Monday, October 25, 2010

Bihun Sup

Bahan-bahan

1 kg daging /ayam - dipotong kecil. Cuci
3 sudub minyak masak
10 ulas bawang merah - dikisar kasar
3 ulas bawang putih - dikisar kasar
1 inci halia - dikisar kasar
air secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
1 peket rempah sup
garam
1 bungkus bihun
bawang goreng
taugeh - dicelur
timun - dihiris nipis
daun sup , daun bawang
sos kicap

Cara-caranya

1. Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bahan-bahan yang dikisar kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging/ayam dan goreng sehingga daging/ayam bertukar warna.
3. Masukkan air sebanyak kuah sup yang dikehendaki. Jerang sehingga mendidih.
4. Tambah rempah sup, sup bunjut dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih lagi.
5. Sementara menunggu sup masak. rendam bihun didalam air panas sehingga bihun lembut.
Keluarkan dan siram dengan air paip dan toskan.

Sos Kicap

cili api - mengikut kepedasan
2 cawan air
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1 cawan kicap manis
gula , garam

Cara-caranya

1. Kisar cili api, dan bawang putih bersama air sehingga halus.
2. Tuang kedalam periuk dan tambah asam keping. Didihkan sehingga agak pekat.
3. Masukkan kicap manis, gula dan secubit garam. Didihkan sekejap dan angkat. Sejukkan

Cara menghidang
Letak bihun celur didalam pinggan. Tuang kuah sup. Tabur taugeh, timun, bawang goreng, daun sup, daun bawang . Letak sesudu kecil sos kicap.

0 comments: