PANCAKE TJ
BAHAN - BAHAN
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula pasir
2.5 sudu kecil serbuk penaik
3/4 sudu kecil garam halus
1 1/3 cawan susu segar
3 sudu besar minyak masak/ mentega cair
1 biji telur - dipukul kembang
sedikit
mentega untuk melengser kuali
CARA - CARA
1. Campur rata tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik dan garam halus di dalam mangkuk.
2. Campur rata susu segar, minyak atau mentega cair dan telur di dalam mangkuk lain.
3. Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. Kacau rata setakat untuk membasahkan bahan - bahan kering dengan garfu.
4. Panaskan kuali. Oles permukaan kuali leper dengan mentega.
5. Tuangkan satu senduk kecil adunan pancake. Masak sehingga permukaannya berbuih dan tepinya kelihatan kering.
6. Terbalikkan dan masak sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan. JANGAN TEKAN PERMUKAAN PANCAKE UNTUK MELEPERKANNYA.
7. Keluarkan dan hidang bersama kaya, madu, sirap pancake, jem atau dioles dengan mentega.
Comments