NASI MINYAK
BAHAN - BAHAN
5 cawan beras
3 sudub minyak sapi
2 sudub majerin
1 sudub minyak masak
2 - 3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - di kisar
1 inci halia - dikisar
1 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 - 5 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan - disiat - siat dan disimpul
6.5 cawan air
1 cawan susu cair
garam
CARA - CARA
1. Beras di cuci dan di toskan. Ketepikan.
2. Panaskan kesemua jenis minyak di dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, lawang dan cengkih.
3. Masukkan bahan yang dikisar dan daun pandan. Goreng sehingga kekuningan.
4. Masukkan air dan susu cair. Rebus sehingga mendidih.
5. Masukkan beras dan garam. Gaul rata. Masak sehingga nasi kering. Tutup periuk dan tanak sehingga nasi masak.
*
tabur bawang goreng, kismis goreng dan badam goreng bila menghidangkannya
Comments