Monday, August 31, 2009

Belebat Ubi Keledek


Bahan - bahan

1 ketul ubi keledek kuning - dikupas dan di dadu
2 cawan tepung beras
1 biji kelapa - diambil 1 cawan pati santan
1/4 cawan gula merah
2 - 3 sudub gula pasir
sedikit air
secubit garam halus
daun pisang - diporonh empat persegi dan dilayur sebentar

Cara - cara

1. Ubi keledek direbus sehingga setengah masak. Sejukkan dan ketepikan.
2. Satukan gula merah, gula pasir dan air di dalam periuk lain. Jerang hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan.
3. Campur rata tepung beras, pati santan, air gula merah dan garam di dalam sebuah bekas. Kacau rata dan tapiskan ke dalam sebuah kuali. Jerang dan kacau sehingga pekat.
4. Masukkan keledek dan kacau rata. Sejukkan sebentar.
5. Ambil sehelai daun pisang dan letakkan 2 - 3 sudu besar adunan belebat tadi di tengah-tengahnya. Bungkus adunan itu kemas - kemas.
6. Atur di dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus sehingga masak / kira - kira 40 minit.

Mi Kuah

Bahan - bahan

1 cawan daging lembu cincang.
5 - 6 cawan air
1/2 cawan udang basah - direbus dengan kepala dan ekornya.
- Dikopek kepala dan ekor dan simpan air rebusannya.
4 sudub cili kisar
2 sudub tepung ubi
2 sudub air asam jawa.
1/2 cawan air

1 biji kentang - direbus dan dilecek halus
1/2 cawan kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar halus
garam dan gula
4 biji telur ayam - direbus keras
6 biji cili merah - dihiris
2 biji limau nipis -dipotong kecil
4 keping tauhu - dogoreng dan dihiris
10 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng
8 batang daun bawang - dipotong pendek
1 paket / 300gm mi kuning - dicelur
1 cawan tauge - dibuang ekor dan dicelur

Cara - cara

1. Campur rata tepung ubi dengan air rebusan udang. Ketepikan.
2. Campur asam jawa dengan 1/2 cawan air bagi mendapatkan air asam jawa. Ketepikan.
3. Rebus daging cincang dengan air sehingga mendidih dan daging separuh masak.
4. Masukkan campuran tepung ubi tadi, cili kisar, air asam jawa, garam dan gula.
Jerang sehingga mendidih dan kacau supaya tidak bergentel.
5. Masukkan kentang rebus lecek dan kacang tanah kisar. Jerang sehingga mendidih dan sederhana pekat.
6. Rasa gula dan garamnya dan angkat.

cara menhidang

Letakkan mi kuning di dalam pinggan. Susun tauge, tauhu goreng dan telur rebus di atas mi kuning. Tuang kuah ke atasnya dan tabur bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang. Letakkan sejuring limau nipis.

* boleh ditambah sawi putih ke dalam kuah semasa menjerangnya.

Acar Sarawak

Bahan - bahan

2 biji timun - dipotong 1 inci panjang dan dihiris sederhana kasar memanjang
1 biji lobak merah - dipotong 1 inci panjang dan dihiris sederhana kasar memanjang
2 biji cili merah - dipotong memanjang dan dihiris halus
2 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia muda - dihiris halus
1/2 cawan udang kering - direndam dan ditumbuk halus
1 cawan kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar
4 sudub bijan - disangrai
5 sudub gula pasir
2 suduk garam
1 cawan cuka
sedikit lobak masin

Cara - cara

1. Campur rata cuka, gula pasir dan garam di dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan semua bahan - bahan lain. Campur rata dan rasa gula dan garamnya secukup rasa.

Ayam Masak Padang

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil
2 sudub minyak masak
3 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
4 batang serai - dikisar
4 inci lengkuas - dikisar
5 - 6 batang cili kering - direndam dengan air panas dan dikisar
1 suduk serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - disiat
1 1/2 biji kelapa - ambil 2 cawan santan pekat
- ambil 3 cawan santan cair
1 - 2 keping asam keping
garam

Cara - cara

1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan bahan - bahan kisar lain dan serbuk kunyit. Tumis sehingga terbit minyak.
3. Masukkan santan cair. Jerang sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan jerang sehingga mendidih sambil di kacau sekali sekala.
5. Masukkan santan pekat, daun kunyit dan asam keping. Masak sehingga sedikit pekat dan ayam empuk.
6. Masukkan garam secukup rasa. Didihkan sebentar dan angkat.

Telur masak Sambal


Bahan - bahan

4 biji telur ayam - direbus keras dan dikupas kulit
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
4 - 5 sudub cili kisar
1 suduk bumbung asam jawa
1/2 cawan air
1 sudub gula pasir
sedikit garam
3 sudub minyak masak

Cara - cara
1. Campur asam jawa dan air bagi mendapatkan air asam jawa. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing dan terbit minyak.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih cincang, air asam jawa, gula dan garam. Tumis sehingga terbit minyak dan hampir garing.
4. Masukkan telur rebus. Balik - balikkan sebentar dan angkat.

* telur boleh diganti dengan ikan yang telah dilumur dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng terlebih dahulu.

Nekbat


Resepi - resepi ini diambil dari internet bagi sesiapa yang ingin mencuba untuk membuat nekbat sendiri , termasuk saya juga. Kuih tradisional Terengganu ini banyak dijual hanya pada bulan Ramadhan.

Resepi 1 (saji online )

Bahan - bahan

1 bungkus tepung beras - disangrai dan disejukkan
12 biji telur

Cara - cara

1. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih.
2. Panaskan acuan bahulu. Oleskan dengan sedikit minyak.
3. Tabur tepung beras ke dalam adunan telur perlahan - lahan sehingga menjadi pekat. Kacau rata.
4. Tuang ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan dari acuan. Sejukkan.

Sira gula

2 cawan air
10 sudub gula pasir
1 - 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat

cara - cara.

1. Masukkan air , gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang kerana menyerap air gula.
4. Angkat dan sejukkan

Resepi 2 ( Puan Sri )

Bahan - bahan

3 biji telur
3 sudub beras - disangrai, dikisar dan diayak
2 sudub tepung gandum

Cara - cara

1. Telur dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan kedua - dua tepung sedikit - sedikit ke dalam telur.
3. Panaskan acuan. Oles dengan minyak.
4. Tuang adunan dan bakar sehingga kekuningan. Angkat

Sira gula
300 gm gula pasir
3 cawan air
10 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
beberapa biji kuih nekbat

Cara - cara

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan nekbat. Didih sehingga nekbat mengembang dengan air gula.
4. Tutup api dan angkat. Sejukkan

* Nekbat boleh di bakar di dalam oven bersuhu 190C dengan kepanasan api atas dan bawah.


Pulut Lepa / Panggang


Bahan - bahan

5oogm beras pulut - direndam semalaman atau sekurang - kurangnya 3 jam
1/2 biji kelapa - ambil 1 1/2 cawan santan
sedikit garam halus

untuk inti

600gm ikan selayang
1/2 suduk garam
2 keping asam keping
sedikit air
2 cawan santan pekat
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
1/2 suduk halba
sedikit serbuk lada hitam
sedikit gula dan garam
daun pisang - dikerat persegi dan dilayur
beberapa batang lidi - dipotong pendek 1 1/2 inci

Cara - cara

1. Rebus ikan bersama 1/2 sudu kecil garam, asam keping dan sedikit air sehingga ikan masak.
Sejukkan sebentar dan ambil isi ikan. Kisar bersama santan pekat dan bawang besar.
2. Tuang ke dalam kuali. Masukkan bawang merah, halia dan halba.
3. Jerang sehingga mendidih dan hampir kering.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering. Sejukkan
5. Tos beras pulut.
6. Kukus beras pulut selama 30 minit.
7. Tuang pulut ke dalam bekas dan masukkan santan yang sudah dicampur garam sedikit - sedikit ke dalamnya sambil di arung rata.
8 Kukus pulut semula sehingga masak. Angkat dan sejukkan sebentar.
9. Ambil sehelai daun pisang. Letak ke atasnya 2 - 3 sudu besar pulut. Leperkan dan letak inti ikan.
10. Balut inti dengan pulut dan balut dengan daun pisang kemas - kemas. Semat kedua - dua hujung balutan daun pisang dengan lidi.
11. Panggang sebentar di atas bara api. Angkat.

Serawa Durian Dan Roti Jala


Bahan - bahan

1 cawan isi durian
1 cawan pati santan
2 - 2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul
secubit garam halus

Cara - cara

1. Kisar isi durian bersama 1 cawan air. Tuang ke dalam sebuah periuk.
2. Masukkan kedalam periuk juga pati santan, lebihan air, gula pasir dan daun pandan.
3. Jerangkan di atas api sederhana besar sehingga mendidih dan gula larut. Perlahankan api dan didih sebentar.
4. Masukkan secubit garam bagi membangkitkan rasa lemak santan.
5. Tutup api dan angkat .

* sedap dimakan dengan roti sandwich, roti jala atau pulut

Roti Jala TJ

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam halus
air
sedikit pewarna kuning

cara - cara

1. Masukkan tepung gandum, telur dan garam halus ke dalam pengisar.
2. Masukkan air dan pewarna kuning dan kisar kesemuanya sehingga berbuih - buih.
3. Tuang ke dalam sebuah mangkuk dan tambah lebih air ( jika perlu ) untuk mendapatkan kecairan yang sesuai. Perap 30 minit.
4. Panaskan kuali leper. Oles permukaan kuali dengan sedikit minyak dengan mengguna daun pandan yang telah disiat memanjang dan diikat.
5. Tuang adunan roti jala dengan menggunakan acuan roti jala. Masak sehingga permukaannya kering.
6. Lipat empat dan keluarkan dari kuali.


Sunday, August 30, 2009

Kerabu Perut

Bahan - bahan

250gm perut lembu - direbus sehingga empuk.
6 - 7 urat kacang panjang - dipotong pendek dan dicelur sekejap
2 ekor ikan kembong - dibakar dan ditumbuk halus
5 ulas bawang merah
20 biji lada hitam
1 biji limau nipis - diambil jusnya
1 ikat daun kesom - dihiris halus
1/2 biji kelapa - dibuat kerisik
1 biji kelapa - diambil 1 1/2 cawan santan pekat
garam

Hiasan
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 biji cili merah - hiris nipis

Cara - cara

1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat.
2. Perut rebus di hiris kecil.
3. Campur rata bahan tumbuk, perut, daun kesom, kacang panjang, ikan dan kerisik didalam mangkuk.
4. Tuang santan dan garam. Campur sebati dan masukkan jus limau nipis. Ratakan dan rasa sama ada cukup asam dan garamnya.
5. Tabur bawang dan cili hiris ketika menghidang.

* cuci perut dengan garam dan air limau nipis / asam jawa sebelum digunakan untuk memasak.

Kari Dal

Bahan - bahan

1 cawan kacang dal - dicuci dan direndam.
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
1/2 suduk serbuk kunyit
2 cawan air
2 biji buah tomato - didadu
3 - 4 batang cili kering - dipotong pendek
1/2 suduk biji sawi
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar - dihiris
4 sudub minyak
garam dan sedikit gula

Cara - cara

1. Masukkan kacang dal, air, bawang putih, halia dan serbuk kunyit di dalam sebuah periuk. Jerang sehingga kacang dal lembut dan pecah - pecah. Tambah air jika kering.
2. Di kuali, panaskan minyak dan tumis cili kering, biji sawi, daun kari dan jintan putih sehingga jintan dan biji sawi meletup - letup.
3. Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang kekuningan.
4. Masukkan tomato. Goreng beberapa minit dan curahkan kedalam periuk yang berisi dal tadi.
5. Tambah garam dan sedikit gula.
6. Tutup periuk dan didih perlahan selama 5 minit.

* boleh ditambah ubi kentang dan lobak merah.
*cili kering boleh di ganti dengan cili merah/ cili hijau.

Saturday, August 29, 2009

Kari Daging Cili Hijau


Bahan - bahan

500gm daging lembu - dicuci dan dihiris.
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
6 tangkai daun kari - ambil daun sahaja
3 biji lada hijau
3 sudub bumbung serbuk kari daging
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 - 3 sudub sos tomato
1/2 cawan pati santan
air
3 sudub minyak masak
garam dan gula

Cara - cara

1. Kisar bersama bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan lada hijau. Campurkan dengan serbuk kari daging.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis rempah penumis - kulit kayu manis, pelaga dan cengkih sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan - bahan yang dikisar dan serbuk kari. Tumisnya sehingga garing dan terbit minyak.
4. Masukkan daging. Jerang sambil dikacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
5. Tambah pati santan dan 2 cawan air. Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Tambah air jika kuah sudah kering tetapi daging masih belum empuk.
6. Masukkan sos tomato, garam dan sedikit gula secukup rasa. Didih sehingga terbit minyak dan angkat.

Friday, August 28, 2009

Beriani Ayam Goreng

Bahan - bahan

1/2 ekor ayam - dicuci, dikerat empat
1 sudub cili kisar
1/2 sudub serbuk kunyit
1/2 sudub serbuk ketumbar
1/2 sudub serbuk jintan putih

2 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
4 biji buah keras - dikisar
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang

2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air
6 sudub minyak sapi atau minyak masak

Cara - cara

1. Lumur ayam dengan cili kisar, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Perap sekejap.
2. Panaskan 6 sudu besar minyak dan masukkan ayam beserta rempah perapan. Goreng sehingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan.

3. Ambil 3 sudu besar minyak lebihan gorengan ayam tadi dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang.
4. Masukkan bahan- bahan yang dikisar halus. Tumis sehingga garing.
5. Masukkan beras. Gorengkan sebentar.
6. Masukkan air dan jerang sehingga nasi kering airnya.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi beserta rempah - rempahnya. Kacau dan tutup periuk.
8. Tanak sehingga nasi masak.

Lompat Tikam


Bahan - bahan

Bahagian bawah

1 1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
4 helai daun pandan
1 cawan air
1 sudub air kapur makan

Bahagian atas

1/2 cawan tepung beras
1 cawan pati santan
1 cawan air
secubit garam

Air gula

2 keping gula kerek
4 sudub gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul

Cara - cara

1. Kisar daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis air pandan ke dalam periuk.
2. Masukkan 1 1/2 cawan tepung beras dan air kapur ke dalam periuk itu. Kacau rata supaya tidak bergentel.
3. Masak di atas api sederhana besar. Kacau sentiasa sehingga adunan ini pekat, berkilat dan meletup - letup.
4. Tuangkan ke dalam bekas dan ratakan.
5. Campur rata pula 1/2 cawan tepung beras, pati santan, air dan garam di dalam sebuah periuk. Kacau rata supaya tidak bergentel.
6. Masak adunan ini , sambil sentiasa di kacau, sehingga pekat, berkilat dan meletup - letup juga.
7. Tuangkan ke atas adunan bawah tadi. Ratakan dan sejukkan
8. Campur gula kerek, gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk. Didihkan sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
9. Hidangkan kuih dengan air gula.

Kaya

Bahan - bahan

1 biji kelapa - diambil 4 cawan santan
3 biji telur - dipukul sedikit
1 3/4 cawan gula pasir
1 sudub tepung jagung
2 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul
2 sudub gula pasir
sedikit air panas

Cara - cara

1. Masukkan 2 sudu besar gula pasir ke dalam periuk. Didihkan hingga menjadi karamel. Masukkan beberapa sudu besar air panas. Kacau rata supaya karamel tidak membeku.
2. Masukkan santan, telur, tepung jagung dan daun pandan.
3. Jerang sehingga pekat sambil sentiasa di kacau supaya tidak hangus di bahagian bawah.
4. Angkat dan keluarkan daun pandan. Sejukkan,
5. Tuang ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.

Thursday, August 27, 2009

Ayam Masak Merah

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dicuci dan dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
1/2 bungkus kecil serbuk kari daging
sedikit bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
5 tangkai cili kering - dibuang biji, potong kecil, direndam dan dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji buah tomato masak ranum - dikisar
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudub cuka
1/2 biji kelapa - diambil santan pekat.
garam dan sedikit gula

Cara - cara

1. Serbuk kunyit dan garam dilumur pada ayam. Perap selama 30 minit dan goreng sehingga separuh masak. Keluarkan dan ketepikan.
2. Panaskan periuk dan masukkan 3 - 4 sudu besar minyak lebihan menggoreng ayam tadi. Tumis rempah penumis dan bawang - bawang yang dihiris. Goreng sehingga layu.
3. Masukkan bawang - bawang dan halia yang dikisar serta serbuk kari. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
5. Masukkan buah tomato kisar, sos tomato, sos cili dan cuka. Didihkan sehingga terbit minyak.
6. Masukkan ayam dan kacau sebati.
7. Tuang santan pekat secukupnya. Jerang dengan api perlahan sehingga terbit minyak dan pekat.
8. Tambah garam secukup rasa dan jika suka sedikit gula. Didihkan sebentar dan angkat.

Kek Cokelat Ina

Bahan - bahan

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air
1/4 cawan gula
1/2 cawan mentega
1 cawan + 2 sudub gula aising
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 suduk emulco cokelat

Cara - cara

1. Masukkan serbuk koko, air dan gula pasir ke dalam periuk. Campur rata dan didihkan hingga mendidih dan pekat di atas api yang kecil. Tutupkan api dan sejukkan.
2. Pukul gula aising dan mentega sehingga pucat dan kembang.
3. Masukkan telur satu persatu sehingga rata.
4. Masukkan adunan koko yang di masak tadi. Kacau rata.
5. Masukkan emulco cokelat. Kacau rata juga.
6. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balik.
7. Tuang adunan kek ke dalam tin pembakar yang telah di griskan dan di taburi tepung.
8. Bakar di dalam oven bersuhu 175C .

Pancake TJ

Bahan - bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudub gula pasir
2 suduk serbuk penaik
3/4 suduk garam halus
1 1/3 cawan susu segar
3 sudub minyak masak/ mentega cair
1 biji telur - dipukul kembang sedikit
mentega

Cara - cara

1. Campur rata tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik dan garam halus di dalam mangkuk.
2. Campur rata susu segar, minyak atau mentega cair dan telur di dalam mangkuk lain.
3. Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. Kacau rata setakat untuk membasahkan bahan - bahan kering.
4. Oles permukaan kuali leper dengan mentega.
5. Tuangkan satu senduk kecil adunan pancake. Masak sehingga permukaannya berbuih dan tepinya kelihatan kering.
6. Terbalikkan dan masak sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan.
7. Keluarkan dan hidang bersama kaya, madu, jem atau dioles dengan mentega.

Pie Epal

Bahan - bahan

Kulit pastry

2 cawan tepung gandum
1 suduk garam halus
3/4 cawan majerin - disejukkan.
5 - 6 sudub air ais

Isian

4 biji epal hijau - dikupas kulitnya dan dihiris sederhana nipis.
2 suduk jus limau nipis
2 sudub tepung jagung
1/4 suduk garam halus
1/2 cawan gula pasir
1/2 suduk serbuk kulit kayu manis

Cara - cara

1. Sejukkan tepung gandum di dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan dan taburkan garam halus ke dalamnya. Campur rata dengan menggunakan garfu.
2. Campur rata majerin ke dalam tepung sehingga berupa seperti serbuk roti.
3. Percikkan air ais sedikit - sedikit sambil di gaul perlahan - perlahan dengan garfu sehingga menjadi doh.
4. Dengan menggunakan tangan bahagi doh kepada dua bahagian - satu bahagian kurang sedikit dari yang satu lagi - dan bentukkan seperti bebola. Leperkan dan bungkuskan dengan plastik cling wrap. Sejukkan di dalam peti sejuk ( bukan di freezer ) selama 30 minit sebelum di canai.
5 Sementara itu, campur rata hirisan epal dengan tepung jagung, garam, gula pasir dan serbuk kayu manis.
6. Selepas 30 minit keluarkan doh pastry. Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambil doh yang lebih besar dan canai bulat setebal 1/8 inci dan 2 inci lebih besar dari acuan pie. Letak doh ini ke dalam acuan pie sebagai lapisan bawah.
7. Masukkan isian epal ke dalamnya.
8. Ambil doh yang lebih kecil pula. Canai setebal 1/8 inci juga. Letakkan ke atas isian epal bagi menutup isian.
9. Toreh - toreh sedikit di tengah - tengah permukaan doh atas. Letakkan 2 sudu kecil majerin di dalam torehan itu.
10. Oles permukaan doh dengan campuran telur dan susu segar.
11. Bakar di dalam oven bersuhu 200C sehingga permukaan doh berwarna keemasan.

* Oles permukaan doh bawah dengan telur yang telah dipukul sebelum meletak isian epal supaya doh bawah tidak masih basah walaupun setelah di bakar.

Apam Gula Melaka

Bahan - bahan

4 cawan tepung beras
1 cawan pisang masak ranum yang sudah dilecek
1 cawan gula melaka
2 suduk serbuk lada hitam
2 suduk serbuk halia
2 suduk lengkuas parut
sedikit air
1 cawan kelapa parut
secubit garam halus

Cara-cara

1. Campur rata tepung beras, pisang lecek, gula melaka, lada hitam, serbuk halia dan lengkuas di dalam mangkuk dengan sedikit air. Adunan hendaklah adunan yang pekat.
2. Perap adunan ini semalaman.
3. Keesokan harinya, panaskan kuali di atas api yang sederhana besar.
4. Oleskan kuali dengan minyak dan tuangkan 1 senduk besar adunan yang diperap itu. Masak sehingga bawahnya kering dan masak. ( tidak perlu membalikkan apam )
5. Keluarkan dari kuali dan hidangkan bersama kelapa parut yang dicampur garam.

Ayam Masak Periaman

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dicuci dan dipotong - potong
3-4 sudub minyak masak
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang daun kari
1 bungkus kecil serbuk kari daging
1 1/2 inci halia - dikisar
8 ulas bawang merah - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
3 biji buah keras - dikisar halus
1 batang serai - dimemar
1/2 sudub sos tomato
1 sudub asam jawa
1/4 cawan air - dicampur dengan asam jawa.
2 1/2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
garam dan gula.

Cara - cara

1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumisan, bahan - bahan kisar dan serai sehingga kuning.
2. Masukkan serbuk kari, daun kari dan halia. Goreng sehingga garing.
3. Masukkan sos tomato, santan dan air asam jawa. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak.
4. Masukkan ayam dan didihkan sehingga ayam empuk.
5. Masukkan garam dan sedikit perasa atau gula secukup rasa. Didihkan sebentar dan angkat.

Tuesday, August 25, 2009

Tart Telur


Bahan - bahan

2 cawan tepung gandum
150 gm/ 10 sudub mentega atau majerin
1/2 suduk serbuk penaik
1 biji telur - dipukul sedikit
3 sudub gula halus
1 suduk garam

cara - cara

1. Campur rata tepung gandum, gula halus dan garam di dalam sebuah mangkuk.
2. Buatkan lubang di tengah - tengah campuran tepung dan masukkan telur. Campurkan bahan - bahan ini dengan garfu sehingga rata.
3. Masukkan mentega atau majerin. Campurkan nya sehingga menjadi doh.
4. Letakkan di dalam plastik cling wrap dan sejukkan selama 30 minit di dalan peti sejuk.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan canai nipis. Terap bulat dan masukkan ke dalam acuan tart atau muffin yang telah digriskan.
6. Cucukkan permukaan doh dengan garfu.
7. Bakar di dalam oven kepanasan 180C selama 10 minit.
8. Keluarkan dan tuang isian kastad dan bakar semula selama 10 - 15 minit.

Isian kastad

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1/2 sudub tepung kastad
1/4 suduk esen vanilla
beberapa titis pewarna kuning

cara - cara

1. Didihkan air dan gula pasir sehingga gula larut sahaja dan tidak perlu sehinnga mendidih. Sejukkan.
2. Campur rata susu cair, tepung kastad dan vanilla di dalam mangkuk.
3. Masukkan telur yang telah di pukul sedikit dengan garfu.
4. Masukkan air gula. Kacau rata perlahan - lahan supaya adunan ini tidak berbuih - buih.
5. Tuangkan kastad ke dalam mangkuk pastry yang sudah di bakar sehingga penuh.
6. Bakar kembali sehingga isian kastad masak, kira - kira 10 - 15 minit.

Kuih Tako


Bahan - bahan

Beberapa helai daun pandan untuk membuat bekas kuih tako

Lapisan bawah
biji-biji jagung rebus / sengkuang yang didadu kecil

Lapisan hijau
1 bungkus tepung hoen kwee ( warna hijau )
4 cawan air
1 cawan gula

Lapisan putih
4 cawan santan
4 sudub tepung jagung
1 suduk garam

Cara - cara

1. Taburkan biji jagung atau sengkuang ke dalam bekas kuih tako.
2. Campur rata kesemua bahan - bahan untuk lapisan hijau di dalam periuk. Masak sehingga pekat dan berkilat dengan api sederhana besar. Tuang ke atas biji jagung atau sengkuang sehingga 3/4 penuh.
3. Campur rata juga kesemua bahan - bahan untuk lapisan putih di dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat juga. Tuangkan ke atas lapisan hijausehingga memenuhi bekas kuih tako.

Bubur Lambuk


Bahan - bahan

2 cawan beras
1 biji ubi keledek - di kupas dan di dadu kasar
6 ekor ikan selayang - di rebus dengan garam dan asam keping
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dihiris nipis
1 ikat pucuk paku - di kerat pendek
1/2 sudub serbuk lada hitam
sedikit kerisik
3/4 cawan pati santan
garam

Cara - cara

1. Rebus beras dengan air yang banyak sehingga menjadi bubur.
2. Masukkan keledek, isi ikan rebus , bahan - bahan kisar dan halia. Masak sehingga keledek empuk.
3. Masukkan pucuk paku, serbuk lada hitam dan kerisik.
4. Masukkan santan dan garam dan masak sehingga mendidih.

Sunday, August 16, 2009

Nasi Beriani Segera

Bahan bahan

2 cawan beras basmathi - cuci, rendam selama 1 jam dan toskan.
1 biji bawang besar - dicincang halus.
5 biji cili hijau - di cincang kasar
1 inci halia - ditumbuk
1/4 tin susu cair
2 1/2 cawan air
1 keping paha ayam
1 helai daun pandan
minyak sapi/ majerin/ minyak masak.
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga.

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis ( kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga
lawang )
2. Masukkan bawang besar, cili hijau dan halia. Tumis hingga cili hijau layu.
3. Masukkan susu dan air. Jerang hingga mendidih.
4. Tambah ayam dan daun pandan. Masak sehingga ayam empuk.
5. Masukkan beras. Jerang sehingga air kering. Tutup periuk dan tanak nasi sehingga benar - benar masak.

Roti Goreng Garing

Bahan - bahan

Batter salutan

2 cawan tepung gandum
1 sudub majerin
1 suduk garam
sedikit gula
2 1/2 cawan air
pewarna makanan warna kuning

8 keping roti sandwich
jem

Cara - cara

1. Campur rata tepung gandum, majerin, garam dan gula di dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan air. Kacau rata.
3. Titiskan beberapa titis pewarna makanan. Ketepikan dan perap selama 10 minit.
4. Buang kulit roti dari setiap keping roti.
5. Sapukan jem pada permukaan 4 keping roti. Lapiskan dengan lebihan roti ( 4 keping lagi ).
6. Potong kepada 4 bahagian.
7 Panaskan minyak. Celupkan kepingan roti di dalam batter dan goreng sehingga keemasan.

Kuih Tepung Bungkus

Bahan - bahan

Daun pisang - dikerat segi empat tepat dan dilayur sedikit.

A. 1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
1/2 suduk garam

Campur kesemua bahan di dalam periuk.
Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
Letakkan beberapa sudu adunan ini di atas daun pisang.
Letakkan dua biji inti. Bungkus adunan dengan daun pisang.
Atur di dalam kukusan dan kukus selama 20 minit.

B. inti

1/2 biji kelapa - di buang kulit ari dan parut
1 buku gula melaka - parut
4 sudub tepung pulut
1 helai daun pandan - disiat - siat dan disimpul


Masak kelapa parut, daun pandan dan gula melaka sehingga kering. Sejukkan.
Bentukkan inti menjadi bebola kecil.
Golek - golekkan dengan tepung pulut. Ketepikan.

Saturday, August 15, 2009

Pajeri Terung

Bahan - bahan

3 biji terung panjang - dipotong dua memanjang tetapi tidak putus
3 sudub minyak masak
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji pelaga
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudub serbuk kari daging
1 sudub udang kering - rendam, tos dan tumbuk halus
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
asam jawa
2 sudub kerisik
2 sudub gula pasir
garam

Cara - cara

1. Panaskan minyak dan tumis rempah campak dan bahan - bahan kisar. Tumis sehingga garing.
2. Masukkan serbuk kari daging yang telah dicampurkan sedikit air. Goreng sehingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan udang kering, santan, air, air asam jawa, kerisik dan terung. Jerang hingga mendidih dan terung empuk.
4. Tambah gula dan garam secukup rasa. Didihkan sekejap dan tutup api.

Friday, August 14, 2009

Nasi Bukhari

Bahan - bahan

1 ekor ayam - cuci dan potong 12
4 sudub minyak sapi
10 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudub rempah kurma
1 sudub sos tomato
1/2 cawan susu cair
4 cawan air
garam , gula
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam selama 1 jam. tos.
1 pokok daun ketumbar - dipotong

Cara -cara

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar serta kulit kayu manis, pelaga cengkih dan lawang sehingga garing.
2. Masukkan campuran rempah kurma dan sos tomato. Masak sehingga rempah garing.
3. Masukkan susu cair, air, garam dan gula. Rebus hingga mendidih.
4. Masukkan ayam. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan beras dan daun ketumbar. Tanak sehingga air kering. Tutup periuk dan tanak hingga nasi masak.

* tabur bawang goreng, kismis goreng dan gajus goreng di atas nasi ketika menghidang.

Blondies

Bahan - bahan

Panaskan oven kepada 175C

Gris dan tabur tepung kepada tin pembakar.

Bahan - bahan

2 cawan tepung gandum
1/4 suduk baking soda
1 suduk baking powder
1 suduk garam halus

2/3 cawan mentega - dicairkan dan disejukkan
2 cawan gula perang
2 biji telur
2 suduk esen vanilla
1/2 cawan chocolate rice
1/2 cawan kekacang ( jika suka )

Cara - cara

1. Campur bahan - bahan kering sehingga rata di dalam bekas. Ketepikan.
2. Masukkan mentega cair dan gula perang di dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
3 Masukkan telur.Pukul hingga kembang.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Tabur chocolate rice dan kekacang. Kaup balik sehingga rata.
6. Tuang ke dalam tin pembakar.
7. Bakar selama kira - kira 25 - 30 minit.

* chocolate chips boleh diganti dengan chocolate rice.

Koleh Kacang

Bahan bahan

1 cawan santan pekat
1 biji telur putih - dipukul sedikit
1 cawan gula merah
3 sudub gula pasir
1 cawan air
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan santan
2 helai daun pandan

Cara- cara

1. Didihkan santan pekat dan telur putih diatas api yang perlahan sehingga menjadi tahi minyak. Keluarkan tahi minyak. Ketepikan untuk di tabur di atas kuih kole.
2. Didihkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air sehingga gula larut. Angkat dan sejukkan.
3. Campurkan air gula dengan tepung kacang hijau dan santan. Kacau sehingga rata.
4. Tuang ke dalam lebihan minyak tadi dan kacau berterusan sehingga pekat.
5. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.
6. Tabur tahi minyak di atas permukaannya.

Pencuk Mangga Muda

Bahan - bahan

3 biji limau kasturi - diambil jusnya
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
garam dan gula

5 biji mangga muda - dikupas dan racik
2 biji timun - dibelah dua, buang empulur dan didadu
3 biji bawang besar - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudub udang kering - disangrai dan ditumbuk

Cara - cara

1. Campur rata jus limau, kedua-dua sos, garam dan gula.
2. Masukkan lain - lain bahan dan campur mesra.

Kari Ayam Timur Tengah

Bahan - bahan

1 ekor ayam - cuci dan potong 12 bahagian
3 sudub minyak masak
4 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dikisar
4 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 sudub serbuk kari daging + sedikit air
4 biji tomato masak ranum - cincang halus
3 biji lada hijau - cincang halus
garam

Cara - cara

1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih. Tumis hingga kekuningan dan masukkan rempah campak ( kayu manis, lawang, pelaga dan cengkih ).
3. Masukkan pes serbuk kari. Goreng sehingga garing.
4. Masukkan buah tomato dan cili hijau.
5. Masukkan ayam. Tutup periuk sebentar dan masukkan garam dan air. Masak sehingga ayam empuk.
6. Tambah sedikit gula dan garam secukup rasa.

Nasi Minyak

Bahan - bahan

5 cawan beras
3 sudub minyak sapi
2 sudub majerin
1 sudub minyak masak
2 - 3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - di kisar
1 inci halia - dikisar
1 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 - 5 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan - disiat - siat dan disimpul
5 - 6 cawan air
1 cawan susu cair
garam

Cara - cara

1. Beras di cuci dan di toskan. Ketepikan.
2. Panaskan kesemua jenis minyak di dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, lawang dan cengkih.
3. Masukkan bahan yang dikisar dan daun pandan. Goreng sehingga kekuningan.
4. Masukkan air dan susu cair. Rebus sehingga mendidih.
5. Masukkan beras dan garam. Masak sehingga nasi kering. Tutup periuk dan tanak sehingga nasi masak.

* tabur bawang goreng, kismis goreng dan badam goreng bila menghidangkannya

Thursday, August 13, 2009

Kuih Kasturi

Bahan- bahan

1 1/2 cawan kacang hijau - cuci, rendam beberapa jam.
1/2 biji kelapa - di parut
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah

Cara - cara

1. Rebus kacang hijau bersama air sehingga empuk dan lembut.
2. Masukkan kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Masak sehingga kering. Sejukkan.
3. Ambil adunan sebesar telur dan bulat - bulatkan. Leperkan sedikit.
4. Panaskan minyak.
5. Salutkan bebola kacang hijau dengan batter salutan. Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga salutan berwarna keemasan dan garing.

Batter salutan

1 cawan tepung beras
1 sudub tepung jagung
1 suduk serbuk kunyit
1/2 suduk air kapur makan
air
sedikit garam

*apabila adunan kacang sudah kering boleh di tambah sedikit tepung gandum untuk memekatkan adunan kacang.

Kek Lobak Merah

Bahan - bahan

1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak
1 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 suduk serbuk kulit kayu manis
1 cawan susu segar
1 cawan parutan lobak merah

Cara - cara

Panaskan oven pada suhu 180C

1. Pukul gula dan minyak sehingga pucat.
2. Masukkan telur. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan tepung dan serbuk kayu manis berselang - seli dengan susu segar sehingga rata.
4. Masukkan parutan lobak merah. Campur rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di gris dan di taburi tepung.
6. Bakar selama kira - kira 50 - 55 minit.

* boleh di tambah 1/2 cawan kekacang jika suka

Acar Nenas Terengganu

Bahan - bahan

1 biji nenas - di kupas dan di hiris kecil
1 biji bawang besar - di hiris nipis
1 1/2 sudub cili kisar
1 1/2 sudub gula pasir
garam
200 ml sos tomato

Cara - cara

1. Masukkan cili kisar, gula pasir, garam dan sos tomato ke dalam periuk. Didihkan sehingga mendidih dan gula larut. Angkat dan sejukkan.
2. Campurkan sos dengan nenas dan bawang hiris.

*gula pasir boleh di ganti dengan gula merah atau campuran kedua - duanya.

Pancake Pisang

Bahan - bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
1 suduk baking powder
1/2 suduk soda bicarbonate/ baking soda
3 sudub susu tepung
5 sudub gula pasir
secubit garam halus
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan pisang yang dilecek
1 cawan air

Cara - cara

1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk.
2. Campur rata bahan - bahan basah dan curahkan ke dalam bahan kering. Kacau sehingga rata.
3. Ketepikan selama 15 minit. Panaskan kuali leper.
4. Oleskan kuali dengan majerin dan tuang sesenduk adunan. Masak sehingga permukaan adunan yang di goreng berbuih dan terbalikkan. Goreng sehingga bahagian bawahnya keemasan.

Gulai Ayam Cili Api


Bahan bahan

1/2 ekor ayam - potong 6
10 ulas bawang merah
10 biji cili api merah
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 - 3 batang serai - di memar
2 keping asam keping
1 1/2 suduk serbuk kunyit
garam , gula

Cara - cara

1. Kisar halus bawang merah dan cili api.
2. Masukkan santan pekat, bahan yang di kisar, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3. Tambah asam keping, serai dan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
4. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Didihkan sebentar dan tutup api.

* gulai ini lebih sedap jika kuah santannya tidak terlalu pekat santannya.
* jumlah cili api bergantung kepada kepedasan yang di sukai.
* serbuk kunyit boleh di ganti dengan kunyit hidup.

Bubur Kacang


Bahan - bahan

1 cawan kacang hijau - cuci. Tos.
3 cawan air
1 cawan santan pekat
2 cawan air
6 keping gula kerek ( saiz kecil )
6 sudub gula pasir
secubit garam
1 inci halia - di memar
3 helai daun pandan - di siat dan di simpulkan

Cara - cara

1. Sangrai kacang hijau di dalam periuk dengan api kecil sebentar. Masukkan 3 cawan air dan tutup periuk. Rebus sehingga kacang hijau empuk dan kering air. Jika masih tidak empuk ( tidak pecah - pecah dan lembut ) hendaklah di tambah lagi air.
2. Masukkan santan pekat, 2 cawan air, gula kerek, gula pasir, daun pandan dan halia. Didihkan sehingga kepekatan yang dikehendaki.
3. Masukkan secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.

* untuk bubur kacang durian...tambah beberapa ulas durian selepas santan mendidih.
* gula kerek boleh di ganti dengan gula merah. Sukatannya bergantung kepada berapa " gelap " dan manis bubur yang di ingini.

Gulai Ayam Ala Kampung

Bahan - bahan

1 ekor ayam - dipotong 12

1/3 cawan minyak masak
1 inci kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 buah bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 sudub cili kisar

2 - 3 batang serai - dimemar
3 sudub serbuk kari daging
1/2 cawan air
2 biji kentang - di kupas dan di potong empat
1 - 2 keping asam keping
2 suduk garam
1 suduk gula
3 sudub kerisik
1/4 cawan santan pekat

Cara - caranya

1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang dikisar, cili boh dan serai. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan serbuk kari yang telah di campur dengan 1/2 cawan air. Tumis juga sehingga garing.
4. Tambah ayam dan kentang. Goreng sekejap dan tambah 2 cawan air. Masukkan juga asam keping. Masak sehingga mendidih dan ayam dan kentang empuk.
5. Masukkan garam gula dan kerisik.
6. Tambah santan dan didihkan sehingga kepekatan yang diingini.

Ayam Kicap Bugis


Bahan - bahan

1 ekor ayam - dipotong 12 bahagian.
serbuk kunyit
garam

bahan kisar

1 sudub jintan putih
1 sudub jintan manis
1/2 sudub lada hitam
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

1 biji bawang besar - hiris halus
minyak masak
air asam jawa
1/2 cawan kicap manis

Cara - caranya

1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Perap sebentar dan goreng 3/4 masak. Keluarkan dan ketepikan.
2. Ambil kira- kira 4 sudub besar minyak lebihan gorengan ayam tadi dan tumis bawang besar sehingga layu.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan ayam dan air asam jawa. Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
5. Masukkan kicap. Didihkan sebentar.

Ayam Ungkep

Bahan - bahan

1/2 ekor ayam - potong dan cuci
1 keping asam keping
air

bahan kisar
2 sudub biji ketumbar - disangrai
1/2 sudub jintan putih - disangrai
1 inci halia
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 suduk serbuk kunyit
1/2 sudub cili boh
2 sudub minyak masak
garam , gula

Cara - caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan yang dikisar sehingga garing.
2 Masukkan ayam, asam keping dan air.Tutup periuk dan renihkan sehingga sedikit pekat.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masak sehingga pekat.

*cili boh boleh diganti dengan cili api.

Urap

Bahan - bahan

1 ikat kangkung - potong dan celur
1 ikat bayam - potong dan celur
1 ikat kacang panjang - kerat kepada 1 inci panjang dan celur
1 cawan hirisan kobis putih - celur
1 cawan tauge - celur
2 helai daun limau purut - di hiris halus
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 suduk belacan
1 ruas kencur

1 suduk garam halus
1 sudub gula merah
1 biji kelapa - buang kulit ari dan parut

Cara - caranya

1. Tumbuk sehingga halus cili merah, bawang merah, bawang putih, belacan dan kencur.
2. Masukkan garam dan gula merah.
3. Campurkan kesemua sayuran dengan bahan tumbuk dan daun limau purut.

Jelatah

Bahan- bahan

1 nenas - kupas dan hiris
5 biji timun - potong dua. Buang empulur dan hiris
2 biji tomato - di dadu
4 sudub gula pasir
1 suduk garam halus
50 ml air limau nipis / cuka
5 sudub sos tomato

Cara - caranya

1. Campur gula, garam, cuka atau air limau dan sos tomato sehingga mesra.
2. masukkan sayur - sayuran ke dalamnya. Campur mesra dan rasa gula dan garamnya.

* Tambah hirisan lada merah jika suka.

Homemade Susu Pekat Manis


Resepi 1

Bahan - bahannya

1 cawan susu tepung
3/4 cawan gula
4 sudub mentega
1/3 cawan air panas

Cara - caranya

1. Masukkan susu, gula dan mentega ke dalam pengisar.
2. Tuangkan air panas ke dalam pengisar. Kisar sehingga pekat.

* Jikalau bahan - bahan itu tidak tercampur rata, tambah sedikit air panas untuk menjadikan pes itu berkrim seperti susu yang di beli.

*adunan ini tidak perlu di didihkan.


Resepi 2 -

3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 cawan + 2 sudub susu tepung

1. Campur kesemuanya di dalam periuk.
2. Didihkan sehingga mendidih dan pekat

* guna api yang kecil supaya tidak hangit dan kacau berterusan.
*kedua - dua resepi bersamaan dengan 1 tin susu pekat manis.

Jeruk Mangga


Bahan - bahan

20 biji mangga muda
1 cawan cuka
2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
garam kasar

Cara - caranya

1. Kupas mangga dan belah dua. Hiris sederhana nipis.
2. Cuci bersih. Rendam dalam air bercampur garam kasar semalaman. Pastikan mangga terendam di dalam air garam.
3. Buang air garam keesokannya. Cuci bersih dan toskan .
4. Campurkan 2 1/2 cawan air dengan gula pasir, cuka dan sedikit garam di dalam periuk . Didihkan campuran ini sehingga gula larut dan mendidih.
5. Masukkan hirisan mangga ke dalam botol kaca. Tuang air jeruk ke dalam botol. Tutup botol ketat - ketat. Simpan pada suhu bilik selama 3 - 4 hari. Kemudian simpan di dalam peti ais.

* Guna sudu kering apabila mengambil jeruk supaya ia tidak menjadi rosak.
* air jeruk di didihkan lama sedikit supaya tidak terlalu cair ...supaya jeruk terasa tidak terlalu bercuka dan lebih manis.

Wednesday, August 12, 2009

Kari Ayam Mamak

Bahan - bahan

1 kg ayam - cuci dan potong kecil
2 biji bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
25 biji cili kering - kisar
2 paket serbuk kari daging
beberapa biji bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak masak
2 biji kentang
3 keping asam keping
air
gula
garam

Cara Memasak

1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar, rempah kari, rempah tumis dan daun kari sehingga garing. Selepas itu masukkan ayam. Masak ayam selama 10 minit.
2. Masukkan kentang, asam keping dan satu cawan air. Didihkan selama 3 minit.
3. Kemudian masukkan satu mangkuk air. Tutup periuk dan didihkan sehingga kentang empuk dan kuah sedikit pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan garam dan gula secukup rasa.



Nasi Kabuli

Bahan - bahan
A.
2 suduk minyak sapi
1/2 biji bawang besar
8 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 biji cili merah - kisar
3 suduk serbuk ketumbar - kisar
1 1/2 suduk serbuk jintan putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
500 g daging
750 ml air panas
500g buah tomato - kisar dan tapis. Ambil airnya sahaja
sedikit serbuk kunyit
B
1 suduk minyak sapi
2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam selama 1 jam. Tos.

Cara memasak

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar yang di hiris. Masukkan cengkih, pelaga, kayu manis . Masukkan bahan - bahan kisar dan tumis sehingga garing.
2. Masukkan daging . Tumis sebentar dan tambah air panas.Masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan air tomato dan serbuk kunyit. Masak sehingga mendidih.
4. Sementara itu, di periuk lain, goreng beras sebentar dengan minyak sapi. Masukkan ke dalam periuk yang berisi daging. Tanak nasi sehingga kering dan masak.

* tabur atas nasi semasa menghidang dengan buah gajus atau badam goreng dan kismis goreng.


Donut Suria

Bahan - bahan

3 cawan tepung gandum
3 sudub susu tepung
3 sudub shortening
3 sudub gula pasir atau kastor
200 ml air suam
1 paket yis segera

Cara - caranya

1. Campur tepung, susu tepung, shortening ,gula pasir atau kastor dan yis segera.
2.Masukkan air suam sedikit - sedikit sambil menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekit di tangan. Letak doh dalam mangkuk , tutup mangkuk dengan plastik dan perap sehingga naik 2X ganda. Kempiskan dan uli sekejap. Tutup doh dan rehatkan 10 minit.
3. Canai di atas permukaan yang di taburi tepung.
4. Terap dengan acuan donut. Perap sehingga naik 2X ganda.
5. Goreng sehingga keemasan . Angkat dan toskan minyak. Sejukkan baru di taburi gula kisar.

Calzone Turki


Bahan -bahannya.

1 paket yis segera
1/2 suduk gula kastor
1/2 cawan air suam
3/4 cawan susu segar suam
2 sudub minyak atau mentega cair
3 cawan tepung gandum
1 suduk garam halus

Cara - caranya.

1. Campurkan tepung , gula kastor dan yis di dalam mixer atau sebuah mangkuk besar.
2. Air , susu , minyak atau mentega cair dan garam di satukan di dalam bekas lain. Kacau sebati dan curahkan ke dalam campuran tepung.
3. Uli sehingga lembut dan elastik. Letak semula kedalam mangkuk. Tutup mangkuk dengan kain atau plastik.
4. Perap adunan sehingga naik 2X ganda.
5. Tumbuk - tumbuk sedikit untuk keluarkan angin. Uli sekejap.
6. Letak semula kedalam mangkuk. Tutup mangkuk dengan kain atau plastik. Rehatkan selama 10 minit.
7.Bahagikan adunan kepada 2. Canaikan setiap satu selebar tin pembakar yang digunakan. Letakkan satu lapisan kedalam tin pembakar yang telah di griskan. Tutupkan permukaan dengan isian yang telah di masak dan disejukkan terlebih dahulu. Tutup isian dengan sekeping doh lagi.
8. Oles permukaan dengan mentega cair. Tutup tin pembakar dengan plastik atau kain. Perap kira- kira 30 minit.
9. Bakar dalam oven kepanasan 175C selama 30 - 35 minit. Oles permukaan dengan mentega apabila dikeluarkan dari oven.

Isian :

3 sudub minyak
1 biji bawang besar - di dadu
1 lada cameron hijau - di dadu
2 sudub serbuk kari daging
1 cawan daging lembu atau ayam kisar
1 batang lobak merah - di dadu
1 biji kentang - kupas dan di dadu
1/2 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
garam , gula
2 sudub sos tomato
1 sudub tepung jagung + 1 sudub air

Cara - caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan campuran halia, bawang putih dan serbuk kari. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan daging kisar , kentang dan lobak merah. Tambah sedikit air. Masak sehingga kesemuanya empuk.
4 Masukkan lada cameron, sos tomato, gula dan garam.
5. Tambah campuran tepung jagung dan air untuk memekatkannya.
6. Tutup api. Sejukkan.

* selepas diletakkan isian di atas permukaan lapisan doh bawah , saya letak sedikit sos cili untuk mendapatkan "rasa malaysia nya ", baru di lapiskan dengan lapisan atas.



Kuih Batik


Bahan - bahannya.

1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan Milo atau Vico
1 tin susu cair
1 cawan + 4 sudub gula pasir
3 sudub majerin
1 paket biskut marie - patah - patahkan

Cara - caranya.

1. Letakkan kesemua bahan - bahan kecuali majerin dan biskut ke dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan sehingga gula larut dan adunan sedikit pekat.
2. Masukkan majerin. Kacau sehingga majerin cair dan bercampur mesra dengan bahan - bahan lain.
3. Masukkan biskut. Salutkan adunan koko itu dengan biskut dan tuangkan ke dalam bekas atau acuan yang di alas dengan kertas minyak atau telah di griskan.Tekan - tekankan sehingga padat.
4. Biarkan sejuk dan letakkan di dalam peti ais ( bukan freezer ) sehingga mengeras.