Friday, October 14, 2011

Paratha Isi Kentang

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 suduk garam halus
1 sudub marjerin
1 cawan air suam

Inti
3 biji kentang - dikupas, didadu kasar, direbus dan dilecek.
1 sudub minyak
1 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudub serbuk kari
1 suduk serbuk lada hitam
1 biji tomato - didadu kecil
daun sup
1 suduk garam halus

Cara-caranya

1. Campur garam dan tepung sehingga rata di dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan marjerin dan gaul dengan tepung sehingga berderai.
3. Tuang air sedikit- sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di permukaan mangkuk. Uli sehingga lembut dan elastik. Oles permukaan doh dengan marjerin dan perap selama 30 minit dengan menutup dengan kain lembap / plastik.
4. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
5. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga agak garing.
6. Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak.
7. Tambahkan ke dalamnya garam dan serbuk lada hitam.
8. Angkat dan masukkan kentang yang sudah dilecek serta tomato. Gaul rata dan masukkan daun sup. Sejukkan.
9. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 8 bahagian. Ambil seketul doh dan bulat-bulatkan. Canai sederhana nipis doh diatas permukaan yang ditaburi sedikit tepung.
10.Letak 2 sudu besar inti diatas doh itu dan bungkus inti dengan doh. Bulat-bulatkan doh itu semula. Buat sehingga habis kesemua 8 bahagian.
11. Ambil seketul bebola doh yang sudah diisi inti dan canai senipis mungkin tanpa inti terpecah keluar.
12. Panaskan kuali. Percik sedikit minyak dan letak doh yang sudah dicanai nipis tadi. Goreng kedua-dua belah permukaan sehingga kecoklatan. Angkat dan hidang panas-panas dengan kuah kari atau kurma.

* tutup doh dengan kain lembap / plastik ketika proses mengisi inti supaya doh tidak mengering.
* boleh ditambah hirisan cili hijau di dalam inti.

0 comments: