Sunday, November 29, 2009

Bebola Dal

Bahan-bahan

1 cawan kacang dal - direndam beberapa jam
1- 2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
segenggam ikan bilis - dikisar halus
1 biji bawang besar - dihiris nipis / dicincang / didadu
1 inci halia - dikisar
2-3 ulas bawang putih - dikisar
garam halus
sedikit daun kucai - dipotong pendek
1 sudub cili kisar
air panas

Cara-cara

1. Rebus kacang sehingga empuk tetapi tidak pecah-pecah kacangnya. Sejukkan. Tiga perempat bahagian kacang dal hendaklah dikisar halus sementara sebahagian lagi tidak perlu dikisar. Tuang semula kesemua kacang dal ke dalam periuk. Jerang sehingga ianya hampir mengelegak.
2. Masukkan ke dalam kacang dal semua bahan lain kecuali air panas. Gaul rata.
3. Curah air panas sedikit-sedikit sehingga mendapat adunan yang pekat. Ketepikan sehingga adunan sejuk.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng bebola dal. Ambil sesedu besar adunan dan bentukkan menjadi bebola. Goreng sehingga kekuningan.

* jangan rebus kacang dal sehingga terlalu kering

Sate Goreng

Bahan-bahan

1 kg daging lembu - dipotong dadu
1 inci lengkuas - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 sudub serbuk ketumbar
1 sudub serbuk jintan manis
1 sudub serbuk kunyit
garam halus
1/4 - 1/2 cawan gula pasir
air
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan, kecuali minyak, dengan daging. Perap beberapa jam atau semalamandi dalam peti sejuk.
2. Setelah diperap masukkan daging dan perapan ke dalam kuali. Tambah air sehingga menutupi daging. Rebus sehingga daging empuk dan air hampir kering.
3. Masukkan minyak dan goreng sehingga daging hampir kering.

Saturday, November 28, 2009

Roti Gulung Ala Croissant

Bahan-bahan

1 cawan susu segar
4 biji telur
1/2 cawan marjerin - dipotong kecil
6 cawan tepung gandum
6 sudub gula pasir
1 1/2 suduk garam halus
1 bungkus yis segera
4 sudub marjerin cair

Cara-cara

1. Masukkan kesemua bahan kecuali marjerin cair ke dalam mangkuk. Gaul rata sehingga menjadi bebola doh dan tidak melekit di permukaan mangkuk.
2. Uli sehingga licin dan elastik.
3. Letak doh di dalam mangkuk yang telah digriskan permukaannya, golek doh dipermukaan mangkuk, tutup mangkuk dengan plastik dan perap sehingga naik dua kali ganda.
4. Tumbuk perlahan-lahan doh dan uli sekejap. Rehatkan doh selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian dan canaikan menjadi bulatan berdiameter 12 inci. Oles permukaannya dengan marjerin cair.
6. Potong doh yang dicanai itu kepada 8 bahagian. Gulung setiap potongan doh dengan dimulakan dari bahagian lebar ke bahagian runcing.
7. Letakkan gulungan doh dalam jarak 2-3 inci antara satu sama lain diatas tin pembakar yang telah digriskan. Lakukan yang sama dengan 3 bahagian doh lagi. Tutup gulungan doh dengan plastik dan perap sehingga hampir naik 2X ganda.
8. Bakar roti pada suhu 190C selama 8-10 minit atau keemasan.
9. Oles permukaan roti dengan marjerin cair bila dikeluarkan dari oven.

Kek Pelangi Tiga Rasa

Bahan-bahan

4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudub serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
1/2 suduk esen vanilla
1/2 suduk perisa keladi
beberapa titik pewarna ungu
1/2 suduk perisa strawberry
beberapa titik pewarna merah

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula kastor sehingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan minyak jagung dan susu segar. Pukul lagi sehingga kembang dan bercampur rata.
3. Masukkan campuran tepung-serbuk penaik dan garam sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul sehingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampur esen vanilla. Bahagian kedua dicampur pewarna ungu dan perisa keladi manakala bahagian ketiga di campur pewarna merah dan perisa strawberry.
5. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar yang telah digriskan dan ditaburi tepung berselang-seli sehingga habis.
6. Bakar di dalam oven pada suhu 175C selama 45 minit.

Ayam Masak Beriani

Bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
5 sudub minyak sapi
3 sudub minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
5 biji lada hijau - dikisar
5 sudub rempah beriani
1 cawan sos tomato
1 cawan susu cair
1 cawan bawang goreng - diramas kasar
secekak daun pudina
segenggam kismis
garam , gula

Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
2. Tumis hirisan bawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan.
4. Masukkan rempah beriani, bawang goreng, sos tomato dan susu cair. Jerang sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam, daun pudina, kismis, garam dan gula. Masak sehingga ayam empuk, kuah agak pekat dan naik minyak.

Nasi Beriani

Bahan-bahan

4 cawan beras basmathi - dicuci, direndam 2-3 jam dan ditoskan
1/2 cawan minyak sapi
3 sudub marjerin
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih- dikisar
1 inci halia - dikisar
3 biji cili hijau - dihiris membulat
3 helai daun pandan - disiat dan disimpul
3 helai daun salam
2 sudub rempah beriani
1 cawan susu cair
5 cawan air
garam halus
secekak daun pudina

Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk.
2. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, daun pandan dan daun salam. Tumis sehingga wangi.
3. Masukkan pes bawang besar-bawang putih-halia dan tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Masukkan rempah beriani. Goreng sehingga garing.
5. Masukkan air, susu cair dan garam dan jerang sehingga mendidih.
6. Masukkan beras dan daun pudina. Tanak sehingga nasi masak.

Saturday, October 31, 2009

Roti Nenas

Bahan-bahan

1/2 cawan mentega
1/2 - 3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik
1 suduk garam halus
1 cawan nenas kisar ( bersama jusnya )

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik bersama. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan nenas kisar dan jusnya. Kacau sehingga rata.
5. Masukkan tepung dan kacau setakat untuk membasahkannya sahaja.
6. Tuang ke dalam dua acuan roti ( loaf pan ) yang telah digriskan.
7. Bakar pada suhu 175C selama 1 jam.

Kek Kayu Manis

Bahan-bahan

1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cawan susu
3 cawan tepung gandum
3 suduk serbuk penaik
serbuk kayu manis
gula perang

Cara-cara

1. Campur rata gula perang dan serbuk kayu manis. Ketepikan.
2. Pukul minyak jagung dan gula kastor sehingga gula larut.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sehingga kembang.
4. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama, berselang-seli dengan susu sehingga habis.
5. Tuang separuh dari adunan ke dalam acuan yang telah digriskan.
6. Tabur rata campuran gula perang dan serbuk kayu manis ke atas permukaan adunan itu.
7. Tuang separuh lagi adunan bagi menutupi taburan gula perang-serbuk kayu manis tadi.
8. Bakar di dalam oven bersuhu 175C selama 1 jam.

Bebola Donut

Bahan-bahan

2 biji telur - dipukul
sedikit
1/3 cawan gula kastor
1/2 cawan susu
1 sudub minyak jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 suduk garam halus
2 suduk serbuk penaik
minyak

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik bersama garam. Ketepikan.
2. Masukkan telur, gula kastor dan minyak ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga gula larut dan telur kembang.
3. Masukkan campuran tepung berselang-seli dengan susu sehingga habis. Kacau sehingga benar-benar rata dan mendapat adunan yang pekat.
4. Panaskan minyak untuk deep-fry adunan.
5. Dengan menggunakan 2 sudu, masukkan adunan untuk digoreng. Balik-balikkan sehingga berwarna keemasan. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan.
6. Taburkan dengan gula kisar dan hidangkan.

Saturday, October 24, 2009

Pai Ayam


Bahan-bahan

Pastry pai ( lihat pastry untuk pai epal )

Inti pai

3 biji telur - direbus keras dan dihiris membulat
1 biji kentang - direbus empuk dan didadu
3 sudub mentega
3 sudub serbuk rempah sup
1 cawan daging ayam cincang
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - didadu kecil
1/2 cawan kacang pea
garam halus
serbuk lada hitam
2 suduk tepung jagung
1 biji telur
200ml susu

Cara-cara

1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk rempah sup yang sudah bercampur dengan sedikit air. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan ayam cincang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Masak sehingga kering dan ayam empuk.
4. Masukkan bawang besar. Masak sehingga bawang besar hampir layu dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur sedikit air. Masak sehingga kering. Angkat dan sejukkan.
5. Campur rata adunan yang digoreng bersama kacang pea, telur dan kentang.
6. Pastry dibahagi dua. Ambil satu bahagian, canai dan alas tin pai.
7. Letakkan campuran ayam tadi kedalam tin pai.
8. Pukul telur sedikit dan masukkan susu. Tuang rata adunan ini ke atas campuran ayam.
9. Ambil sebahagian doh pastry dan leraikan keatas isian pai sehingga menutupi kesemua permukaan isian.
10. Bakar selama 30 minit / sehingga keemasan pada suhu 200C.

Mufin Berinti



Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
3 suduk serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan marjerin
1/3 cawan susu tepung
1 cawan air
jem/ jelly

Cara-cara

1. Campur rata susu tepung dan air bagi mendapatkan 1 cawan air susu. Ketepikan.
2. Campur rata tepung gandum, serbuk penaik dan garam halus. Ketepikan.
3. Pukul gula kastor dan marjerin sehingga kembang.
4. Masukkan campuran tepung . Gaul sehingga rata.
5. Masukkan susu dan gaul rata sekadar membasahkan adunan sahaja.
6. Sudukan ke dalam paper cups 1/3 penuh. Letak 1 suduk jem/jelly. Sudukan lagi adunan menutupi jem/jelly sehingga paper cup terisi 2/3 penuh.
7. Bakar pada suhu 175C selama 20-25 minit.

Tembosa ( Karipap Berinti Ikan )


Bahan-bahan

Inti
5-6 ekor ikan selayang - dicuci
1 inci halia - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
1 suduk halba
1 cawan santan pekat
1 biji bawang besar - didadu kecil
sedikit gula dan garam

Cara-cara
1. Ikan hendaklah direbus bersama garam, asam keping dan air atau dibakar. Ambil isinya dan tumbuk lumat.
2. Campur rata isi ikan, bawang merah, halba dan halia. Sangrai sehingga agak kering,
3. Masukkan bawang besar dadu, gula dan garam secukup rasa. Goreng lagi sehingga bawang dadu layu dan inti kering.Angkat dan sejukkan.

Kulit
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan air
1 suduk garam halus

Cara-cara
1. Letak tepung gandum ke dalam mangkuk. Buatkan lubang ditengah-tengahnya.
2. Panaskan minyak masak sehingga panas dan terus tuang ke dalam lubang itu. Cepat-cepat digaul rata minyak dengan tepung dengan menggunakan garfu sehingga bercampur rata.
3. Larutkan garam di dalam air dan tuang sedikit-sedikit ke dalam tepung. Gaul rata sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut. Uli sehingga tidak melekit di tangan.
4. Perapkan doh selama 10-15 minit didalam mangkuk yang bertutup.
5. Keluarkan dan canai nipis di atas permukaan yang ditaburi sedikit tepung. Terap bulat dan isi inti ikan. Lipat dua menutupi inti dan kelim keliling tepinya.
6. Goreng sehingga keemasan dan angkat.

* goreng dengan menggunakan api yang kecil supaya kulit tembosa tidak menggerutu.
* untuk mendapat inti yang lebih muai, boleh ditambah kentang rebus yang telah didadu kecil.

Jeruk Mangga Berkuah Pedas


Bahan-bahan

10 biji mangga muda - dikupas. dibuang biji dan dibelah 4
1/2 bungkus kecil garam kasar
air - secukup untuk merendam kepingan mangga
3 keping gula kerek ( yang sederhana besar )
3/4 cawan gula pasir
3-4 sudub cili kisar
3 cawan air

Cara-cara

1. Cuci bersih kepingan mangga. Toskan airnya.
2. Larutkan garam kasar didalam air. Masukkan kepingan mangga dan pastikan ianya terendam di dalam air bergaram itu. Rendam selama 1-2 hari sehingga bertukar warna menjadi kekuningan.
3. Toskan air garam dan cuci bersih. Tos sehingga agak kering. Letakkan di dalam bekas atau botol.
4. Sementara itu, campur gula kerek, gula pasir, cili kisar dan air di dalam periuk. Didihkan sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
5. Tuang air jeruk ke dalam bekas atau botol berisi mangga. Tutup rapat dan biarkan selama 1-2 hari.
6. Kemudian simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama dan rasanya lebih mesra.

Friday, October 23, 2009

Kaya Ball


Bahan-bahan

1/2 cawan mentega
5 sudub gula kastor
4 biji telur
1/2 suduk esen vanilla
1 2/3 cawan tepung gandum
1 suduk serbuk penaik
secubit garam halus
200 ml susu

Cara-cara

1. Ayak tepung dan serbuk penaik 1-2 kali. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji sehingga bercampur rata dan kembang.
4. Masukkan esen vanilla dan garam halus.
5. Masukkan 1/4 bahagian susu dan 1/4 bahagian tepung ke dalam adunan bersilih ganti dengan diakhiri dengan tepung.
6. Tuang 1 sudu besar adunan ke dalan acuan muffin yang telah digriskan. Letak 1 sudu kecil kaya dan tutup kaya dengan adunan sehingga memenuhi 1/2 acuan muffin sahaja.
7. Bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit.

Roti Burger


Bahan-bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
1 bungkus yis segera
2 sudub gula kastor
1 cawan susu suam
1/2 cawan air suam
1/4 cawan mentega / marjerin
1 1/2 suduk garam halus
1 biji telur - dipukul sedikit
2 3/4 cawan tepung gandum

Cara-cara

1. Campur rata tepung gandum bersama yis segera dan gula didalam mangkuk.
2. Campur rata susu suam, air suam, garam halus dan mentega sehingga mentega larut. Curahkan ke dalam mangkuk berisi tepung. Campur rata sambil diuli.
3. Masukkan telur dan campur rata dan sebati.
4. Masukkan tepung ( dari 2 3/4 cawan ) 1/2 cawan setiap kali sehingga mendapat doh yang tidak melekat ditepi mangkuk dan lembut.
5. Uli doh sehingga menjadi elastik dan lembut.
6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah dioles mentega. Tutup mangkuk dengan kain atau plastik dan perap sehingga doh naik 2X ganda.
7. Tumbuk perlahan-lahan doh dan uli sekejap, masukkan balik ke dalam mangkuk, tutup mangkuk dan rehatkan doh selama 10 minit.
8. Keluarkan doh, bahagikan kepada 12 ketul dan bentukkan berbola.
9. Letakkan diatas tin pembakar bergris dan leperkan bahagian atasnya sedikit.
10. Tutup dengan plastik yang bahagian yang terkena doh telah digriskan. Perap sehingga hampir naik 2X ganda.
11. Oles bebola roti dengan campuran telur dan air.
12. Bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit.

Monday, October 19, 2009

Mihun Goreng Berkacang

Bahan-bahan

1 bungkus mihun - direndam dan ditos
1 sudub minyak masak
1/2 cawan daging cincang
1/2 cawan udang - dikupas kulit
air
3 sudub minyak masak
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5-6 batang cili kering - dikisar
1/4 cawan kacang tanah - digoreng dan dikisar kasar
1 pelepah sawi - dipotong
sedikit kobis - dihiris
1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudub kicap pekat
sedikit cuka
garam , gula

Cara-cara

1. Panaskan 1 sudub minyak dan masukkan daging dan air. Didih sehingga daging empuk. Masukkan udang dan masak sehingga udang empuk. Keluarkan dan ketepikan.
2 Panaskan 3 sudub minyak dan tumis cili kisar bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan kacang tanah kisar. Goreng sebentar.
4. Masukkan sawi, hirisan kobis. Kacau dan masukkan telur. Biarkan sehingga telur masak dan kacau rata.
5. Masukkan kicap, cuka, garam dan gula. Campur rata.
6. Masukkan mihun dan kaup balik sehingga mihun masak.

Mi Tomyam

Bahan-bahan

250 gm mi kuning
2 sudub minyak masak
2 biji bawang besar - dibelah enam setiap satu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 batang serai - dimemar
6-8 biji cili api - dimemar
1 kiub stok ayam
4 cawan air
1 keping paha ayam - dipotong kecil
2-3 helai daun limau purut
2 helai kubis panjang - dihiris
1 biji tomato - dibelah enam
1/2 cawan jus limau nipis
garam , gula

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga bawang layu.
2. Masukkan air, kiub stok ayam dan cili api. Rebus sehingga mendidih.
3. Masukkan kubis panjang, ayam, daun limau purut dan tomato. Didihkan sehingga ayam empuk.
4. Masukkan mi, jus limau, garam dan gula. Masak sehingga mendidih dan rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.

* jus limau boleh dikurangkan atau ditambah mengikut rasa
* boleh ditambah lobak merah atau sayur-sayuran lain mengikut suka.

Ayam Masak Taucu

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dikisar
8 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
3 sudub taucu dikisar
3 sudub minyak masak
2 sudub kicap pekat
2 cawan air
garam , gula
serbuk lada hitam
1-2 biji cili hijau - dipotong dua memanjang

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng rata ayam bersama bahan-bahan yang ditumis tadi.
3. Masukkan kicap dan air. Jerang sehingga mendidih dan ayam empuk.
4. Masukkan sedikit garam, gula dan cili hijau. Didihkan sehingga cili layu sedikit dan angkat.

Tauhu Sumbat

Bahan-bahan

6 keping tauhu
1/2 batang timun - dibuang kulit
1/2 biji sengkuang
1 cawan taugeh - dicelur
1/4 biji nenas

Sos Kacang
10 biji cili kering - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
air asam jawa
gula merah
air
1/2 cawan kacang tanah - digoreng dan dikisar halus

Cara-cara

1. Goreng tauhu sehingga berwarna keemasan. Keluarkan dan tos minyak. Ketepikan dan sejukkan. Setelah sejuk, tauhu dipotong dua secara serong dan berbentuk tiga segi. Buat satu slit ditengah bahagian yang dipotong.
2. Hiris timun dan sengkuang nipis seperti batang mancis. Begitu juga dengan nenas. Ketepikan.
3. Sumbat hirisan timun, sengkuang, nenas dan taugeh dibahagian yang dibuat slit itu. Letakan di dalam piring dan ketepikan.
4. Campur cili kisar, bawang putih kisar, air asam jawa, gula merah, air dan garam di dalam periuk dan jerang sehingga mendidih dan gula larut.
5. Masukkan kacang tanah dan didih sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
6. Hidang tauhu bersama sos kacang.

Sambal Kelapa

Bahan-bahan

1 biji kelapa - diparut bahagian putih sahaja
5 ekor ikan selayang - di goreng atau dibakar dan diambil isinya sahaja
5 batang serai - dihiris nipis
5-6 ulas bawang merah
1 -2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula kerek
garam

Cara-cara

1. Sangrai kelapa sehingga garing dan berwarna kecoklatan seperti membuat kerisik.
2. Tumbuk kelapa sangrai sehingga lumat tetapi tidak sehingga berminyak.
3. Masukkan isi ikan, serai, bawang merah, bawang putih, halia, gula kerek dan garam. Tumbuk kesemuanya sehingga lumat dan bercampur rata.
4. Sangrai semula sehingga kering.

* sambal ini sedap dimakan bersama nasi impit

Ikan Cencaru Sumbat

Bahan-bahan

3-4 ekor ikan cencaru
sedikit garam
3-4 biji cili merah/ 6 biji cili api
6 ulas bawang merah
1/2 suduk serbuk kunyit
garam , gula
1 cawan kelapa parut
jus limau nipis
beberapa tangkai daun kesum - dihiris halus

Cara-cara

1. Ikan disiang dengan membuang ekornya dan dibelah dibahagian belakangnya. Cuci bersih dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Tumbuk cili merah, bawang merah, garam dan serbuk kunyit.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk sebentar (tidak sehingga lumat )
4. Letakkan didalam mangkuk dan masukkan jus limau nipis dan hirisan daun kesum. Campur rata.
5. Sumbatkan ke dalam belahan ikan tadi.
6. Goreng atau bakar ikan dengan dibungkus di dalam daun pisang atau aluminium foil sehingga masak.

Sunday, October 18, 2009

Biskut Dahlia

Bahan-bahan

1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
1/2 suduk esen vanilla
2 biji telur merah
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
manik perhiasan atau lain-lain untuk menghias biskut

Cara-cara
1. Campur rata tepung jagung, tepung kastad dan tepung beras. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga rata dan gula larut.
3. Masukkan esen vanila dan telur merah. Pukul lagi sehingga rata.
4. Masukkan campuran ketiga-tiga tepung tadi. Masukkan 1 cawan tepung gandum dahulu dan uli rata sehingga mendapat adunan yang lembut dan senang ditekan dengan acuan bunga dahlia. Tambah 1/2 cawan tepung sedikit-sedikit jika perlu jika adunan terlalu lembut.
5. Tekan adunan dengan menggunakan acuan ke atas dulang pembakar bergris.
6. Bakar pada suhu 150C selama 12-15 minit.

Serunding Daging

Bahan-bahan

500 gm daging - dihiris nipis
1 biji kelapa - diparut
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
4 batang serai - dikisar
2 inci lengkuas - dikisar
1 inci kunyit - dikisar
2 sudub serbuk kari daging
4 sudub gula pasir
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Sangrai kelapa parut sehingga berwarna keemasan. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan goreng hirisan daging sehingga garing. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan campuran serbuk kari dan air asam jawa dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
5. Masukkan semula daging goreng dan kelapa parut kedalam kuali. Kacau rata dan masak sehingga kering.
6. Masukkan garam dan gula. Kecilkan api dan terus mengacau sehingga daging kering dan lembut dan kelapa berwarna kecoklatan.

Ikan Pindang Serani

Bahan-bahan

3 ekor ikan kembong - disiang dan dicuci
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
5 biji buah keras - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
2 batang serai - 1 dikisar dan 1 lagi dimemar
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji cili hijau - dikerat empat memanjang
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
1 suduk gula pasir
3 sudub minyak masak
garam

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga agak garing dan naik bau.
2. Masukkan air asam jawa, air, garam dan gula. Jerang sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan jerang lagi sehingga ikan hampir masak.
4. Masukkan cili hijau dan bawang besar. Didihkan sehingga bawang, cili dan ikan benar-benar masak.

* cili hijau boleh diganti dengan cili merah atau cili api .

Saturday, October 17, 2009

Kek Buah Kukus

Bahan-bahan

5 biji telur
1 cawan gula halus
1 suduk esen vanilla
1 suduk esen oren
2 2/3 cawan tepung gandum
1 sudub krim tartar
1/2 sudub soda bicarbonate
1 kotak kecil buabuahan campuran
1 cawan mentega
1 cawan gula pasir

Cara-cara
1. Campur rata tepung gandum, krim tartar, soda bikarbonate dan buah-buahan campuran. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula halus sehingga kembang.
3. Masukkan kedua-dua esen. Pukul lagi sehingga rata.
4. Masukkan campuran tepung dan buah-buahan campuran ke dalam adunan telur. Gaul rata.
5. Letak mentega di dalam periuk dan panaskan sehingga cair dan tuang segera ke dalam adunan telur dan tepung.
6. Masakkan gula pasir sehingga menjadi karamel dan tuang segera ke dalam adunan tadi. Gaul rata cepat- cepat supaya karamel tergaul rata dan tidak mengeras sebelum bercampur dengan adunan kek.
7. Letak air yang mencukupi untuk mengukus selama 4-5 jam dan jerang sehingga mendidih.
8. Tuang adunan kek ke dalam tin pembakar dan kukus selama 4 jam.

* jangan buka penutup kukusan sebelum 4 jam.
balut penutup kukusan dengan kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek semasa mengukus.

Nasi Mandy

Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi - dicuci dan direndam 1 jam. Toskan
3 sudub minyak sapi/ majrin
1 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dicincang halus
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2-3 helai daun salam
1 genggam kismis
1 suduk pewarna kuning.
4 1/2 cawan air/ air rebusan ayam
garam halus

Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi atau majrin.Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun salam dan rempah-rempah tumis sehingga layu dan naik bau.
2. Masukkan air/ air rebusan ayam. Jerang sehingga mendidih.
3. Masukkan beras, kismis dan garam. Tanak sehingga nasi hampir kering dan percikkan pewarna kuning keatas nasi.
4. Masak nasi sehingga tanak.

Lauk-lauk

Ayam Panggang

1 ekor ayam - dipotong 2 atau 4
1/2 suduk serbuk ketumbar
1/2 suduk serbuk jintan manis
1/2 suduk serbuk lada hitam
1 suduk serbuk kunyit
1 suduk pelaga - kisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudub minyak masak
garam

Cara-cara

1. Campur rata kesemua bahan dan lumur pada ayam.
2. Alas tin pembakar dengan aluminium foil.Percikkan 1 sudub minyak dipermukaannya.
3. Letakkan kepingan ayam di atas foil. Tutup dengan foil dan bakar pada suhu 200C selama 1 jam di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Sos

2 biji tomato
8 biji cili hijau
2 tangkai daun ketumbar
jus limau nipis
garam, gula

Cara-cara

Kisar kesemua bahan di atas dan rasa asam garamnya secukup rasa.
Hidang bersama daun salad.


Dalca Daging

Bahan-bahan

1kg daging lembu atau kambing - dipotong kecil
3 sudub serbuk ketumbar
1 sudub serbuk jintan manis
1 sudub serbuk jintan putih
1/2 suduk serbuk kunyit
1 suduk serbuk lada hitam
1 sudub cili kisar
2 1/2 cawan air
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 biji terung bulat - dipotong kecil
2 biji mangga muda - dihiris kecil
10 batang kacang panjang - dipotong 1 inci panjang
5 biji kentang - dikupas dan didadu kasar
5 biji tomato - dibelah empat
4 biji cili hijau - dibelah dua
4 biji cili merah - dibelah dua
1 batang lobak merah - didadu kasar
3/4 cawan kacang dal
2 - 3 cawan santan pekat
2 - 3 cawan air
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 suduk biji sawi
2 tangkai daun kari
5 sudub minyak masak

Cara-cara

1. Rendam kacang dal beberapa jam dan rebus sehingga lembut dan pecah-pecah. Ketepikan.
2. Masukkan daging dan kesemua rempah, cili kisar, bawang merah, bawang putih, halia dan 2 1/2 cawan air kedalam periuk. Gaul rata dan rebus sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
3. Masukkan mangga muda,kentang dan kacang dal. Jerang sehingga mendidih dan kentang empuk.
4. Masukkan santan dan air dan jerang sehingga mendidih.
5. Masukkan terung, lobak merah, cili merah dan hijau, kacang panjang dan garam. Masak sehingga lobak merah dan terung empuk. Tutup api dan tutup periuk.
6. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar, bawang putih, halia, biji sawi dan daun kari sehingga layu. Tuang tumisan ini beserta minyaknya ke dalam periuk tadi. Tutup periuk selama 5 minit dan hidangkan.

Gulai Daun Tempoyak

Bahan-bahan

2 ulas bawang merah - ditumbuk halus
15 biji cili api - ditumbuk halus
1 1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk halus
1 genggam ikan bilis
1 biji kelapa - diparut
2 cawan air
1/2 - 1 cawan tempoyak
3 helai daun kunyit - dicuci dan dihiris halus
1 cekak pucuk ubi - dicuci dan dihiris halus
1 cekak pucuk kaduk - dicuci dan dihiris halus
1 cekak pucuk labu - dicuci dan dihiris halus
2 batang serai - dihiris nipis
sedikit garam halus dan gula

Cara-cara

1. Kelapa parut dan air dicampur bagi mendapatkan lebih kurang 2 cawan santan pekat.
2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali garam dan gula ke dalam periuk.
3. Tuang santan ke dalam periuk sehingga menutupi semua bahan-bahan di dalam periuk. Tambah santan jika tidak mencukupi.
4. Jerang periuk di atas api dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak. Masak sehingga kuahnya pekat.
5. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.

Saturday, October 3, 2009

Pes Kacang Merah



Bahan-bahan

300gm kacang merah
2 helai daun pandan - disiat-siat dan disimpul
8 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 cawan + 3 sudub gula pasir
secubit garam halus
1 suduk esen vanilla

Cara-cara

1. Rendam kacang merah selama beberapa jam atau semalaman. Toskan airnya.
2. Masukkan kacang merah, daun pandan dan 8 cawan air ke dalam periuk. Rebus sehingga kacang lembut dan kering airnya. Sejukkan sebentar dan keluarkan daun pandan.
3. Kisar kacang sehingga halus. Jika terlalu kering, masukkan air panas ketika mengisarnya.
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tuang pes kacang dan gula pasir ke dalam minyak panas. Masak sehingga pes menjadi pekat dan meletup-letup.
5 Masukkan esen vanilla. Tutup api dan sejukkan.

* Adunan pes perlu dikacau selalu semasa memasaknya supaya tidak hangit dan berkerak.
* satu cara lagi memasaknya ialah dengan memasukkan pes yang dikisar ke dalam kuali dan jerang sehingga kering airnya baru dimasukkan minyak dan gula.

Serunding Kelapa

Bahan-bahan

2 cawan kelapa parut - dibuang kulit ari
1 cawan air
4 suduk asam jawa
2 sudub gula pasir
2 suduk garam halus
4 helai daun limau purut - dihiris atau disiat-siat
2 sudub serbuk kari daging
6-8 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar

Cara-cara

1. Campur asam jawa dan air untuk mendapatkan jus asam jawa.
2. Masukkannya dan kesemua bahan-bahan lain ke dalam kuali. Campur rata.
3. Sangrai kesemuannya sambil dibalik-balikkan sehingga kelapa parut kering dan berderai.
4. Angkat dan hidang sebagai hidangan lontong.

Wednesday, September 30, 2009

Puding Roti Berisi Pisang

Bahan-bahan

8 keping roti - dibuang kulit tepinya.
3-4 biji pisang masak - dibuang kulit dan dihiris membulat
1/2 cawan kismis
200ml susu segar
2 biji telur
3 sudub gula pasir
sedikit majerin

Cara-cara

1. Oles kedua-dua permukaan kepingan roti dengan majerin. Siat-siatkan atau potong kepada kepingan-kepingan kecil. Masukkan ke dalam tin pembakar yang telah digriskan terlebih dahulu.
2. Aturkan kepingan pisang diatas kepingan roti.
3. Tabur rata kismis di atasnya.
4. Pukul telur sebentar di dalam sebuah mangkuk dan masukkan susu segar dan gula. Pukul lagi sehingga bercampur rata.
5. Tuang rata campuran telur ke atas lapisan roti, pisang dan kismis. Biarkan sebentar sehingga susu diserap oleh roti.
6. Tutup tin pembakar dengan foil aluminium.
7. Bakar puding roti pada kepanasan 200C selama 20 minit. Keluarkan foil dan terus membakar 10 minit lagi.

* tambah susu jika masih terdapat roti tidak diserapi susu tetapi jangan terlalu banyak kerana akan menyebabkan puding terlalu basah.
*pisang boleh diganti dengan lain-lain buah atau isian seperti nangka, nenas, epal, kelapa muda,chocolate rice dan lain-lain.

Wednesday, September 9, 2009

Pengat Pisang

Bahan-bahan

3 biji pisang raja atau 1 biji pisang tanduk
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
2 keping gula kerek
1/4 cawan gula pasir / ikut suka
1 sudub sagu biji - dicuci dan ditos
2 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul

Cara-cara

1. Kupas kulit pisang dan hiris membulat setebal 1/2 inci.
2. Masukkan santan cair ke dalam sebuah periuk. Didihkan bersama daun pandan dan gula kerek. Jerang sehingga gula kerek larut.
3. Masukkan pisang dan gula pasir. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Jerang sehingga pisang masak.
4. Masukkan santan pekat dan sagu biji. Didih sehingga sagu masak.
5. Angkat dan sejukkan.

* gula kerek boleh diganti dengan gula merah.

Nasi Qabli Afghanistan

Bahan-bahan

2 cawan beras - dicuci dan ditos
1/2 cawan minyak masak
1 biji bawang besar - dihiris
1/4 - 1/2 kg daging lembu atau kambing - dipotong kecil
1 suduk garam halus
2 ulas bawang putih - dikisar
1 suduk serbuk lada hitam
1/2 cawan pes tomato
2 batang lobak merah - dihiris nipis
1/3 - 2/3 cawan kismis
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis
1/2 suduk serbuk jintan putih
1 suduk gula pasir
Air

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan daging dan goreng sehingga bertukar warna.
3. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan pes tomato.
4. Masukkan air dan rebus sehingga mendidih dan daging empuk.
5. Masukkan beras dan air ( jika perlu ) dan masak sehingga nasi tanak.
6. Sementara itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan lobak merah sehingga lembut dan empuk. Masukkan kismis, serbuk kulit kayu manis, jintan putih dan gula.
7. Bahagi dua kedua-dua campuran nasi-daging dan kismis-lobak merah. Ketepikan.
8. Ambil periuk nasi elektrik. Masukkan separuh dari campuran nasi -daging ke dalamnya. Letakkan di atas lapisan nasi-daging selapis campuran kismis-lobak merah. Tutup lapisan kismis-lobak merah dengan separuh lagi campuran nasi-daging. Lapiskan pula dengan lebihan campuran kismis-lobak merah di atasnya. Tutup periuk nasi dan masak semula sehingga mesra dan masak.
9. Kaup balik nasi dan hidangkan. Tabur diatasnya dengan bawang goreng jika suka semasa menghidang.

* banyak air seperti memasak nasi biasa dengan mengambil kira kuah daging.

Bingka Jagung


Bahan-bahan

1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula pasir
1 sudub majerin - dicairkan
1 tin jagung berkrim
secubit garam halus
sedikit minyak - untuk menggris tin pembakar

Cara-cara

1. Panaskan oven ke suhu 180C. Masukkan tin pembakar dan panaskan sambil membancuh adunan bingka.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali jagung berkrim ke dalam pengisar. Kisar sehingga rata.
3. Masukkan separuh dari jagung berkrim ke dalam pengisar tadi. Kisar sehingga halus.
4. Tuang ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan lebihan jagung berkrim. Kacau rata.
5. Tuang adunan ke dalan tin pembakar.
6. Bakar selama kira-kira 1 jam. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Wednesday, September 2, 2009

Roti Canai


Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
1 1/2 suduk garam halus
1 - 1 1/2 sudub gula pasir
1 biji telur - dipukul
1 sudub susu segar
1 cawan air suam
3-4 sudub minyak sapi atau majerin
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Campur rata di dalam mangkuk, tepung gandum, garam halus dan gula pasir.
2. Campur rata telur dan susu segar di dalam mangkuk lain.
3. Tuang campuran telur dan susu segar ke dalam campuran tepung. Kacau rata.
4. Tuang air suam sedikit-sedikit sehingga menjadi doh. Uli sehingga mendapat doh yang lembut.
5. Masukkan 1/2 sudu besar minyak sapi atau majerin ke dalam doh sambil diuli sehingga sebati.
6. Griskan sebuah mangkuk dengan minyak sapi atau majerin dan golek-golekkan doh di dalam mangkuk itu supaya permukaan doh bersalut minyak sapi atau mentega. Tutup mangkuk dan perap selama 30 minit.
7. Uli semula doh sambil dimasukkan 3 sudu besar minyak sapi atau mentega. Uli sehingga sebati juga.
8. Bahagikan doh kepada 10 - 12 bahagian. Bulat-bulatkan dan susun di dalam bekas. Oles permukaan ketulan doh dengan sedikit minyak sapi atau majerin. Tutup bekas tersebut dengan plastik atau kain.
9. Perap sekurang-kurangnya 3 jam pada suhu bilik atau semalaman di dalam peti sejuk.
10. Ambil seketul doh dan canai atau tebar senipis mungkin di atas permukaan yang telah diletakkan minyak / digriskan. Renjiskan sedikit minyak di tengah doh yang ditebar. Pegang kedua-dua tepi doh yang lebih panjang dan lipat dari kedua belah tepi itu ketengah berombak-ombak.
11. Pusar-pusarkan doh dari kedua belah hujung kiri dan kanan menghala ketengah sehingga pusaran disebelah kiri dan sebelah kanan bertemu. Angkat pusaran kiri dan letakkan pusaran itu ke atas pusaran kanan atau sebaliknya. Leperkan sedikit. Ketepikan, ulang cara sama bagi doh-doh lain dan buat sehingga habis. Perap kira-kira 10 minit.
12. Panaskan kuali. Oles di dalam kuali sedikit minyak/ minyak sapi/ majerin.
13. Ambil seketul doh yang dipusar tadi. Leperkan agak nipis dengan tapak tangan. Letakkan ke dalam kuali panas.
14. Goreng dengan api sederhana besar sambil dibalik-balikkan dan direnjis dengan minyak hingga keemasan atau garing.
15. Keluarkan dari kuali, letak di atas dulang dan tepuk-tepukkan tepinya dengan kedua-dua belah tangan supaya roti canai menjadi 'flaky'.
16. Hidangkan dengan kuah dal / kari ayam atau daging.

* amaun gula pasir dan susu segar di dalam resepi boleh di ganti dengan 3-4 sudu besar susu pekat manis.
* jika mahu lebih lembut, masukkan sedikit (1/2 sudu kecil serbuk penaik ) ke dalam tepung dan ayak bersama.
* doh yang sama boleh digunakan untuk membuat kulit murtabak tetapi doh hendaklah diperap di dalam minyak sebelum ia dicanai atau ditebar dan diletak inti murtabak.

Pisang Tanduk Goreng Garing


Bahan - bahan

2 biji pisang tanduk - dikupas dan dihiris sederhana tebal
minyak untuk menggoreng

batter salutan

1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 sudub tepung beras
1/2 suduk serbuk penaik
garam halus
1/4 suduk serbuk kunyit
180ml air suam
1 1/2 sudub minyak masak
1 suduk air kapur sirih

Cara-cara

1. Ayak bersama tepung naik sendiri, tepung jagung, tepung beras dan serbuk penaik.
2. Campur rata garam, serbuk kunyit dan air. Tuang ke dalam campuran tepung dan kacau rata.
3. Masukkan minyak masak dan air kapur.
4. Kacau rata dan perap sekurang-kurangnya 10 minit.
5. Pisang dikupas dan dihiris serong sederhana tebal.
6. Panaskan minyak.
7. Salutkan pisang dengan batter salutan dan goreng sehingga berwarna keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan dan tabur gula ke atasnya.

Tuesday, September 1, 2009

Koay Teow Goreng

Bahan - bahan

1 bungkus kecil koay teow - dikerat kecil
1/2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sudub cili kisar
1/2 cawan daging atau ayam cincang
3 - 4 sudub kicap pekat
1 sudub sos tomato
1/2 sudub serbuk lada hitam
1 pokok sawi - dikerat pendek batang dan daunnya
1/2 cawan hirisan kobis putih
1/2 cawan tauge - dibuang ekor
sedikit daun kucai
garam, gula
1 biji telur
2 sudub minyak masak

Cara - cara

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis cili kisar sehingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan daging atau ayam. Renih sehingga daging atau ayam empuk.
4. Masukkan sos tomato, kicap pekat, serbuk lada hitam, secubit garam sahaja dan sedikit gula. Kacau rata.
5. Masukkan keratan batang sawi, kobis putih dan renih sehingga kedua-duanya empuk.
6. Masukkan koay teow dan kacau rata dengan bahan-bahan di dalam kuali. Goreng hingga koay teow masak.
7. Buatkan lubang ditengah-tengah koay teow, tuang sedikit minyak dilubang itu dan pecahkan telur. Biarkan seketika sehingga telur memekat, carik- carik kasar telur dengan garfu dan kacau rata dengan kuay teow.
8. Tabur daun sawi, daun kucai dan taugeh di permukaan kuay teow dan kacau rata. Goreng sehingga taugeh dan daun sawi masak.
9. Tutup api dan hidangkan.

* kicap pekat boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
* hanya secubit garam sahaja digunakan untuk membangkitkan rasa masin kicap.

Tomyam Ayam

Bahan - bahan

1 paket kecil pes tomyam
3 - 4 cawan air
1 keping dada ayam - dipotong kecil
2 - 3 batang serai - dimemar
5 - 6 biji cili api - dimemar
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dimemar
1 - 2 biji buah tomato - dipotong baji
sedikit bunga kobis
2 helai kobis panjang - dihiris
1/2 batang lobak merah - dihiris
2 - 3 biji limau nipis - diambil jus
3 helai daun limau purut - disiat-siat
gula, garam
daun sadri

Cara - cara

1. Masukkan air ke dalam sebuah periuk. Jerang sehingga mendidih dan masukkan ayam. Jerang lagi sehingga mendidih
2. Masukkan pes tomyam, lobak merah, bunga kobis, kobis panjang, serai, cili api, bawang besar, bawang putih dan daun limau purut. Jerang sehingga lobak dan bunga kobis empuk.
3. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa. Rasa masamnya dan tambah jus limau nipis mengikut citarasa sendiri. Didihkan sebentar dan tabur daun sadri.

* boleh masukkan apa-apa sayuran mengikut citarasa sendiri seperti cendawan butang, kobis putih dan lain-lain.

Mihun Goreng

Bahan - bahan

1 bungkus bihun kering - direndam dan ditos
5 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
3 sudub cili kisar
1/2 cawan daging / ayam cincang
3 keping fishcake - dihiris
3 sudub sos tomato
3 sudub sos cili
gula, garam
1 batang lobak merah - dihiris atau diparut kasar
2 pokok sawi - dipotong pendek-pendek daun dan batangnya
1 cawan taugeh - dibuang ekor
3 sudub minyak masak

Cara - cara

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis cili kisar hingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan bahan - bahan kisar. Goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan daging atau ayam cincang. Masak sehingga daging atau ayam empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, fishcake, gula dan garam.
5. Masukkan lobak merah dan batang sawi dan masak sehingga lobak lembut.
6. Masukkan mihun. Kacau rata dengan bahan - bahan di dalam kuali. Kecilkan api dan tutup kuali sehingga mihun lembut.
7. Masukkan daun sawi dan taugeh. Kacau rata dan tutup api.

Nasi Ayam

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dipotong empat dan dicuci
8 cawan air

Untuk nasi
3 sudub majerin / mentega
3 biji bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
1 inci halia - ditumbuk
3 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 suduk serbuk kunyit
4 cawan beras - dicuci dan ditos
2 suduk garam halus

Untuk dilumur pada ayam
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 sudub madu
4 sudub kicap pekat
1 suduk gula pasir
secubit garam halus

Untuk sup
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 - 1 inci halia - ditumbuk
1 punjut sup bunjut
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
garam, gula
daun bawang dan daun sadri
bawang goreng

Cara - cara

1. Ayam direbus bersama 8 - 9 cawan air sehingga mendidih dan ayam separuh empuk.
2. Keluarkan ayam dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar.
3. Campur rata semua bahan untuk perapan / lumuran ayam dan lumur rata kepada ayam tadi. Ketepikan.
4. Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
5. Panaskan mentega dan tumis rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan daun pandan, bahan - bahan tumbuk dan serbuk kunyit. Tumis hingga agak garing dan tuang ke dalam periuk nasi.
6. Masukkan air rebusan mengikut sukatan memasak nasi biasa.
7. Masukkan garam dan tanak sehingga nasi masak.
8. Panaskan 1 - 2 sudu besar minyak dan tumis rempah tumis dan bahan - bahan yang ditumbuk untuk sup sehingga agak garing. Tuangkan ke dalam air rebusan ayam. Masukkan punjut sup bunjut dan jerang sehingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Tabur bawang goreng dan daun sadri dan daun bawang ketika menghidang.
9. Panaskan minyak di dalam kuali. Keluarkan ayam dari perapan dan goreng secara ' deep-fry ' sehingga agak garing. Keluarkan dan tos minyak. Sejukkan dan hiris memanjang untuk dihidang

Sos cili
7 biji cili merah - dibuang biji
1 - 2 ulas bawang putih
3 - 4 sudub gula pasir / ikut rasa
air masak sejuk
2 sudub cuka /ikut rasa
garam

1. Masukkan cili merah, bawang putih, gula dan dan garam ke dalam pengisar.
2. Tambah air masak sejuk setakat separas lada dan kisar sehingga lumat.
3. Tuang ke dalam sebuah mangkuk dan tambah cuka. Rasa masam, masin dan manisnya dan sesuaikan dengan citarasa sendiri. Tambah air masak, jika perlu, untuk menentukan kepekatannya

* boleh juga ditambah sos cili ke dalam sos ini.

Bahan iringan
1 - 2 pelepah daun salad
1 - 2 biji timun - dihiris
2 - 3 biji buah tomato - dihiris

* lebihan perapan ayam ditambah sedikit sup dan dijadikan sos kicap sebagai bahan iringan.

Monday, August 31, 2009

Belebat Ubi Keledek


Bahan - bahan

1 ketul ubi keledek kuning - dikupas dan di dadu
2 cawan tepung beras
1 biji kelapa - diambil 1 cawan pati santan
1/4 cawan gula merah
2 - 3 sudub gula pasir
sedikit air
secubit garam halus
daun pisang - diporonh empat persegi dan dilayur sebentar

Cara - cara

1. Ubi keledek direbus sehingga setengah masak. Sejukkan dan ketepikan.
2. Satukan gula merah, gula pasir dan air di dalam periuk lain. Jerang hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan.
3. Campur rata tepung beras, pati santan, air gula merah dan garam di dalam sebuah bekas. Kacau rata dan tapiskan ke dalam sebuah kuali. Jerang dan kacau sehingga pekat.
4. Masukkan keledek dan kacau rata. Sejukkan sebentar.
5. Ambil sehelai daun pisang dan letakkan 2 - 3 sudu besar adunan belebat tadi di tengah-tengahnya. Bungkus adunan itu kemas - kemas.
6. Atur di dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus sehingga masak / kira - kira 40 minit.

Mi Kuah

Bahan - bahan

1 cawan daging lembu cincang.
5 - 6 cawan air
1/2 cawan udang basah - direbus dengan kepala dan ekornya.
- Dikopek kepala dan ekor dan simpan air rebusannya.
4 sudub cili kisar
2 sudub tepung ubi
2 sudub air asam jawa.
1/2 cawan air

1 biji kentang - direbus dan dilecek halus
1/2 cawan kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar halus
garam dan gula
4 biji telur ayam - direbus keras
6 biji cili merah - dihiris
2 biji limau nipis -dipotong kecil
4 keping tauhu - dogoreng dan dihiris
10 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng
8 batang daun bawang - dipotong pendek
1 paket / 300gm mi kuning - dicelur
1 cawan tauge - dibuang ekor dan dicelur

Cara - cara

1. Campur rata tepung ubi dengan air rebusan udang. Ketepikan.
2. Campur asam jawa dengan 1/2 cawan air bagi mendapatkan air asam jawa. Ketepikan.
3. Rebus daging cincang dengan air sehingga mendidih dan daging separuh masak.
4. Masukkan campuran tepung ubi tadi, cili kisar, air asam jawa, garam dan gula.
Jerang sehingga mendidih dan kacau supaya tidak bergentel.
5. Masukkan kentang rebus lecek dan kacang tanah kisar. Jerang sehingga mendidih dan sederhana pekat.
6. Rasa gula dan garamnya dan angkat.

cara menhidang

Letakkan mi kuning di dalam pinggan. Susun tauge, tauhu goreng dan telur rebus di atas mi kuning. Tuang kuah ke atasnya dan tabur bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang. Letakkan sejuring limau nipis.

* boleh ditambah sawi putih ke dalam kuah semasa menjerangnya.

Acar Sarawak

Bahan - bahan

2 biji timun - dipotong 1 inci panjang dan dihiris sederhana kasar memanjang
1 biji lobak merah - dipotong 1 inci panjang dan dihiris sederhana kasar memanjang
2 biji cili merah - dipotong memanjang dan dihiris halus
2 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia muda - dihiris halus
1/2 cawan udang kering - direndam dan ditumbuk halus
1 cawan kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar
4 sudub bijan - disangrai
5 sudub gula pasir
2 suduk garam
1 cawan cuka
sedikit lobak masin

Cara - cara

1. Campur rata cuka, gula pasir dan garam di dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan semua bahan - bahan lain. Campur rata dan rasa gula dan garamnya secukup rasa.

Ayam Masak Padang

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil
2 sudub minyak masak
3 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
4 batang serai - dikisar
4 inci lengkuas - dikisar
5 - 6 batang cili kering - direndam dengan air panas dan dikisar
1 suduk serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - disiat
1 1/2 biji kelapa - ambil 2 cawan santan pekat
- ambil 3 cawan santan cair
1 - 2 keping asam keping
garam

Cara - cara

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan bahan - bahan kisar lain dan serbuk kunyit. Tumis sehingga terbit minyak.
3. Masukkan santan cair. Jerang sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan jerang sehingga mendidih sambil di kacau sekali sekala.
5. Masukkan santan pekat, daun kunyit dan asam keping. Masak sehingga sedikit pekat dan ayam empuk.
6. Masukkan garam secukup rasa. Didihkan sebentar dan angkat.

Telur masak Sambal


Bahan - bahan

4 biji telur ayam - direbus keras dan dikupas kulit
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
4 - 5 sudub cili kisar
1 suduk bumbung asam jawa
1/2 cawan air
1 sudub gula pasir
sedikit garam
3 sudub minyak masak

Cara - cara
1. Campur asam jawa dan air bagi mendapatkan air asam jawa. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing dan terbit minyak.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih cincang, air asam jawa, gula dan garam. Tumis sehingga terbit minyak dan hampir garing.
4. Masukkan telur rebus. Balik - balikkan sebentar dan angkat.

* telur boleh diganti dengan ikan yang telah dilumur dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng terlebih dahulu.

Nekbat


Resepi - resepi ini diambil dari internet bagi sesiapa yang ingin mencuba untuk membuat nekbat sendiri , termasuk saya juga. Kuih tradisional Terengganu ini banyak dijual hanya pada bulan Ramadhan.

Resepi 1 (saji online )

Bahan - bahan

1 bungkus tepung beras - disangrai dan disejukkan
12 biji telur

Cara - cara

1. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih.
2. Panaskan acuan bahulu. Oleskan dengan sedikit minyak.
3. Tabur tepung beras ke dalam adunan telur perlahan - lahan sehingga menjadi pekat. Kacau rata.
4. Tuang ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan dari acuan. Sejukkan.

Sira gula

2 cawan air
10 sudub gula pasir
1 - 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat

cara - cara.

1. Masukkan air , gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang kerana menyerap air gula.
4. Angkat dan sejukkan

Resepi 2 ( Puan Sri )

Bahan - bahan

3 biji telur
3 sudub beras - disangrai, dikisar dan diayak
2 sudub tepung gandum

Cara - cara

1. Telur dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan kedua - dua tepung sedikit - sedikit ke dalam telur.
3. Panaskan acuan. Oles dengan minyak.
4. Tuang adunan dan bakar sehingga kekuningan. Angkat

Sira gula
300 gm gula pasir
3 cawan air
10 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
beberapa biji kuih nekbat

Cara - cara

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan nekbat. Didih sehingga nekbat mengembang dengan air gula.
4. Tutup api dan angkat. Sejukkan

* Nekbat boleh di bakar di dalam oven bersuhu 190C dengan kepanasan api atas dan bawah.


Pulut Lepa / Panggang


Bahan - bahan

5oogm beras pulut - direndam semalaman atau sekurang - kurangnya 3 jam
1/2 biji kelapa - ambil 1 1/2 cawan santan
sedikit garam halus

untuk inti

600gm ikan selayang
1/2 suduk garam
2 keping asam keping
sedikit air
2 cawan santan pekat
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
1/2 suduk halba
sedikit serbuk lada hitam
sedikit gula dan garam
daun pisang - dikerat persegi dan dilayur
beberapa batang lidi - dipotong pendek 1 1/2 inci

Cara - cara

1. Rebus ikan bersama 1/2 sudu kecil garam, asam keping dan sedikit air sehingga ikan masak.
Sejukkan sebentar dan ambil isi ikan. Kisar bersama santan pekat dan bawang besar.
2. Tuang ke dalam kuali. Masukkan bawang merah, halia dan halba.
3. Jerang sehingga mendidih dan hampir kering.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering. Sejukkan
5. Tos beras pulut.
6. Kukus beras pulut selama 30 minit.
7. Tuang pulut ke dalam bekas dan masukkan santan yang sudah dicampur garam sedikit - sedikit ke dalamnya sambil di arung rata.
8 Kukus pulut semula sehingga masak. Angkat dan sejukkan sebentar.
9. Ambil sehelai daun pisang. Letak ke atasnya 2 - 3 sudu besar pulut. Leperkan dan letak inti ikan.
10. Balut inti dengan pulut dan balut dengan daun pisang kemas - kemas. Semat kedua - dua hujung balutan daun pisang dengan lidi.
11. Panggang sebentar di atas bara api. Angkat.

Serawa Durian Dan Roti Jala


Bahan - bahan

1 cawan isi durian
1 cawan pati santan
2 - 2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul
secubit garam halus

Cara - cara

1. Kisar isi durian bersama 1 cawan air. Tuang ke dalam sebuah periuk.
2. Masukkan kedalam periuk juga pati santan, lebihan air, gula pasir dan daun pandan.
3. Jerangkan di atas api sederhana besar sehingga mendidih dan gula larut. Perlahankan api dan didih sebentar.
4. Masukkan secubit garam bagi membangkitkan rasa lemak santan.
5. Tutup api dan angkat .

* sedap dimakan dengan roti sandwich, roti jala atau pulut

Roti Jala TJ

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam halus
air
sedikit pewarna kuning

cara - cara

1. Masukkan tepung gandum, telur dan garam halus ke dalam pengisar.
2. Masukkan air dan pewarna kuning dan kisar kesemuanya sehingga berbuih - buih.
3. Tuang ke dalam sebuah mangkuk dan tambah lebih air ( jika perlu ) untuk mendapatkan kecairan yang sesuai. Perap 30 minit.
4. Panaskan kuali leper. Oles permukaan kuali dengan sedikit minyak dengan mengguna daun pandan yang telah disiat memanjang dan diikat.
5. Tuang adunan roti jala dengan menggunakan acuan roti jala. Masak sehingga permukaannya kering.
6. Lipat empat dan keluarkan dari kuali.


Sunday, August 30, 2009

Kerabu Perut

Bahan - bahan

250gm perut lembu - direbus sehingga empuk.
6 - 7 urat kacang panjang - dipotong pendek dan dicelur sekejap
2 ekor ikan kembong - dibakar dan ditumbuk halus
5 ulas bawang merah
20 biji lada hitam
1 biji limau nipis - diambil jusnya
1 ikat daun kesom - dihiris halus
1/2 biji kelapa - dibuat kerisik
1 biji kelapa - diambil 1 1/2 cawan santan pekat
garam

Hiasan
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 biji cili merah - hiris nipis

Cara - cara

1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat.
2. Perut rebus di hiris kecil.
3. Campur rata bahan tumbuk, perut, daun kesom, kacang panjang, ikan dan kerisik didalam mangkuk.
4. Tuang santan dan garam. Campur sebati dan masukkan jus limau nipis. Ratakan dan rasa sama ada cukup asam dan garamnya.
5. Tabur bawang dan cili hiris ketika menghidang.

* cuci perut dengan garam dan air limau nipis / asam jawa sebelum digunakan untuk memasak.

Kari Dal

Bahan - bahan

1 cawan kacang dal - dicuci dan direndam.
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
1/2 suduk serbuk kunyit
2 cawan air
2 biji buah tomato - didadu
3 - 4 batang cili kering - dipotong pendek
1/2 suduk biji sawi
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar - dihiris
4 sudub minyak
garam dan sedikit gula

Cara - cara

1. Masukkan kacang dal, air, bawang putih, halia dan serbuk kunyit di dalam sebuah periuk. Jerang sehingga kacang dal lembut dan pecah - pecah. Tambah air jika kering.
2. Di kuali, panaskan minyak dan tumis cili kering, biji sawi, daun kari dan jintan putih sehingga jintan dan biji sawi meletup - letup.
3. Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang kekuningan.
4. Masukkan tomato. Goreng beberapa minit dan curahkan kedalam periuk yang berisi dal tadi.
5. Tambah garam dan sedikit gula.
6. Tutup periuk dan didih perlahan selama 5 minit.

* boleh ditambah ubi kentang dan lobak merah.
*cili kering boleh di ganti dengan cili merah/ cili hijau.

Saturday, August 29, 2009

Kari Daging Cili Hijau


Bahan - bahan

500gm daging lembu - dicuci dan dihiris.
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
6 tangkai daun kari - ambil daun sahaja
3 biji lada hijau
3 sudub bumbung serbuk kari daging
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 - 3 sudub sos tomato
1/2 cawan pati santan
air
3 sudub minyak masak
garam dan gula

Cara - cara

1. Kisar bersama bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan lada hijau. Campurkan dengan serbuk kari daging.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis rempah penumis - kulit kayu manis, pelaga dan cengkih sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan - bahan yang dikisar dan serbuk kari. Tumisnya sehingga garing dan terbit minyak.
4. Masukkan daging. Jerang sambil dikacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
5. Tambah pati santan dan 2 cawan air. Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Tambah air jika kuah sudah kering tetapi daging masih belum empuk.
6. Masukkan sos tomato, garam dan sedikit gula secukup rasa. Didih sehingga terbit minyak dan angkat.

Friday, August 28, 2009

Beriani Ayam Goreng

Bahan - bahan

1/2 ekor ayam - dicuci, dikerat empat
1 sudub cili kisar
1/2 sudub serbuk kunyit
1/2 sudub serbuk ketumbar
1/2 sudub serbuk jintan putih

2 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
4 biji buah keras - dikisar
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang

2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air
6 sudub minyak sapi atau minyak masak

Cara - cara

1. Lumur ayam dengan cili kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Perap sekejap.
2. Panaskan 6 sudu besar minyak dan masukkan ayam beserta rempah perapan. Goreng sehingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan.

3. Ambil 3 sudu besar minyak lebihan gorengan ayam tadi dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang.
4. Masukkan bahan- bahan yang dikisar halus. Tumis sehingga garing.
5. Masukkan beras. Gorengkan sebentar.
6. Masukkan air dan jerang sehingga nasi kering airnya.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi beserta rempah - rempahnya. Kacau dan tutup periuk.
8. Tanak sehingga nasi masak.

Lompat Tikam


Bahan - bahan

Bahagian bawah

1 1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
4 helai daun pandan
1 cawan air
1 sudub air kapur makan

Bahagian atas

1/2 cawan tepung beras
1 cawan pati santan
1 cawan air
secubit garam

Air gula

2 keping gula kerek
4 sudub gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul

Cara - cara

1. Kisar daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis air pandan ke dalam periuk.
2. Masukkan 1 1/2 cawan tepung beras dan air kapur ke dalam periuk itu. Kacau rata supaya tidak bergentel.
3. Masak di atas api sederhana besar. Kacau sentiasa sehingga adunan ini pekat, berkilat dan meletup - letup.
4. Tuangkan ke dalam bekas dan ratakan.
5. Campur rata pula 1/2 cawan tepung beras, pati santan, air dan garam di dalam sebuah periuk. Kacau rata supaya tidak bergentel.
6. Masak adunan ini , sambil sentiasa di kacau, sehingga pekat, berkilat dan meletup - letup juga.
7. Tuangkan ke atas adunan bawah tadi. Ratakan dan sejukkan
8. Campur gula kerek, gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk. Didihkan sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
9. Hidangkan kuih dengan air gula.

Kaya

Bahan - bahan

1 biji kelapa - diambil 4 cawan santan
3 biji telur - dipukul sedikit
1 3/4 cawan gula pasir
1 sudub tepung jagung
2 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul
2 sudub gula pasir
sedikit air panas

Cara - cara

1. Masukkan 2 sudu besar gula pasir ke dalam periuk. Didihkan hingga menjadi karamel. Masukkan beberapa sudu besar air panas. Kacau rata supaya karamel tidak membeku.
2. Masukkan santan, telur, tepung jagung dan daun pandan.
3. Jerang sehingga pekat sambil sentiasa di kacau supaya tidak hangus di bahagian bawah.
4. Angkat dan keluarkan daun pandan. Sejukkan,
5. Tuang ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.

Thursday, August 27, 2009

Ayam Masak Merah

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dicuci dan dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
1/2 bungkus kecil serbuk kari daging
sedikit bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
5 tangkai cili kering - dibuang biji, potong kecil, direndam dan dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji buah tomato masak ranum - dikisar
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudub cuka
1/2 biji kelapa - diambil santan pekat.
garam dan sedikit gula

Cara - cara

1. Serbuk kunyit dan garam dilumur pada ayam. Perap selama 30 minit dan goreng sehingga separuh masak. Keluarkan dan ketepikan.
2. Panaskan periuk dan masukkan 3 - 4 sudu besar minyak lebihan menggoreng ayam tadi. Tumis rempah penumis dan bawang - bawang yang dihiris. Goreng sehingga layu.
3. Masukkan bawang - bawang dan halia yang dikisar serta serbuk kari. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
5. Masukkan buah tomato kisar, sos tomato, sos cili dan cuka. Didihkan sehingga terbit minyak.
6. Masukkan ayam dan kacau sebati.
7. Tuang santan pekat secukupnya. Jerang dengan api perlahan sehingga terbit minyak dan pekat.
8. Tambah garam secukup rasa dan jika suka sedikit gula. Didihkan sebentar dan angkat.

Kek Cokelat Ina

Bahan - bahan

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air
1/4 cawan gula
1/2 cawan mentega
1 cawan + 2 sudub gula aising
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 suduk emulco cokelat

Cara - cara

1. Masukkan serbuk koko, air dan gula pasir ke dalam periuk. Campur rata dan didihkan hingga mendidih dan pekat di atas api yang kecil. Tutupkan api dan sejukkan.
2. Pukul gula aising dan mentega sehingga pucat dan kembang.
3. Masukkan telur satu persatu sehingga rata.
4. Masukkan adunan koko yang di masak tadi. Kacau rata.
5. Masukkan emulco cokelat. Kacau rata juga.
6. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balik.
7. Tuang adunan kek ke dalam tin pembakar yang telah di griskan dan di taburi tepung.
8. Bakar di dalam oven bersuhu 175C .

Pancake TJ

Bahan - bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudub gula pasir
2 suduk serbuk penaik
3/4 suduk garam halus
1 1/3 cawan susu segar
3 sudub minyak masak/ mentega cair
1 biji telur - dipukul kembang sedikit
mentega

Cara - cara

1. Campur rata tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik dan garam halus di dalam mangkuk.
2. Campur rata susu segar, minyak atau mentega cair dan telur di dalam mangkuk lain.
3. Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. Kacau rata setakat untuk membasahkan bahan - bahan kering.
4. Oles permukaan kuali leper dengan mentega.
5. Tuangkan satu senduk kecil adunan pancake. Masak sehingga permukaannya berbuih dan tepinya kelihatan kering.
6. Terbalikkan dan masak sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan.
7. Keluarkan dan hidang bersama kaya, madu, jem atau dioles dengan mentega.

Pie Epal

Bahan - bahan

Kulit pastry

2 cawan tepung gandum
1 suduk garam halus
3/4 cawan majerin - disejukkan.
5 - 6 sudub air ais

Isian

4 biji epal hijau - dikupas kulitnya dan dihiris sederhana nipis.
2 suduk jus limau nipis
2 sudub tepung jagung
1/4 suduk garam halus
1/2 cawan gula pasir
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis

Cara - cara

1. Sejukkan tepung gandum di dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan dan taburkan garam halus ke dalamnya. Campur rata dengan menggunakan garfu.
2. Campur rata majerin ke dalam tepung sehingga berupa seperti serbuk roti.
3. Percikkan air ais sedikit - sedikit sambil di gaul perlahan - perlahan dengan garfu sehingga menjadi doh.
4. Dengan menggunakan tangan bahagi doh kepada dua bahagian - satu bahagian kurang sedikit dari yang satu lagi - dan bentukkan seperti bebola. Leperkan dan bungkuskan dengan plastik cling wrap. Sejukkan di dalam peti sejuk ( bukan di freezer ) selama 30 minit sebelum di canai.
5 Sementara itu, campur rata hirisan epal dengan tepung jagung, garam, gula pasir dan serbuk kayu manis.
6. Selepas 30 minit keluarkan doh pastry. Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambil doh yang lebih besar dan canai bulat setebal 1/8 inci dan 2 inci lebih besar dari acuan pie. Letak doh ini ke dalam acuan pie sebagai lapisan bawah.
7. Masukkan isian epal ke dalamnya.
8. Ambil doh yang lebih kecil pula. Canai setebal 1/8 inci juga. Letakkan ke atas isian epal bagi menutup isian.
9. Toreh - toreh sedikit di tengah - tengah permukaan doh atas. Letakkan 2 sudu kecil majerin di dalam torehan itu.
10. Oles permukaan doh dengan campuran telur dan susu segar.
11. Bakar di dalam oven bersuhu 200C sehingga permukaan doh berwarna keemasan.

* Oles permukaan doh bawah dengan telur yang telah dipukul sebelum meletak isian epal supaya doh bawah tidak masih basah walaupun setelah di bakar.

Apam Gula Melaka

Bahan - bahan

4 cawan tepung beras
1 cawan pisang masak ranum yang sudah dilecek
1 cawan gula melaka
2 suduk serbuk lada hitam
2 suduk serbuk halia
2 suduk lengkuas parut
sedikit air
1 cawan kelapa parut
secubit garam halus

Cara-cara

1. Campur rata tepung beras, pisang lecek, gula melaka, lada hitam, serbuk halia dan lengkuas di dalam mangkuk dengan sedikit air. Adunan hendaklah adunan yang pekat.
2. Perap adunan ini semalaman.
3. Keesokan harinya, panaskan kuali di atas api yang sederhana besar.
4. Oleskan kuali dengan minyak dan tuangkan 1 senduk besar adunan yang diperap itu. Masak sehingga bawahnya kering dan masak. ( tidak perlu membalikkan apam )
5. Keluarkan dari kuali dan hidangkan bersama kelapa parut yang dicampur garam.

Ayam Masak Periaman

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dicuci dan dipotong - potong
3-4 sudub minyak masak
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang daun kari
1 bungkus kecil serbuk kari daging
1 1/2 inci halia - dikisar
8 ulas bawang merah - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
3 biji buah keras - dikisar halus
1 batang serai - dimemar
1/2 sudub sos tomato
1 sudub asam jawa
1/4 cawan air - dicampur dengan asam jawa.
2 1/2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
garam dan gula.

Cara - cara

1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumisan, bahan - bahan kisar dan serai sehingga kuning.
2. Masukkan serbuk kari, daun kari dan halia. Goreng sehingga garing.
3. Masukkan sos tomato, santan dan air asam jawa. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak.
4. Masukkan ayam dan didihkan sehingga ayam empuk.
5. Masukkan garam dan sedikit perasa atau gula secukup rasa. Didihkan sebentar dan angkat.

Tuesday, August 25, 2009

Tart Telur


Bahan - bahan

2 cawan tepung gandum
150 gm/ 10 sudub mentega atau majerin
1/2 suduk serbuk penaik
1 biji telur - dipukul sedikit
3 sudub gula halus
1 suduk garam

cara - cara

1. Campur rata tepung gandum, gula halus dan garam di dalam sebuah mangkuk.
2. Buatkan lubang di tengah - tengah campuran tepung dan masukkan telur. Campurkan bahan - bahan ini dengan garfu sehingga rata.
3. Masukkan mentega atau majerin. Campurkan nya sehingga menjadi doh.
4. Letakkan di dalam plastik cling wrap dan sejukkan selama 30 minit di dalan peti sejuk.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan canai nipis. Terap bulat dan masukkan ke dalam acuan tart atau muffin yang telah digriskan.
6. Cucukkan permukaan doh dengan garfu.
7. Bakar di dalam oven kepanasan 180C selama 10 minit.
8. Keluarkan dan tuang isian kastad dan bakar semula selama 10 - 15 minit.

Isian kastad

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1/2 sudub tepung kastad
1/4 suduk esen vanilla
beberapa titis pewarna kuning

cara - cara

1. Didihkan air dan gula pasir sehingga gula larut sahaja dan tidak perlu sehinnga mendidih. Sejukkan.
2. Campur rata susu cair, tepung kastad dan vanilla di dalam mangkuk.
3. Masukkan telur yang telah di pukul sedikit dengan garfu.
4. Masukkan air gula. Kacau rata perlahan - lahan supaya adunan ini tidak berbuih - buih.
5. Tuangkan kastad ke dalam mangkuk pastry yang sudah di bakar sehingga penuh.
6. Bakar kembali sehingga isian kastad masak, kira - kira 10 - 15 minit.

Kuih Tako


Bahan - bahan

Beberapa helai daun pandan untuk membuat bekas kuih tako

Lapisan bawah
biji-biji jagung rebus / sengkuang yang didadu kecil

Lapisan hijau
1 bungkus tepung hoen kwee ( warna hijau )
4 cawan air
1 cawan gula

Lapisan putih
4 cawan santan
4 sudub tepung jagung
1 suduk garam

Cara - cara

1. Taburkan biji jagung atau sengkuang ke dalam bekas kuih tako.
2. Campur rata kesemua bahan - bahan untuk lapisan hijau di dalam periuk. Masak sehingga pekat dan berkilat dengan api sederhana besar. Tuang ke atas biji jagung atau sengkuang sehingga 3/4 penuh.
3. Campur rata juga kesemua bahan - bahan untuk lapisan putih di dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat juga. Tuangkan ke atas lapisan hijausehingga memenuhi bekas kuih tako.

Bubur Lambuk


Bahan - bahan

2 cawan beras
1 biji ubi keledek - di kupas dan di dadu kasar
6 ekor ikan selayang - di rebus dengan garam dan asam keping
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dihiris nipis
1 ikat pucuk paku - di kerat pendek
1/2 sudub serbuk lada hitam
sedikit kerisik
3/4 cawan pati santan
garam

Cara - cara

1. Rebus beras dengan air yang banyak sehingga menjadi bubur.
2. Masukkan keledek, isi ikan rebus , bahan - bahan kisar dan halia. Masak sehingga keledek empuk.
3. Masukkan pucuk paku, serbuk lada hitam dan kerisik.
4. Masukkan santan dan garam dan masak sehingga mendidih.

Sunday, August 16, 2009

Nasi Beriani Segera

Bahan bahan

2 cawan beras basmathi - cuci, rendam selama 1 jam dan toskan.
1 biji bawang besar - dicincang halus.
5 biji cili hijau - di cincang kasar
1 inci halia - ditumbuk
1/4 tin susu cair
2 1/2 cawan air
1 keping paha ayam
1 helai daun pandan
minyak sapi/ majerin/ minyak masak.
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga.

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis ( kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga
lawang )
2. Masukkan bawang besar, cili hijau dan halia. Tumis hingga cili hijau layu.
3. Masukkan susu dan air. Jerang hingga mendidih.
4. Tambah ayam dan daun pandan. Masak sehingga ayam empuk.
5. Masukkan beras. Jerang sehingga air kering. Tutup periuk dan tanak nasi sehingga benar - benar masak.

Roti Goreng Garing

Bahan - bahan

Batter salutan

2 cawan tepung gandum
1 sudub majerin
1 suduk garam
sedikit gula
2 1/2 cawan air
pewarna makanan warna kuning

8 keping roti sandwich
jem

Cara - cara

1. Campur rata tepung gandum, majerin, garam dan gula di dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan air. Kacau rata.
3. Titiskan beberapa titis pewarna makanan. Ketepikan dan perap selama 10 minit.
4. Buang kulit roti dari setiap keping roti.
5. Sapukan jem pada permukaan 4 keping roti. Lapiskan dengan lebihan roti ( 4 keping lagi ).
6. Potong kepada 4 bahagian.
7 Panaskan minyak. Celupkan kepingan roti di dalam batter dan goreng sehingga keemasan.

Kuih Tepung Bungkus

Bahan - bahan

Daun pisang - dikerat segi empat tepat dan dilayur sedikit.

A. 1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
1/2 suduk garam

Campur kesemua bahan di dalam periuk.
Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
Letakkan beberapa sudu adunan ini di atas daun pisang.
Letakkan dua biji inti. Bungkus adunan dengan daun pisang.
Atur di dalam kukusan dan kukus selama 20 minit.

B. inti

1/2 biji kelapa - di buang kulit ari dan parut
1 buku gula melaka - parut
4 sudub tepung pulut
1 helai daun pandan - disiat - siat dan disimpul


Masak kelapa parut, daun pandan dan gula melaka sehingga kering. Sejukkan.
Bentukkan inti menjadi bebola kecil.
Golek - golekkan dengan tepung pulut. Ketepikan.

Saturday, August 15, 2009

Pajeri Terung

Bahan - bahan

3 biji terung panjang - dipotong dua memanjang tetapi tidak putus
3 sudub minyak masak
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji pelaga
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudub serbuk kari daging
1 sudub udang kering - rendam, tos dan tumbuk halus
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
asam jawa
2 sudub kerisik
2 sudub gula pasir
garam

Cara - cara

1. Panaskan minyak dan tumis rempah campak dan bahan - bahan kisar. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan serbuk kari daging yang telah dicampurkan sedikit air. Goreng sehingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan udang kering, santan, air, air asam jawa, kerisik dan terung. Jerang hingga mendidih dan terung empuk.
4. Tambah gula dan garam secukup rasa. Didihkan sekejap dan tutup api.

Friday, August 14, 2009

Nasi Bukhari

Bahan - bahan

1 ekor ayam - cuci dan potong 12
4 sudub minyak sapi
10 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudub rempah kurma
1 sudub sos tomato
1/2 cawan susu cair
4 cawan air
garam , gula
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam selama 1 jam. tos.
1 pokok daun ketumbar - dipotong

Cara -cara

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar serta kulit kayu manis, pelaga cengkih dan lawang sehingga garing.
2. Masukkan campuran rempah kurma dan sos tomato. Masak sehingga rempah garing.
3. Masukkan susu cair, air, garam dan gula. Rebus hingga mendidih.
4. Masukkan ayam. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan beras dan daun ketumbar. Tanak sehingga air kering. Tutup periuk dan tanak hingga nasi masak.

* tabur bawang goreng, kismis goreng dan gajus goreng di atas nasi ketika menghidang.

Blondies

Bahan - bahan

Panaskan oven kepada 175C

Gris dan tabur tepung kepada tin pembakar.

Bahan - bahan

2 cawan tepung gandum
1/4 suduk baking soda
1 suduk baking powder
1 suduk garam halus

2/3 cawan mentega - dicairkan dan disejukkan
2 cawan gula perang
2 biji telur
2 suduk esen vanilla
1/2 cawan chocolate rice
1/2 cawan kekacang ( jika suka )

Cara - cara

1. Campur bahan - bahan kering sehingga rata di dalam bekas. Ketepikan.
2. Masukkan mentega cair dan gula perang di dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
3 Masukkan telur.Pukul hingga kembang.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Tabur chocolate rice dan kekacang. Kaup balik sehingga rata.
6. Tuang ke dalam tin pembakar.
7. Bakar selama kira - kira 25 - 30 minit.

* chocolate chips boleh diganti dengan chocolate rice.

Koleh Kacang

Bahan bahan

1 cawan santan pekat
1 biji telur putih - dipukul sedikit
1 cawan gula merah
3 sudub gula pasir
1 cawan air
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan santan
2 helai daun pandan

Cara- cara

1. Didihkan santan pekat dan telur putih diatas api yang perlahan sehingga menjadi tahi minyak. Keluarkan tahi minyak. Ketepikan untuk di tabur di atas kuih kole.
2. Didihkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air sehingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
3. Campurkan air gula dengan tepung kacang hijau dan santan. Kacau sehingga rata.
4. Tuang ke dalam lebihan minyak tadi dan kacau berterusan sehingga pekat.
5. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.
6. Tabur tahi minyak di atas permukaannya.

Pencuk Mangga Muda

Bahan - bahan

3 biji limau kasturi - diambil jusnya
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
garam dan gula

5 biji mangga muda - dikupas dan racik
2 biji timun - dibelah dua, buang empulur dan didadu
3 biji bawang besar - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudub udang kering - disangrai dan ditumbuk

Cara - cara

1. Campur rata jus limau, kedua-dua sos, garam dan gula.
2. Masukkan lain - lain bahan dan campur mesra.

Kari Ayam Timur Tengah

Bahan - bahan

1 ekor ayam - cuci dan potong 12 bahagian
3 sudub minyak masak
4 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dikisar
4 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 sudub serbuk kari daging + sedikit air
4 biji tomato masak ranum - cincang halus
3 biji lada hijau - cincang halus
garam

Cara - cara

1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih. Tumis hingga kekuningan dan masukkan rempah campak ( kayu manis, lawang, pelaga dan cengkih ).
3. Masukkan pes serbuk kari. Goreng sehingga garing.
4. Masukkan buah tomato dan cili hijau.
5. Masukkan ayam. Tutup periuk sebentar dan masukkan garam dan air. Masak sehingga ayam empuk.
6. Tambah sedikit gula dan garam secukup rasa.

Nasi Minyak

Bahan - bahan

5 cawan beras
3 sudub minyak sapi
2 sudub majerin
1 sudub minyak masak
2 - 3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - di kisar
1 inci halia - dikisar
1 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 - 5 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan - disiat - siat dan disimpul
5 - 6 cawan air
1 cawan susu cair
garam

Cara - cara

1. Beras di cuci dan di toskan. Ketepikan.
2. Panaskan kesemua jenis minyak di dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, lawang dan cengkih.
3. Masukkan bahan yang dikisar dan daun pandan. Goreng sehingga kekuningan.
4. Masukkan air dan susu cair. Rebus sehingga mendidih.
5. Masukkan beras dan garam. Masak sehingga nasi kering. Tutup periuk dan tanak sehingga nasi masak.

* tabur bawang goreng, kismis goreng dan badam goreng bila menghidangkannya

Thursday, August 13, 2009

Kuih Kasturi

Bahan- bahan

1 1/2 cawan kacang hijau - cuci, rendam beberapa jam.
1/2 biji kelapa - di parut
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah

Cara - cara

1. Rebus kacang hijau bersama air sehingga empuk dan lembut.
2. Masukkan kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Masak sehingga kering. Sejukkan.
3. Ambil adunan sebesar telur dan bulat - bulatkan. Leperkan sedikit.
4. Panaskan minyak.
5. Salutkan bebola kacang hijau dengan batter salutan. Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga salutan berwarna keemasan dan garing.

Batter salutan

1 cawan tepung beras
1 sudub tepung jagung
1 suduk serbuk kunyit
1/2 suduk air kapur makan
air
sedikit garam

*apabila adunan kacang sudah kering boleh di tambah sedikit tepung gandum untuk memekatkan adunan kacang.

Kek Lobak Merah

Bahan - bahan

1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak
1 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 suduk serbuk kulit kayu manis
1 cawan susu segar
1 cawan parutan lobak merah

Cara - cara

Panaskan oven pada suhu 180C

1. Pukul gula dan minyak sehingga pucat.
2. Masukkan telur. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan tepung dan serbuk kayu manis berselang - seli dengan susu segar sehingga rata.
4. Masukkan parutan lobak merah. Campur rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di gris dan di taburi tepung.
6. Bakar selama kira - kira 50 - 55 minit.

* boleh di tambah 1/2 cawan kekacang jika suka

Acar Nenas Terengganu

Bahan - bahan

1 biji nenas - di kupas dan di hiris kecil
1 biji bawang besar - di hiris nipis
1 1/2 sudub cili kisar
1 1/2 sudub gula pasir
garam
200 ml sos tomato

Cara - cara

1. Masukkan cili kisar, gula pasir, garam dan sos tomato ke dalam periuk. Didihkan sehingga mendidih dan gula larut. Angkat dan sejukkan.
2. Campurkan sos dengan nenas dan bawang hiris.

*gula pasir boleh di ganti dengan gula merah atau campuran kedua - duanya.

Pancake Pisang

Bahan - bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
1 suduk baking powder
1/2 suduk soda bicarbonate/ baking soda
3 sudub susu tepung
5 sudub gula pasir
secubit garam halus
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan pisang yang dilecek
1 cawan air

Cara - cara

1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk.
2. Campur rata bahan - bahan basah dan curahkan ke dalam bahan kering. Kacau sehingga rata.
3. Ketepikan selama 15 minit. Panaskan kuali leper.
4. Oleskan kuali dengan majerin dan tuang sesenduk adunan. Masak sehingga permukaan adunan yang di goreng berbuih dan terbalikkan. Goreng sehingga bahagian bawahnya keemasan.

Gulai Ayam Cili Api


Bahan bahan

1/2 ekor ayam - potong 6
10 ulas bawang merah
10 biji cili api merah
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 - 3 batang serai - di memar
2 keping asam keping
1 1/2 suduk serbuk kunyit
garam , gula

Cara - cara

1. Kisar halus bawang merah dan cili api.
2. Masukkan santan pekat, bahan yang di kisar, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3. Tambah asam keping, serai dan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
4. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Didihkan sebentar dan tutup api.

* gulai ini lebih sedap jika kuah santannya tidak terlalu pekat santannya.
* jumlah cili api bergantung kepada kepedasan yang di sukai.
* serbuk kunyit boleh di ganti dengan kunyit hidup.

Bubur Kacang


Bahan - bahan

1 cawan kacang hijau - cuci. Tos.
3 cawan air
1 cawan santan pekat
2 cawan air
6 keping gula kerek ( saiz kecil )
6 sudub gula pasir
secubit garam
1 inci halia - di memar
3 helai daun pandan - di siat dan di simpulkan

Cara - cara

1. Sangrai kacang hijau di dalam periuk dengan api kecil sebentar. Masukkan 3 cawan air dan tutup periuk. Rebus sehingga kacang hijau empuk dan kering air. Jika masih tidak empuk ( tidak pecah - pecah dan lembut ) hendaklah di tambah lagi air.
2. Masukkan santan pekat, 2 cawan air, gula kerek, gula pasir, daun pandan dan halia. Didihkan sehingga kepekatan yang dikehendaki.
3. Masukkan secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.

* untuk bubur kacang durian...tambah beberapa ulas durian selepas santan mendidih.
* gula kerek boleh di ganti dengan gula merah. Sukatannya bergantung kepada berapa " gelap " dan manis bubur yang di ingini.

Gulai Ayam Ala Kampung

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dipotong 12

1/3 cawan minyak masak
1 inci kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 buah bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 sudub cili kisar

2 - 3 batang serai - dimemar
3 sudub serbuk kari daging
1/2 cawan air
2 biji kentang - di kupas dan di potong empat
1 - 2 keping asam keping
2 suduk garam
1 suduk gula
3 sudub kerisik
1/4 cawan santan pekat

Cara - caranya

1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang dikisar, cili boh dan serai. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan serbuk kari yang telah di campur dengan 1/2 cawan air. Tumis juga sehingga garing.
4. Tambah ayam dan kentang. Goreng sekejap dan tambah 2 cawan air. Masukkan juga asam keping. Masak sehingga mendidih dan ayam dan kentang empuk.
5. Masukkan garam gula dan kerisik.
6. Tambah santan dan didihkan sehingga kepekatan yang diingini.