunga Rose
2 sudub sos tomato
1 cawan kelapa parut
2 cawan air
garam
1/2 keping gula kerek ( kepingan kecil )
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Hiris nipis daging yang telah direbus empuk. Ketepikan.
2. Campur rata bahan-bahan yang dikisar bersama kedua-dua serbuk rempah . Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
5. Kisar halus kelapa parut bersama air. Tuang kedalam bahan-bahan yang ditumis. Jerang sehingga mendidih
6. Masukkan hirisan daging, sos tomato, garam dan gula. Gaul rata dan jerang sehingga mendidih dan kuah memekat.
7. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.

Ayam Masak Merah Madu

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
2 suduk serbuk kunyit
1-2 suduk garam halus
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
10 batang cili kering - direndan air panas dan dikisar
1 inci halia - dikisar
2 batang serai - dititik
2 sudub tomato sos
5 sudub madu
garam , gula
minyak masak

Cara-caranya

1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak.Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan 3 sudub minyak gorengan ayam dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
4. Masukkan serai, tomato sos, madu , garam dan gula. Tumis sebentar.
5. Masukkan sedikit air dan masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
6. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.

* boleh ditambah bawang besar yang dihiris bulat dan lada bengala selepas ayam empuk.

Kek Cawan Tapai Ubi

Bahan-bahan

3/4 cawan mentega
3/4 cawan gula kaster
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur (B) / 2 biji (A)
1/2 suduk esen vanila
3/4 cawan tapai ubi - lecek dan buang urat
1 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik

Cara-caranya

1. Putar mentega dan susu pekat manis bersama gula kaster sehingga gula larut dan adunan berwarna pucat.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul sehingga gebu.
3. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
4. Masukkan tapai ubi lecek. Gaul sebati.
5. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup-balik sehingga rata.
6. Tuang kedalam tin pembakar yang bergris dan ditaburi tepung.
7. Bakar pada suhu 165C selama 25 - 30 minit.

Ikan Gulai Tempoyak

Bahan-bahan

4 ekor ikan kembong - disiang dan dicuci
7-8 biji cili api
1 suduk serbuk kunyit
5 biji bawang merah
5 sudub tempoyak
1 cekak daun kesum
1 batang serai - dititik
3 cawan air
gula , garam

Cara-caranya

1. Kisar cili api, bawang merah, tempoyak bersama air sehingga halus.
2. Tuang ke dalam sebuah periuk. Masukkan serbuk kunyit dan serai.
3. Jerang sehingga mendidih. Masukkan ikan dan daun kesum.
4. Masak sehingga mendidih dan ikan masak.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

Sambal Terung

Bahan-bahan

2 biji terung - dipotong dan direndam didalam air bergaram. Toskan
3 sudub minyak masak
3 biji cili merah - dikisar
2 biji cili api - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 biji bawang besar - dikisar
sedikit air asam jawa
1 suduk gula pasir
garam

Cara-caranya

1. Panaskan minyak. Goreng kepingan terung sehingga agak layu. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga layu.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan semula terung. Gaul rata dengan bahan-bahan yang ditumis. Goreng sebentar sehingga ianya sebati .
5. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.

Sunday, January 9, 2011

Telur Masak Lemak Kuning

Bahan-bahan

5 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 biji bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 suduk cili kisar
1 suduk serbuk kunyit
1 batang serai - dimemar
1 keping asam keping
garam , gula

Cara-caranya

1. Masukkan santan pekat, air, bawang-bawang kisar, cili kisar, serai, serbuk kunyit dan asam keping kedalam periuk. Gaul rata.
2. Jerang diatas dapur sehingga mendidih.
3. Pecahkan telur sebiji- sebiji ke dalam kuah itu. Biarkan telur mengeras baru dikacau kuah.
4. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.

Puding Roti Coklat

Bahan-bahan

8 keping roti sandwich - dibuang tepi
1/2 cawan Milo/ Vico
6-8 sudub gula pasir
2 biji telur - dipukul sedikit
2 suduk esen vanilla
11/4 cawan susu
secubit garam halus
sedikit mentega

Cara-caranya

1. Roti dipotong dadu atau dicarik-carik kecil. Aturkan roti ke dalam tin pembakar yang telah digriskan.
2. Campur telur, Milo/Vico, gula pasir, esen vanilla dan susu didalam sebuah pengisar. Kisar sehingga gula larut dan adunan bercampur rata. Tuang adunan telur keatas roti. Tekan-tekan perlahan roti supaya cebisan roti terendam didalam adunan telur. Ketepikan sehingga roti meresap adunan telur tersebut.
3. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 165C.

Bebola Donut Pisang

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 suduk serbuk penaik
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudub minyak masak
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan air
1 cawan pisang yang sudah dilecek
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Campur rata tepung gandum, serbuk penaik dan gula pasir di dalam sebuah mangkuk.
2. Campur telur, minyak masak, susu cair, air dan pisang lecek di dalam bekas lain. Kacau sebati.
3. Tuang ke dalam campuran tepung. Kacau rata dan sebati. Ketepikan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng secara deep-fry. Masukkan sesudu penuh adunan ke dalam minyak dan goreng sehingga berwarna kecoklatan . Angkat dan toskan minyak.