NASI MINYAK JOHOR

BAHAN - BAHAN 

3 cawan beras - dicuci dan ditos
3.5 cawan air
2 inci halia }Dikisar bersama untuk mendapat 1 cawan jus halia
1 cawan air }
1/4 cawan minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi / marjerin
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan - dicarik - carik
1/2 cawan susu cair
2 sudu kecil garam

CARA - CARA

1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. 
2. Tumis daun pandan, 4 sekawan, bawang besar dan bawang putih sehingga bawang- bawang layu.
3.  Masukkan air, jus halia,garam dan susu cair. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan beras. Tanak sehingga masak.

Comments

Popular Posts