Wednesday, November 21, 2012

Cinnamon Roll Tanpa Telur



Bahan-Bahannya

2 cawan air susu suam
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 paket yis segera
3 3/4 cawan tepung gandum

1/2 sudut serbuk penaik
1/2 sudut soda bikarbonat
3/4  - 1 cawan tepung gandum
1 sudut garam halus
tepung gandum.

marjerin
gula perang / choc chips

Cara - Caranya.

1. Masukkan tepung gandum, gula dan yis segera ke dalam mangkuk mixer dan campur rata.
2. Campur rata air susu dan minyak jagung / masak. Tuang ke dalam mangkuk mixer yang berisi tepung tadi.
    Gaul rata semua bahan. Adunan akan sedikit lembik.
3.  Tutup mangkuk dengan plastik dan perap adunan sehingga ia naik 2X ganda.
4.  Kempiskan perlahan - lahan adunan tadi. dan masukkan serbuk penaik. soda bikarbonat, garam halus dan tepung gandum. ( yang 3/4 - 1 cawan ). Gaul rata semua bahan-bahan sambil menguli doh. Tambah tepung gandum lagi sedikit-sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tepi mangkuk mixer.
5. Rehatkan doh selama 10 minit.
6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai kepada 1/2 inci  tebal dan berbentuk empat segi.
7. Oles permukaan doh dengan marjerin. Tabur gula perang keserata permukaan marjerin. Gulung dari tepi yang panjang. Hiris 3/4 inci tebal setiap hirisan. Letakkan ke dalam tin pembakar yang telah di oles marjerin.
8.  Tutup tin pembakar dan perap sehingga doh naik hampir 2X ganda.
9. Bakar pada suhu 180C selama 35 - 45 minit./ keemasan permukaan roti.
10. Keluarkan dan terus oles marjerin di atas permukaan roti gulung.


* doh yang separuh lagi boleh disimpan di dalam bekas plastik yang besar yang telah digriskan dan ditutup rapat di dalam peti sejuk untuk digunakan keesokan harinya. Cuma perlu keluarkan dari peti sejuk dan biarkan hilang sejuknya. Lalu boleh teruskan dari proses no. 6  hingga 10.

0 comments: