AYAM MASAK KICAP

BAHAN - BAHAN

1/2 kor ayam - potong. Cuci dan toskan.
Sedikit serbuk kunyit 
Sedikit garam

1 biji bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air
6 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
Secubit garam
minyak masak 
Bawang besar - dihiris bulat
Cili hijau - dibelah dua memanjang.

CARA - CARA

1. Lumur ayam dengm serbuk kunyit dan garam.
2. Goreng sehingga separuh masak sahaja. Ketepikan.
3. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak lebihan menggoreng ayam tadi.
4. Tumis bahan - bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
5. Masukkan serbuk lada hitam, air asam jawa, gula dan kicap.
6. Tambah air dan ayam, bawang hiris dan cili hijau. Masak hingga mendidih, ayam empuk, bawang serta cili hijau layu dan sehingga kepekatan kuah yang dikehendaki.
7. Masukkan secubit garam sahaja. Renih sehingga mendidih.
8. Siap untuk dihidang.

*
boleh masukkan juga kentang yang digoreng terlebih dahulu.

Comments

Popular Posts