Saturday, August 20, 2011

Pizza

Bahan-bahan

2 - 2 1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera
3 sudub minyak zaiton
1 suduk gula pasir
1/2 cawan air suam
1 suduk garam halus

tomato - dihiris bulat
lada benggala hijau - dihiris
kepingan nenas dalam tin - didadu
1 keping dada ayam - dihiris nipis dan ditumis sehingga kering dengan perencah yang disukai
keju

Cara-caranya

1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, yis segera, gula pasir dan minyak zaiton kedalam mangkuk mixer. Campur rata.
2. Tuang campuran air suam dan garam halus kedalam campuran tepung sambil terus digaul rata. Gaul sehingga doh membola dan tidak melekat pada mangkuk mixer. Tambah tepung sedikit-sedikit jika doh terlalu lembik. Uli doh sehingga lembut dan elastik. Letak doh didalam bekas yang telah digriskan dan golek-golekkan doh dipermukaan bekas yang bergris. Tutup bekas dan perap sehingga doh naik 2X ganda.
3. Kempis doh dengan lembut dan uli sebentar. Tutup doh dan perap semula 10 minit.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian . Ambil setiap satu dan leperkan didalam dua dulang pembakar yang sudah digriskan. Oles sos pizza dan atur hirisan tomato, hirisan lada benggala, nenas dadu dan hirisan ayam. Tabur keju, tutup doh pizza dan perap sehingga naik/ terus bakar.
5. Bakar pada suhu 175C selama 25-30 minit.

Sos Pizza

Bahan-bahan

2 sudub minyak masak
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - didadu halus
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
sedikit gula dan garam

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan kedua-dua sos beserta gula dan garam. Masak sehingga mendidih. Sejukkan.


0 comments: