KWAY TEOW GORENG

BAHAN - BAHAN

1 paket ( 300gm ) kway teow
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar cili boh
1 keping dada ayam - dihiris / daging cincang 
1 keping fishcake - dihiris
2 helai daun kobis panjang - dihiris
1 batang sawi - dihiris pendek
1 sudu kecil serbuk lada hitam
secubit garam
6 sudu besar kicap manis
1 biji telur
1 cekak taugeh
3 sudu besar minyak masak

CARA - CARA

1. Panaskan minyak. Tumis cili boh sehingga garing.
2. Masukkan bahan - bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan garing.
3. Tambah ayam / daging. Masukkan sedikit air dan renih sehingga empuk.
4. Masukkan fishcake, batang sawi dan batang kobis. Masak sehingga layu.
5. Tuang kicap, serbuk lada hitam dan secubit garam. Kacau sebati.
6. Masukkan kway teow, daun sawi dan daun kobis. Kacau mesra.
7. Lubangkan ditengah - tengah kway teow. Letak sedikit minyak dan pecahkan telur. Tunggu sehingga      telur sedikit mengeras lalu dipecah - pecahkan dan dikacau rata dengan kway teow.
8. Masukkan taugeh dan kacau rata sehingga taugeh layu.
9. Siap untuk dihidangkan.

Comments

Popular Posts