Tuesday, December 4, 2012

Roti Koko

Bahan - Bahannya

1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan gula pasir
1/2 suduk garam halus
1 cawan susu segar suam
3 sudub mentega
1/4 cawan air suam
3 1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera

Cara - Caranya

1)  Masukkan 2 cawan tepung gandum, yis segera, serbuk koko, dan gula pasir kedalam mangkuk mixer.
2)  Tuang susu segar suam dan air suam ke dalam tepung dan gaul rata.
3)  Masukkan mentega dan garam halus sambil doh diuli.
4)  Masukkan tepung secara sedikit - sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekit di tangan. Uli doh sehingga elastik.
5)  Perap doh di dalam bekas yang besar dan yang telah digris sehingga naik 2X ganda.
6)  Kempiskan doh secara perlahan dan uli sekejap. Tutup dan ketepikan selama 10 minit.
7)  Bentukkan doh menjadi bebola kecil dan atur di dalam tin pembakar. Tutup doh dengan plastik dan ketepikan sehingga naik hampir 2X ganda.
8)  Bakar dalam suhu 175 C selama lebih kurang  45 - 60 minit.

* digalakkan untuk mengurangkan serbuk koko dan menambah gula pasir kerana adunan ini menghasilkan roti yang agak pahit dan kurang manis.

*  Walaubagaimanapun roti ini sangat sesuai untuk digunakan untuk membuat Puding Roti Coklat.yang di pos di dalam blog ini.

Brownies

Bahan - Bahannya

1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1/2 cawan tepung berserbuk penaik
1/3 cawan serbuk koko
1/4 suduk garam halus
1 suduk esen vanila

Cara - Caranya

1)  Pukul mentega dan gula kastor sehingga sebati.
2)  Masukkan telur sebiji-sebiji dan esen vanila. Pukul sehingga telur sebati dengan adunan mentega.
3)  Masukkan tepung nerserbuk penaik yang telah diayak bersama serbuk koko berserta garam halus. Kaup balik sehingga bercampur rata.
4)  Tuang ke dalam tin pembakar yang telah digris dan di taburi tepung / dialas dengan kertas.
5)  Bakar hanya  selama 25 - 30 minit / sehingga tepi brownies lekang dari tepi tin pembakar.

Puding Roti Coklat

Bahan - Bahan

4 - 4 1/2 cawan kepingan roti coklat ( yang telah disiat-siat )
2 -  2 1/2 cawan susu segar
2 biji telur - dipukul dengan garfu
3/4 cawan gula pasir
4 sudub mentega cair
1 suduk esen vanila
1 sudub tepung jagung
sedikit air ( untuk melarutkan tepung jagung )
secubit garam halus

Cara - Caranya

1)  Rendam kepingan roti didalam susu segar. Tekan - tekankan roti dan ketepikan sehingga ia menyerap susu segar.
2)  Sementara itu, campurkan telur dengan gula pasir, mentega cair, esen vanila, garam halus dan tepung jagung.Pukul hingga sebati.
3)  Tuang bancuhan telur ke dalam roti dan kaup balik adunan sehingga bercampur rata.
4)  Tuang adunan puding ke dalam tin pembakar tang telah digris.
5)  Bakar pada suhu 175C selama 30 minit.

Wednesday, November 21, 2012

Asam Rebus Nenas

Bahan - Bahannya

4 ekor ikan kembong - disiang dan dicuci bersih
2 biji bawang besar
1 inci lengkuas
1 sudut serbuk kunyit
5 biji cili merah
1/2 biji nenas masak- dikupas dan dihiris nipis
4 cawan air
1 sudut garam halus
1 sudut gula pasir

Cara - Caranya

1.  Kisar bawang besar, lengkuas, serbuk kunyit, cili merah dan 1 cawan air sehingga halus.Tuang bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam sebuah periuk. Masukkan lebihan air dan hirisan nenas Jerang di atas api yang sederhana besar sehingga mendidih.
2.  Masukkan ikan dan renih sehingga nenas layu dan ikan masak.
3.  Perisakan dengan gaeam halus dan gula secukup rasa. Didihkan sekali lagi dan angkat untuk dihidang.

* boleh tambah belacan jika suka.

Pancake Gebu

Bahan - Bahannya

3/4 cawan susu segar
2 sudub cuka / air limau nipis

1 cawan tepung gandum
2 sudub gula pasir
1 sudut serbuk penaik
1/2 sudut soda bikarbonat
1/2 sudut garam halus
1 biji telur A
2 sudub marjerin yang dicairkan

Cara - Caranya

1.  Tuang susu segar ke dalam sebuah bekas dan tuang cuka keserata susu. JANGAN DI KACAU susu segar. Tutup dan ketepikan sehingga ia kelihatan berketul-ketul kecil.
2.  Pecahkan telur ke dalam sebuah bekas. Pukul sedikit dengan garfu sambil dituang marjerin cair ke dalamnya.
3.  Campur tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam halus di dalam sebuah bekas lain sehingga rata. Buatkan lubang di tengah- tengahnya.
4.  Tuang susu masam ( 1 ) dan telur ke dalam lubang itu. Kaup balik adunan setakat untuk membasahkan tepung dengan menggunakan garfu.
5.  Panaskan kuali non-stick leper. Apabila sudah panas, lengserkan sedikit marjerin pada permukaannya dan tuang sesudip kecil adunan. Bila kelihatan permukaan adunan berbuih, terbalikkan pancake dan masak sehinnga keemasan. Angkat dan dihidangkan.

Kuih Bakar

Bahan - Bahannya


 6 helai daun pandan - dicuci dan dikerat pendek
1 cawan air
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan / susu segar
3 biji telur
2 sudub marjerin
1/2 sudut garam halus
beberapa titik pewarna hijau

Cara - Caranya

1.  Kisar / blend daun pandan dan air sehingga halus. Tapis dan masukkan air pandan yang telah ditapis tadi semula ke dalam blender yang telah dicuci bersih.
2.  Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam blender yang sama. Kisar sehingga bercampur rata.
3.  Panaskan acuan yang ingin digunakan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan  pada suhu 180C 10 minit terlebih dahulu selama 5 minit. Keluarkan acuan dan gris rata semua permukaan dengan marjerin. Tuang adunan kuih dan masukkan semula ke dalam ketuhar.
4.  Bakar selama 40 - 45 minit.

* acuan muffin boleh juga digunakan. Tuang adunan sehingga hampir penuh dan bakar selama 15 - 20 minit.

Muffin Coklat

Bahan - Bahannya

1 3/4 cawan tepung gandum
13/4 sudut serbuk penaik
1 cawan gula kastor
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudut garam halus

1 cawan air susu / susu segar
1 biji telur - dipukul sedikit dengan garfu
1/3 cawan minyak jagung
1 sudut esen vanila

1/2 cawan choc chips

Cara - Caranya

1.  Campur rata tepung gandum, serbuk penaik,gula kastor, serbuk koko dan garam halus di dalam sebuah mangkuk. Masukkan choc chips dan salutkan dengan tepung sehingga rata.Buatkan sebuah lubang di tengah-tengah campuran tepung.
2.  Campur rata air susu, telur , minyak jagung dan esen vanila di dalam sebuah mangkuk lain.
3.  Tuang campuran air susu ke dalam lubang tadi dan kaup balik adunan dengan menggunakan garfu sahaja setakat untuk membasahkan tepung.
4.  Sudukan adunan ke dalan paper cups yang telah diletakkan di dalam acuan muffin setakat 2/3 atau 3/4 penuh sahaja.
5  Bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit.