Sunday, August 28, 2011

Karipap Pusing

Bahan-bahan

Doh A
1 cawan tepung gandum
6 - 7 sudub marjerin

Doh B
2 cawan tepung gandum
secubit garam halus
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Cara-caranya

1. Doh A - gaul marjerin ke dalam tepung gandum sehingga bercampur rata dan boleh dikepal. Tutup dan ketepikan. Bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan.
Doh B - campur rata tepung gandum dan garam halus. Tuang minyak masak ke dalam tepung gandum dan gaul agar bercampur rata dan seperti serbuk roti. Tuang air suam sedikit-sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekit di tangan. Uli sekejap sehingga ia lembut dan licin. Tutup doh dan ketepikan selama 30 minit. Bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan.
2. Ambil satu doh B dan leperkan. Ambil satu bebola doh A , letakkan diatas doh B tadi dan bungkus doh A. Ulang-buat sehingga habis semua doh A dibungkus doh B.
3. Ambil satu bebola doh yang sudah dibungkus dan canai nipis kepada bentuk empat persegi memanjang.
4. Gulung doh kemas-kemas.
5. Pusingkan gulungan doh sebanyak 90 darjah dan canai nipis semula.
6. Gulung sekali lagi dan letakkan sedikit air dihujung gulungan supaya hujungnya tidak terbuka.
7. Hiris doh yang digulung kepada beberapa kepingan.
8. Ambil satu hirisan doh, letakkan permukaan yang dihiris memandang keatas dan canai nipis membulat.
9. Letak inti ditengah dan lipat dua. Kelimkan tepinya.
10. Ulang-buat kesemuanya sehingga habis. Goreng sehingga keemasan dengan api yang kecil. Angkat dan toskan minyaknya.



Inti

1 biji keledek yang besar - dikupas dan didadu kecil
1 biji bawang besar - dicincang kasar
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/4 - 1/2 cawan udang kering - direndam dan dikisar
1 sudub cili kisar
3 sudub serbuk kari daging/ ikan/ campuran kedua-duanya
2-3 cawan air
garam dan gula
sedikit daun sadri
2 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis cili kisar sehingga garing.
2. Masukkan bahan- bahan yang dikisar dan serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan keledek dadu, garam, gula dan air. Kacau rata dan tutup kuali. Masak sehingga keledek empuk dan inti hampir kering.
4. Masukkan bawang besar cincang dan daun sadri. Masak sehingga bawang layu.Angkat dan sejukkan.

Saturday, August 20, 2011

Roti Bom

Bahan-bahan

2 1/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sudub marjerin - dicairkan
3/4 suduk garam halus
1 1/2 sudub susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan air
marjerin

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, garam halus kedalam mangkuk mixer.
2. Campur rata marjerin cair, telur, susu pekat manis dan air. Tuang kedalam tepung dan gaul rata. Gaul sehingga doh membola dan tidak melekat dipermukaan mangkuk mixer. Uli sehingga doh lembut.
3. Bahagikan doh kepada sepuluh bahagian dan bulat-bulatkan. Lengserkan bebola doh dengan marjerin dan atur didalam bekas. Tutup bekas dan perap doh beberapa jam.
4. Leperkan dan tarik doh sehingga nipis diatas permukaan yang bergris. Letakkan beberapa tompokan marjerin diserata bahagian tengah permukaan doh dan lipat dari dua tepi bertentangan sehingga bertemu ditengah. Gulung dari dua hujung serentak sehingga bertemu dan letakkan salah satu daripada dua gulungan diatas yang satu lagi. Leperkan sedikit dan ulang-buat sehingga habis.
5. Panaskan kuali leper, letak sedikit marjerin.
6. Ambil sebiji bebola doh yang sudah diproses tadi, leperkan sedikit dan goreng sehingga garing kedua-dua belah permukaan doh. Angkat dan hidang dengan kuah yang disukai.

Pizza

Bahan-bahan

2 - 2 1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera
3 sudub minyak zaiton
1 suduk gula pasir
1/2 cawan air suam
1 suduk garam halus

tomato - dihiris bulat
lada benggala hijau - dihiris
kepingan nenas dalam tin - didadu
1 keping dada ayam - dihiris nipis dan ditumis sehingga kering dengan perencah yang disukai
keju

Cara-caranya

1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, yis segera, gula pasir dan minyak zaiton kedalam mangkuk mixer. Campur rata.
2. Tuang campuran air suam dan garam halus kedalam campuran tepung sambil terus digaul rata. Gaul sehingga doh membola dan tidak melekat pada mangkuk mixer. Tambah tepung sedikit-sedikit jika doh terlalu lembik. Uli doh sehingga lembut dan elastik. Letak doh didalam bekas yang telah digriskan dan golek-golekkan doh dipermukaan bekas yang bergris. Tutup bekas dan perap sehingga doh naik 2X ganda.
3. Kempis doh dengan lembut dan uli sebentar. Tutup doh dan perap semula 10 minit.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian . Ambil setiap satu dan leperkan didalam dua dulang pembakar yang sudah digriskan. Oles sos pizza dan atur hirisan tomato, hirisan lada benggala, nenas dadu dan hirisan ayam. Tabur keju, tutup doh pizza dan perap sehingga naik/ terus bakar.
5. Bakar pada suhu 175C selama 25-30 minit.

Sos Pizza

Bahan-bahan

2 sudub minyak masak
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - didadu halus
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
sedikit gula dan garam

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan kedua-dua sos beserta gula dan garam. Masak sehingga mendidih. Sejukkan.


Laksam


Bahan-bahan

3 cawan tepung beras
6-8 sudub tepung jagung
6 cawan air
1/2 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Campur semua bahan-bahan sehingga rata dan tidak berketul.
2. Tutup adunan dan ketepikan selama 30 minit.
3. Jerang air didalam kukusan sehingga mendidih.
4. Ambil sekeping tudung periuk, oles permukaannya dengan sedikit minyak masak dan letakkan didalam kukusan.
5. Panaskan tudung periuk dan tuang lebih kurang sesenduk ( bergantung kepada luas permukaan tudung periuk ) adunan laksam diatas permukaan yang sudah dioles minyak. Kukus sehingga adunan itu mengelembung.
6. Angkat keluar dan sejukkan sebentar sahaja. Gulung laksam dan letak diatas pinggan. Ulang buat adunan sehingga habis.

* oles minyak pada tudung periuk setiap kali sebelum menuang bater laksam yang baru.

Kuah

Bahan-bahan

5-6 ekor ikan selayang - direbus.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas - dimemar
2 sudub kerisik
1 sudub serbuk lada hitam
2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 1/2 - 2 cawan air
sedikit gula dan garam halus

Cara-caranya

1. Ambil isi ikan dan air rebusannya. Masukkan kedalam pengisar.
2. Tambah kedalam pengisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan sedikit air. Kisar kesemuanya sehingga halus.
3. Tuang kedalam periuk dan tambah lengkuas, air, santan pekat. serbuk lada hitam dan asam keping. Jerang sambil dikacau selalu sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kerisik. Didihkan sekali lagi dan angkat.

Ulam-ulaman
taugeh
timun
kacang panjang
daun kesum
kobis bulat
sambal belacan
limau nipis

Cara menghidang
Ambil sebatang laksam, gunting atau hiris 1/2 inci tebal dan letak kedalam pinggan. Tuang kuah diatasnya dan tabur ulam-ulaman beserta sambal belacan.




Onde- Onde Keledek


Bahan-bahan

2 cawan ubi keledek yang sudah direbus dan dilecek
3/4 cawan tepung pulut
secubit garam halus
gula kerek / gula melaka - didadu kecil
1/2 biji kelapa - parutan putih sahaja
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Campur rata kelapa parut putih bersama secubit garam dan ketepikan.
2. Campur rata ubi keledek lecek bersama tepung pulut sehingga mendapat doh yang boleh dibentuk. Tambah lebih tepung pulut sedikit-sedikit jika masih lembik.
3. Ambil sejemput doh, leperkan dan letak seketul dadu gula kerek ditengahnya. Bungkus dadu gula dan ulang- buat sehingga habis doh.
4. Jerang air sehingga mendidih dan masukkan beberapa biji doh yang dibentuk tadi dan rebus sehingga ia terapung kepermukaan air. Keluarkan sambil ditos airnya dan terus letakkan diatas kelapa parut. Golek-golekkan didalam kelapa parut sehingga ia bersalut rata dengan kelapa parut. Ulang buat sehingga habis.
5. Keluarkan dan susun didalam piring.

Puding Jagung

Bahan-bahan

1 cawan tepung kastad
3 cawan air
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
1 tin jagung krim
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Campur rata semua bahan-bahan di dalam sebuah periuk.
2. Masak diatas api yang kecil dan kacau sehingga adunan menjadi pekat, meletup-letuo dan berkilat.
3. Angkat dan tuang ke dalam acuan yang disukai. Sejukkan dahulu sebelum didinginkan didalam peti sejuk.

Monday, August 15, 2011

Kuih Belimbing


Bahan-bahan

1 cawan air
1 sudub gula pasir
1/2 suduk esen vanila
1 1/2 sudub marjerin
1 cawan tepung gandum
1 biji telur saiz besar - dipukul sedikit
minyak - untuk menggoreng
gula pasir - dikisar untuk salutan

Cara-caranya

1. Masukkan air, gula pasir, esen vanila dan marjerin di dalam periuk. Jerang di atas api sehingga gula dan marjerin larut serta air mendidih.
2. Tuang kesemua tepung dengan segera dan kacau dengan mengguna sudip kayu tanpa henti sehingga doh membola dan tidak melekat pada periuk.
3. Angkat periuk dari api dan sejukkan selama 5 minit.
4. Tuang telur ke dalam periuk tersebut dan gaulkan telur dengan doh sehingga telur rata menyerap didalam doh. Kacau doh selama 10 minit lagi dan sejukkan doh.
5. Masukkan doh kedalam acuan biskut dahlia dan tekan keluar doh sepanjang 2-3 inci. Letak diatas bekas yang ditaburi sedikit tepung dan buat sehingga habis doh.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat keluar dan sejukkan.
7. Tabur gula kisar sebelum menghidang.

* jika adunan ini digandakan, telur hendaklah dimasukkan sebiji- sebiji , kacau hingga sebiji telur menyerap sebati dengan adunan tepung dahulu baru dimasukkan telur yang seterusnya.

Wednesday, August 10, 2011

Laksa

Bahan-bahan

1 paket sphageti
air
salt
minyak masak

Cara-caranya

1. Rebus air sehingga mendidih.
2. Masukkan sedikit garam, minyak masak dan sphageti. Rebus sehingga ia terapung dan lebih lembut sedikit dari al dente
3. Angkat dan toskan.

Kuah

Bahan-bahan

6 ekor ikan selayang - direbus dan diambil isinya dan air rebusan
2 biji bawang besar
1-2 sudub serbuk lada hitam
2-3 keping asam keping
1 1/2 cawan santan pekat
2- 3 cawan air
garam halus

Cara-caranya

1. Kisar isi ikan dan bawang besar sehingga halus dengan air rebusan ikan.. Tuang kedalam periuk.
2. Tambah santan pekat, air, serbuk lada hitam dan asam keping.
3. Jerang diatas api dan kacau sentiasa sehingga mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa dan didihkan sebentar.
5. Rasa asam garamnya secukup rasa dan angkat.Hidangkan bersama sphageti dan ulam-ulaman.

Ulam-ulaman
kacang panjang
kobis bulat
timun
daun kesum
daun selasih
taugeh
limau nipis
sambal belacan

*sphageti boleh diganti dengan 1 paket laksa kering.

Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan

2 cawan ubi keledek yang sudah direbus dan dilecek
1- 1 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam halus


Cara-caranya

1. Campur keledek lecek, satu cawan tepung dan garam. Gaul rata dan jika perlu, tambah tepung sedikit-sedikit untuk mendapat doh yang boleh dibentuk ( tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut kerana ia bergantung kepada jenis keledek yang diguna )
2. Ambil sejemput doh, bulat-bulatkan ditapak tangan yang dilumuri tepung , leperkan dan isi inti. Tutup inti dan bulat-bulatkan semula. Leperkan sedikit dan ulang - buat sehingga habis doh.
3. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidangkan.

Inti
1/2 biji kelapa parut - diambil bahagian putih sahaja
1/2 cawan udang kering - direndam dan ditos
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai - dihiris
3 sudub cili kisar
1 suduk ketumbar - direndam
1 suduk jintan manis - direndam
1/2 suduk serbuk kunyit
2 cawan air
sedikit air asam jawa
2-3 sudub gula pasir
garam halus
2 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, serbuk kunyit dan udang kering dengan sedikit air sehingga halus. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa, lalu tuang dua cawan air dan sedikit air asam jawa. Renihkan sehingga ia kering.
6. Angkat dan sejukkan sebelum diguna.

Kuih Ropa

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
secubit garam halus
2 3/4 cawan air
1 sudub minyak masak
3 sudub susu cair

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga bercampur rata.
2. Tuang kedalam mangkuk dan ketepikan selama 15-30 minit.
3. Panaskan kuali leper dan oleskan dengan minyak. Tuang satu senduk bater dan leperkan nipis membulat. Masak sehingga permukaannya kering dan menggelembung.
4. Telangkupkan kulit dadar kedalam pinggan.
5. Letak 2-3 sudu besar inti diatas dadar, ratakan menjadi empat segi panjang dan lipat untuk membungkus inti.
6. Kuih boleh terus dihidang atau dicelup telur dan digoreng dengan sedikit minyak terlebih dahulu.

Inti ( 1 )

3 biji ubi kentang - dikupas dan didadu
1 cawan daging cincang
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
3 sudub serbuk kari daging
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit daun sadri
gula , garam halus
air
2 sudub minyak masak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar yang telah dicampur bersama serbuk kari sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan daging cincang, gaul rata dan masak sehingga kecut dagingnya.
3. Masukkan ubi kentang dan air. Gaul rata dan tutup kuali. Renih sehingga kentang dan daging empuk.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.
5. Tabur bawang besar dan daun sadri. Kacau rata dan masak sehingga bawang layu sedikit.
6. Angkat dan sejukkan

Inti ( 2 )
1 cawan daging cincang
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudub kicap
1-2 sudub serbuk lada hitam
sedikit garam
1 biji bawang besar - dihiris
2 sudub minyak masak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Tutup kuali dan renih sehingga daging empuk dan airnya kering.
3. Masukkan kicap, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Kacau rata.
4. Tabur bawang besar hiris dan masak sehingga bawang kayu.
5. Angkat dan sejukkan.

Inti ( 3 )

4 biji ubi keledek - dikupas dan didadu
2 ekor ikan selayang - direbus
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudub serbuk lada hitam
1/2 cawan santan pekat
air
gula , garam
2 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris

Cara-caranya
1. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Ketepikan
2. Masukkan air dan keledek kedalam kuali dan rebus sehingga keledek empuk.
3. Masukkan bahan-bahan kisar, serbuk lada hitam, isi ikan, gula, garam dan santan pekat. Gaul rata dan masak sehingga kering.
4. Tabur bawang hiris dan cili hiris dan kacau rata. Masak sehingga bawang dan cili layu.
5. Angkat dan sejukkan.

Tuesday, August 9, 2011

Jeli Kelapa

Bahan-bahan

2 biji kelapa muda
27 gm agar-agar tali - direndam sebentar
6 cawan air biasa
1 1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disiat dan disimpul

Cara-caranya

1. Kopek kelapa dan ambil airnya sebanyak 6 cawan. Korek isinya dan cincang sederhana halus dan ketepikan.
2. Masak air biasa bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
3. Masukkan gula pasir dan daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dan mendidih.
4. Tuang air kelapa berserta isi kelapa kedalam agar-agar. Kacau rata dan tutup api.
5. Tuang kedalam bekas yang disukai dan sejukkan. Dinginkan didalam peti sejuk sebelum dihidang.

* sukatan air biasa dan air kelapa hendaklah sama banyak.

Sunday, August 7, 2011

Taufufa

Bahan-bahan

2 cawan kacang soya - direndam selama 8 jam
8 cawan air
3 helai daun pandan - disiat-siat dan disimpul
2 cawan air
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir

Cara-caranya

1. Tos kacang soya dan buang kulitnya.
2. Kisar dengan 8 cawan air dan dapatkan sukatan sebanyak 8 cawan air soya. Ketepikan.
3. Panaskan 2 cawan air dan larutkan serbuk agar-agar sehingga benar-benar larut.
4. Masukkan gula pasir dan kacau sehingga gula larut.
5. Tuang air kacang soya dan masukkan daun pandan. Jerang selama 5-6 minit.
6. Tuang kedalam bekas yang disukai dan sejukkan. Dinginkan didalam peti sejuk sebelum dihidang.
7. Hidang bersama air gula putih atau air gula merah.

Air Gula

Air Gula Putih
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk dan masak sehungga gula larut.

Air Gula Merah
2 ketul gula melaka - dhiris halus
2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk dan masak sehingga gula larut.

* boleh diguna air soya sedia-siap didalam kotak dengan sukatan yang sama tetapi tidak perlu memasukkan 1/2 cawan gula itu.
* 10gm serbuk agar-agar boleh diganti dengan 20gm agar-agar tali.
* hampas kacang soya selepas membuat taufufa masih boleh digunakan untuk membuat air kacang soya .

Wednesday, August 3, 2011

Air Nenas

Bahan-bahan

1 biji nenas
1 cawan gula pasir
1 cawan air
3-4 biji bunga cengkih
pewarna makanan warna kuning

Cara-caranya

1. Kupas nenas dan buang empulur tengah. Racik nipis dan ketepikan.
2. Jerang air, gula dan bunga cengkih sehingga gula larut.
3. Masukkan nenas, tutup periuk dan masak sehingga nenas layu.
4. Titiskan beberapa titis pewarna makanan dan didihkan sekejap.
5. Angkat dan sejukkan. Untuk menghidang, tambah air dan air batu secukupnya sesuai rasa.

Tuesday, August 2, 2011

Puding Kastad

Bahan-bahan

Puding :

1 cawan tepung kastad
5 cawan air
3 sudub gula pasir

Cara-caranya

1. Campur ketiga-tiga bahan di dalam periuk. Kacau sehingga bercampur rata dan tidak berketul-ketul.
2. Tenggek periuk di atas api dan masak sehingga kastad meletup-letup, menjadi pekat dan berkilat.
3. Masukkan buah-buahan cocktail dan gaul rata.
4. Tuang kedalam acuan atau bekas yang disukai. Sejukkan dan dinginkan di dalam peti sejuk.

Sos

1 tin buah-buahan dalam tin ( fruit cocktail ) - airnya sahaja
1 tin susu cair
1/2 cawan air
1 sudub tepung kastad
4 sudu penuh gula pasir
1 suduk esen vanila

Cara-caranya

1. Campur air dan tepung kastad. Kacau rata supaya tidak berketul.
2. Masukkan bahan-bahan lain kecuali esen vanila. Kacau rata dan masak sehingga gula larut dan sos naik wap sahaja.
3. Masukkan esen vanila.
4. Sejukkan dan dinginkan di dalam peti sejuk.

Monday, August 1, 2011

Acar Nenas

Bahan-bahan

1 biji nenas - dikupas dan dipotong nipis
2 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji bawang besar - dihiris lapan
1 inci halia - dihiris nipis
4 biji cili hijau - dibelah 2 tidak putus
4 biji cili merah - dibelah 2 tidak putus
2 sudub udang kering
2 sudub gula pasir
3/4 cawan cuka
garam halus
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Rendam udang kering, toskan dan kisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar , udang kering dan halia sehingga bawang layu.
3. Tuang cuka, gula dan garam halus. Kacau rata. Tuang sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan kepingan nenas, cili hijau dan cili merah. Campur rata dan masak sehingga nenas dan cili-cili layu. Angkat dan hidangkan.

Acar Tumis

Bahan-bahan

1 batang lobak merah - dihiris nipis
1 batang timun - dibuang empulur dan dihiris nipis
3 biji cili merah - dibuang biji dan dihiris halus
1 biji bawang besar - dibelah lapan
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar2 sudub cili kisar
1 sudub biji sawi
2-3 sudub gula pasir
1/4 cawan cuka
1/4 cawan air
garam halus
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar sehingga garing.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar berserta biji sawi dan tumis sehingga biji sawi meletup-letup.
3. Tuang air dan cuka. Kacau rata.
4. Masukkan gula pasir, garam halus , cili merah dan semua sayuran. Masak sehingga sayur-sayuran layu dan bercampur rata dengan kuah. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat.

Kari Ikan Tanpa Santan

Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1-2 sudub cili kisar
3-4 sudub serbuk kari daging / ikan
1 sudub penuh asam jawa
2 cawan air
1 biji buah tomato masak ranum - dicincang kasar
gula , garam
daun kari
1 suduk halba campur
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Campur rata bawang-bawang kisar, cili kisar dan serbuk kari untuk dijadikan pes. Ketepikan. Campurkan asam jawa bersama air untuk dijadikan jus asam jawa dan ketepikan juga.
2. Panaskan minyak dan tumis pes tadi, halba campur dan daun kari sehingga naik minyak.
3. Masukkan jus asam jawa dan buah tomato. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan, gula dan garam. Jerang sehingga ikan masak dan buah tomato hancur. Rasa asam garamnya sesuai rasa dan angkat