Wednesday, October 5, 2011

Sandwich Goreng

Bahan-bahan

10 keping roti sandwich
1 biji telur - dipukul
serbuk roti

Inti
3 biji telur - dipukul
3 sudu besar marjerin
1 biji bawang besar - didadu halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji buah tomato - didadu kasar
1/4 biji lada benggala - didadu kasar

Cara-caranya

1. Panaskan marjerin dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Tabur serbuk lada hitam ke atas bawang besar dan gaul rata.
3. Tuang telur keatas bawang dan biar sehingga telur mula mengeras. Cepat-cepat kacau dan hancurkan menjadi cebisan - cebisan kecil.
4. Masukkan tomato dan lada benggala, gaul rata dan angkat. Sejukkan.
5. Ambil sekeping roti , potong tepi roti dan gelek nipis. Letak inti diseparuh bahagian roti. Oles keliling tepi roti dengan telur. Tutup inti dengan menangkup separuh bahagian roti lagi keatasnya. Tekan keliling tepi roti dengan garfu.
6. Panaskan minyak untuk menggoreng.
7. Celup sandwich ke dalam telur, golek-golekkan di dalam serbuk roti dan masukkan ke dalam minyak panas. Goreng sehingga keemasan dan angkat.

* serbuk roti boleh diganti dengan emping jagung ( cornflakes ) kisar
* boleh menukar inti dan guna inti yang disukai

0 comments: