Sunday, December 12, 2010

Ayam Masak Merah Pedas

Bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil
serbuk kunyit
garam halus
1 biji bawang besar - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 batang serai - dititik
1 cawan cili kisar
1/2 cawan tomato sos
2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 suduk gula
minyak

Cara-caranya

1. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak lebihan menggoreng ayam. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan serai. Tumis sehingga semuanya layu.
4. Masukkan cili kisar. Goreng cili kisar sehingga garing dan naik minyak.
5. Masukkan tomato sos. Gaul sebati.
6. Masukkan ayam, garam , gula dan air ( separas ayam boleh terendam ). Renih sehingga ayam empuk.
7. Masukkan bawang hiris. Masak sehingga bawang layu.
8. Rasa asam garamnya dan angkat.

0 comments: