Saturday, February 19, 2011

Serunding Ikan

Bahan-bahan

500-750 gm ikan selayang / ikan kembung
1 1/2 cawan santan pekat
15 biji cili kering - dibuang biji dan direndam air panas
2 inci halia
2 batang serai
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping
2 suduk garam halus
2 suduk gula pasir

Cara-caranya

1. Ikan disiang, dicuci dan direbus sehingga masak. Sejukkan. Ambil isinya dan air rebusan.
2. Kisar cili kering, serai, bawang besar, bawang putih, halia bersama air rebusan ikan sehingga halus.
3. Masukkan isi ikan dan kisar halus.
4. Tuang bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali.
5. Tuang santan dan masukkan garam , asam keping dan gula. Kacau rata dan masak sehingga kering sambil selalu dikacau.

Kek Lobak Merah Brazil

Bahan-bahan

3 batang lobak merah ( sederhana besar ) - dihiris nipis
1/2 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 1/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 sudub serbuk penaik
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis

Topping
4 sudub susu cair
2 sudub marjerin
3 sudub gula pasir
2 sudub koko / 4 sudub Milo
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Masukkan lobak merah, minyak jagung, telur dan gula pasir ke dalam pengisar. Kisar sehingga gula larut dan lobak dikisar halus.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis ke dalam mangkuk.
3. Tuang bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung. Kacau sehingga bercampur rata.
4. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
5. Bakar pada suhu 175C selama 45-50 minit.
6. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan sebentar.
7. Masukkan kesemua bahan-bahan topping ke dalam periuk dan didih sehingga agak pekat dan boleh dituang. Tuang ke atas kek.

Roti Pisang Marble

Bahan-bahan

1 cawan pisang lecek
1/4 cawan susu masam
1 suduk esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 suduk soda bikarbonat
1 suduk serbuk penaik
3/4 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1/4 suduk garam halus
2 sudub serbuk koko
3 sudub air panas

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Masukkan garam halus dan campur rata. Ketepikan.
2. Campur rata serbuk koko bersama air panas. Ketepikan.
3. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga gula larut.
4. Masukkan telur sebiji - sebiji dan esen vanila, lalu pukul sehingga kembang.
5. Masukkan tepung dan kacau setakat adunan bercampur rata.
6. Ambil 1 cawan adunan. Tuang campuran koko- air panas ke dalamnya dan kacau sehingga rata.
7. Tuang adunan biasa kedalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
8. Tuang pula adunan koko keatas adunan biasa samada di tengah sahaja atau ditompok-tompokkan diatas adunan biasa. Ambil pisau dan lorekkan supaya menjadi seperti marble.
9. Bakar pada suhu 175C selama 45-50 minit.

Sunday, February 6, 2011

Pai Kastad Telur

Bahan-bahan

Doh
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 suduk serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
1/3 cawan mentega - didadu kecil dan disejukkan
1/4 cawan air ais

1. Campur rata tepung bersama garam dan serbuk penaik didalam mangkuk.
2. Masukkan mentega dan gaul dengan menggunakan hujung jari sahaja sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Tuang air ais sedikit-sedikit sehingga menjadi doh. Gumpalkan menjadi bebola dan leperkan. Bungkus dengan plastik dan sejukkan didalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan dan canai nipis sebesar dapat dimuatkan kedalan tin pembakar pai.
5. Letakkan dan muatkan ke dalam tin pai.
6. Masukkan doh yang didalam tin pai ke dalam peti sejuk sambil menyediakan adunan kastad.

Kastad
1 1/2 cawan air
1 1/4 - 1 1/2 cawan gula pasir
5 biji telur
1/4 cawan susu cair
1/2 suduk esen vanila

1. Masak air dan gula sehingga mendidih dan gula pasir larut. Sejukkan.
2. Pukul telur dengan garfu sehingga setakat bercampur rata putih dan kuningnya.
3. Masukkan susu cair, esen vanila dan air gula. Kacau sehingga rata.
4. Keluarkan doh dari peti sejuk. Tuang adunan kastad kedalam tin pai yang telah digriskan sehingga 3/4 penuh.
5. Bakar pada suhu 175C selama 40-50 minit.

Kek Biskut Marie

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk biskut marie
1 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor
1/2 suduk garam halus
1 suduk serbuk penaik
1 suduk soda bikarbonat
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis
1 cawan mentega
1 cawan jus oren
3 biji telur

Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga rata dan sebati.
3. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
4. Bakar selama 45-50 minit.

* boleh ditambah dengan kekacang / chocolate chips.

Masak Lemak Cili Api Telur Masin

Bahan-bahan

4 biji telur masin
1 biji bawang besar
10 biji cili api
1/4 biji nenas - dikupas dan dihiris nipis
1-2 batang serai - dimemar
1 suduk serbuk kunyit
3/4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
garam , gula pasir
1 keping asam keping - jika perlu

Cara-caranya

1. Kisar bawang besar dan cili api sehingga halus.
2. Masukkan air dan nenas kedalam periuk. Jerang sehingga mendidih dan nenas layu.
3. Masukkan santan, bahan-bahan yang dikisar, serbuk kunyit,serai dan asam keping ( jika kuah kurang masam ). Kacau rata dan jerang sehingga mendidih sambil dikacau selalu.
4. Apabila kuah sedang mendidih, pecahkan telur masin satu persatu ke dalam kuah. Jangan dikacau dan masak sehingga telur mengeras.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih sekali lagi dan tutup api.

Roti Epal

Bahan-bahan

1/2 cawan minyak masak
1/2 - 3/4 cawan gula pasir
1 suduk esen vanila
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis
2 suduk serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
1/4 cawan susu segar
2 biji epal hijau
1/4 cawan chocolate rice / kismis - dicincang halus

Cara-caranya

1. Buah epal dikupas, dihiris dan didadukan sederhana besar. Perah sedikit jus limau nipis keatasnya, gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul minyak jagung, gula pasir, telur dan esen vanila sehingga kembang dan pucat.
3. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Campurkan garam dan serbuk kulit kayu manis ke dalam tepung gandum. Campur rata dan masukkan ke dalam bancuhan telur. Kacau rata.
4. Masukkan epal cincang dan chocolate rice/ kismis dan kaup balik adunan supaya bercampur rata.
5. Tuang susu segar dan kaup balik sehingga rata.
6. Tuang adunan roti kedalam tin pembakar 'loaf ' yang telah digris dan ditaburi tepung.
7. Bakar pada suhu 175C selama 55-60 minit.

* boleh diganti gula pasir dengan gula perang.