KARIPAP

                  


KULIT KARIPAP

BAHAN - BAHAN

1 kg tepung gandum

4 sudu besar tepung beras

4 sudu besar tepung jagung

1 cawan minyak masak

4 sudu besar marjerin

350ml air bercampur air batu 

1 sudu besar garam


CARA - CARA

1. Letakkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung didalam mangkuk. Gaul sebati.

2. Panaskan minyak masak dan marjerin sehingga marjerin cair. Terus tuangkan kedalam tepung dan gaul sehingga rata. 

3. Campur air dengan garam. Tuang sedikit- sedikit kedalam tepung sambil diuli dan adunan doh tidak melekat ditangan.

4. Perapkan selama 1 jam secara mangkuk doh bertutup supaya doh tidak terkena angin.

5. Selepas satu jam bolehlah di gelek nipis doh , ditekap dengan acuan karipap, diisi inti dan dikelim tepinya. Buat sehingga habis doh dan boleh mula menggoreng dengan minyak yg tidak terlalu panas secara deep fry. Goreng sehingga berwarna keemasan. Angkat dan toskan minyak.

6. Hidangkan.


INTI

A. INTI KENTANG

3 biji ubi kentang - dikupas dan didadu kecil

3 ulas bawang putih - ditumbuk lumat

1 keping dada ayam - didadu kecil

1 batang lobak merah - didadu kecil

1 biji bawang holland - didadu kecil

3 sudu besar serbuk kari daging

garam halus

3 sudu besar minyak masak 

Air

1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih dan serbuk kari sehingga garing. 

2. Masukkan ayam yang didadu. Kacau rata.

3. Masukkan lobak merah, kentang dan air. Air hendaklah separas menutupi lobak merah dan kentang. Biarkan mendidih dan kesemuanya empuk. Tambah air jika perlu. Masak sehingga kering dan empuk.

4. Apabila sudah empuk masukkan bawang holland dadu. Tunggu sehingga bawang sedikit lembut dan letak garam halus secukup rasa. 

5. Angkat dan sejukkan sebelum diguna.

 

Comments

Popular Posts