Friday, October 21, 2011

Parotta

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1/2 suduk serbuk penaik
1/2 suduk garam halus
2 sudub minyak masak / marjerin cair
1 cawan air suam

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam halus ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata kesemua bahan.
2. Tuang minyak / marjerin cair ke dalam tepung. Gaul rata.
3. Tuang air suam sambil digaul dengan tepung sehingga mendapat seketul doh yang tidak melekit ditangan. Uli sehingga lembut dan licin.
4. Perap doh di dalam mangkuk yang bergris. Oles permukaan doh dengan marjerin dan tutup mangkuk dengan kain lembap sekurang-kurangnya 1 jam.
5. Keluarkan doh dan uli sekejap. Bahagikan kepada 8 bahagian. Bulat-bulatkan setiap ketul dan tutup dengan kain lembap.
6. Ambil seketul doh dan canai bulat senipis boleh. Oles minyak / marjerin cair diatas permukaan doh. Buat satu jalur keratan dari tengah hingga ditepi bulatan doh. Gulung doh sehingga berbentuk piramid/ cone. Dirikan doh yang digulung dengan bahagian hujung yang bermuncung dibahagian atas. Leperkan sedikit, oles sedikit minyak / marjerin diatasnya dan ketepikan. Perap. Ulang proses yang sama untuk ketul-ketul doh yang lain sehingga habis.
7. Panaskan kuali. Renjiskan sedikit marjerin dan masukkan doh parotta yang sudah dileper nipis. Goreng sehingga kekuningan / garing kedua-dua belah permukaan sambil sesekali direnjis marjerin cair.
8. Angkat dan makan dengan kuah yang disukai

* semakin lama doh diperap, semakin senang untuk diolah.
* tidak perlu diperap didalam peti sejuk jika ingin perap dari pagi hingga kepetang / malam.

0 comments: