Tuesday, October 26, 2010

Donut Dengan Topping Coklat

Bahan-bahan

2 1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudut garam
2 sudut yis segera
2 sudub gula kastor
1/2 cawan + 2 sudub susu panas
2 sudub mentega
1 biji telur (A) - dipukul sebati putih dan kuningnya.

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, yis segera dan gula kastor kedalam mangkuk. Campur rata.
2. Campur susu panas, mentega , telur dan garam sehingga garam larut dan mentega cair dan kesemuanya sebati. SEjukkan sehingga suam-suam kuku.
3. Tuang campuran susu suam ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul rata.
4. Uli doh sehingga licin dan elastik. Letak doh kedalam mangkuk yang digris permukaan dalamnya. Golek-golekkan doh dipermukaan itu dan tutup mangkuk dengan plastik. Ketepikan sehingga doh kembang 2X.
5. Kempiskan doh dengan lembut. Uli sebentar dan ketepikan selama 10 minit.
6. Keluarkan doh dan canai dan terap dengan acuan donut.
7. Letakkan diatas dulang yang telah ditaburi tepung dan tutup dengan plastik. Ketepikan sehingga kembang 2X.
8. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sejukkan.

Topping coklat

4 sudub serbuk koko
6 sudub susu pekat manis
1 sudub tepung jagung
1/4 cawan air
1 sudub marjerin

Cara-caranya

1. Campur rata serbuk koko, susu pekat manis, tepung jagung dan air didalam periuk. Pastikan ianya tidak berketul-ketul.
2. Jerang diatas api kecil dan didihkan sehingga pekat.
3. Masukkan marjerin dan angkat. Sejukkan .

0 comments: