Saturday, October 24, 2009

Jeruk Mangga Berkuah Pedas


Bahan-bahan

10 biji mangga muda - dikupas. dibuang biji dan dibelah 4
1/2 bungkus kecil garam kasar
air - secukup untuk merendam kepingan mangga
3 keping gula kerek ( yang sederhana besar )
3/4 cawan gula pasir
3-4 sudub cili kisar
3 cawan air

Cara-cara

1. Cuci bersih kepingan mangga. Toskan airnya.
2. Larutkan garam kasar didalam air. Masukkan kepingan mangga dan pastikan ianya terendam di dalam air bergaram itu. Rendam selama 1-2 hari sehingga bertukar warna menjadi kekuningan.
3. Toskan air garam dan cuci bersih. Tos sehingga agak kering. Letakkan di dalam bekas atau botol.
4. Sementara itu, campur gula kerek, gula pasir, cili kisar dan air di dalam periuk. Didihkan sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
5. Tuang air jeruk ke dalam bekas atau botol berisi mangga. Tutup rapat dan biarkan selama 1-2 hari.
6. Kemudian simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama dan rasanya lebih mesra.

1 comments:

Mr Bukit Besi said...

macam2 cara buat jeruk kan? jeruk mangga memang ramai peminat. terutama perempuan. saya suka juga. saya ada berkongsi resepi jeruk mangga asam boi bercili di blog saya.