BUBUR KACANG

BAHAN - BAHAN

 1 cawan kacang hijau - cuci. Tos
 3 cawan air 
 1 cawan santan pekat
 2 cawan air
 6 keping gula kerek ( saiz kecil ) 
 6 sudub gula pasir 
 secubit garam 
 1 inci halia - di memar
 3 helai daun pandan - di siat dan di simpulkan 

 CARA - CARA

 1. Sangrai kacang hijau di dalam periuk dengan api kecil sebentar sehingga kacang kering.
 2. Masukkan 3 cawan air dan tutup periuk. Rebus sehingga kacang hijau empuk dan kering air. Jika           masih tidak empuk ( tidak pecah - pecah dan lembut ) hendaklah di tambah lagi air. 
 3. Masukkan santan pekat, 2 cawan air, gula kerek, gula pasir, daun pandan dan halia.
 4. Didihkan sehingga kepekatan yang dikehendaki.
 5. Masukkan secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.
 
 *
     untuk bubur kacang durian...tambah beberapa ulas durian selepas santan mendidih.

 *
     gula kerek boleh di ganti dengan gula merah. Sukatannya bergantung kepada berapa " gelap " dan manis bubur yang di ingini.

Comments

Popular Posts