CREAM PUFF
BAHAN - BAHAN
1/2 cawan butter/marjerin
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
4 biji telur ayam saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
CARA - CARA
1. Didihkan air didalam periuk.
2. Kecilkan api dan masukkan butter / marjerin. Didihkan sehingga butter / marjerin cair.
3. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati dengan senduk kayu sehingga doh menggumpal dan tidak melekat pada periuk.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Masukkan telur yang telah dipecahkan dan dipukul sedikit sebiji - biji. Kacau setiap kali sehingga telur meresap kedalam adunan dengan mengguna senduk kayu. Akhir sekali kacau sehingga doh berkilat. Biarkan sehingga doh sejuk.
6. Panaskan ketuhar ke suhu 200C selama 10 minit.
7. Guna nozzle dan piping bag untuk meletak doh ke atas tin pembakar yang telah digris.
8. Bakar doh selama 25 minit sehingga permukaan puff tidak lagi berbuih - buih.
9. Keluarkan dripada ketuhar dan gunting ditengan - tengah untuk mengeluarkan wap panas dari dlm puff.
10. Apabila sejuk boleh diletak kastad / whipped cream.
KASTAD
BAHAN - BAHAN
200ml susu segar
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
1 sudu besar butter
4 sudu besar gula pasir
sedikit esen vanilla
CARA - CARA
1. Campur kesemua bahan -bahan kecuali esen vanilla dan butter didalam sebuah periuk. Pastikan tidak bergentel.
2. Kacau diatas dapur dengan mengguna api yang perlahan sehingga pekat. Tutup api.
3. Masukkan butter dan esen vanilla. Kacau sehingga mesra.
4. Sejukkan dan boleh di pipekan kedalam puff.
Comments