Tuesday, April 17, 2012

Pankek Epal Tanpa Telur

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 sudub gula pasir
1 suduk serbuk kayu manis
2 suduk serbuk penaik
1 biji epal hijau - dikupas, diracik/ didadu kecil
1 cawan susu
1 sudub minyak masak
secubit garam halus

Cara-caranya

1. Campur rata tepung gandum, gula pasir, serbuk kayu manis dan serbuk penaik di dalam sebuah mangkuk. Masukkan epal dan salutkan dengan tepung sehingga rata.
2. Campur rata susu, minyak masak dan garam halus dengan menggunakan garfu di dalam sebuah bekas lain.
3. Tuang campuran susu ke dalam campuran tepung dan gaul rata secara perlahan dengan garfu setakat membasahkan tepung.
4. Panaskan kuali leper, seletkan sedikit marjerin/ mentega/ minyak masak dan tuang sesenduk kecil adunan.
5. Apabila terdapat letupan kecil di permukaan adunan, terbalikkan dan masak sehingga permukaan bawah menguning. Angkat dan hidangkan dengan inti yang disukai.

* Jika tidak boleh mengambil bahan tenusu, gantikan susu dengan air.

0 comments: