Monday, August 15, 2011

Kuih Belimbing


Bahan-bahan

1 cawan air
1 sudub gula pasir
1/2 suduk esen vanila
1 1/2 sudub marjerin
1 cawan tepung gandum
1 biji telur saiz besar - dipukul sedikit
minyak - untuk menggoreng
gula pasir - dikisar untuk salutan

Cara-caranya

1. Masukkan air, gula pasir, esen vanila dan marjerin di dalam periuk. Jerang di atas api sehingga gula dan marjerin larut serta air mendidih.
2. Tuang kesemua tepung dengan segera dan kacau dengan mengguna sudip kayu tanpa henti sehingga doh membola dan tidak melekat pada periuk.
3. Angkat periuk dari api dan sejukkan selama 5 minit.
4. Tuang telur ke dalam periuk tersebut dan gaulkan telur dengan doh sehingga telur rata menyerap didalam doh. Kacau doh selama 10 minit lagi dan sejukkan doh.
5. Masukkan doh kedalam acuan biskut dahlia dan tekan keluar doh sepanjang 2-3 inci. Letak diatas bekas yang ditaburi sedikit tepung dan buat sehingga habis doh.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat keluar dan sejukkan.
7. Tabur gula kisar sebelum menghidang.

* jika adunan ini digandakan, telur hendaklah dimasukkan sebiji- sebiji , kacau hingga sebiji telur menyerap sebati dengan adunan tepung dahulu baru dimasukkan telur yang seterusnya.