BUBUR KACANG RESEPI KENDURI

BAHAN - BAHAN

7kg kacang hijau
5 kg santan pekat
3 paket besar gula kerek / gula melaka
Gula pasir secukupnya
Daun pandan
Sedikit halia - dimemar
secubit garam halus

CARA - CARA

1. Basuh kacang hijau. rendam semalaman didalam periuk besar / periuk yang akan digunakan untuk          memasak bubur tersebut.
2. Rebus kacang dengan air rendaman itu.Tambah lagi air jika perlu untuk merebus kacang sehingga          empuk dan pecah - pecah.
3. Masukkan daun pandan, halia, gula kerek / melaka dan gula pasir.
4. Tambah air lagi ikut kepekatan bubur yang dikehendaki.
5. Masak sehingga kedua - dua jenis gula larut dan sehingga mendidih.
6. Masukkan santan dan secubit garam. Renih sehingga mendidih.
7. Tutup api. Siap ntuk dihidangkan.

*
    Kacang hijau boleh juga tidak perlu direndam.
    Setelah dicuci tuang kacang hijau kedalam periuk dan sangrai sehingga kering. 
    Masukkan air secukupnya untuk menutupi paras kacang didalam periuk dan rebus sehingga                    kembang dan pecah - pecah.

Comments

Popular Posts