ACAR LIMAU BUAH
BAHAN - BAHAN
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
15 batang cili kering - dikisar
3 sudu besar serbuk kari ikan / daging
3 sudu besar gula merah / gula melaka
1 cawan minyak masak
1/2 cawan cuka
sedikit garam
3 biji limau jeruk - di celur sebentar. Ditos. Dicincang dadu kasar
mangga jeruk - dicelur sebentar dan ditos.
5 biji bawang merah - tak perlu dipotong
5 ulas bawang putih - tak perlu dihiris
1 inci halia - dihiris memanjang
Cili api
10 - 15 biji buah kurma
Kismis
2 sudu besar bijan - disangrai
1 sudu besar biji sawi
CARA - CARA
1. Panaskan minyak masak. Tumis biji sawi sehingga meletup letup.
2. Kemudian tumis bahan - bahan kisar dan serbuk kari sehingga naik bau dan garing.
3. Masukkan cuka.Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kesemua bahan bahan lain kecuali bijan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau - kacau dan campuran acar menjadi mesra.
5. Renihkan seketika sehingga pekat .
6. Tabur bijan keatasnya. Gaul rata.
*
Boleh ditambah buah - buahan jeruk lain seperti lobak masin, buah kana dan lain - lain.
Comments