Wednesday, September 21, 2011

Ayam Cili Hijau

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 suduk serbuk kunyit
1 suduk garam halus
10 biji cili hijau - dikisar
3 biji cili api hijau - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris membulat
sedikit garam dan gula pasir
air
minyak masak

Cara-caranya

1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Keluarkan dan ketepikan.
3. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak lebihan gorengan ayam dan tumis semua bahan-bahan yang dikisar sehingga agak garing dan naik minyak.
4. Masukkan ayam dan gaul rata dengan bahan-bahan yang ditumis.
5. Tuang satu cawan air atau lebih, garam dan gula dan masak sehingga ayam empuk.
6. Apabila kuah agak memekat sedikit, masukkan bawang besar yang dihiris membulat. Masak sehingga bawang layu sedikit dan tutup api.

* cili api boleh ditiadakan jika tidak suka rasa pedas / dilebihkan jika sebaliknya.

0 comments: