AYAM GOCHUJANG
1/2 ekor ayam - potong kecil.cuci bersih dan toskan.
Tepung Bestari / tepung goreng ayam
CARA-CARA
Lumur sedikit tepung goreng ayam / Tepung Bestari pada ketulan ayam.
Perap sebentar selama lebih kurang 10 minit.
Panaskan minyak untuk menggoreng ayam secara deep-fry.
Letakkan tepung goreng ayam didalam pinggan.
Golekkan ayam didalam tepung tersebut.
Masukkan ketulan ayam yang sudah bersalut tepung didalam minyak yang panas.
Goreng hingga berwarna keemasan.Angkat dan toskan . Goreng sehingga semuanya habis digoreng.
Tunggu sebentar dan goreng ayam sekali lagi. Angkat dan toskan.
Sediakan sos gochujang.
Tumis sos sehingga pekat.
Masukkan ketulan ayam kedalam sos. Gaul rata. Angkat dan hidangkan didalam pinggan.
Tabur sedikit bijan yang sudah dibakar.
SOS
4 - 6 sudu besar cili boh
4 - 6 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula pasir / madu
1/2 biji bawang holland - diblend halus
1 sudu besar pes gochujang
2 - 3 sudu besar minyak masak
garam
Campur semua bahan - bahan tersebut.
Comments