Thursday, October 27, 2011

Pilaf Uzbek

Bahan-bahan

4 sudub minyak masak
1 biji bawang besar - didadu halus
1 -2 batang lobak merah - disagat kasar
2 1/2 cawan beras - dicuci dan ditos
1 - 2 suduk jintan manis
1 - 2 suduk garam halus
5 - 6 ulas bawang putih - dikupas tapi dibiarkan seulas-seulas
1 suduk serbuk cili
4 cawan air panas mendidih

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu dan kekuningan.
2. Masukkan lobak merah dan goreng sehingga lobak merah layu.
3. Masukkan jintan manis,garam halus, serbuk cili dan beras. Gaul sehingga beras bersalut dengan semua bahan di dalam periuk dan goreng sekejap.
4. Cucuk bawang putih sedikit ke dalam beras.
5. Tuang air mendidih perlahan ke atas beras dan masak sehingga nasi tanak.
6. Gemburkan nasi dan hidang dengan menabur bawang goreng dan daun sup.

* Cara yang saya buat ialah dengan menumis bawang besar, lobak merah , jintan manis, serbuk cili dan garam ( seperti 1 - 3 ) tetapi tidak termasuk beras. Kemudian tuang air mendidih dan kacau rata. Secara perlahan-lahan tabur beras rata-rata kedalam air. JANGAN DIKACAU BERAS. Cucuk bawang putih ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan masak sehingga tanak.

Donat Kentang

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
3 sudub susu tepung
1 paket yis segera
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan marjerin
1 biji kentang ( saiz besar ) - direbus
1 biji telur ( saiz besar )
1 cawan air
1 suduk garam halus
1/2 cawan air suam
minyak untuk menggoreng
gula pasir - dikisar halus

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, susu tepung, yis segera dan gula pasir kedalam mangkuk mixer. Gaul rata.
2. Masukkan marjerin dan campur rata marjerin he dalam tepung.
3. Kisar kentang, garam halus dan telur bersama 1 cawan air sehingga halus. Tuang ke dalam tepung sambil terus di gaul. Tuang air suam sedikit-sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekat pada mangkuk mixer. Uli sehingga doh licin dan elastik.
4. Griskan mangkuk dengan marjerin dan golek-golekkan permukaan doh supaya permukaan doh bersalut dengan dengan marjerin. Tutup mangkuk dengan plastik dan perap sehingga doh naik kembang 2X ganda.
5. Keluarkan doh, kempiskan perlahan-lahan dan uli sekejap. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan doh selama 10 -15 minit.
6. Canai doh dan terap dengan acuan donat. Letak doh yang diterap di atas dulang yang telah ditaburi tepung. Tutup dengan plastik dan perap sehingga kembang.
7. Apabila doh sudah kembang panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana besar sehingga keemasan. Keluarkan dan tos. Sejukkan dan tabur gula pasir kisar atau salut dengan topping yang disukai.

* ketebalan doh yang di canai dan untuk diterap hendaklah mengikut saiz acuan donat
saiz kecil - 1/8 inci tebal
saiz sederhana - 1/4 inci tebal
saiz besar - 1/2 inci tebal

*tidak perlu masukkan susu tepung jika guna air susu. Gantikan 1 cawan air susu bagi 1 cawan air.

Friday, October 21, 2011

Parotta

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1/2 suduk serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
2 sudub minyak masak / marjerin cair
1 cawan air suam

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam halus ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata kesemua bahan.
2. Tuang minyak / marjerin cair ke dalam tepung. Gaul rata.
3. Tuang air suam sambil digaul dengan tepung sehingga mendapat seketul doh yang tidak melekit ditangan. Uli sehingga lembut dan licin.
4. Perap doh di dalam mangkuk yang bergris. Oles permukaan doh dengan marjerin dan tutup mangkuk dengan kain lembap sekurang-kurangnya 1 jam.
5. Keluarkan doh dan uli sekejap. Bahagikan kepada 8 bahagian. Bulat-bulatkan setiap ketul dan tutup dengan kain lembap.
6. Ambil seketul doh dan canai bulat senipis boleh. Oles minyak / marjerin cair diatas permukaan doh. Buat satu jalur keratan dari tengah hingga ditepi bulatan doh. Gulung doh sehingga berbentuk piramid/ cone. Dirikan doh yang digulung dengan bahagian hujung yang bermuncung dibahagian atas. Leperkan sedikit, oles sedikit minyak / marjerin diatasnya dan ketepikan. Perap. Ulang proses yang sama untuk ketul-ketul doh yang lain sehingga habis.
7. Panaskan kuali. Renjiskan sedikit marjerin dan masukkan doh parotta yang sudah dileper nipis. Goreng sehingga kekuningan / garing kedua-dua belah permukaan sambil sesekali direnjis marjerin cair.
8. Angkat dan makan dengan kuah yang disukai

* semakin lama doh diperap, semakin senang untuk diolah.
* tidak perlu diperap didalam peti sejuk jika ingin perap dari pagi hingga kepetang / malam.

Wednesday, October 19, 2011

Bamia Ayam Saudi

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1/4 cawan minyak masak
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 suduk serbuk lada hitam
1 suduk jintan manis - dikisar
3 suduk ketumbar - dikisar
2 sudub pes tomato/ sos tomato
2 cawan buah tomato yang dikisar
2 cawan air
500 gm bendi - digoreng sekejap
1/4 cawan daun ketumbar
1 biji limau nipis - ambil jusnya.
garam

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris sehingga layu.
2. Masukkan bawang-bawang yang dikisar dan tumis sehingga kekuningan.
3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. Goreng sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan gaul rata dengan rempah- rempah di dalam periuk. Goreng selama 7 - 10 minit.
5. Tuang tomato kisar dan pes tomato / sos tomato. Gaul rata dan tuang air. Didih sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Tambah lagi air jika terlalu kering.
6. Masukkan bendi, garam halus, daun ketumbar dan jus limau nipis. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat.

Mufin Jagung Manis

Bahan-bahan

1 tongkol jagung manis - dikukus sehingga empuk. Sejukkan.
2 cawan tepung gandum
2 1/2 suduk serbuk penaik
secubit garam halus
1/2 cawan gula pasir ( kisar halus ) / kastor

1 biji telur ( A )
1/4 cawan minyak jagung
3 sudub susu tepung
1/2 cawan air panas
1/2 cawan air masak
1 suduk esen vanila

Cara-caranya

1. Campur susu tepung dengan air panas. Kacau rata sehingga susu tepung larut dan tuang air masak ke dalamnya. Kacau rata dan ketepikan sehingga ia sejuk.
2. Pecahkan telur ke dalam susu dan pukul dengan garfu sehingga bercampur rata dengan susu.
3. Tuang minyak jagung dan esen vanila dan kacau rata, Ketepikan.
4. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam halus ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
5. Sisir butiran jagung kedalam tepung. Kacau supaya bercampur rata.
6. Tuang campuran telur ke dalam tepung dan gaul setakat membasahkan tepung sahaja.
7. Masukkan bater kedalam cawan kertas dan bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit.

Monday, October 17, 2011

Kuih Ketayap

Bahan-bahan

Dadar :
2 cawan tepung gandum
3 sudub tepung jagung
4 sudub susu tepung
2 sudub minyak masak
2 1/2 cawan air
2-3 helai daun pandan
1/2 suduk garam halus

Inti
1 keping gula kerek ( saiz besar ) - diparut
1/2 cawan air
100gm kelapa kering
1-2 cawan air panas
2 sudub gula pasir
2 sudub tepung jagung

Cara-caranya

1. Masukkan kesemua bahan untuk bater ke dalam pengisar. Kisar sehingga daun pandan hancur dan tapis ke dalam mangkuk.
2. Tutup mangkuk dan ketepikan selama 15 - 30 minit.
3. Panaskan kuali leper, percikkan/ oles sedikit minyak masak.
4. Tuang 1/2 cawan bater dan lenggangkan menjadi nipis / guna senduk dan leper-tipiskan bater. Masak sehingga permukaan atas kering.
5. Angkat dan letak di dalam pinggan.Letak inti dan gulung.

Cara masak inti.

1. Masukkan kelapa kering ke dalam mangkuk dan tuang air panas ke atasnya. Gaul rata , tutup mangkuk dan ketepikan sehingga kelapa menyerap kesemua air itu.
2. Didihkan gula kerek parut di dalam 1/2 cawan air sehingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut ( tidak perlu ditos ) ke dalam air gula dan gaul rata. Kacau dan masak sehingga agak pekat.
4. Tabur tepung jagung ke atas kelapa dan gaul rata. Masak sehingga inti pekat.
5. Angkat dan sejukkan sebelum diguna.

* dadar untuk kuih ini hanya perlu di masak sebelah permukaan sahaja. Oleh itu tidak perlu diterbalikkan, terus keluarkan dari kuali dan isi inti.

Friday, October 14, 2011

Paratha Isi Kentang

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 suduk garam halus
1 sudub marjerin
1 cawan air suam

Inti
3 biji kentang - dikupas, didadu kasar, direbus dan dilecek.
1 sudub minyak
1 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudub serbuk kari
1 suduk serbuk lada hitam
1 biji tomato - didadu kecil
daun sup
1 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Campur garam dan tepung sehingga rata di dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan marjerin dan gaul dengan tepung sehingga berderai.
3. Tuang air sedikit- sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di permukaan mangkuk. Uli sehingga lembut dan elastik. Oles permukaan doh dengan marjerin dan perap selama 30 minit dengan menutup dengan kain lembap / plastik.
4. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
5. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga agak garing.
6. Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak.
7. Tambahkan ke dalamnya garam dan serbuk lada hitam.
8. Angkat dan masukkan kentang yang sudah dilecek serta tomato. Gaul rata dan masukkan daun sup. Sejukkan.
9. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 8 bahagian. Ambil seketul doh dan bulat-bulatkan. Canai sederhana nipis doh diatas permukaan yang ditaburi sedikit tepung.
10.Letak 2 sudu besar inti diatas doh itu dan bungkus inti dengan doh. Bulat-bulatkan doh itu semula. Buat sehingga habis kesemua 8 bahagian.
11. Ambil seketul bebola doh yang sudah diisi inti dan canai senipis mungkin tanpa inti terpecah keluar.
12. Panaskan kuali. Percik sedikit minyak dan letak doh yang sudah dicanai nipis tadi. Goreng kedua-dua belah permukaan sehingga kecoklatan. Angkat dan hidang panas-panas dengan kuah kari atau kurma.

* tutup doh dengan kain lembap / plastik ketika proses mengisi inti supaya doh tidak mengering.
* boleh ditambah hirisan cili hijau di dalam inti.

Nasi Beriani Tomato

Bahan-bahan

3 cawan beras beriani
3 sudub minyak sapi/ marjerin
1 suduk jintan manis
1 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dikisar halus
2 helai daun pandan - disiat dan disimpul
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
3 biji buah tomato - didadu kasar
3 batang lada hijau - dihiris membulat 1 cm tebal
1-2 suduk serbuk cili
1 suduk serbuk kunyit
2 sudub serbuk kari daging
4 1/2 cawan air mendidih
garam halus

Cara-caranya

1. Cuci beras dan rendam selama 30 - 1 jam. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan masukkan jintan manis. Kacau sehingga jintan meletup-letup dan masukkan bawang besar. Tumis bawang sehingga layu.
3. Masukkan daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Goreng sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing.
5. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan serbuk kari. Kacau rata dan tumis garing.
6. Masukkan tomato dan lada hijau. Tumis sehingga layu.
7. Tuang beras dan goreng sebentar sambil dikacau supaya beras tidak berkerak dan bergaul rata dengan rempah di dalam periuk.
8. Tuang air dan letak garam secukup rasa. Kacau rata dan masak nasi sehingga tanak.

Wednesday, October 5, 2011

Sandwich Goreng

Bahan-bahan

10 keping roti sandwich
1 biji telur - dipukul
serbuk roti

Inti
3 biji telur - dipukul
3 sudu besar marjerin
1 biji bawang besar - didadu halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji buah tomato - didadu kasar
1/4 biji lada benggala - didadu kasar

Cara-caranya

1. Panaskan marjerin dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Tabur serbuk lada hitam ke atas bawang besar dan gaul rata.
3. Tuang telur keatas bawang dan biar sehingga telur mula mengeras. Cepat-cepat kacau dan hancurkan menjadi cebisan - cebisan kecil.
4. Masukkan tomato dan lada benggala, gaul rata dan angkat. Sejukkan.
5. Ambil sekeping roti , potong tepi roti dan gelek nipis. Letak inti diseparuh bahagian roti. Oles keliling tepi roti dengan telur. Tutup inti dengan menangkup separuh bahagian roti lagi keatasnya. Tekan keliling tepi roti dengan garfu.
6. Panaskan minyak untuk menggoreng.
7. Celup sandwich ke dalam telur, golek-golekkan di dalam serbuk roti dan masukkan ke dalam minyak panas. Goreng sehingga keemasan dan angkat.

* serbuk roti boleh diganti dengan emping jagung ( cornflakes ) kisar
* boleh menukar inti dan guna inti yang disukai

Mufin Cip Coklat

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan gula kastor

1 biji telur
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila

1/4 cawan / 50gm cip coklat

Cara-caranya

1. Campur rata tepung gandum bersama serbuk penaik dan gula kastor. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan garfu sekejap dan tuang minyak masak, air, susu cair dan esen vanila kedalam telur. Campur rata.
3. Buat lubang ditengah - tengah tepung dan tuang campuran telur ke dalamnya. Gaul bahan itu dengan menggunakan garfu setakat membasahkannya.
4. Masukkan cip coklat dan gaul rata.
5. Letak bater kedalam mangkuk kertas setakat 2/3 penuh dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C.

* cip coklat boleh diganti dengan buah-buahan kering / segar.

Pide

Bahan-bahan

Doh
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam halus
1 1/4 sudu kecil yis segera
1 1/4 cawan air suam
1 sudu besar marjerin

Cara-caranya

1. Campur tepung gandum , gula pasir dan yis segera di dalam mangkuk mixer. Gaul sehingga bercampur rata.
2. Campur rata air suam dan garam halus dan tuang 1 cawan air suam ke dalam tepung. Gaul sebati dan tuang lebihan air sedikit-sedikit sehingga uli doh membola dan tidak melekat di mangkuk mixer. Masukkan marjerin dan uli sehingga marjerin bergaul rata dengan doh. Uli sehingga elastik dan lembut.
3. Keluarkan doh dari mangkuk mixer dan gris mangkuk. Golek-golekkan doh di permukaan yang bergris. Tutup mangkuk dengan plastik dan perap sehingga naik 2X ganda.
4. Keluarkan doh dan uli sekejap diatas permukaan yang ditaburi tepung. Rehatkan doh 10 minit.
5. Bahagi doh kepada dua bahagian. Canai bujur setiap satu setebal 1 cm . Tepekkan topping diatas doh setakat 1 cm dari keliling tepi doh dan pintal kedua-dua hujung doh supaya berupa seperti sebuah bot. Perap sehingga kembang.
6. Oles permukaan doh dengan telur dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.

Topping
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan daging cincang
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 biji lada benggala - didadu kasar
1 biji buah tomato - didadu kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil daun parsley kering
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
garam halus

Cara

1. Panaskan minyak dan masukkan daging cincang. Goreng daging sehingga bertukar warna dan agak kering.
2. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga bawang layu.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, serbuk kayu manis dan garam halus. Kacau rata dan masak sebentar.
4. Masukkan tomato dadu, lada benggala dadu dan daun parsley kering. Gaul rata dan masak selama 5 minit. Angkat dan sejukkan