Wednesday, September 21, 2011

Ayam Cili Hijau

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam halus
10 biji cili hijau - dikisar
3 biji cili api hijau - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris membulat
sedikit garam dan gula pasir
air
minyak masak

Cara-caranya

1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Keluarkan dan ketepikan.
3. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak lebihan gorengan ayam dan tumis semua bahan-bahan yang dikisar sehingga agak garing dan naik minyak.
4. Masukkan ayam dan gaul rata dengan bahan-bahan yang ditumis.
5. Tuang satu cawan air atau lebih, garam dan gula dan masak sehingga ayam empuk.
6. Apabila kuah agak memekat sedikit, masukkan bawang besar yang dihiris membulat. Masak sehingga bawang layu sedikit dan tutup api.

* cili api boleh ditiadakan jika tidak suka rasa pedas / dilebihkan jika sebaliknya.

Monday, September 19, 2011

Kek Suji

Bahan-bahan

2/3 cawan suji
150 ml - 200 ml susu segar
1 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur saiz besar
2 suduk esen vanila
1 2/3 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik

Cara-caranya

1. Rendam suji di dalam susu segar selama sekurang-kurangnya 1 jam. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik dan ketepikan.
3. Selepas satu jam suji direndam, pukul mentega bersama gula kastor sehingga pucat dan kembang.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji satu-persatu dan pukul sehingga kembang dan sebati.
5. Masukkan esen vanila dan suji. Gaul sebati.
6. Masukkan tepung dan kaup balik sehingga bercampur rata.
7. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan ditaburi tepung.
8. Bakar pada suhu 16o-175C selama 45 - 60 minit.

Wednesday, September 7, 2011

Puding Laici

Bahan-bahan

28 gm agar-agar tali - direndam
6 cawan air
1 1/4 - 1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 tin laici

Cara-caranya

1. Kisar halus separuh daripada buah laici bersama kesemua air laici. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama enam cawan air sehingga agar-agar larut sepenuhnya.
3. Masukkan gula pasir dan didihkan sehingga gula hancur dan mendidih.
4. Tuang susu cair dan laici yang dikisar kedalam agar-agar. Kacau rata dan didih sehingga naik wap sahaja.
5. Tuang ke dalam acuan yang disukai. Tabur separuh lagi laici di atas puding.
6. Sejukkan dam dinginkan sebelum dihidang.

* boleh diganti 28 gm agar-agar tali dengan 10 gm serbuk agar-agar dan guna 5 cawan air sahaja.

Sunday, September 4, 2011

Biskut Cip Coklat

Bahan-bahan

1/2 cawan + 2 sudub mentega - dicairkan dan disejukkan
3/4 cawan gula perang
6 sudub gula kastor
1 biji telur A
1 biji telur merah
1 sudub esen vanila
1 3/4 - 2 cawan tepung gandum
1/2 suduk soda bikarbonat
1 suduk garam halus
200 gm cip coklat

Cara-caranya

1. Campur tepung gandum, soda bikarbonat dan garam. Ayak dan ketepikan.
2. Pukul mentega dengan kedua-dua jenis gula sehingga gula larut.
3. Masukkan telur dan telur merah. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
5. Masukkan campuran tepung tadi dan kacau sebati.
6. Masukkan cip coklat dan gaul rata.
7. Sejukkan adunan biskut di dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga ia mengeras sedikit.
8. Panaskan ketuhar pada suhu 190C.
9. Keluarkan adunan biskut dari peti sejuk. Cedok adunan dengan mengguna dua sudu besar atau pencedok ais krim dan letakkan di atas tin pembakar yang telah digris.
10. Bakar selama 9-10 minit sahaja walaupun biskut masih lembut lagi kerana ia akan makin mengeras apabila ia sejuk nanti.

Pasta Carbonara

Bahan-bahan

!/2 paket sphageti
air
garam halus
minyak masak
3 sudubmentega
1 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sos pasta putih
1/2 tin air
1 cawan isi ayam - didadu kecil
6 biji cendawan butang - dihiris nipis
1 batang celery - dipotong
sedikit serbuk lada sulah / lada hitam

Cara-caranya

1. Jerang air sehingga mendidih, masukkan sedikit garam halus dan sphageti. Rebus mengikut arahan di paket dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
3. Masukkan sos putih dan air. Kacau sos sentiasa sambil memasaknya sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam, celery dan cendawan butang. Masak sehingga ayam empuk dan batang celery layu.
5. Masukkan sphageti dan kacau supaya bercampur rata dengan sos.
6. Tabur sedikit serbuk lada sulah / lada hitam dan masak sehingga agak kering.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Beriani Ayam

Bahan-bahan

Lauk :
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan susu cair
2 sudub jus limau nipis / cuka

1/4 cawan minyak masak
6 sudub minyak sapi
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
4 biji bawang besar - dicincang halus
2 helai daun salam

Pes - dikisar halus
10 biji bawang merah
3 biji lada hijau
1 inci halia
3 ulas bawang putih
secekak daun ketumbar

Serbuk masala :
1 sudub serbuk cili
2 suduk serbuk ketumbar
2 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam masala

2 biji buah tomato - dicincang dadu
garam halus



Nasi :
4 cawan beras beriani - direndam 15 minit. Toskan.
2 sudub minyak sapi
2 helai daun salam
6 biji bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
garam halus

Cara-caranya

1. Tuang jus limau nipis / cuka ke dalam 1 cawan susu cair. Ketepikan sehingga ia memekat seperti dadih. Tuang ke atas ayam , gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumis bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
3. Masukkan pes dan goreng hingga naik minyak.
4. Masukkan bawang besar cincang dan daun salam. Goreng sehingga bawang layu.
5. Masukkan serbuk masala.Masak sehingga garing.
6. Masukkan tomato , garam dan ayam beserta dengan perapannya sekali. Gaul rata dan masak sehingga ayam empuk, kuahnya agak pekat dan naik minyak.
7. Sementara menunggu kuah memekat, masak nasi dengan memanaskan 2 sudu besar minyak sapi dan tumis daun salam,bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
8. Tuang kedalam beras yang sudah diletakkan di dalam periuk nasi elektrik.
9. Tuang air dan susu cair. Masukkan garam dan gaul rata. Masak beras sehingga tanak.
10.Buatkan beberapa lubang pada nasi yang sudah tanak. Ambil minyak di dalam kuah beserta sedikit kuah dan tuang ke dalam lubang pada nasi. Tutup lubang dengan nasi dan tekan suis periuk nasi. Masak selama 10 minit.
11. Gembur-gemburkan nasi sebelum menghidang. Hidangkan dengan lauk ayam tadi dan acar nenas dan timun.


Friday, September 2, 2011

Biskut Seri


Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur merah
1 suduk esen vanila
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastad
tepung gandum secukupnya
ceri / hiasan kuih / kekacang

Cara-caranya

1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur merah dan esen vanila. Kacau sehingga rata dan sebati.
3. Campur kedua-dua tepung jagung dan kastad. Masukkan kedalam adunan mentega. Gaul rata.
4. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak melekit di tangan. Uli sebentar.
5. Canai doh setebal 1/4 inci di antara dua helai plastik. Terap dengan acuan biskut yang disukai dan letak di atas tin pembakar yang telah digris.
6. Oles permukaan biskut dengan telur putih dan hias dengan ceri/hiasan kuih / kekacang. Bakar pada suhu 160C selama 15 - 20 minit.

Biskut Pasir Keladi

Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
2 biji telur merah
2 suduk esen vanila
1/2 cawan tepung jagung
3 - 3 1/2 cawan tepung gandum
pewarna ungu
perisa keladi

Cara-caranya

1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur merah satu persatu sehingga bercampur rata.
3. Tuang esen vanila dan kacau rata sehingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung dan gaul rata.
5. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan.
6. Bahagi doh kepada dua bahagian - salah satu bahagian dititis beberapa titik pewarna ungu dan perisa keladi.
7. Bentuk kedua-dua bahagian doh menjadi seperti bentuk silinder. Lekatkan kedua-duanya memanjang dan golek-golekkan supaya melekat antara keduanya.
8. Hiris 1/4 inci tebal dan bakar pada suhu 160C selama 15 - 20 minit.