KARI AYAM DAN ROTI JALA



ROTI JALA

BAHAN-BAHAN

3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
3.5 cawan air
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar minyak masak

daun pandan untuk melengser minyak pada permukaan kuali

CARA - CARA

1. Masukkan air, minyak masak, serbuk kunyit dan telur kedalam pengisar.
2. Masukkan tepung gandum pula.
3. Kisar sehingga adunan tidak berketul.
4. Tuang kedalam mangkuk. Biarkan selama 30 minit.
5. Boleh dikirai dengan mengguna botol kirai roti jala.

KARI AYAM

BAHAN - BAHAN

1/2 ekor ayam - dipotong kecil. Cuci dan tos.
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar serbuk kari daging
2 biji kentang - didadu kasar
1 batang lobak merah - didadu kasar
1 sudu besar asam jawa }   dijadikan 1 cawan air asam jawa
1 cawan air                          }
garam
1/2 kotak kecil santan segera
1 batang kulit kayu manis
3 buah pelaga
5 bunga cengkih
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak masak

CARA-CARA

1. Panaskan minyak masak. Tumis daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan - bahan yang dikisar dan serbuk kari. Tumis sehingga garing.
3. Tuang air asam jawa. Renih sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam, lobak merah dan kentang. Renih sehingga empuk.
5. Masukkan santan dan sedikit air. Didihkan sehingga menggelegak dan kepekatan yang dikehendaki.
6. Tambah garam dan tunggu sehingga mendidih.
7. Angkat dan boleh dihidang.

Comments

Popular Posts