Sunday, October 17, 2010

Nasi Biryani Kambing

Bahan-bahan

Lauk

A:
1 kg daging kambing - dipotong besar
2 cawan dadih/susu masam

B:
7 biji lada hijau
2 inci halia
7 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis (1inci panjang )
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang putih
5 biji bawang besar - dihiris

3/4 cawan minyak sapi

Nasi

1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
5 biji bawang besar - dihiris dan didadu nipis
4 cawan beras basmathi - dicuci, direndam sebentar dan ditoskan.
6 cawan air mendidih
1 sudut serbuk kunyit
2-3 sudut garam halus
3/4 cawan minyak sapi

Cara-caranya

1. Basuh daging , masukkan kedalam periuk dan salutkan dengan dadih dan ketepikan.
2. Kisar halus bahan B dan campurkan kedalam periuk berisi daging tadi dan campur rata.
3. Masukkan 3/4 cawan minyak sapi. Letakkan periuk ke atas dapur dan masak dengan api yang perlahan sehingga daging empuk.
(Tambah air jika kering tetapi daging belum empuk.)
4. Panaskan 3/4 cawan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga
naik bau. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga keemasan.
5. Masukkan beras dan goreng selama 5 minit.
6. Tuang air mendidih, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Tanak sehingga nasi tiga suku masak.
7. Ambil lauk daging yang dimasak tadi dan letakkan di atas nasi. Tutup periuk ketat-ketat dan masak selama 15 - 20 minit lagi sehingga nasi benar-benar tanak.
8. Sebelum menghidang, campur rata nasi dan lauk terlebih dahulu.

0 comments: