Sunday, July 10, 2011

Nasi Lemak

Bahan-bahan

2 cawan beras - dicuci dan ditos
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 helai daun pandan - disiat dan disimpul
sedikit garam halus

Cara-caranya.

1. Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam periuk nasi elektrik.
2. Tanak sehingga masak.

Hidangan sampingan
telur rebus
kacang tanah goreng
kangkung celur
hirisan timun
daun salad

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis yang telah disiang
7 sudub cili kisar
2 biji bawang besar - 1 dikisar dan 1 dihiris
1 sudub asam jawa - diperah dengan 1 cawan air
garam
gula kerek/ gula pasir
minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan 1/2 cawan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga setengah garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan 4 sudub minyak lebihan gorengan dan tumis cili kisar sehingga garing.
3. Masukkan bawang kisar, air asam jawa, garam dan gula. Renihkan sehingga pekat dan naik minyak.
4. Masukkan semula ikan bilis. Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dihiris. Rasa asam garamnya dan angkat.

Sambal Ikan Tongkol/Aya

1 ekor ikan tongkol - disiang dan direbus dengan asam keping dan sedikit garam
7 sudub cili kisar
1 biji bawang besar - dikisar
2-3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudub asam jawa - diperah dengan 1 cawan air
garam, gula kerek
3 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
3. Tuang air asam jawa, garam dam gula kerek.Renih sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan rebus dan renih sehingga pekat. Rasa asam garamnya dan angkat.

* boleh dimasukkan sedikit sos tomato dan sos cili sebagai bahan memasak sambal.
* jika hendak sambal lebih pekat, kisar sejemput ikan bilis bersama bawang.

0 comments: