BINGKA KACANG HIJAU
BAHAN - BAHAN
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar marjerin
3 biji telur
sedikit garam
1 cawan kacang hijau - direbus sehingga empuk
marjerin untuk melengser tin pembakar
CARA - CARA
1. Kisar kacang hijau rebus sehingga lumat. Tuang kedalam mangkuk.
2. Kisar kesemua bahan - bahan lain sehingga bercampur mesra. Tuang kedalam mangkuk berisi kacang hijau. Kacau rata.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 175C selama 10 minit. Masukkan tin pembakar kedalam ketuhar.
4. Tuangkan adunan bingka kedalam tin pembakar yang telah dipanaskan itu. Bakar selama lebih kurang 1 jam 15 minit sehingga masak.
5. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Comments