Sunday, August 28, 2011

Karipap Pusing

Bahan-bahan

Doh A
1 cawan tepung gandum
6 - 7 sudub marjerin

Doh B
2 cawan tepung gandum
secubit garam halus
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Cara-caranya

1. Doh A - gaul marjerin ke dalam tepung gandum sehingga bercampur rata dan boleh dikepal. Tutup dan ketepikan. Bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan.
Doh B - campur rata tepung gandum dan garam halus. Tuang minyak masak ke dalam tepung gandum dan gaul agar bercampur rata dan seperti serbuk roti. Tuang air suam sedikit-sedikit sehingga menjadi doh dan tidak melekit di tangan. Uli sekejap sehingga ia lembut dan licin. Tutup doh dan ketepikan selama 30 minit. Bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan.
2. Ambil satu doh B dan leperkan. Ambil satu bebola doh A , letakkan diatas doh B tadi dan bungkus doh A. Ulang-buat sehingga habis semua doh A dibungkus doh B.
3. Ambil satu bebola doh yang sudah dibungkus dan canai nipis kepada bentuk empat persegi memanjang.
4. Gulung doh kemas-kemas.
5. Pusingkan gulungan doh sebanyak 90 darjah dan canai nipis semula.
6. Gulung sekali lagi dan letakkan sedikit air dihujung gulungan supaya hujungnya tidak terbuka.
7. Hiris doh yang digulung kepada beberapa kepingan.
8. Ambil satu hirisan doh, letakkan permukaan yang dihiris memandang keatas dan canai nipis membulat.
9. Letak inti ditengah dan lipat dua. Kelimkan tepinya.
10. Ulang-buat kesemuanya sehingga habis. Goreng sehingga keemasan dengan api yang kecil. Angkat dan toskan minyaknya.



Inti

1 biji keledek yang besar - dikupas dan didadu kecil
1 biji bawang besar - dicincang kasar
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/4 - 1/2 cawan udang kering - direndam dan dikisar
1 sudub cili kisar
3 sudub serbuk kari daging/ ikan/ campuran kedua-duanya
2-3 cawan air
garam dan gula
sedikit daun sadri
2 sudub minyak masak

Cara-caranya

1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis cili kisar sehingga garing.
2. Masukkan bahan- bahan yang dikisar dan serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan keledek dadu, garam, gula dan air. Kacau rata dan tutup kuali. Masak sehingga keledek empuk dan inti hampir kering.
4. Masukkan bawang besar cincang dan daun sadri. Masak sehingga bawang layu.Angkat dan sejukkan.

0 comments: